Kuku mempunyai fungsi mereka sendiri dan boleh digunakan sebagai
panduan bagi mengenal pasti penyakit-penyakit tertentu. Kuku sendiri
juga boleh terdedah kepada penyakit.Apakah kuku?

Plat kuku adalah bahagian sebenar kuku yang kita lihat. Ia terdiri
daripada lapisan keratin lutsinar berlamina. Plat kuku ini tumbuh dari
pangkal kuku. Apabila sel baru tumbuh, sel tua ditolak keluar ke hujung
jari dalam bentuk lapisan keratin yang keras dan padat. Kuku tumbuh
dengan kadar kira-kira 3mm sebulan. Ini adalah dua hingga empat kali
ganda kadar pertumbuhan kuku kaki.
Dasar kuku adalah lapisan kulit untuk yang menampung plat kuku. Warna
sebenar kuku adalah mengikut warna dasar kuku yang kaya dengan kapilari
dan kelenjar. Oleh itu, warna kuku anda boleh mencerminkan tahap
kesihatan anda.
Kutikel terletak di hujung proksimal kuku. Ia sebenarnya adalah lapisan
kulit mati yang hampir tidak kelihatan yang terlipat di atas bagi
melindungi plat kuku yang baru tumbuh.
Apakah fungsi kuku anda?
-
Melindungi
-
Ia melindungi kepingan terakhir tulang pada jari tangan atau jari
kaki. Ia melindungi hujung jari dan tisu lembut di sekeliling jari.
-
Memudahkan fungsi jari
-
Fungsi hujung jari adalah untuk menyentuh dan memilih benda kecil.
Kuku memudahkan pergerakan halus dengan memberikan tekanan pada pulpa
jari sekaligus meningkatkan sensitiviti.
-
Kosmetik / fesyen
-
Remaja suka untuk mengenakan pengilat kuku, inai atau aksesori kuku untuk membuat mereka kelihatan lebih cantik.
-
Sebagai alat
-
Alat untuk menggaru. Ia juga penting untuk menarik keluar serpihan dengan menggunakan kuku dan hujung jari
10 fakta Tentang Kuku
1. Kuku Anda tumbuh sekitar 3-5 mm sebulan. Ada beberapa hal yang
dapat menyebabkan kuku Anda memerlukan waktu lebih lama untuk tumbuh
panjang, termasuk kurangnya vitamin dan penyakit tertentu. Jika anda
kehilangan kuku Anda, ia memerlukan waktu sekitar 3-5 bulan agar kuku tersebut
tumbuh kembali sepenuhnya.
2. Rambut dan kuku terbuat dari protein yang sama. Keduanya terbuat dari keratin, namun terbentuk di jalan yang berbeza.
3. Kuku lelaki lebih cepat panjang dibanding kuku wanita. Itulah
faktanya Namun anehnya, kuku perempuan cenderung lebih cepat panjang
dibanding laki-laki ketika hamil.
4. Kutikel menjaga kuman dari tubuh. Meskipun beberapa orang merasa mereka
tidak menarik, sangat penting untuk tidak mencabut atau membiarkan
manicurist anda memotongnya sampai habis.
5. Genetik menentukan seberapa keras kuku anda. Di antara kita dilahirkan dengan kuku yang tebal dan yang lain memiliki kuku yang rapuh.
6. Kuku anda tidak memerlukan oksigen. Ketika ada yang mengatakan kalau kuku anda perlu bernafas, mereka salah. Kuku merupakan
sel mati dan tidak memerlukan oksigen. Namun, kutikel dan daging di
bawah kuku anda itu hidup dan membutuhkan oksigen untuk bertahan hidup.
7. Musim dan cuaca mempengaruhi tumbuhnya kuku. Kuku anda itu mirip
seperti manusia. Kuku hanya keluar ketika cuaca panas dan cerah dan menjadi panjang .
Pada cuaca dingin, kuku anda akan tumbuh dengan lambat.
8. Kebiasaan menggigit kuku disebut onychophagia. Kita harus tahu
kebiasaan buruk ini memiliki nama yang sama tidak menariknya. Kebiasaan
menggigit kuku sering dikaitkan dengan stres dan kegugupan.
9. Memotong kuku itu penting. Ketika kuku tumbuh panjang, kotoran
dan bakteri dapat tersangkut disana. Ketika kotoran tertimbun di bawah
kuku untuk waktu yang lama, hal tersebut dapat berbahaya dan tidaksihat . Pastikan kuku anda pendek untuk menghindari masalah yang
berkaitan dengan kebersihan.
10. Kuku dapat menunjukkan kesihatan dan kesejahteraan anda. Ada
banyak tanda-tanda yang pada kuku anda yang menentukan kerosakan kesihatan
Beberapa yang paling umum adalah kuku berwarna pucat pertanda anemia,
atau garis-garis vertikal gelap yang merupakan tanda-tanda melanoma.
Jika kuku anda berwarna biru, itu menandakan tubuh anda kekurangan
oksigen.
Bagaimana menjaga kuku?
Untuk memastikan kuku sihat, anda mesti tahu ciri-ciri kuku yang sihat.
Ciri-ciri kuku yang sihat :
-
Bersih
-
Mempunyai permukaan licin tanpa rabung atau alur
-
Mempunyai warna yang seragam. Ia harus bebas daripada tompokan atau berubah warna atau menjadi pudar
-
Walau bagaimanapun, apabila individu semakin berumur, rabung/alur boleh terbentuk
- Pastikan kuku anda pendek
-
Potong kuku kaki anda lurus. Jangan cungkil bahagian tepi kuku bagi mengelakkan cagu dan jangkitan penyakit
-
Kuku panjang cenderung untuk terbelah dan mudah patah dan boleh menyebabkan kecederaan kepada diri sendiri.
-
Tidak terlalu pendek kerana ia boleh melukakan jari dan mendedahkan jari kepada jangkitan.
-
Pastikan kuku dan jari anda lembap
-
Gunakan pelembap beberapa kali sehari
-
Mengenakan pengilat kuku
-
Pengilat kuku boleh mengekalkan kelembapan dalam kuku. Walau
bagaimanapun ia mungkin tidak sesuai bagi sesetengah individu, terutama
orang Islam kerana perlu berwuduk sekurang-kurangnya 5 kali sehari.
-
Elakkan menggunakan penanggal pengilat kuku terlalu kerap
-
Hadkan penggunaan, maksimum sekali seminggu.
-
Jangan membuang kutikel anda
-
Membuang kutikel boleh mendedahkan kuku anda kepada jangkitan.
Penyakit Kuku
Kuku juga terdedah kepada penyakit. Anda perlu mengenali beberapa
keadaan yang biasa berlaku untuk membantu anda mendapatkan rawatan.
-
Jangkitan bakteria
-
Jangkitan lipatan kuku. Biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria. Namun, kulat adalah punca jangkitan yang diketahui.
-
Jangkitan kulat
-
Jangkitan kulat adalah keadaan yang sering berlaku. Kuku boleh
dijangkiti kulat yis atau kurap. Kuku boleh menebal dan cacat kerana
mungkin plat kuku terpisah dari dasar kuku. Walau bagaimanapun, ia boleh
dirawat.
-
Cagu
-
Cagu adalah suatu keadaan apabila kuku tumbuh dalam dasar kuku,
menyakitkan dan mendapat jangkitan. Ini berkaitan dengan cara memotong
kuku yang salah atau berlebihan berat badan (obes). Ia kerap berlaku
pada kaki yang besar.
Menggigit kuku
Sesetengah orang suka menggigit kuku. Ia bukan tabiat yang baik.
Menggigit kuku dianggap satu penyakit yang dipanggil gangguan tingkah
laku impulsif (impulse control disorder), iaitu masalah mengawal tabiat
menggigit kuku jari. Ia juga sering dikaitkan dengan kecelaruan tingkah
laku atau emosi yang lain. Ia biasanya berlaku semasa zaman kanak-kanak
dan remaja.
Menggigit kuku boleh menyebabkan kulit pada kutikel koyak dan boleh
menyebabkan jangkitan kuman. Masalah gigi atau kecederaan gusi juga
boleh berlaku. Apabila kuku yang digigit ditelan, kuman yang terselit di
bawah permukaan kuku dipindahkan ke dalam perut. Cacing jarum
(pinworms) dan bakteria di bahagian dubur boleh dipindahkan kepada perut
dan menyebabkan sakit perut. Rasa pahit pengilat kuku boleh
mengurangkan tabiat menggigit kuku. Beberapa teknik terapi tingkah laku
boleh digunakan untuk merawat tabiat ini.
Adakah menggunakan pengilat kuku selamat?
Isu-isu berkaitan penggunaan pengilat kuku.
-
Bahan kimia berbahaya yang terdapat di dalamnya.
-
Ia mengandungi bahan kimia yang dipanggil dibutil phthalate (DBP).
DBP adalah bahan bergetah yang mengganggu fungsi endokrin dan
menyebabkan kecacatan janin. Toulene dan formaldehid adalah karsinogen
yang terkandung dalam penggilat kuku. Ciri-ciri pengilat kuku yang
selamat - tidak berbau, tidak mengandungi bahan kimia di atas atau
ethylacetate, N Butil asetat dan aseton.
-
Kesan penanggal pengilat kuku
-
Ia mengandungi aseton yang akan menyebabkan kulit kering. Aseton
juga mudah terbakar. Sesetengah individu sensitif dengannya.
Anda perlu berhati-hati memilih pengilat kuku dan penanggal pengilat
kuku. Anda akan mendapati diri anda terdedah kepada bahan kimia
berbahaya dan berisiko mendapat alahan. Sebaik-baiknya fikir dahulu sama
ada anda benar-benar perlu menggunakan pengilat kuku.
Rupa Kuku Tanda Kesihatan Anda
Rupa bentuk dan keadaan yang mungkin berlaku :
 |
Kuku putih - Kegagalan buah pinggang. |
 |
Kuku kekuningan - Ini biasanya berkaitan dengan penyakit pernafasan
seperti bronkitis kronik. Kuku kelihatan menebal dan pertumbuhan adalah
perlahan lalu menyebabkan kuku berubah menjadi warna kuning. |
 |
Lekuk melintang atas kuku – Lekukan melintang ini dipanggil garis
Beau. Lekukan ini berkembang di bawah kutikel apabila pertumbuhan kuku
diganggu oleh kecederaan atau penyakit yang teruk. |
 |
Kuku berbintik - Kuku mempunyai lekukan-lekukan kecil di atasnya.
Berkaitan dengan keadaan kulit yang dipanggil psoriasis dan beberapa
keadaan autoimun. |

 |
Kuku bergulung - Berpunca daripada jangkitan kulat. |
 |
Clubbing nail - Keadaan hujung jari membengkak dan kuku berlekuk
sekelilingnya. Berkaitan dengan penyakit jantung, paru-paru, usus, atau
penyakit hati. Dalam keadaan tertentu bagi penyakit jantung, warna
clubbing nail boleh menjadi biru (cyanosed). |
 |
Spoon nail - Kuku nipis dan melengkung keluar. Berkaitan dengan anemia (kurang zat besi). |
Secara ringkasnya, sila pastikan kuku anda bersih dan jika anda
mempunyai sebarang keraguan mengenai kuku anda, sila berjumpa doktor.
Tips Mencantikkan Kuku
- Jangan terlalu kerap mandi air panas atau ke sauna kerana ini akan memburukkan keadaan kuku anda.
- Tabiat
menggigit kuku harus ditinggalkan kerana ia akan membuat kuku cepat
pecah dan bakteria pada kuku itu dengan mudahnya berpindah ke mulut
anda.
- Potong
kuku dengan kerap dan secara teratur kerana ia boleh membantu menjamin
kesuburan kuku. Sekiranya kuku dibiarkan panjang, ia akan mudah patah
dan cepat rapuh.
- Kuku anda juga perlukan pelembap untuk terus bersinar. Sekiranya anda
malas untuk membeli pelembap khas untuk kuku, pastikan setiap kali anda
menyapu losen pada badan, sapukan sekali pada kuku terutamanya sebelum
tidur.
- Jangan
lupa mengenakan sarung tangan ketika melakukan kerja rumah seperti
membasuh pinggan mangkuk atau mencuci bilik air kerana sesetengah bahan
pencuci boleh merosakkan kuku.
- Pemakanan
juga harus dijaga. Makan makanan yang kaya dengan Vitamin B seperti
kacang, kuning telur, pisang, tempe dan hati. Makanan yang kaya dengan
biotin juga bagus untuk mengelakkan kuku daripada terbelah.
- Sekiranya
anda suka mewarnakan kuku, pastikan anda memilih pewarna yang tinggi
kualitinya kerana kandungan pewarna kuku yang berkualiti mempunyai
formula yang bertindak untuk memelihara kuku.
- Jangan selalu menggunakan aseton untuk membersihkan pewarna kuku kerana ia boleh menjadikan kuku anda kering.
- Sekiranya kuku anda kotor dan kehitam-hitaman, gosokkan ia dengan cuka dan bersihkan dengan air suam.
- Untuk
mengilatkan kuku, gunakan bawang putih yang telah dipotong dua.
Gosokkannya pada kuku sehingga mendapat hasil yang anda inginkan.
- Amalkan pengambilan vitamin seperti vitamin A, B, C, D dan E kerana ia baik untuk kuku.
- Pengambilan
kalsium dan zink dapat mempercepatkan pertumbuhan kuku dan
menjadikan kuku kuat. Elakan Pengambilan gula dan alkohol yang
berlebihan kerana dapat merosakkan kuku.
Anda boleh mengamalkan atau mengambil suppliment tersebut untuk menjaga kesihatan kuku. Antaranya pilihan suppliment Shaklee yang bagus untuk kesihatan kuku ialah:
1. Zinc Complex
- 1 hari 1 tablet sahaja SEBELUM sarapan
- JANGAN makan dan minum zinc bersama kalsium kerana penyerapan zinc akan terhalang dan akan dibuang
2. Omega Guard
3. B-Complex
- Setiap tablet mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh.
- Disarankan diambil ketika waktu pagi selepas sarapan
- 1 tablet, 1 kali sehari sahaja
- Elakkan diambil bersama makanan berminyak/berlemak
4. Ostematrix
- Mengandungi Vitamin D3, Calsium, Magnesium, Zinc, Copper, Manganese dan Boron.
- 2 kali sehari, 2 tablet selepas makan
- Elok diambil bersama produk tenusu
Ingin mendapatkan sebarang penjelasan bolehlah hubungi saya seperti berikut.
SMS / WASSUP : 0173586889
*Penghantaran percuma ke rumah di kawasan Puchong, Bukit Aman dan Pantai Dalam.
(*Pada waktu tertentu sahaja)
Penghantaran secara pos di seluruh Malaysia
Produk Shaklee bukan berfungsi untuk merawat atau mengubati TETAPI produk Shaklee berfungsi untuk mengatasi masalah