Sunday 11 May 2014

Apa itu Masalah Tiroid dan Cara Mengatasinya

Masalah Hipertiroid/ Kelenjar Tiroid 

Masalah hipertiroid atau Hypertiroidisma (hyperthyreoidism) merupakan masalah aktiviti kelenjar tiroid yang terlebih aktif. Tiroid merupakan kelenjar yang terletak pada leher, di kawasan halkum dan boleh dirasai dengan sentuhan tangan (bagi yang biasa melakukannya).


Hypertiroidisma dapat dikenalpasti dengan keadaan leher yang kelihatan membengkak, satu situasi yang dipanggil goiter. Goiter (bengkak di kawasan halkum) boleh disebabkan oleh beberapa faktor, antara yang paling biasa dijumpai ialah penyakit autoimun yang dipanggil penyakit Grave-Basedow dan tumor pada kelenjar pituitari. 
Penyakit Grave-Basedow adalah disebabkan badan kita menghasilkan antibodi yang melawan sel badan kita sendiri (dalam kes ini tiroid). Apa yang pelik adalah, antibodi ini tidak sama seperti sifat antibodi pemusnah yang lain dimana, ia tidak menghapuskan sel tiroid, malah menggalakkannya untuk membesar dan menjalankan aktiviti dengan lebih aktif. Kesannya ialah seseorang itu menghidapi hipertiroidisma.

Masalah ini membawa kepada beberapa kebaikan selain daripada keburukan yang dirasakan oleh penghidapnya. Antara kebaikan yang dirasakan oleh individu tersebut ialah ia memiliki berat badan yang unggul disebalik selera makan/ tabiat makan yang tinggi. Kebanyakan orang yang mempunyai peningkatan aktiviti tiroid adalah kurus dan sangat aktif dalam berfikir dan dalam aktiviti yang mereka lakukan. Individu yang mempunnyai masalah ini mempunyai metabolisma yang amat tinggi kerana hormon tiroksin (thyroxin) menggalakkan sel badan meingkatkan aktiviti mereka. Bagi yang duduk di kawasan sejuk (eropah dll), mereka mendapat kebaikan daripada perkara ini kerana penghidap masalah ini juga turut merasakan peningkatan suhu badan.



Individu ini juga mempunyai paras kolesterol yang rendah dalam badan kerana, hormon tiroid menggalakkan pembinaan reseptor di hati yang mengesan kolesterol (LDL) dan menyingkirkannya melalui hempedu (bile). Paras kolesterol normal dalam badan ialah 5 mmol/x.

Walaubagaimanapun, hipertiroidisma bukanlah begitu menyeronokkan seperti yang disangka oleh ramai orang. Penghidap sakit ini merasakan jantung yang berdebar debar dan rasa cemas dan risau akibat tindakan hormon tiroksin (thyroxin) terhadap jantung mereka. Hormon tiroksin merupakan pencetus kepada kecekapan hormon adrenalin dalam menjalankan aktivinya terutamanya kepada jantung. Kehadiran hormon tiroksin menyebabkan hormon adrenalin semakin cekap, seterusnya hormon adrenalin ini menyebabkan lebih lagi pengaktifan reseptor beta-1 pada jantung dan menyebabkan rasa berdebar debar dan cemas. Apa yang ditakuti ialah, aktiviti jantung akan menjadi terlalu aktif boleh menggalakkan atrial fibrilation (impuls jantung menjadi kacau bilau).

Bukan itu sahaja, terlebih hormon tiroid juga menyebabkan cirit birit yang tidak disukai oleh orang ramai yang menghadapinya. Cirit birit selalu sahaja mengganggu aktiviti harian mereka. Hormon tiroksin menyebabkan pergerakan usus lebih laju seterusnya menyebabkan cirit birit, dan individu yang menghidapinya akan lebih cenderung untuk menjadi lebih kurus..

Badan berpeluh peluh dan rasa terlalu panas adalah perkara biasa yang dihadapi oleh orang yang menghidapi masalah ini. Tambahan pula di negara Malaysia sudah sedia panas, bukan mudah bagi orang orang ini menghadapinya..

Tekanan jantung penghidap masalah ini juga tidak normal. Tinggi pada tekanan atas (sistol) dan rendah pada tekanan bawah (diastol). Jantung terpaksa bekerja kuat untuk membekalkan darah ke seluruh badan akibat permintaan oksigen yang sangat tinggi kerana kebanyakan tisu badan mempunyai metabolisma yang amat tinggi. Jantung yang terpaksa bekerja terlalu kuat akan merasakan kekurangan bekalan oksigen (ischemia) dan seterusnya menyebabkan kematian tisu jantung (necrosis/infarct). Jadi, walaupun individu penghidap hipertiroidisma mempunyai tahap kolesterol yang mengagumkan (rendah), ia tetap tidak dapat lari dari penyakit jantung yang menunggunya ini.

Dr Smolej (MD, PhD) dari Czech Republic, seorang pakar hematologi di Hospital Fakulti Perubatan Hradec Kralove menyatakan, apa yang selalu dilakukan oleh doktor pakar yang merawat pesakit ini ialah membedah kelenjar tiroid dan membuangnya. Sesetengah pembedahan tidak berapa tepat dan menyebabkan terlalu banyak tisu kelenjar ini yang dipotong keluar. Kesannya, sebalik terlebih aktiviti tiroid, selepas pembedahan, individu tersebut mengalami kekurangan hormon tiroid pula.

Menurut beliau, apa yang dilakukan untuk mengatasi masalah kekurangan hormon tiroksin selepas pembedahan ialah dengan memberikan pil hormon tiroksin kepada mereka dan mengawal paras hormon tersebut agar berada pada paras normal.

Selain itu, sewaktu pembedahan, pakar bedah juga selalu berusaha untuk memotong kelenjar tiroid tanpa menjejaskan kelenkar paratiroid yang terletak di belakangnya. Namun, banyak kes yang melibatkan terpotongnya kelenjar ini akibat saiznya yang amat amat kecil, iaitu sebesar butir nasi. Oleh sebab kelenjar ini memastikan paras kalsium dalam darah adalah normal, kehilangannya menyebabkan paras kalsium dalam darah berkurang dan situasi ini amat membimbangkan kerana boleh menyebabkan banyak masalah jantung dan saraf (akibat ketidakstabilan 'Action Potential'). Doktor akan membekalkan kalsium tambahan dan hormon paratiroid sekiranya perkara ini berlaku dalam pembedahan.

Pada masa kini, rawatan radioaktif juga digunakan oleh doktor pakar bagi merawat penyakit ini. Mereka menyuntik Iodin isotop radioaktif ke dalam darah pesakit. Iodin seterusnya akan mengalir masuk ke dalam kelenjar tiroid kerana ia biasanya di simpan di sana bagi menghasilkan hormon tiroksin. Oleh sebab iodin radioaktif ini disimpan di kelenjar tiroid, maka sel pada kelenjar ini akan dibunuh oleh radioaktif tersebut dan aktiviti kelenjar akan berkurangan, seterusnya paras tiroksin kembali normal.
Credit : kesihatanonline

Siapa yang berpotensi mendapat penyakit tiroid ini?
* perempuan
* diwarisi (genetik)
* menghidapi masalah pituitari atau endokrin yang lain
* berusia lebih 60 tahun
* perokok

Penyakit tiroid ada 2 jenis iaitu Hyperthyroid (Hipertiroid) dan Hypothyroid (Hipotiroid)

Di sini saya akan kongsikan mengenai Hyperthyroid / Hipertiroid.

HIPERTIROID adalah peningkatan hormon tiroid dalam darah. Gejala yang dirasakan antara lain adalah peningkatan hormon tiroid dalam darah. 


Gejala yang dirasakan antara lain:
* bengkak di leher
* cirit-birit
* degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
* haid tidak teratur
* kesuburan merosot
* konsentrasi menurun
* kulit lembap
* lemah
* mata menjadi besar (bulging)
* mood tidak menentu 
* muscle cramp
* nervous, gelisah
* osteoporosis
* berpeluh dengan banyak
* rambut tidak kuat
* suhu badan meningkat
* sukar bernafas
* sukar tidur
* tak tahan panas
* tekanan darah naik
* menggeletar
* turun berat badan walau selera makan meningkat

Beberapa penyebab hipertiroid antara lain adalah:
1) Grave Disease: Antibodi dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon

2) Tiroiditis / tiroid membengkak 

3) Toxic nodule goiter: Terlalu banyak iodin dalam makanan

4) Kanser pituitari

Rawatan natural untuk pesakit hypertiroid termasuk herba dan terapi tradisional seperti:

* ginseng - Ginseng Siberia atau Eleuthero adalah makanan tambahan semulajadi yang membantu mengekalkan kesihatan, bermanfaat untuk mengimbangi masalah adrenal serta tekanan kronik

* Iodin - nutrien yang sangat penting untuk merawat hipertiroid (garam iodin)

* Dos harian Vitamin D membantu dalam menggalakkan sistem imun dan memberikan kelegaan daripada beberapa gejala imun berkaitan

* Kekurangan selenium membawa kepada masalah hipertiroid. Dapatkan makanan yang tinggi selenium ( kekacang, makanan laut, kuaci, suplemen kaya selenium)

* Omega-3 - mengimbangi sistem endokrin dan mengawal pengeluaran hormin tiroid yang berlebihan


Vitamin/suplemen yang membantu untuk masalah kalenjar tiroid.


Hyper - 


Vivix (pilihan terbaik) - mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular 
B. Complex - memperbaiki sistem imun & kelenjar tiroid, penting untuk merawat hypertiroid
Vita-Lea - Diperlukan didalam keadaan matabolik 'hiper'
Vitamin C 500mg SR - Penting didalam keadaan stress
Vitamin E - mengandungi selenium yang diperlukan untuk merawat hipertiroid
Omega Guard - merupakan minyak ikan tertulen yang kaya Omega-3, utk fungsi kelenjer yang betul
Lecithin - membantu pencernaan lemak

Simptom :Perubahan mood, gelisah, resah, insomnia, hilang berat badan, cirit-birit, jantung berdeba, berpeluh, intoleran pada panas, mata ternonjol, irritasi mata, lemah otot, haid sedikit atau tiada langsung. 


Hypo - 
ESP - tahap plasma rendah dikaitkan dengan hipotiroid
B. Complex - memperbaiki sistem imun & kelenjar tiroid, 
penting untuk merawat hypertiroid
Alfalfa - Iodin, bahan asas hormon tiroid
Vita-Lea - lengkap dengan imbangan vitamin & mineral
Vitamin C 500mg SR - Penting didalam keadaan stress
OsteMatrix - mengandungi Vitamin D dan magnesium, nutrien yang diperlukan pesakit thyroid di samping mengelak tulang rapuh kesan daripada penyakit tersebut 

Omega Guard - merupakan minyak ikan tertulen yang kaya Omega-3, utk fungsi kelenjer yang betul
GLA Complex - menstabilkan hormon

Simptom :
Keletihan, kelesuan atau pergerakkan lambat, depresi mental, masalah ingatan, berat badan meningkat, sembelit, intoleran sejuk, rambut & kulit kering, bengkak sekeliling mata, haid yang banyak.




Ingin mendapatkan sebarang penjelasan bolehlah hubungi saya seperti berikut. Produk Shaklee bukan berfungsi untuk merawat atau mengubati TETAPI produk Shaklee berfungsi untuk mengatasi masalah

SMS / WASSUP : 0173586889


Penghantaran percuma ke rumah di kawasan Puchong, Bukit Aman dan Pantai Dalam 
Penghantaran secara pos di seluruh Malaysia 

(kredit dari web vitaminsihat2u.blogspot.com .)

Sunday 4 May 2014

Elok Ke Mealshakes Shaklee




Mealshakes nie :-

  • Indeks glisemiknya rendah. Jadi tak buat orang Obestiti
  • Sangat sesuai untuk penghidap kencing manis dan darah tinggi
  • Rendah lemak
  • Tiada pengawet, perasa, dan perwarna tambahan
  • Rendah kolestrol
  • Rendah sodium
  • Kaya dengan antioksida - melawan jangkitan penyakit
  • Lengkap dengan asid amino - mencantikkan kulit
  • Hidangan mampu milik 
  • Lazat dan sarapan segera yang berkhasiat 

Cara bancuhan amat mudah 

Dewasa 
2 sudu besar Mealshakes Shaklee dicampur bersama-sama dengan minuman lain. Contoh seperti milo 

Kanak-Kanak 
1 sudu  Mealshakes Shaklee dicampur bersama-sama dengan minuman lain

** yang penting jangan bancuh dengan air panas. Nanti nutrien akan hilang. Pastikan dibancuh dengan air suam atau air sejuk

BOSAN dengan cara bancuhan mealshake yang biasa . 

INGIN cuba resepi baru mealshakes yang menyelerakan 


Resepi 1 - Smoothies
1 cawan susu segar 
3 biji strawberry @ 1 biji pisang @ 1/2 biji mangga @ 2 sudu milo
2 sudu mealshakes 
1 cawan ketulan ais 

Cara-cara : campurkan semua bahan dan blendkan/ kisarkan semuanya. Walah..... jadilah smoothies yang sungguh berkhasiat dan sedap 

Resepi 2 - Meal Shakes Snow Powder 
2 skop aiskrim 
Chocolate/Strawberry/ Caramel Syrup 
Choc rise 
Almond Flakes
1/2 susu kecil Maeal Shakes di tabur atas ais krim 

Resepi 3 - Oat Mealshakes 
4 sudu besar Oat 
2 sudu besar Mealshakes 
1 sudu besar susu pekat 
secubit garam 

Cara -cara : Bancuhkan oat susu pekat bersama air panas sehingga setengah cawan. taburkan garam sedikit dan kacau. Setelah kembang campurkan air mineral/ air kosong sehingga penuh 1 cawan dan masukkan mealshakes dan kacau

Resepi 4 - Aiskrim Mealshakes 
(yang nie memang kesukaan anak-anak saya ala-ala aiskrim paddle pop)

1/2 tin susu pekat
3 cwn susu segar
1 sudu besar mealshakes
2 sudu kecil ovellate
2 sudu kecil vanilla (essen vanilla)
Sedikit pewarna biru, merah, hijau n kuning (leh tuka kaler ikut suka korg)

Cara-cara :
1) Bahan a,b,c,d, e blend or mixer 20 minit. Pastikan adunan menjadi kembang dan gebu..
2) Asingkan ke dalam 4 bekas dan masukkan pewarna..
3) Tuang ke dalam bekas aiskrim selapis demi selapis hingga habis..
4) Simpan dalam peti sejuk beku.... Dah bolehlah makan bila aiskrim dah beku 


Nak tahu apa kata orang ramai mengenai mealshakes Shaklee 




Nak dapatkan Mealshakes PERCUMA
Boleh..dapatkan mealshake 6 unit jadi anda layak untuk mendapat 1 unit mealshakes secara percuma .

ATAU 

+ pembelian Omega guard . 

Jadi anda berpeluang mendapat keahlian Shaklee secara percuma 

Sah sehingga May 2014



Ingin mendapatkan sebarang penjelasan bolehlah hubungi saya seperti berikut. Produk Shaklee bukan berfungsi untuk merawat atau mengubati TETAPI produk Shaklee berfungsi untuk mengatasi masalah

SMS / WASSUP : 0173586889


Penghantaran percuma ke rumah di kawasan Puchong, Bukit Aman dan Pantai Dalam 
Penghantaran secara pos di seluruh Malaysia