Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Monday, 21 December 2015

Tips Cari Pakej Umrah dan Agensi Umrah Yang Berbaloi

Bagaimana nak cari Pakej Umrah yang ikut budget kita, yang ok dan harap tiada masalah buat kita? Apa yang saya nak terangkan di sini hanyalah pakej umrah biasa sahaja yer. Sebabnya pakej umrah transit dan ziarah ke negeri lain saya belum ada lagi pengalaman.. huhuhu. Bila kita dihadapkan dengan Pakej Umrah yang banyak, dengan travel agensi yang banyak juga. Bagaimana kita nak memilih yang mana satu? Adakah pilih travel agensi yang dikenali ramai ataupun ambil agensi yang baru nak naik sebagai pemangkin tuk business dorang?

Cheklist yang saya buat hampir naik pening jugalah. 

1. Google senarai travel agensi umrah di Malaysia yang berdaftar. Kalau x pandai dan pening tgk banyak sangat travel agensi tu . Pilih dan senaraikan 10. Kalau panjang sangat , senaraikan 5 yang anda sendiri pilih ikut kata hati...hehehe

2. Emel pada mereka atau telefon travel agensi tersebut untuk hantarkan maklumat pakej yang mereka tawarkan. Biasanya mereka akan tanya pada anda semula." Hajah /Haji nak pergi waktu bila yer". Kalau anda jawab "Entah" maksudnya entah jugalah maklumat yang anda akan dapat.. huhuhu.  
  • Pastikan anda tahu bulan berapa anda nak pergi - Musim sejuk bulan 11 sampai bulan 3. Dan jangan sebut nak pergi time bulan haji pula yer. Umrah tak buka waktu tu. Tengok kalender betoi-betoi
  • Anda nak pergi berapa orang, berdua ke, satu family ke, dengan kawan ke. Skg nie sapa yang tidak kahwin lagi kena bawa mahram. X boleh lagi tumpang mahram yer.  Jadi anda set setkanlah sendiri bilik anda berapa orang nak duduk jika pergi ramai-ramai
  • Ada maklumat ni , senanglah travel agensi tu nak bagi maklumat pada anda  
3. Bila dah dapat maklumat atau flyers dari travel agensi tu . Anda buat crossline. Apa dia crossline. Ni jadual untuk senang anda lihat perbezaan agensi tersebut. Apa yang saya senaraikan dalam jadual tu?  
  • Pesawat - Airasia /Saudi / Mas/ - biasanya yang tiga nie terbang terus tak ada transit. Kalau pesawat lain biasanya ada transit. Kita berhenti di suatu tempat dan naik pesawat lain pula. Kalau Saudi biasanya terus berhenti di Madinah. Kalau pesawat lain berhenti di Jeddah. Bila dah turun Jeddah kita kena naik bas selama 6 jam turun di Madinah atau ke Mekah. Paham tak. Kalau tak paham..bayangkan macam ni **** Lapangan terbang Subang dan KLIA . Mana dekat dengan KL?  Nak turun Subang ke nak turun KLIA.? Hah macam tulah nak turun Jeddah atau nak turun Madinah 
  • Free Gift - Beg percuma, kursus percuma, air zam zam percuma, telekong percuma, kain ihram percuma, Kebiasaannya akan dapat beg , air zam zam dan kursus percuma. Nak yang lebih percuma kena carilah travel agensi yang bagi percuma lebih. Bukan x ada. Ada tau  tapi kena pandai carilah. 
  • Hotel - Minta travel agensi drafkan hotel mana yang dorang akan tawarkan ketika di Madinah dan di Mekah. Kalau di Madinah hotel dekat-dekat cuma di Mekah yang hotelnya agak jauh. Lokasi hotel adalah penting sekiranya anda ada bawa warga tua, atau mudah penat atau sakit lutut atau suka jemaah di Masjid. Tandakan samada hotel tu terletak 700m, 600m, 400m, 100m. Jangan tgk dalam website sahaja. Tanya terang terang pada mereka hotel mana. Kalau dapat nama hotel  lagi bagus. 
  • Pengangkutan ke Lapangan Terbang - tanya samada mereka ada tawarkan bas untuk kita berkumpul ramai-ramai dan naik bas sehingga ke lapangan terbang atau tak.
  • Pengesahan dokumen - jika anda telah berkahwin anda perlu sertakan sekali dengan salinan sijil nikah (isteri) yang telah disahkan oleh 2 pihak iaitu Majlis Agama Islam dan Kementerian Luar Negeri di Wisma Putra, Putrajaya. Pengesahan Majlis Agama Islam, anda perlu buat sendiri tapi pengesahan dari Kementerian Luar Negeri di Wisma Putra, Putrajaya anda perlu pastikan samaada mereka akan uruskan atau anda uruskan sendiri.
  • Bilangan Hari - Dah pilih bulan nak pergikan. Dah tgk tarikh yang travel agensi tawarkan. Haaaaa sekarang catatkan bilangan hari yang mereka offer 
  • Harga - Nie adalah perbezaan yang sering kali orang lihat dan membanding bandingkan tanpa melihat perkara di atas. Jika anda dah dapat maklumat di atas bolehlah anda lihat perbezaan harga. Mana yang untung dan berbaloi.  

# Mengikut apa yang saya dipahamkan dan mendapat info dari seorang lawyer nie.. Pengurusan visa umrah yang dikeluarkan oleh Saudi hanya boleh diuruskan oleh 3 travel agensi sahaja iaitu Tabung Haji, Andalusia dan Rayhar. Agensi lain perlu mendapatkan khidmat dari mana-mana travel agensi ini untuk menguruskan visa pelanggan mereka bermula dari November 2015. Oleh itu charge pengurusan visa akan meningkat sebab mengunakan khidmat pihak ketiga.  Betoi atau tak saya kurang pasti . Yang saya pasti bulan 11 haritu mmg ramai yang terkandas sebab x dapat visa . Kelam kabut sekejaplah. 


Itu sahaja tips permulaan bagi mereka yang ingin menunaikan umrah. Nanti saya sambung lagi tips tips lain untuk anda semua sebagai tetamu Allah. Banyak tips nak bagi nie.

#Pesanan saya
Mengerjakan Haji mempunyai korta  dan lambat sungguh giliran kita. Mulakanlah dengan Umrah dahulu. Sekiranya ajal kita telah tiba sekurang kurangnya kita telah menunaikan haji kecil dan hampir melengkapkan Rukun Islam kita.

Nak mengerjakan umrah secara free dengan jalan jalan lagi di beberapa tempat dengan taraf 5 bintang? Jom join Shaklee. Saya akan terangkan dengan details. Wassup saya yer 017-3586889
 
 

Tuesday, 14 April 2015

Video Menyentuh Hati Si Isteri

Pagi nie saya buka facebook tetiba di new feed saya muncul video nie. Tersentuhnya saya dengan video nie. Seperti memberitahu isi hati saya yang sebenarnya. Saya rasa ramai perempuan-perempuan, isteri-isteri pun berasa perkara yang sama macam dalam video nie. Harap-harap suami atau bakal suami diluar tu cubalah tonton. Video yang simple tapi punya erti yang besar mengenai angan-angan seorang wanita .

# Kredit kat Rima Melati Affandi
#SihatHati
#lambat sikit dia nak keluar video tu..ada dalam 5 minit.tunggu jerlah yer dulu




jom tgk....tak tgk rugilah
Posted by Rima Melati Affandi on Saturday, April 11, 2015

Wednesday, 11 March 2015

Insurans Diri Dengan 3 Qul

Selalunya kita akan mengamalkan bacaan 3 Qul , kadang kala ada yang mengamalkan membaca 4 Qul dalam kehidupan harian. Jika tak membaca surah-surah ini akan merasa kelainan dan keganjilan. Tahu tak kita bahawa surah ini banyak kelebihannya.  Saya sebenarnya tertarik dengan ayat sesorang nie

" INSURANS DIRI SENDIRI - Free of charge" 

Ramai antara kita mengambil polisi insurans harta benda dan insurans diri dan anak-anak. Ada yang berlumba-lumba mengambil premium yang paling mahal untuk keselesaan diri. Haa baguslah macam tu memikirkan masa hadapan. berfikiran jauh ke hadapan. Dan alangkah eloknya jika kita mengambil polisi insurans yang free ini juga. Iaitu mengamalkan bacaan 3 Qul dalam kehidupan kita . Seronok tak kalau dapat polisi insurans yang free  dan boleh dapat pada waktu akhirat.. alangkah bahagianya, Sana sini kita amik polisi insurans. Bagusnya dan bahagianya hidup..kan..kan..kan 

Sabda RASULULLAH s.aw “Tiada daya upaya dan kekuatan hanya pertolongan dariNya.
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).











Waktu yang disarankan Nabi SAW untuk mengamalkan 3 Qul (Al-Muawwizat) ini ialah:
1) Baca setiap kali lepas solat (1 kali)

Uqbah bin ‘Amir membawakan hadis dari Rasulullah shalallahu’ alaihi wasallam, bahawa Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam berkata: “Bacalah Al-Muawwizat pada setiap kali selepas solat.” (HR. Abu Dawud no. 1523, disahihkan oleh Asy Syaikh Al Albani dalam Ash Shahihah no. 1514)

2) Baca setiap pagi dan petang (3 kali)

Pada waktu pagi dan petang, kita dianjurkan membaca ‘Surah Al-Muawwizat’ sebanyak tiga kali. Keutamaan yang diperolehi adalah, akan dijaga dari segala sesuatu (segala keburukan). “Al-Muawwizat juga dijadikan wirid / zikir di waktu pagi dan petang. Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali diwaktu pagi dan petang, nescaya Allah SWT akan mencukupinya dari segala sesuatu.” (HR. Abu Dawud no. 4419, An Naasaa’i no. 5333, dan At Tirmidzi no. 3399)

3) Baca setiap kali sebelum tidur (3 kali)

“Demikian juga disunahkan membaca Al-Muawwizat sebelum tidur. Caranya, membaca ketiga Surah ini lalu meniupkan pada kedua-dua telapak tangannya, kemudian diusapkan ke kepala, wajah dan seterusnya ke seluruh anggota badan, sebanyak tiga kali.” (HR. Al-Bukhari 4630)

Diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa Rasulullah SAW pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas, Ditiupkan pada kedua-dua tapak tangan kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala Baginda.

Katanya: “Nabi SAW ketika berada di tempat tidur di setiap malam, Baginda mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surah Al-Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah Al-Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surah An-Naas). Kemudian Baginda mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.” (HR. Bukhari no. 5017)

4) Baca ketika merukyah orang sakit.
Daripada Aisyah radiallahu ‘anhaa; “Bahawasanya Rasulullah sallaLlahu-’ alaihi-wa-sallam apabila sakit baginda membaca sendiri Al-Muawwizat (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas), kemudian meniup padanya. Dan apabila rasa sakitnya bertambah aku yang membacanya kemudian aku usapkan ke tangannya mengharap keberkahan dari surah-surah tersebut.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Thursday, 20 November 2014

Jom Minum Sambil Berdiri

Kebiasaannya kita akan minum sambil duduk. Bahaya jika minum dan makan sambil berdiri. Rasullah juga melarang kita makan dan minum sambil berdiri. Tapi mengapa saya menyuruh anda minum sambil berdiri. Masa kecik2 pun kita selalu kena marah jika minum sambil berdiri. Jadi kenapa lagi masih nak berdiri. 

Saya menggalakkan anda untuk minum Air Zam Zam secara berdiri seperti mana yang Rasullullah lakukan ketika minum air zam-zam. Hanya ketika meminum air zam-zam sahaja anda disunatkan minum sambil berdiri. Air selain air zam-zam jangan nak berangan minum ketika berdiri yer. Agak-agak kalau nak cepat sakit dan memudaratkan diri minum dan makanlah sambil berdiri yer. 

Kenapa Air Zam-Zam dan Bukan Air Lain 

Air zam-zam nie mengandungi fluorida yang memiliki daya efektif membunuh kuman serta mengandung kalsium dan garam magnesium yang tinggi berbanding air biasa. Nak kuat minumlah selalu air zam-zam yer.


Dari segi saintifik air zam-zam bersifat alkali, jadi air zam-zam dapat meneutralkan asid hidroklorik yang dihasil di dalam perut dan mengurangi pedih ulu hati.

Jadi inilah sebab rasulullah minum air zam-zam sambil berdiri supaya air tersebut cepat dapat meneutralkan asid yang dihasilkan dalam perut. 

Selain itu, air zam-zam juga mengandungi iodin, sulfat dan nitrat. Kandungan makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan potassium menyebabkan air zam-zam bersifat nutritif berbanding sumber lain, sebab tu air zam-zam dapat menyegarkan para jemaah haji yang meminumnya dan memberi ketahanan antibodi kepada orang yang meminumnya.

Agak-agak mereka yang selalu kena pedih ulu hati dan gastrik tu , cubalah untuk minum air zam-zam setiap hari sebagai alternatif. Daripada asyik hisap dan makan ubat gastrik yang berangin tapi semakin sakit perut..huhuhuhu


Ini adalah perbandingan unsur kimia dalam Air Zam-Zam dan Air Mineral 

Antara air ZAM ZAM ( Mg/l ) ,
.......................................... dan air MINERAL
* Klorida (cl) 159,75 , ........................................................ Mineral : 30
* Sulfat (SO24) 140 , ......................................................... Mineral : 27
* Nitrat (NO3) - ,.............................................................. Mineral : 15
* Nitrit (NO2) 0,045 ,......................................................... Mineral : -
* Bikarbonat (HCO3) 398,22,................................................ Mineral : 32
* Flour (F) - ,................................................................... Mineral : 0,7
* Besi (Fe) tak terdeteksi .................................................. Mineral : 0
* Mangan (Mn) 0,014......................................................... Mineral : -
* Natrium (Na) 318,0 ,.......................................................  Mineral : 20
* Kalium (Ca) 182,2 ..........................................................  Mineral : 3
* Zat Padat Terlarut (TDS) 858 ,........................................... Mineral : 170
* Magnesium (Mg) 6,86...................................................... Mineral : 5
* Zat Organik 2,79-..........................................................  Mineral : -
* Jumlah Mikro Organisme (TPK) 38 kolom/ml -........................  Mineral : -
* PH 7,3.......................................................................   Mineral : 7,2


Air mineral yang sejuk dan menyegarkan tu pun x leh nak tandingi unsur-unsur yang terdapat dalam air zam-zam apatah lagi air lain. Nak nak air minuman kita yang kadangkala warna kuning dan kadangkala ada bau klorin... 


Jadi bagi mereka yang nak minum air zam-zam tu , sila minum seperti ini yer.

Cara minum Air Zam-Zam 
  • Minum sambil berdiri 
  • Minum menghadap qiblat 
  • Jangan minum sekali teguk jer 
Semoga kita semua beroleh manfaat yang baik dan dibersihkan hati dengan minum air Zam-Zam. Insyaallah 



Kempen Drug Free - Katakan Tidak!

Friday, 14 November 2014

Kesegaran di awal pagi

Hari ni bangun pg terbatok batok sy. Lepas tu pergi ke balkoni. Lihat langit wah sungguh lapang, jerebu x ada, bangunan yg xpernah tgk pun dah bleh nampak. Nyamannya rasa. Sungguh terasa kesegaran di awal pg. Dah lama x rasa  sesegar begini.

Matahari x kelihatan lg. Saya amik kesempatan ini menyedut udara segar sedalam dalamnya. Lagi nak batok.lg sy tarik nafas dan tahan nafas. Akhirnya batok sy pun stop. Nyaman dan segar sy rasa. Suasana pun senyap je. Sungguh tenang melihat keindahan alam. Hanya dgr suara burung2 sahaja. Indah dan segar ciptaan Allah. Bagaimana di syurga nanti..



Tapi gambar di atas sy amik lepas matahari dah terbit. Dan lepas anak2 sy dah bgun dan terus sorang2 nangis panggil ibu ibu. Mana ibu.  Keindahan yg berbeza di dalam rumah dan diluar rumah. Di tambah pula anak2 jiran dah mula menanggis. Motor2 dah mula kedengaran enjin pres dan memecut. Itu maknanya tugas sebagai ibu dan isteri dah bermula.

Terima kasih ya Allah beriku kesempatan dan ketenangan melihat keindahan alam walaupun sekejap






Thursday, 13 November 2014

Dajjal - Doa Pelindung Fitnah Dajjal

Salam Jumaat pada semua. Memandangkan hari saya tulis entry nie hari Jumaat, penghulu segala hari. Jadi saya nak ingatkan diri saya dan juga semua umat Islam untuk membaca
Surah Al-Kahfi. Ayat yang dapat melindung kita dari fitnah Dajjal.
Kita nie umat akhir zaman tipu daya syaitan pun susah nak bedung apalagi dengan dugaan fitnah Dajjal. 

Saya memang x pernah mengamalkan Surah al-Kahfi ini dan x tahu pula perlu dibaca pada Hari Jumaat sehinggakan saya terbaca di FB. Selama ini hanya membaca Surah Yassin sahaja. Pertama kali membaca surah Al-Kahfi ini saya rasa kecewa kenapalah dari zaman kecik dulu saya x menghafal surah ini. Dah berumur macam nie baru nak menghafal dan baru tahu akan keistimewaan surah Al-Kahfi ini.

Kita diingatkan untuk membaca surah Al-Kahfi setiap hari Jumaat untuk mengelak dan terlindung daripada Fitnah Dajjal .

Kenapa kita perlu takut dengan Dajjal ? 

Nabi telah bersabda yang mafhumnya , 
“Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tidak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal” (Misykat, hal. 472). HR Muslim . 

Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: 
Dajjal ialah orang yang buta sebelah matanya iaitu sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: 
Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.


Jika Nabi telah mengingatkan kita agar berhati2 dengan fitnah Dajjal maka kita seharusnya mengingati dan mengambil berat akan hal nie. Buatlah persiapan agar diri kita dan seluruh keluarga kita terlindung daripada fitnah Dajjal ini 


Ini adalah 10 ayat terawal Surat Al-Kahfi 






Ini adalah 10 ayat terakhir Surat Al-Kahfi



Nabi saw bersabda 
”Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal”. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)

Hadits dari Abu Darda R.A dari Nabi berkata: 
“Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.” (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi) 

Pada lafaz Tirmidzi: 
“Barangsiapa menghafal tiga ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”


Dari Imam Ahmad dari Abu Darda R.A bahwa Nabi SAW berkata : 
“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”

Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam hari Jumaat sebagaimana pendapat Imam Syafi’i (Lihat Al-Adzkar oleh Imam Nawawi).