Wednesday 26 November 2014

Kesan Sampingan Minyak Ikan yang Anda Kena Tahu

Banyak kelebihan minyak ikan ini dan ia boleh dikatakan selamat bagi kebanyakkan orang termasuklah wanita hamil dan menyusukan bayi jika di ambil dengan sukatan dan kadar yang betul.

Tetapi jika diambil dalam sukatan dan dos yang tinggi (overdose) ini yang perlu dibimbangkan . Kesannya ialah boleh meningkatkan peluang pendarahan kerana minyak ikan menghalang darah membeku.

Disarankan kepada wanita hamil yang sudah menjangkau minggu ke 30 untuk berhenti menggambil makanan tambahan minyak ikan kerana boleh meningkatkan peluang pendarahan berlaku. Juga kepada mereka yang bersalin secara pembedahan tidak digalakkan dan elakkan mengambil minyak ikan sebagai makanan tambahan ketika dalam pantang.

Pengambilan dos tinggi minyak ikan juga mungkin mengurangkan aktiviti sistem imun, mengurangkan keupayaan badan untuk melawan jangkitan. Ini khas bagi mereka yang mengambil ubat-ubatan yang mengurangkan aktiviti sistem imum mereka. Contohnya seperti mereka yang baru buat pemindahan organ


Kesan Sampingan Minyak Ikan 
  • sendawa
  • nafas berbau
  • pedih ulu hati 
  • loya
  • najis longgar 
  • ruam 
  • hidung berdarah
Kesan sampingan ini boleh dikurangkan jika anda mengambil minyak ikan dengan makanan atau membekukan minyak ikan ini (letak di dalam peti ais). Jgn nak gatal2 makan minyak ikan tanpa mengambil makanan 

Memakan terlalu banyak minyak ikan (overdose) dan dari pelbagai sumber mungkin TIDAK selamat. Pastikan anda tahu dan mengetahui kandungan makanan tambahan minyak ikan yang anda beli dan makan seperti yang disarankan.

Sebenarnya sesetengah ikan (terutamanya ikan yu, ikan kembung raja, dan salmon) boleh tercemar dengan merkuri atau lain-lain bahan kimia industri , tetapi makanan tambahan minyak ikan biasanya tidak mengandungi bahan pencemar ini.




Langkah berjaga-jaga & Amaran khas:

Penyakit hati
Minyak ikan mungkin meningkatkan risiko pendarahan pada orang yang  mempunyai penyakit hati

Alahan ikan atau makanan laut 
Ada orang yang alah kepada makanan laut seperti ikan mungkin juga alah kepada makanan tambahan minyak ikan. Tetapi x ada maklumat yang boleh dipercayai menunjukkan bagaimana orang ramai yang ada alahan makanan laut  mempunyai reaksi alahan kepada minyak ikan. Jadi bagi mereka yang alah ikan kalau boleh berhati2 menggunakan minyak ikan

Gangguan bipolar
Gangguan bipolar ialah gangguan pada perasaan seseorang akibat masalah di otak, perpindahan (swing) mood, pikiran, dan perubahan perilaku. Jadi mereka yang yang ada masalah ini dan mengambil minyak ikan mungkin akan meningkatkan lagi gejala ini.

Kemurungan / tekanan perasaan 
Mengambil minyak ikan mungkin meningkatkan beberapa gejala keadaan ini.

Diabetes
Jangan mengambil minyak ikan terlampau tinggi sehingga overdose . Ini mungkin membuatkan kawalan gula dalam darah jadi lebih sukar

Tekanan darah tinggi
Minyak ikan boleh menurunkan tekanan darah dan juga boleh menyebabkan tekanan darah menurun terlalu rendah kepada mereka yang sedang dirawat dengan ubat yang menurunkan tekanan darah darah. Jika anda sedang makan ubat menurunkan tekanan darah jgn makan bersama dengan minyak ikan

HIV / AIDS atau tindak balas sistem imun diturunkan
Pengambilan dos yang lebih tinggi bagi minyak ikan dapat mengurangkan tindak balas sistem imun badan. Ini boleh menjadi masalah bagi orang-orang yang sistem kekebalan tubuh sudah lemah.

Defibrilator yang diimplan (peranti pembedahan diletakkan untuk mengelakkan denyutan jantung tidak teratur)
Ada, tetapi tidak semua, kajian menunjukkan bahawa minyak ikan mungkin meningkatkan risiko degupan jantung yang tidak teratur pada pesakit dengan defibrilator yang diimplan.

Keluarga Poliposis Adenomatus 
Gen keluarga yang mempunyai poliposis adenomatus. Ada beberapa kebimbangan bahawa minyak ikan mungkin meningkatkan lagi risiko mendapat kanser pada orang dengan keadaan ini.


Jadi pastikan anda tahu tahap kesihatan anda berada pada tahap mana dan maklumkan secara tepat dan terperinci kepada pengedar Shaklee anda supaya mereka boleh konsult anda dengan baik tanpa tertinggal apa2. Mereka pasti dan berusaha untuk memberi yang terbaik buat anda


Selamat menjalani kehidupan yang sihat !



5 comments:

  1. Wah baru tau ada kesan sampingan utk minyak ikan.. tq for sharing

    ReplyDelete
  2. sama-sama ..Selamat menjaga kesihatan yer...

    ReplyDelete

  3. Info yang menarik mengenai minyak ikan Omega-3. Memang pengambilan minyak ikan Omega-3 banyak mendatangkan manfaat kesihatan. Namun pengambilan minyak ikan Omega-3 boleh juga mendatangkan kemudaratan sekiranya ianya diambil dalam dos yang berlebihan. Antaranya ialah ia boleh mendatangkan 'reversal effect' iaitu sistem imunisasi badan yang sepatutnya menjadi lebih kuat dengan pengambilannya akan menjadi lemah. Akibatnya seseorang itu akan mudah mendapat penyakit berjangkit dan penyakit kronik seperti kanser dan sebagainya.

    ReplyDelete
  4. Bagaimana jika saranan ambil 5 biji gel lembut salmon omega setiap kali selepas makan dan di makan 3 kali hari, sy ada masalah tiriod yg membengkak dileher.

    ReplyDelete
  5. Pengalaman saya jgn luka jika ambil minyak ikan..saya pernah masuk hospital kerana picit jerawat dan berdarah seperti peluh..dan pernah terluka semasa bcukur di kdai rambut..cair darah 5x ganda dr normal..peluh jgn cakap la...dose yg saya ambil 12jam 1 biji..12 jam lg 1 bj..mula2 ambil 2 skaligus tp peluh turun mcm air.. Kebaikan utk lelaki yg berumahtangga.. Omega3 Jenama cordel..

    ReplyDelete