Wednesday, 17 September 2014

Ebola.. 7 Cara Mengelak Dari Dijangkiti ?

Kini kita digegarkan dengan pengumuman akan penyakit Ebola..Virus Ebola yang boleh menular 1 dunia. Sudahlah beberapa bulan lepas menonton Astro cerita korea mengenai Ebola yang telah di mutan. Adakah ini salah satu daripadanya..huhuhu..menakutkan .Jadi apakah cara untuk mengelak dari dijangkiti? Untuk tahu bagaimana untuk mengelak dari dijangkiti kita perlu tahu apa itu Ebola

 Apa itu Ebola
Penyakit ebola adalah sejenis penyakit mematikan yang disebabkan oleh keluarga dari virus Filoviridae. Virus jenis ini biasanya menyerang pada haiwan mamalia seperti orang utan, namun kerana orang utan mengalami ancaman kepupusan jadi kerajaan memlih untuk membuat pembiakan bagi haiwan ini. Dan biasanya dalam kurungan haiwan ini dirawat oleh manusia, dari sinilah punca virus tersebut dapat menular ke manusia. Kebanyakan orang yang merawat haiwan tersebut biasanya tanpa ada pelindung apapun, mereka hanya menggunakan cecair antiseptic untuk melindung dirinya sedangkan virus ini hampir sama kuatnya dengan virus yang menyebabkan penyakit HIV / AIDS. Para ilmuan telah mencari lima jenis virus pada penyakit ini, tiga diantaranya menyerang manusia. Virus itu, Ebola Zaire-virus, virus Ebola Sudan, dan Pantai virus Ebola-Ivory. 



Penawar 

Untuk pengetahuan anda, setakat ini masih BELUM ada penawar untuk penyakit membawa MAUT ini. Dalam beberapa kes, Ebola dapat menyebabkan pendarahan dari mata dan telinga hingga menyebabkan kematian. Penderita Ebola yang telah meninggal harus dimakamkan dengan hati-hati, kerana mereka juga masih dapat menularkan virus ini. Jadi bagaimana untuk mengelak dari dijangkiti?

Punca Gejala Penyakit Ebola
  • Virus Ebola  
  • Pola Hidup tidak sihat 
  • Sistem Kekebalan Tubuh Lemah 
  • Kenalan langsung dengan Pesakit Penyakit Ebola 


Gejala Penyakit Ebola 

  • Cirit-birit 
  • mual 
  • pening 
  • demam 
  • muntah 
  • keletihan 
  • sakit Kepala 
  • panas Dingin 
  • arthritis 
  • sakit Punggung 
  • sakit Tekak 
  • Pembengkakan Pada Mata 
  • Pembengkakan Pada Alat Kelamin 
  • Pendarahan Pada Mulut dan Dubur 
  • Pendarahan dari Mata, Telinga, dan Hidung 
  • Bintik Merah Pada Seluruh Tubuh yang Mengandung Darah 

Tempoh waktu Ebola merebak dalam Badan 
Proses virus ebola menjalar dalam tubuh manusia


Hanya 21 hari sahaja.. selepas itu anda boleh mati jika tidak dapat diubati.. Ya Allah .. kejam nyer penyakit maut nie 


Cara merebak 

Penyakit Ebola ini cukup berbahaya bagi kesihatan, kerana penyebaran pada virus ini cukup cepat. Penyakit ini boleh disebarkan kepada manusia dari haiwan yang dijangkiti virus Ebola.

Biasanya Ebola boleh merebak antara manusia melalui kenalan dekat dengan cecair tubuh (bersin atau batuk) yang dijangkiti atau melalui jarum yang dijangkiti di rumah sakit. Maka dari itu, penyakit ini sering dikatakan lebih berbahaya daripada penyakit HIV / AIDS. Tahap angka kematian masih sangat tinggi di Afrika sana, memandangkan sistem kekebalan tubuh mereka masih sangat terdedah kepada penyakit. Tetapi tidak menutup kemungkinan jika kita tidak menjaga kesihatan tubuh terutama sistem kekebalan tubuh, maka kita juga akan diserang penyakit yang sama.

Rawatan 

Cuma rawatan yang boleh dibuat jika dijangkiti ialah 
  • dengan meminimumkan prosedur invasive
  • mengimbangi cecair dan elektrolit untuk melawan dehidrasi dalam badan
  • pengurusan antikoagulan awal jangkitan untuk mencegah pembekuan intravascular
  • mengekalkan paras oksigen dan penggunaan ubat-ubatan untuk merawat jangkitan sekunder disebabkan oleh bakteria atau kulat. 

Cara minimum yang kita boleh elak untuk dijangkiti

Mungkin dengan melakukan perkara-perkara tersebut sedikit sebanyak kita boleh membendung penularan virus ini walaupun mungkin ini bukannya cara terbaik untuk kita elak dari dijangkiti. Apa yang terbaik adalah kita berusaha selagi mampu. Pakar-pakar perubatan juga sedang bertungkus lumus untuk mencari penawar bagi penyakit ini. Jadi sama-samalah kita berusaha untuk kesihatan bersama. Disini saya senaraikan langkah-langkah yang saya sendiri fikirkan kita perlu lakukan (hanya pendapat dari orang awam dan bukannya dari pakar perubatan) bagi mengelakkan diri dari dijangkiti
  • sentiasa cuci tangan selepas melakukan sebarang kerja atau lebih bagus pakai hand sanitizer 
  • jika anda batuk dan bersin sila pakai mask dan berjumpa doktor 
  • kerap minum air masak, atau minum minuman berisotonik 
  • Kurangkan aktiviti riadah dan bersentuhan jika berpeluh 
  • Jangan pergi ke Afrika buat masa ini jika tiada urusan yang sangat penting 
  • Pastikan sistem kekebalan badan kukuh 
  • Jika anda kenal individu yang mengidap Ebola, sila maklumkan pada pihak hospital dan jika boleh biarlah ambulans yang membawa pesakit ke hospital 
Ebola kini sedang melanda Afrika, kita yang masih di Malaysia diharap tidak panik, Banyakkan membaca mengenai virus ini. Pihak berkuasa Malaysia juga telah melakukan beberapa tindakan alternatif agar Ebola tidak merebak di Malaysia . Diharap virus ini tidak menular ke tahap yang sangat sangat membimbangkan walaupun angka kematian amat membimbangkan sekarang ini. Diharap anda semua mengamalkan kehidupan yang sihat agar kita boleh sama-sama berusaha mengelakkan diri dari dijangkiti bukan sahaja dengan Ebola tetapi dengan segala penyakit lain.

No comments:

Post a Comment