Tuesday 30 September 2014

Testimoni ESP Shaklee






















Testimoni yang diperolehi adalah dari pengguna Shaklee . Anda boleh google untuk mengetahui lebih banyak lagi testimoni yang berpuashati mengenai ESP Shaklee.
Ingin mendapatkan sebarang penjelasan bolehlah hubungi saya seperti berikut. 

SMS / WASSUP : 0173586889
*Penghantaran percuma ke rumah di kawasan Puchong, Bukit Aman dan Pantai Dalam.
(*Pada waktu tertentu sahaja) 
Penghantaran secara pos di seluruh Malaysia 
Produk Shaklee bukan berfungsi untuk merawat atau mengubati TETAPI produk Shaklee berfungsi untuk mengatasi masalah

10 Faedah dan Keistimewaan ESP Shaklee yang Anda Perlu Tahu



ESP Shaklee menjadi kegemaran ramai pengguna produk shaklee kerana faedah-faedah dan keistimewaannya yang membantu mengurangkan masalah kesihatan, membantu mencantikkan kulit, sebagai "milk booster" susu badan dan lain-lain lagi.

Yang istimewanya soya shaklee adalah dari non-gmo serta tidak dibasuh dengan alkohol sebaliknya dibasuh dengan air bersih serta diproses pada kadar suhu yang rendah untuk memelihara kuantiti dan kualiti isoflavones, genistein dan daidzein dan dapat membekalkan anda kebaikan soya sepenuhnya. ESP shaklee juga ditambah dengan kalsium untuk mengurangkan keasidan kacang soya.

ESP Shaklee telah diiktiraf seluruh dunia kerana mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliko kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan.

ESP Shaklee juga merupakan satu-satunya produk supplement protein yang dijamin lengkap dengan 9 jenis asid amino perlu yang tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh

Protein soya shaklee ini juga turut diperkaya dengan 5 jenis vitamin dan 4 jenis mineral yang menyokong keperluan harian manusia.
1 tin ESP Shaklee seberat 850gm dihasilkan daripada 30kg kacang soya yang memberikan sumber tenaga yang tahan lama jam demi jam. ESP shaklee ini juga digemari dan sesuai oleh semua peringkat dewasa kerana mengandungi Indeks Glisemik yang rendah iaitu hanya 39 yang mana sangat sesuai dijadikan supplement dan penambah tenaga bagi penghidap kencing manis.

Kandungan proteinnya iaitu satu hidangan ESP Shaklee bersamaan dengan 
  • 2 kali ganda protein daging,
  • 4 kali ganda protein telur 
  • 12 kali ganda dari protein susu
ESP Shaklee juga rendah lemak, tiada kolestrol, tiada uric asid (asid urik yang tinggi dalam tubuh menyebabkan gout), dan protein ESP Shaklee sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.


10 Faedah Esp Shaklee 


  • Membantu Awet Muda - asid amino membantu memelihara dan memulihars otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit.
  • Membantu meremajakan kulit - Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit, membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka, dan mengurangkan kesan parut
  • Membekalkan Tenaga - Membekal tenaga dengan segera dan kekal bertenaga jam demi jam
  • Membantu mengurangkan migrain, imsonia dan stress
  • Membaiki Pigmentasi - Tona kulit lebih sekata, membantu mengurangkan jeragat 
  • Membantu memperbaiki masalah rambut - Seperti rambut beruban dan rambut gugur
  • Membantu meningkatkan memori - Meningkatka kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan ransangan
  • Baik untuk kestabilan hormon - Isoflavones dalam kacang soya fungsinya sama dengan hormon wanita. Isoflavones  merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  • Baik untuk prostat - Genistein yang terkandung dalam kacang soya membantu mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Memusnahkan radikal bebas yang menyebabkan punca kanser. Genistein dalam ESP Shaklee membantu dalam pemulihan uterus, ovari, menopous dan pembesaran prostat.
  • Sebagai Milk Booster - Membantu ibu meransang pengeluaran susu ibu dengan lebih banyak (dengan syarat mengikut "Demand vs Supply"




Protein sangat dalam tubuh manusia kerana protein merupakan bahan utama pembentukan  pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen hormon manusia. Maka kekurangan protein menyebabkan:
  1.  Kelemahan sistem imun dan juga fungsi tubuh untuk melawan penyakit,
  2.  Masalah lebihan ari dalam badan
  3.  Kehilangan kepejalan otot
  4. Perubahan warna rambut,
  5.  Pertumbuhan terbantut,
  6.  Masalah penghadaman, 
  7. Masalah penghasilan darah dan hormon
  8. Masalah kegagalan fungsi organ yang boleh menyebabkan kematian.


ESP sangat sesuai digabungkan dengan pelbagai set kesihatan. 



Ingin mendapatkan sebarang penjelasan bolehlah hubungi saya seperti berikut. 

SMS / WASSUP : 0173586889
*Penghantaran percuma ke rumah di kawasan Puchong, Bukit Aman dan Pantai Dalam.
(*Pada waktu tertentu sahaja) 
Penghantaran secara pos di seluruh Malaysia 
Produk Shaklee bukan berfungsi untuk merawat atau mengubati TETAPI produk Shaklee berfungsi untuk mengatasi masalah

Promosi ESP Beli 6 Percuma 1

Promosi dari Shaklee pada Bulan Oktober ini ialah ESP. Dengan setiap pembelian 6 can ESP anda berpeluang mendapat pelbagai ganjaran dan pulangan yang  hebat. Jangan lepaskan peluang ini. Jom ramai-ramai rebut Promosi ESP yang sah dari 1/10/2014 sehingga 31/10/2014. Jangan tunggu lama-lama kerana mungkin stok akan kehabisan kerana ESP adalah produk yang laris di pasaran.



Apabila anda membeli ESP 6 can yang bernilai RM 900.00 anda berpeluang mendapat  :

  • 1 can ESP secara percuma yang bernilai RM 150.00
  • Free yuran keahlian yang bernilai RM 65.00
  • Mendapat bonus, pulangan wang pada pertengahan bulan berikutnya sebanyak RM 30++ terus kedalam akaun anda 
  • Diskaun sehingga 20% bagi semua produk Shaklee kerana anda telah berjaya menjadi ahli Shaklee
  • Berpeluang menjana pendapatan, pulangan cash rebet bagi setiap pembelian seterusnya 

Saya juga akan memberi anda sebuah E-book secara percuma yang menerangkan mengenai

  • 15 kebaikan ESP 
  • 7 perbezaan ESP dan soya lain 
  • 6 pantang larang minum ESP 
  • 10 resepi lazat ESP yang disertakan bersama gambar .
(**khas kepada pelanggan saya sahaja dan tidak ada kena mengena dengan Shaklee Sdn Bhd)

Ingin mendapatkan sebarang penjelasan bolehlah hubungi saya seperti berikut. 

SMS / WASSUP : 0173586889
*Penghantaran percuma ke rumah di kawasan Puchong, Bukit Aman dan Pantai Dalam.
(*Pada waktu tertentu sahaja) 
Penghantaran secara pos di seluruh Malaysia 
Produk Shaklee bukan berfungsi untuk merawat atau mengubati TETAPI produk Shaklee berfungsi untuk mengatasi masalah




Sunday 28 September 2014

8 Cara Untuk Saya Kempiskan Perut

Semalam ketika pakai baju perasan sesuatu yang perut saya semakin buncit dan menggelebeh..


Dahulu untuk menyukat perut buncit, saya selalu berdiri tegak dan lihat kebawah samada boleh melihat kaki atau tak. Kalau dapat lihat jari jari kaki itu bermakna perut saya tidak buncit.. Tapi kini benda pertama yang saya lihat dahulu ialah perut saya yang buncit  dan kaki saya langsung x nampak. Dihalang oleh perut yang buncit.. Sungguh sedih dan tragis bagi saya. 

Bila pakai baju kurung nampak kebonjolan pada bahagian perut. huhuhuuu.. Ditambah pula dengan kata-kata dari org sekeliling yang cakap saya dah gemuk dan perut buncit. Malunya.. 

Malam tadi saya cuba buat sit-up untuk mengecilkan perut yang buncit. Baru 3 kali sit-up dah mengah. Macam mana nak buat . Nak diet? sungguh besar selera makan saya terutamanya air gas dan pisang goreng juga rendang ayam..Itu memerlukan usaha yang sungguh gigih. 

Jadi saya nak cuba pendekatan yang berbeza yang memerlukan saya mencari alternatif lain untuk mengempiskan perut yang buncit. Zaman muda dulu pernah hari2 minum air perahan limau nipis. Dan suprisenya 1 hari turun 1 kg.. Begitu tekad nya saya dahulu.. Skg nie dah berada dalam confort zone sampai tersasar sehinggalah jadi begini..BUNCIT PERUT. 

Jadi ketika saya google saya terjumpa artikel nie http://dietdietsihat.blogspot.com/. Saya share bersama semua. Dan saya akan cuba sendiri dan beri testimoni sendiri dan bagi tahu keputusannya selepas saya mencuba dalam tempoh 30 hari . Bagi saya perut buncit yang saya hadapi hari ini merupakan Masalah Serius bagi diri saya dan ia akan menjadi push factor bagi saya 

Dan bermula hari ini 29/09/2014 pukul 12.00 tengahari, saya akan menjadi bahan eksperimen untuk mengempiskan perut buncit. Bila dah buat testimoni sendiri nie, godaan, dugaan, cabaran mesti saya hadapi dengan kuat.. huhuhuuuu. Harap-harap berhasillah . 

Antara godaan yang paling kuat yang susah untuk saya hadapi ialah :
  • pisang goreng dan tempe goreng 
  • makan malam bersama anak
  • jamuan makan / hari keraian 
  • air bergas
  • makan dan berselang seli dengan minum 
Saya berharap dengan tips-tips yang saya sertakan disini dan juga keupayaan saya menolak dugaan/godaan makanan akan mampu mengempiskan perut saya yang buncit .

Sentisa ingat kata-kata tukang masak di China ..huhuhuh

" Makanan semulajadi datangnya dari Tuhan,
 perisa dan rencah-rencah lain datangnya dari Syaitan" 


Jadi TIPS dan Cara yang saya akan ikut untuk mengempiskan perut yang buncit ialah 



1. Mulakan hari anda dengan jus lemon 

Ini adalah salah satu terapi terbaik untuk menghilangkan lemak perut. Picit sedikit jus kuning ke dalam segelas 
air
 suam dan tambah sedikit garam kepadanya. Teruskan minum ini setiap pagi untuk meningkatkan metabolisme anda dan untuk menghilangkan perut gendut itu. 

2. Elakkan beras putih 

Gantikan beras putih dengan pelbagai produk gandum. Termasuk beras perang, roti coklat, bijirin penuh, oat dan quinoa dalam diet anda. 

3. Elakkan bahan-bahan bergula 

Jauhi gula-gula, minuman manis dan makanan yang kaya dengan minyak. Pengambilan makanan ini dapat meningkatkan lemak badan di sekitar pelbagai bidang badan anda seperti perut dan peha. 

4 Minum air yang banyak 

Jika anda ingin menghilangkan perut anda, kemudian minum air yang mencukupi setiap hari. Air minuman, selepas jangka masa yang tetap akan membantu untuk meningkatkan metabolisme anda dan membuang toksin dari badan anda. 

5. Makan bawang putih mentah 

Kunyah 2-3 ulas bawang putih setiap pagi, dan minum segelas air lemon selepas itu. Rawatan ini akan menggandakan proses penurunan berat badan anda dan membuat peredaran darah anda lancar dalam badan anda. 

6. Elakkan makanan yang tidak veg 

Untuk menghapuskan lemak perut, adalah disyorkan bahawa seseorang itu perlu mengelakkan makanan bukan vegetarian sejauh yang mungkin. Maknanya makan makanan vegetarian 

7. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran 

Makan semangkuk buah-buahan setiap hari di waktu pagi dan petang. Ini akan mengisi anda dengan banyak antioksidan, mineral dan vitamin. Ramai yang pesan untuk "berpuasa" dengan makan buah dan sayuran sahaja selama 3 hari. 

8. Gunakan Rempah

Penggunaan rempah seperti kayu manis anda, halia dan lada hitam dalam masakan anda. Ini rempah sarat dengan manfaat kesihatan. Mereka membantu untuk meningkatkan rintangan insulin dan mengurangkan tahap gula dalam darah anda.

Wednesday 24 September 2014

Pengedar Puchong, Pantai Dalam dan Bukit Aman

Salam semua kepada peminat produk Shaklee, pelanggan setia Shaklee dan mereka yang mengenali Shaklee serta yang ingin menceburi bisness Shaklee.

Saya merupakan pengedar sah Shaklee di Bukit Aman , Pantai Dalam dan juga sekitar Puchong Perdana , Puchong Intan , Puchong Prima dan Kg Seri Aman.

Berita baik bagi anda yang berada di Bukit Aman anda boleh mendapatkan produk Shaklee terus ke pintu rumah anda atau saya sedia menghantar kepada anda ketika anda sedang bekerja. Tidak perlu ragu ragu kerana saya berdekatan dgn anda. Tiada caj penghantaran dikenakan

11 + 1 Cara Membantu Tidur Lena

Antara salah satu tanda kita sedang menghadapi tekanan mental ialah apabila kita sukar hendak tidur.
Kegelisahan yang berlaku sewaktu hendak tidur menunjukkan minda berserabut dengan pelbagai perkara yang masih tidak selesai. Itu juga menunjukkan bahawa kita tidak bahagia dalam hidup.
Orang bahagia sentiasa mudah apabila hendak tidur dan dia boleh tidur dengan lena dan bangkit dengan bersemangat.
Tidur benar-benar dijadikan ruang untuknya berehat.Sesetengah orang menganggap sukar tidur sebagai fenomena yang tiada penawar. Mengapa ini terjadi?
Bukankah sewaktu kepala diletakkan diatas bantal adalah waktu untuk bertenang dan berehat sepenuhnya? Bukankah apabila kita hendak tidur, memang sebenarnyalah kita betul-betul hendak tidur?

Tetapi mengapa kita sukar tidur? Mengapa mata tidak mahu lelap?Jawapan yang mudah dan mungkin diketahui oleh semua orang adalah berpunca daripada 

"cabaran dan tekanan perasaan yang sentiasa dihadapi pada waktu siangnya."

Jadi, jika anda sukar tidur, itu tandanya anda sedang menghadapi tekanan mental dalam hidup anda. Jika anda terus gagal mendapatkan tidur yang berkualiti, ada harapan anda akan mendapat penyakit mental.

Ingat, semua penyakit yang berhubungkait dengan kemunduran mental tidak mungkin akan membawa anda kepada kebahagiaan.

Tidur yang berkualiti dan tidur yang tidak berkualiti
Sebenarnya tidur ada dua macam, iaitu tidur yang sekadar tidur dengan tidur yang benar-benar tidur. Dalam perkataan lain, tidur yang berkualiti dengan tidur yang tiada kualiti.Bukan telur sahaja ada gred A, B, C dan D. Tidur juga ada gred-grednya tersendiri.


Seseorang yang tidur secara berkualiti (Gred A) akan mendapat rehat yang secukupnya yang diperlukan oleh tubuhnya. Jika dia tidur enam jam, seolah-olah dia telah tidur selama 18 jam. Wah, beruntungnya dia. Ini bermakna bukan sahaja tidurnya nyenyak malah tidak terganggu oleh mimpi-mimpi buruk yang menyakitkan kepala.Tidur berkualiti ini boleh juga diistilahkan sebagai tidur mati. Lihat orang yang tidur mati, alangkah nikmatnya. Seolah-olah benar-benar mati dalam iman.
Lihat pula orang yang tidur tanpa kualiti. Tidurnya gelisah, mengelasau, mengigau dan mungkin merapu, bercakap dan menjerit-jerit. Lebih kronik, ada yang boleh bangkit dan berjalan-jalan dalam keadaan tidur. 
Orang-orang begini bukan sahaja tidak mendapat kualiti tidur yang sebenarnya malah boleh mengganggu kualiti tidur orang lain.

Tidur yang tidak berkualiti biasanya akan membabitkan prestasi pada siang hari.

Seseorang yang sepatutnya mendapat tidur selama 7 jam, tetapi gagal mendapatkannya, akan rasa agak mengantuk pada keesokan harinya. Dia kelihatan letih, tidak bermaya dan kurang bersemangat.
Semakin sedikit jumlah tidurnya daripada yang diperlukannya, semakin lemahlah dia daripada garisan kecemerlangan. Mungkin semakin keraplah dia melakukan kesilapan. 
Akhirnya dia akan dilihat sebagai insan yang tidak bahagia.

Mungkin anda bertanya, jika demikian, tidak bolehkah mengurangkan waktu tidur untuk membina kecemerlangan?

  • Untuk menambahkan persediaan menghadapi peperiksaan, tidak bolehkan seseorang pelajar itu mengekang mata sehingga lewat malam mentelaah pelajaran?
  • Untuk menambah pendapatan seseorang pekerja itu menggagahkan diri berkerja lebih masa sehingga syif malam?
  • Untuk menyiapkan novel, seseorang penulis berhempas pulas menulis hingga untuk bernafas pun tidak berkesempatan?

Jawapannya : adalah tidak boleh dan juga boleh.
- Tidak boleh kerana tubuh kita memang memerlukan tidur yang mencukupi. Itu hakikat hidup dan rutin biasa bagi seseorang yang normal. Apapun keadaanya cubalah dapatkan tidur yang mencukupi. Ayam pun perlu tidur, inikan pula manusia.
- Boleh kerana kadangkala tubuh kita boleh disesuaikan dengan keperluan-keperluan mendesar, situasi terdesak dan didesak. Maksudnya, ada ketikanya kita boleh terus gagah walaupun tanpa tidur yang mencukupi. Tetapi jangan terlalu kerap dan berterusan.
Sesekali untuk melayan keadaan-keadaan , terdesak dan didesak itu memang patut  dan tubuh kita pun memang terbina untuk  berdepan dengan suasana-suasana yang tidak diduga seperti itu. Pendek kata, lihat diri sendiri dan kaji keperluan tidur masing-masing.

Tidur seketika pada siang hari.

Produktiviti kita juga akan meningkat apabila tidur sebentar selepas makan tengah hari. Tidurlah sebentar diwaktu siang untuk mengganti tidur malam kita yang hilang itu.
Tetapi kita perlu bijak bila ingin tidur siang. Walaupun tidur siang adalah cara yang baik untuk menggantikan tidur kita yang hilang, terutama bagi mereka yang telah berusia, namun ia juga boleh membuatkan imsomnia  kita semakin teruk.
Jika ini adalah masalahnya, pertimbangkan untuk tidak tidur pada waktu siang. Jika tidak boleh dan memang perlu untuk tidur siang, hadkan tidur siang kita itu hanya sekitar 30 minit sahaja.

Jika anda mengalami masalah sukar tidur, disini saya kongsikan cara yang boleh dilakukan untuk memudahkan kita tidur:

  1. Jangan fikirkan apa-apa ketika hendak tidur.
  2. Jangan berangan-angan tanpa noktah.
  3. Jangan cuba selesaikan masalah yang berat-berat.
  4. Baca buku atau majalah didalam cahaya yang suram. Kita memang cepat mengantuk bila baca buku dalam cahaya yang suram.
  5. Rangka satu tabiat supaya tidur pada waktu-waktu tertentu dan bangun pada waktu tertentuCuba tidur pada waktu yang sama pada setiap malam. Cuba jangan pecahkan rutin ini pada hujung minggu kerana kita cenderung untuk tidur lewat pada waktu hujung minggu. Begitu juga dengan bangun, kita sepatutnya dapat bangun sendiri tanpa penggera jika tidur kita cukup.
  6. Lakukan riadah sederhana pada waktu petang.
  7. Jangan makan terlalu banyak dan ketika hendak tidur jangan ambil minuman berkafein. Kafein boleh merangsang minda, menyebab kita sentiasa berfikir dan tidak dapat rilaks untuk tidur.
  8. Pastikan suasana bilik selesaAnda sepatutnya mempunyai ruang yang cukup untuk meregang dan berpusing. Jika anda terjaga dengan sakit belakang atau leher, mungkin anda patut fikir untuk menukar tilam yang lebih baik.
  9. Kaedahnya yang saya amalkan ialah membaca Al-Fatihah, Ayat kursi, 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas), syahadah dan diakhiri dengan membaca bismillah sebanyak 21 kali. Kemudian memberi salam kepada teman-teman setiduran.
  10. Buat persiapan ringkas untuk hari esok.
  11. Set minda dengan berkata di dalam hati, aku hendak tidur. Hati akan berkomunikasi dengan minda dan minda melalui mekanisme conscious dan subconciousnya akan menjadikan tidur satu reality.

 Amalkan Doa Ini Untuk Mengubati Masalah Sukar Tidur

اللَّÙ‡ُÙ…َّ غَارَتِ النُّجُومُ ، ÙˆَÙ‡َدَØ£َتِ الْعُÙŠُونُ ، ÙˆَØ£َÙ†ْتَ Ø­َÙŠٌّ Ù‚َÙŠُّومٌ

ÙŠَا Ø­َÙŠُّ ، ÙŠَا Ù‚َÙŠُّومُ ، Ø£َÙ†ِÙ…ْ عَÙŠْÙ†َÙŠَّ ÙˆَØ£َÙ‡ْدِئْ Ù„َÙŠْÙ„ِÙŠ

Maksudnya : Ya Allah , telah malap bintang-bintang , dan telah tenang mata-mata manusia , dan Engkau maha berkuasa , Wahai yang Maha Berkuasa , lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini .
Diriwayatkan oleh At-Tabraniy dan Ibn al-Sunni, dari Hajjaj bin Imran As-Sadusiy, dari Amru bin Al-Husain, dari Muhammad bin Abdillah dari Thaur bin Yazid dari Khalid bin Ma’dan dari Abdul Malik bin Marwan bahawa bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Nabi saw tentang penyakit sukar tidur malam yang menimpanya, lalu baginda mengajarnya doa di atas.
Menurut hadith riwayat Ibnus Sunni, Zaid bin Thabit r.a yang mengalami masalah sukar tidur (insomnia) akhirnya dapat tidur dengan nyenyaknya berkat beramal dengan doa yang diajar oleh Nabi SAW  ini .
Menurut pengarang buku Doa & Rawatan pesakit, doa ini boleh dibacakan pada pesakit dan air. Caranya iaitu, letakkan tangan kanan atas dahi semasa membaca doa dan tiup kedua belah biji matanya.Air yang telah dijampi dengan doa ini boleh digunakan untuk diminum dan untuk mandi.

Akhir sekali, tahukah anda, ada orang oleh kerana kualiti tidurnya amat baik, dia mendapat ilham sewaktu tidur, mendapat mimpi-mimpi baik untuk untuk menunjuki jalan, untuk membuat keputusan, untuk membuat keputusan, untuk memilih antara dua perkara yang sama berat dan sama menarik malah untuk menyelesaikan masalah.

Kunci atau rahsia untuk senang tidur, adalah cuba dan temui setiap perkara yang terbaik untuk kita. Kerana apa yang berkesan terhadap orang lain, mungkin tidak memberi kesan terhadap kita.
Jangan mudah mengalah dan sentiasalah berdoa kepada Allah supaya diberi jalan olehNya untuk merasai nikmat tidur, dijauhkan dari ketidakbahagiaan dan tekanan mental.
Willian Sears, seorang doktor memberitahu
"
Kalsium membantu minda menggunakan asid amino tryptophan untuk menghasilkan bahan melatonin, sejenis bahan yang membantu untuk tidur. Ini membuktikan kebanyakan produk bersusu mengandungi kedua-dua bahan (kalsium dantryptophan), makanan yang boleh membantu kita untuk tidur"

Sebab utama 
insomnia yang kronik adalah kekurangan magnesium. Tidur juga terganggu akibat banyak kali terbangun ketika tidur. Kajian juga mendapati kandungan magnesium yang tinggi dalam badan dan aluminum yang rendah boleh menyumbang tidur yang lebih lena. Kajian ini telah dibuktikan olehJames Penland di Human Nutrition Research Center di North Dakota. 
Secara keseluruhannya, kadar pengambilan kalsium dan magnesium yang seimbang mampu memberikan kesan terbaik dalam menyumbang kepada tidur yang lebih lena.
Anda boleh mendapatkan Ostematrix Shaklee bagi membantu anda mendapatkan tidur yang lena. Mengapa Ostematrix Shaklee ?

Ostematrix Shaklee bukan sahaja mengandungi Kalsium tetapi mengandungi Magnesium serta Vitamin D dan Boron dan Mangan, Tembaga juga Zink hanya dalam 1 tablet sahaja. 
Anda juga boleh lihat perbezaan produk yang ada dipasaran 
Keperluan Kalsium yang perlu bagi setiap individu adalah berbeza mengikut umur. 
Harga : RM 60.00
Kuantiti : 120 tablet

Cara pengambilan Ostematrix Shaklee ialah 

Untuk pemeliharaan kesihatan - 2 kali sehari, 2 tablet selepas makanUntuk masalah haid,kehamilan,stress,kekejangan dan kebas-kebas - 2 kali sehari, 3 tablet setiap kali selepas makan.Untuk masalah tulang retak, osteoporosis - 3 kali sehari, 4 tablet setiap kali.
Saya gemar untuk menasihati pengguna Shaklee untuk mengambil Ostematrix sebelum tidur. Ini bagus kerana penyerapan vitamin tidak akan diganggu dan dapat diserap sepenuhnya .


Ingin mendapatkan sebarang penjelasan bolehlah hubungi saya seperti berikut. 

SMS / WASSUP : 0173586889
*Penghantaran percuma ke rumah di kawasan Puchong, Bukit Aman dan Pantai Dalam.
(*Pada waktu tertentu sahaja) 
Penghantaran secara pos di seluruh Malaysia 
Produk Shaklee bukan berfungsi untuk merawat atau mengubati TETAPI produk Shaklee berfungsi untuk mengatasi masalah