Kalau lelaki bagi saya anda mesti selalu dapat info pasal tayar kereta nie. Mana yang elok, mana yang murah, mana yang berkualiti. Topik perbualan yang selalu jer anda sembangkan dan ianya bukan menjadi satu topik bagi wanita untuk berbicara mengenainya.
Jadi hari nie saya nak berkongsi ilmu mengenai Tayar Kereta pada anda semua. Ilmu yang saya dapat daripada blog ini http://hujanpaneh.blogspot.com/ . Yang saya rasa sangat bagus untuk diketahui oleh semua pemandu kenderaan. Antara point yang akan saya dedahkan ialah
"Tips-tips memilih tayar kereta yang baik dan cara penjagaannya"
1. Faham Code Sidewall Tayar
Penting untuk mengetahui tayar mana yang sesuai untuk kenderaan anda
Jika kereta anda berenjin 1.3
- gunakan sport rim bersaiz 14" (35 sentimeter)
- jika anda menggunakan sport rim saiz 15" kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat , memendekkan jangka hayat peralatan penyerap hentak (absorber) dan meningkatkan penggunaan minyak petrol.
Kod tayar adalah P205/65 R16 95 V
205 - kelebaran tayar 205mm
65 - 65% ketebalan tayar daripada 205mm
R - binaan radikal
16 - kegunaan rim 16"
95 - berat yang mampu ditanggung tayar 95 kg
V - Kelajuan maksimum tayar mampu meluncur 240km/j
Penting : Pastikan tayar anda ada tanda MS atau E. Jangan beli tayar yang mempunyai tanda yang bertulis DOT. Ni simbol kualiti yer...
2) Tarikh Tayar Dikilangkan

Jom kita guna contoh gambar di atas 1604
- 16 bermaksud minggu ke 16 . Dalam 1 tahun ada 48 minggu. Jadi minggu 16 adalah bulan FEBRUARI
- 04 bermaksud tahun 2004
- Maka tarikh tayar dikilangkan ialah Februari 2004
- Tarikh exired 2 tahun dari tarikh di atas iaitu Februari 2006
- Jika tayar itu mencatatkan tempoh 52 minggu jangan beli
3) Jenama Tayar Yang Paling Bagus
Tayar yang paling bagus adalah tayar yang made in Japan kerana tayarnya lebih lembut. Contohnya seperti tayar jenama Michelin, Yokohama, Falken. Tayar ni lebih lembut sebab dibuat ikut iklim sederhana yang kurang panas bukan ikut cuaca Malaysia yang panas terik. Jadi jika tayar nie digunakankan kat Malaysia Jangkahayat akan pendek, bunga cepat habis.
Jika untuk penggunaan biasa guna jenama Dunlop, Silverstone dan Goodyear pun dah ok. Continental, Bridgestone, Toyo, Michelin pun bagus dan baik tapi harga sedikit mahal. Elakkan beli jenama Sime Tyre.
Faktor tayar bising atau senyap, bunga haus adalah bergantung kepada cara anda memandu dan juga jenis kereta. Kebisingan tayar adalah bergantung pada bunga tayar.
- Kalo lebih senyap tayar maknanya ia x sesuai untuk permukaan yang basah
- Kalo lebih bising tayar maknanya ia lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah
4) Jenis Bunga Tayar
Tayar jenis Silverstone Powerblitz, Goodyear Eagle GA dan Sime Tyre Astar merupakan jenama tayar yang biasa digunakan oleh kenderaan kecil. Ia agak berpatutan dan bunganya kelihatan bersegi empat. Sesuai untuk pemandu biasa yang tidak memandu laju atau terlalu ekstrim. Jenis tayar ni keras juga membuatkan tayar ini boleh tahan agak lama.

Tayar yang tak boleh pandu laju ketika hujan adalah tayar jenis semi slick seperti Yokohama Advan Neova, Bridgestone Potenza G3, Falken Azenis, Pirelli P7, Michelin Pilot Sport, dan Toyo T1R.
Jika tak kisah pasal keselesaan dan perlukan tayar yang mampu meneruskan perjalanan dengan lancar ketika hujan, tayar seperti Silverstone FTZ Evol 8, Goodyear Eagle F1, Kumho Escta 712 dan Yokohama Prada.
Jika anda memandu kereta sedan yang agak berat dan sering memandu jauh dan mementingkan keselesaan, tayar yang lebih baik adalah Bridgestone Turanza, Bridgestone My01, Bridgestone Potenza, Goodyear NCT3, Goodyear NCT5, Silverstone Kruizer 1, Michelin Pilot, Yokohama A-Drive, Michelin Energy, Yokohama C-drive dan Falken Ziex 326.
5) Buat Alignment Dan Rotation Tayar
- Tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang
- Tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang
- masukan tayar ganti ke kanan belakang
- belakang kanan ke depan kanan
- depan kanan ke belakang kiri
- depan kiri ke dalam boot ganti
- belakang kiri ke depan kiri
6) Tayar Botak Dan Tayar Cepat Haus
Tahap kehausan tayar boleh dilihat dengan mata kasar. Bunga tayar yang semakin licin menunjukkan penggunaan perjalanan yang tinggi. Begitupun, kehausan tayar boleh terjadi atas sebab-sebab lain seperti penyerap hentak yang rosak, penjajaran yang salah, permukaan jalan raya tidak elok dan corak pemanduan yang kasar.Kerap membrek secara kuat dan pemanduan yang agresif boleh menyebabkan tayar haus secara tidak sekata.
Tayar yang botak secara sekata pula adalah normal. Ia bergantung kepada jenis pacuan kenderaan. Kereta pacuan hadapan akan mengalami kehausan tayar hadapan dalam kadar lebih cepat. Dalam industri, tiada ketetapan yang khusus tentang kaedah rotasi tayar.
Ada yang mencadangkan perbatuan 10,000 kilometer (km), malah ada yang mencecah 20,000 kilometer. Rotasi tayar perlu dibuat dengan betul. Tayar hadapan kanan perlu ditukar dengan tayar belakang kiri dan begitulah sebaliknya.
- Jangan lupa periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya dua kali sebulan.
- Tekanan tayar boleh dilihat pada pelekat yang lazimnya diletakkan di bahagian pintu pemandu sebagai rujukan.
- Jangan pam tayar lebih tinggi daripada had yang disyorkan.
- Jangan pula biarkan tekanan angin tayar berada di bawah paras yang dicadangkan.
- Sentiasa pastikan angin tayar betul.
- Periksa sendiri Pressure setiap 2 minggu.. WAJIB.... kalau ada pressure gauge sendiri lebih baik.. (beli yg bentuk mcm pen tu murah jer..)presure tester menunjukkan sampai aras "3" tekanan angin tayar dikira mencukupi ,
- tekanan angin dalam lingkungan 190 kpa hingga 230 kpa. Contohnya kalau rim 15' tayar 55 siri.
- Standard Gen.2 r Waja. Tayar depan letak 210/30.Tayar belakang 190/29.
- Kalo kereta kancil rasanya around 180-200 kpa.
- Yang pasti kebanyakkan orang pump tayar kereta dengan tekanan 210 kpa
8) Tukar Tayar Sama Brand
Harus di ingat setiap jenis tayar di buat dgn charector nyer sendiri dan corak bunganya pun tak sama. Jadi, kalau nak tukar pilih tayar pilih yg sama brand atau pun tukar kesemua tayar
8) Tukar Tayar Sama Brand
9) FAKTA PENTING TAYAR YG DIGUNAKAN
- Jangan gunakan tayar yang telah tamat tempoh. Semak catatan produksi tayar.
- Jangan pakai tayar korek. Tahap kakisan tayar ini telah melebihi had rekaan pengeluar.
- Jangan gunakan tayar berlainan model pada setiap sisi.
- Pastikan ukuran tayar tidak melebihi had pengeluar.
- Roda yang terlalu besar menyebabkan keupayaan berhenti menjadi rendah.
- Rim yang rosak pada bahagian sisinya boleh menyebabkan kebocoran angin secara perlahan. Bukan disebabkan tayar terkena objek tajam.
- Jangan memandu laju ketika hujan dengan tayar yang sudah haus. Ia boleh menyebabkan berlakunya aquaplaning, situasi apabila lapisan air di atas jalan raya lebih 'tebal' berbanding bunga tayar.Ia akan membuatkan tayar 'terapung', hilang cengkaman serta kenderaan tidak dapat dikawal oleh pemandu.
Jadi anda semua dah tahu mengenai tayarkan. Saya pun banyak buat silap dalam memilih tayar selama ni. Saya berharap lepas nie lebih ramai pengguna kenderaan mempunyai ilmu tentang penjagaan tayar kereta khususnya Wanita. Sama-sama kita menjaga keselamatan diri dan org lain yer.
#berkongsiilmu
# khidmatmasyarakat
wahhh new infolah...seronok dengar..ok jap lagi saya pun nak menjelajah web site tu sebab nak tukar 2 biji tayar ..huhuhu. terima kasih yer bagi info
ReplyDelete👍👍👍
ReplyDelete👍👍👍
ReplyDelete👍👍👍
ReplyDelete👍👍👍👍good info
ReplyDelete👍👍👍👍good info
ReplyDeleteinfo yg bagus
ReplyDeletetuan puan, minta pendapat /komen /rekemen yang mana lebih bagus antara YOKOHAMA S.DRIVE vs BRIDGESTONE POTENZA ADRINALIN RE003. Kriteria performance dan comfort.size 215 50 17. minta tolong ya reply@pm 0129642162.Nak beli tayar ni sblm blk raya.huhu.. terima kasih.
ReplyDeleteSALAM RAMADHAN
Tuan/Puan tog komen tenting tayar Jena,a Davanti Kailua Ada sesiapa ada menggunakannya
ReplyDeleteTeriyaki kasih
Info yang menarik... Terbaikkkk. 👍👍👍👍👍👍 tambah lagi ilmu pengetahuan ku
ReplyDelete1 tahun = 48 minggu?? Biar betul.. Selain pd tu, info ok
ReplyDelete, 52 minggu
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHi.95V adalah code untuk "load index", 95 bukan merujuk kepada 95kg. 95 bersamaan 690 kg.Seperti dlm jadual index beban tu. Apa pun terima kasih share info:)
ReplyDeleteRujukan: http://moto.michelin.com.my/MY/en/tires/how-to-choose-your-tyres/how-to-read-a-tyre.html
Speed and Load Index: http://moto.michelin.com.my/MY/en/tires/how-to-choose-your-tyres/speed-and-load-index.html
Pohon balas ASAP. Sy guna tayar profil rendah, lebar 185, R 16 jenis Michellin. Sy dapati bah tepi tayar dh merekah....rupanya tayar dh tamat tempoh. Apakah jenis tayar yang baik untuk menggantikannya? Rupa2nya sudah 5 tahun saya gunakan tayar itu.
ReplyDeletePassive Financial Investment. Sekali Invest, Profit RM600,000.Duduk Diam-Diam Dapat Duit. Terbukti.
ReplyDeleteAssalamualaikum,
Channel dicipta untuk sesiapa yg berminat untuk Short Term Investment ( Min. 3 Tahun) atau kurang.
Pelaburan adalah berasaskan Forex Trading Platform.
Bagi sesiapa yang selalu LOSS dalam berdagang FOREX, Ini peluang terbaik untuk anda.
Dengan Follow Trader Profesional ,anda meminimumkan LOSS dalam berdagang dan Profit 15% ke 25% Sebulan.
Trader ini adalah Professional Trader dari Rusia yang telah trade dengan profit keuntungan 15% ke 25% sebulan sejak tahun 2014 lagi. Ramai yang telah jadi jutawan dengan hanya melakukan Copy Trade bersama trader ini.
Berikut adalah catatan keuntungan trader ini sejak 2014. Beliau berjaya kembangkan Modal USD5,000 ke USD255,000 dengan pengetahuan Teknikal Trading yang dimiliki oleh beliau :-
Feb 2014 : 21.35%
Mar 2014 : 18.47%
Apr 2014 : 18.18%
Mei 2014 : 20.01%
Jun 2014 : 16.38%
Jul 2014 : 21.35%
Aug 2014 : 19.31%
Sept 2014 : 18.78%
Okt 2014 : 21.19%
Nov 2014 : 30.00%
Dec 2014 : 25.13%
Jan 2015 : 22.98%
Feb 2015 : 23.53%
Mar 2015 : 31.13%
Apr 2015 : 29.94%
Mei 2015 : 27.27%
Jun 2015 : 22.53%
Jul 2015 : 26.12%
Aug 2015 : 19.83%
Sept 2015 : 24.80%
Okt 2015 : 19.79%
Nov 2015 : 19.79%
Dec 2015 : 14.50%
Profit 2016 : Sila whatsapp saya untuk details.
Anda tidak perlu buat apa2. Just Deposit dan tengok akaun anda GROW setiap hari.
Bagaimanakah RM 460 boleh menjadi sehingga RM 60,000 dalam 3 tahun?
ATAU
Bagaimanakah RM 4,600 boleh menjadi sehingga RM 600,000 dalam 3 tahun?
Unjuran Keuntungan Modal RM 460= USD100 (15% Profit Est Setiap Bulan)
=============================
Bulan 0 = RM 460
Bulan 1 = RM 529.00
Bulan 2 = RM 608.35
Bulan 3 = RM 699.60
Bulan 4 = RM 804.54
Bulan 12 = RM 2,461.12
BULAN 13 = RM 2,830.28
Bulan 14 = RM 3,254.82
Bulan 24 : RM 13,167.58
Bulan 25 : RM 15,142.72
=====================
Bulan 36 : RM 61,260.74
=====================
Ini formula berdasarkan Profit 15% setiap bulan yang dicatatkan oleh Trader Profesional ini:-
Bayangkan jika anda Gandakan Investment anda kepada RM 46,000 . Ia akan membawa pulangan sehingga RM 6 JUTA.
Saya akan whatsapp Details Akaun Leader untuk copytrade. Saya juga akan forward Slide Presentation untuk maklumat details.
Whatsapp ke 013-8866725 (MJ ABDULLAH)
DAFTAR PERCUMA
IGOFX KL
http://igofx.com/?code=357423
Ramai orang Malaysia yang telah join dan mula profit setiap bulan. Join sekarang untuk masuk ke dalam Grup WhatsApp IgoFx Malaysia.
Mana yg lebih bagus, treadware tinggi atau treadware rendah?
ReplyDeleteSebaiknya cari treadware 200 - 300
Deletekalau tayar 205/55r16 dan 215/60r16 boleh masuk rim yang sama tak?
ReplyDeletecara penjagaan tayar pun penting
ReplyDeletei pernah pakai 1 brand ni tayar i dah check ikot atas ni semua tapi baru 3 bln pakai tayar dah merekah.. knp ek??? lagi brand tu brand premium tau. hurmmmmm
ReplyDeletekadang-kadang brand premium tak menjanjikan kualiti yg tinggi tau, so mcm sy pakai tayar brand economy je viking name dia . . sy dah hampir-hampir 2 tahun jgak pakai tayar viking . . pkok pangkal awk je la pandang ke tayar brand economy? kahkahkah =')
Deleteviking keras tak? aq tak suka tayar yg terlalu keras,nanti rasa lompat2 xsyok nak laju pon.
DeleteTulangg:
Deleteaku pakai viking, xkeras sgt xlembut sgt tayar dia sesuai utk org yg suka jln jauh2 siiket sbb tayar dia xde bunyi bising, sesuai dgn semua cuaca n yg lebih pnting cengkaman dia kuat kalau brek kereta kau xmakan pn xjadi masalah sbb tayar dia mmg cengkam kuat tapi better brek kasi mkn la hahahahha
iman darus: eh i x kesah brand tayar mahal ke murah janji puas hati. i sde search psl viking ni not bad juga tgk tayar bunga dia. ramai yg bagi positive reviews psl viking ni nak cuba la nanti hehe tqqq.
Deletemaisarazaini: ye ke u? i suke tayar jenis mcm tu. kalau betul mcm u ckp ni, so i lepas ni x yah pening2 nak cari tayar ape.
tayar maxxis lagi ok kot kalau nak dibandingkan brand tayar ekonomi yg lain sbb akue pakai tayar maxxis ni dah 1 tahun pling lama pakai 1 tahun stgh ok kan? hehehe
ReplyDeleteaq selalu 2 thun lbih pun boleh tahan lagi.tayar ko kurang elok kot.maxxis harga pun bajet x?
Deletesemua tayar sama je bagi aq xde beza pakai la brand mahal pun klu ko pndai jaga, mmg akn tahan lama... aq xpnah guna brand viking lagi pun jrg jugak mmber2 aq yg rekemen brand mcm tu.... brand baru ke? elok ke?
ReplyDeletethanks for sharing
ReplyDeleteTerima kasih atas info tayar...tak tahu langsung tentang tayar sebelum tengok blog ini
ReplyDelete👍👍👍👍good info
ReplyDeleteTayar sangat penting ah berhati-hati semasa di jalan raya untuk keselamatan semua orang
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletetayar ada tanda DOT tu apa maksud dia ea..
ReplyDeletetyr kereta aku DOT kot..
adoiii jenama Maxis..
Sape bleh jelaskan apasal tayar kereta saya 5317.minggu 53 thn 2017.setahun x smpai pom 53 minggu
ReplyDeleteHahaha baru aq tau..tp dia bg contoh tok air pressure tayar 14-15..cm ne 215/50r17?bape sesuai depan blkg?tq sape yg jwb.sy ni perempuan maklum la kureng ilmu..tmbah ilmu bila baca info ni je.hahaha..tq in advices
ReplyDelete