Showing posts with label Hobi. Show all posts
Showing posts with label Hobi. Show all posts

Thursday, 6 November 2014

Kek Tanpa Bakar Atau Kukus. Senangnya !

Hahhh.. Sapa -sapa di sini yang nak buat kek, teringin buat kek tapi x suka dengan senarai bahan kek yang banyak, x suka dengan bahan2 dia yang melecehkan, tiada oven, malas nak buka oven, tiada kukus dan senang citer malas segala2nya tapi masih nak buat kek .

Saya ada penyelesaiannya. 

Kek yang dibuat tanpa perlu bakar atau tanpa perlu kukus.

Tak percaya? Anda masih boleh menghasilkan kek. Percayalah pada saya..

        •  yang sedap
        • mengikut citarasa anda
        • design  dan hiasan anda sendiri 
        • sangat sihat 
Jom saya ajar cara membuat kek yang paling senang dan ringkas, suruh budak tadika buat pun mesti dorang suka dan lagi mungkin hebat decorationnya dari anda dan juga saya  .. hehehehehhe

Saya kenalkan kepada anda semua, kek terhebat di waktu ini. Ssesuai dengan kehidupan moden zaman sekarang, 'Pantas, Mudah, Cantik, Homemade'... inilah dia saya kongsikan kepada anda semua 


" Kek Tembikai"  

Manis diluar manis juga di dalam 


Cara-cara membuatnya , Jom saya bantu anda membuatnya yer ...

Bahan-bahan : 
1 biji tembikai merah/kuning/ susu (nak x ada biji pun boleh) 
Whipped cream instant beli jer kat kedai
Kacang/almond/ kuaci / chocolate rise
Buah-buahan sebagai hiasan . x mau buah pakai jer choco jelly ke, kit kat ke, nips ke, m&m ke apa pun boleh

Cara -cara nak buat: 

  1. Potong tembikai kepada 2 bahagian . 
  2. 1 bahagian yang telah dipotong itu diambil untuk kita buat kek . dan dipotong dibahagian bawah supaya tembikai itu boleh duduk dan x tergolek 
  3. Potong kulit2 di sekeliling tembikai 
  4. Ambil whipped cream, sapukan ke seluruh tembikai tersebut. Jangan risau kalau anda sapu x licin. Itulah namanya homemade ..heheh
  5. Hias kek dibahagian tepi  dan di atas kek mengikut citarasa anda 
  6. Masukkan dalam peti ais sementara waktu supaya bila anda makan kek. kek anda sejuk dan menyegarkan 
Tips : kalau rasa nak buat kek 2 tingkat tu ..hiaskan lagi sebelah tembikai yang diketepikan tadi dan dikecikkan sikit saiz potongannya 

Senang tak? senangkan . Susah ke? x susahlah , Simple jer kan sekarang kalau kita nak buat kek. Makan banyak pun x per sebab kita dah buat kek yang sihat .Jom buat homemade kek ...


Tuesday, 21 October 2014

Hobi - Jahit Apa tu Kak?

  


Setiap org ada hobi, tapi kadang kala kerana kekangan masa, komitmen yang tinggi, kita lupa yang kita ada hobi ke, apa yang kita suka buat yer? Mungkin hobi kita mula dilupai bila kita selalu melakukan rutin yang sama setiap hari. Bila ditanya mengenai hobi mulalah flash back balik dulu-dulu aku suka itu, suka ini, sekarang dah x buat lagi dah..ermmm.kalaulah boleh buat semula.. Anda pernah merasakannya, saya juga sentiasa merasakannya..hehhehe.

Bila bertanya mengenai hobi. Saya suka banyak benda seperti menjahit, mengemas rumah, mengubah bunga, memasak, menanam pokok bunga, mengecat, membuat perabot pun saya suka..hehehehe. Kalau disuruh bina kapal pun saya nak buat..heheheh. Bila terlalu banyak sangat hobi, sudah x tahu nak mula dari mana. Tai kalau ditanya sekarang, hobi saya ialah menjahit. Jahit ke kak? Jahit apa tu? Pandai ke jahit. Yo..o...o... jer saya . Saya x reti sangatlah menjahit, tapi bolehlah... Jahit baju kurung untuk anak, jahit baju sendiri, jahit langsir, jahit seluar tuk anak-anak.. Untuk diri sendiri bisa ajer saya jahit..Untuk tempahan i dont think so lagi dalam waktu begini, sebabkan saya menjahit ikut suka ati saya jer bila kelapangan.

Kenapa saya hobi saya menjahit 
Sebab saya suka dengan kaler-kaler, suka dengan bunga, suka dengan curly-curly, jadi dengan jahit saya akan seronok sebab bermain dengan kaler, bermain dengan kain, bermain dengan bentuk-bentuk.. Itu yang buat saya rasa seronok. Di tambah pula dengan mesin jahit yang tidak buat perangai, mesin jahit yang boleh menyulam nyulam dan mesin jahit tepi yang senang. wahhhhhhh rasanya inilah duniaku..Bestnya kalau ada work station sendiri untuk menjahit tanpa gangguan lain.. Tak makan pun x per janji dapat menjahit apa yang diidamkan 

  


Cantik tak gambar di atas ..kain dan butang pun dah buat diri saya seronok dah. Apa lagi kalau dapat work station menjahit yang diidamkan macam dibawah nie 



Bila buat entry nie, saya dah gatal tangan nak menjahit dah.. heheeh. sebab tu masa entry apa ada dalam handbag saya , benang dijumpai dalam handbag saya. Buat masa nie saya tengah mengumpul maklumat dan plan apa yang hendak dijahit.. 

Projek jahit saya sekarang 
Sekarang ini saya teringin nak menyahit konsep warna turquoise. Plan nak jahit untuk bilik anak dan kusyen untuk ruang tamu oh yer dan juga dress baru untuk anak. Proses mencari material agak lewat sikit sebabnya kesabaran dalam mencari kain yang diingini adalah tinggi . Perlu masa yang banyak dan ronda sana-sini. Jika ada peluang sahaja baru saya dapat meronda. Bila semua keperluan dah cukup barulah saya start hobi saya dengan menjahit mengikut draf draf dan pola-pola yang saya inginkan. 


ni nak buat langsir macam nie..macam sweet jer...kain pun dah ada nie 

Ni pula nak buat dress tok anak. 

Skg saya selalu menonton youtube cara-cara nak buat smocking macam nie untuk kusyen saya ..macam best jer 




Itulah dia antara hobi saya buat masa sekarang nie. Menjahit dan menjahit. Saya harap anda juga boleh meluangkan sedikit masa untuk melakukan apa yang anda suka. Sebab apabila kita suka kita akan happy. Bila kita happy kita akan sihat.