Showing posts with label Basic-H. Show all posts
Showing posts with label Basic-H. Show all posts

Monday, 21 September 2015

Asthma berpunca dari rumah

Info untuk semua ...fakta yang mungkin ramai tak tahu. Harini saya belanja info untuk tatapan semua. Yang mana ramai menyangka punca Asthma adalah kerana faktor luaran yang tidak bersih memberi kesan kepada anak. Sebenarnya penggunaan bahan pencuci yang berbahaya yang banyak dipasaran merupakan salah satu punca yang mengundang kepada penyakit asthma.

Ramai ibu-ibu yang risau dan susah hati apabila anak mendapat dan diserang asthma. Membeli pelbagai produk pembersihan, memastikan setiap inci rumah dibersihkan, tiada habuk bertandang dirumah, mengelap, mengemop supaya keadaan di sekitar rumah menjadi bersih. Cara itu adalah BENAR dan TEPAT .

Tetapi ....

Penggunaan barangan pembersihan ibu terlepas pandang. Barangan pembersihan kerap menggandungi bahan kimia yang sintetik dan berbahaya.

"Semakin banyak bahan pencuci dan penjagaan rumah yang berbahaya akan meninggikan lagi kandungan toksik dirumah anda. " 

"Semakin kerap anda menggunakan bahan pencuci dan penjagaan rumah yang berbahaya semakin tinggi lagi kandungan toksik dirumah anda 




Sebagai ibubapa adalah penting untuk kita memastikan anak-anak dan seluruh keluarga kita mendapat persekitaran yang bersih dan sihat. Tanpa kita sedari sebenarnya kita memberi ruang yang tidak sihat kepada keluarga kita.  Keadaan persekitaran yang tidak sihat dan berbahaya lebih tinggi diperolehi dari rumah berbanding diluar . Yang mana ketika kita bersuka ria dan bersantai dirumah, seluruh keluarga kita terdedah kepada bahan kimia yang berbahaya . 





PENTING bagi ibubapa untuk mendapat ilmu yang sebenar. Dengan ilmu yang betul membolehkan ibubapa  bertindak bijak dengan memastikan keseluruhan rumah dijauhi dari bahan-bahan kimia yang berbahaya. Pemilihan barangan penjagaan rumah yang mesra alam dan dari bahan-bahan semulajadi adalah salah satu pilihan yang bijak bagi memastikan seluruh keluarga berada dalam keadaan yang sihat ketika di rumah . 

Jauhi anak yang mengalami asthma dari barangan penjagaan produk yang berbahaya samada dari pencuci pinggan mangkuk, sabun pencuci baju, pembersihan lantai dan tingkap serta air yang diminum.






Produk yang paling TOP YANG DISUKAI RAMAI IALAH BASIC H  

Kenapa Basic H ?

Nak tahu kenapa ramai surirumah mula jatuh cinta pada Basic H ?

Kenapa Basic H digemari suami-suami ?

Jawapan : Salah satu sebabnya ialah Basic H sangat ekonomic, jimat duit, mesra alam, tiada bahan kimia yang berbahaya, sangat effectif dalam kerja pembersihan, menjimatkan masa dan tenaga surirumah untuk membersihkan rumah.

1 botol Basic H mampu untuk menghasilkan 5800 botol pencuci tingkap
1 botol Basic H mampu untuk menghasilkan 380 botol pencuci serbaguna
1 botol Basic H mampu untuk menghasilkan 36 botol degreaser (pencuci minyak)



White House yang president US duduk tu tu pun guna bahan pencuci nie. Bayangkan betapa hebatnya  bahan pencuci nie. Pastikan anda mencubanya untuk memastikan keadaan rumah anda selamat dan bersih .



Beberapa testimoni pengguna Basic H . Ramai menggelarkannya 1001 kegunaan. Baru Basic H kan. Belum lagi saya sentuh produk Get Clean yang lain seperti .
- Fresh laundry
- Soft fabric
- Hand Dish Wash
- Water Pitcher

Kalau 1 produk sahaja mampu mempunyai 1001 kegunaan . Pasti produk lain begitu hebat sekali kegunaannya. Yang pasti ianya selamat dan mesra alam

1. Testimoni 1 - Kasut sekolah 





 2. Testimoni 2 - Periuk 





3. Testimoni 3 - Sayur 
 

 4. Testimoni 4 - Kekotoran baju 





  5. Testimoni 5 - Oven





  6. Testimoni 6 - Contengan dinding 

 

 7. Testimoni 7 - Tingkap


 Dan ada banyak lagi testimoni pengguna Shaklee yang saya x senaraikan lagi . Jika anda ingin mencuba dan mengetahui apa lagi keajaiban Basic H, hubungi saya dan dapatkan 1 botol hari ini. Harganya hanyalah RM 46.00 sahaja. Tetapi 1 botol mampu menghasilkan :

1 botol Basic H mampu untuk menghasilkan 5800 botol pencuci tingkap
1 botol Basic H mampu untuk menghasilkan 380 botol pencuci serbaguna
1 botol Basic H mampu untuk menghasilkan 36 botol degreaser (pencuci minyak)

Kebersihan rumah dan kebersihan persekitaran yang bebas bahan kimia mampu memberikan kesihatan yang baik pada keluarga.  

#korangtautak 
#kttshaklee
 

SMS / WASSUP : 0173586889
*Penghantaran percuma ke rumah di kawasan Puchong, Bukit Aman, Brickfields dan Pantai Dalam.
(*Pada waktu tertentu sahaja) 


Tuesday, 24 February 2015

Atasi Anak Demam Tanpa Ubat

Anak demam, badan menjadi panas, anak x bermaya, makan x mau, minum x mau, susu pun x mau, Ibu-ibu mesti dah susah hatikan kalau anak dah demam. Siapa yang ada anak lebih dari 1 dan umur dekat2 mesti lagi risau sebab bila sorang dah demam mesti akan berjangkit pada anak yang lagi satu. Sorang sorang akan demam. Paling risau demam panas dan x mau surut-surut. Pergi klinik, doktor bagi ubat demam dan antibiotik. Kalau selsema atau batok, doktor akan bagi ubat batok dan selsema.



Saya dulu pun macam tu, bila dah risau suhu anak terlalu tinggi pakai cool fever pun x ada effect mulalah dah jadi panik terus jer ke klinik. Bila doktor dah bagi ubat, terus makan sampai habis ubat terus baik. Ada juga jadi sampai dah habis ubat pun x baik2 lagi. Pergi pula ke klinik lain, teruskan makan ubat tu. Bila x reda juga mulalah bawa ke hospital. Dan x dinafikan ada juga mak ayah yang bila bagi ubat kat anak, anak dah mula baik, terus x kasi ubat dah walaupun ubat itu perlu dihabiskan.

Beberapa minggu nie saya kerap terbaca artikel, Biarkan anak pulih dari demam dengan sendiri tanpa ubat nak nak antibiotik. Ibubapa kena kawal suhu anak jer supaya turun. Saya rasa ramai antara ibubapa yang x berani nak buat macam tu takut apa2 akan jadi pada anak sekiranya x dapatkan rawatan. Walaupun ubat tu boleh jer dapatkan kat farmasi.. heheheh

Ini adalah pengalaman saya yang kalau anak saya demam orang akan tercengang bila saya ambil ubat di kaunter farmasi hospital. Banyak giler. Saya yang tengok ubat pun jadi takut dan sedih bila anak saya kena bergantung dengan ubat. Tiap-tiap bulan pasti akan ke klinik atau ke hospital. Sekarang kan kalau lebih 3 hari demam kena amik darah dan kena tahan..huhuhu


Bermulalah episod bulan lepas..
Anak pertama saya demam. Langsung x mau makan, seteguk air x mau. Tidur pun meracau racau , menangis jer ..badan sangat panas. Suhu 40.2 darjah celcius. Saya tetap ke klinik dahulu.. Just bagi doktor check. Macam biasa doktor akan bagi ubat demam, selsema dan antibiotik. Balik rumah saya langsung x usik ubat demam tu. Saya yakin dan saya tekad x mau dah bagi anak saya bergantung dengan ubat. Biar dia lawan sakit dia sendiri. Saya dah banyak baca artikel mengenai demam bagi budak-budak. Walaupun banyak pendapat yang bercanggah saya tetap TEKAD no more ubat. Sampai suami saya marah lah . Bebelan suami saya pun saya ignore.

Saya cuba jadi doktor sendiri. Check suhu anak setiap 2 jam, check tangan, kaki dan mulut kalau ada bintik2. Check ragam dia membuang air kecil dan besar. Kemudia saya perhatikan anak tekak bengkak mulut banyak ulser.. Means anak saya panas di dalam.


Apa yang saya buat 

1. Kejut anak bangun pukul 6.15 ke 6.30 pagi dan terus mandi pagi dengan air paip. Bukan air suam. Mulakan jirus kaki kemudian lutut, punggung, dada, bahu banyak2 kali. Sabunkan badan. Jirus semula. Kemudia basuh kepala. Jirus air dengan banyak di kepala. Syampoo kepala dan urut2 kepala dengan lembut dan jirus kepala semua dengan air banyak. Lap badan dan kepala ala kadar sehingga x terlalu kering


2. Pakaikan baju yang longgar dan serap peluh juga selesa. Saya juga pakaikan stokin pada anak saya selepas mandi .


3. Bagi minum air milo ke, susu ke atau air kosong, kalau air zam zam lagi bagus. Jika x mahu, saya bagi anak saya minum 100 plus dengan buang gasnya terlebih dahulu.1 hari 1 botol besar. Walaupun anak minum 1 teguk sikit jer. Ulang minum dengan letak dalam bekas air yang dia suka di sebelah tempat dia baring dan berehat. Pastikan anak minum setiap 5 minit. Kalau dia terkencing2 lagi bagus tu maknanya panas dia akan keluar melalui kencing


4. Saya jerlum kepala dia dengan air asam jawa. Buat air asam jawa pekat pekat. Bukan cair yer. Sapu setiap kulit kepala dengan air asam jawa. Belakang telinga pun saya sapu. Sampai basah lecun kepala dia. Cek 1 jam selepas tu. Jika kepalanya kering sapukan lagi sehingga basah.. Jika basah biarkan sahaja.. sapu jika rambut anak mulai kering . Kalau time nie hingus dia keluar . tu bagus sebab hingus keluar dan x terkumpul dalam badan dan jadi kahak.


5. Saya tampal cool fever di belakang / leher belakang dan bukan di dahi. Sebab saya ada baca bahayanya menampal cool fever di dahi

 

6. Saya bagi anak saya makan vitamin c. Kalau vitamin c yang kanak-kanak saya bagi 2 biji. Jika habis saya bagi yang dewasa punya 1 biji. Yang x demam pun saya bagi makan vitamin c supaya demam x berjangkit. kalau berjangkit pun sekejap jer. Lagi satu saya tambah minyak ikan. Supaya mereka bertenaga


7. Perhatikan tahap aktif anak. Jika dia dah nampak bertenaga, bagi anak makan. Roti ke, bubur ke, sup ke. Jgn bagi makan nasi lemak atau nasi goreng plak. Susah nak telan kalau time demam nie.


8. Biarkan anak tido lebih kerap. Jangan buka kipas high speed dan anak tido bawah kipas atau buka aircon sampai suhu 16. Buka kipas pada kelajuan ala2 jer..x terlalu laju atau x terlalu slow. Aircon pun janganlah sejuk sgt.


9. Jangan mandikan anak waktu tengahari atau matahari tengah tegak . Mandikan semula dalam pukul 2 petang ke atas atau pun sebelum pukul 11 pagi. Sebelum menjelang petang tu..Check juga suhu, kekeringan air asam jawa di kepala dan pastikan anak minum air selalu. Jika masih juga panas, basahkan tuala lap-lapkan badan bermula dari kaki. Kemudian letak tuala basah di kedua-dua ketiak anak. Basahkan semula tuala setiap 10 minit.


10. Macam dah petang pukul 4 atau 5 tu , Saya cuba bagi anak makan ais krim vanilla 1 sudu. Kalau dia suka saya tambah lagi. Sebenarnya saya bagi makan ais krim sebab nak bagi tekak dia x sakit. Bila x sakit senang nak suruh anak2 minum air lebih kerap.



Dan berulanglah proses tu sampai malam. Yang penting sentiasa catit suhu anak dan sentiasa jerlum kepala, basahkan tuala di ketiak dan kerap mandi. Cuma dah malam tu saya x akan mandikan selepas pukul 7 malam. Saya kalau nak mandikan pun pukul 1 pagi ke atas.. Itu pun kalau terlalu panas. Nak mandikan pun jgn pakai air terlalu sejuk macam air kolah..

Hasilnya... tanpa penggunaan ubat parasetamol dan antibiotik anak saya demam 2 hari setengah jer.. Alhamdullillah. Dah berselera makan dan banyak juga minum nyer.. Vitamin c dan minyak ikan pun saya teruskan juga kasi.

" Akhirnya saya berjaya menjaga anak saya tanpa ubat."
" Saya sangat bangga anak saya pulih dengan sendiri. "

Tapi sekiranya ibubapa semua mendapati suhu anak dah lebih 42 darjah better bawa ke hospitallah. Takut apa2 hal terjadi. Takut juga kena sawan nanti 

Kekuatan fizikal dan mental ibubapa kena 3 kali ganda dari biasa bila anak demam, Beri lebih perhatian pada anak dan sentiasa check suhu anak. Jangan nak mengelat sebab penat. Anak adalah tanggungjawab dan amanah kita. Penat memang penat tapi penat akan hilang bila tengok anak sihat .

Pesanan : Saya gantikan syampoo kepala dengan Basic H. Sebab nak bagi kepala anak lebih sejuk . 5 titik basic H dengan 1/2 gayung air. Kalau ada lebih tu saya akan letak dalam botol spray. dan spray pada kulit kepala anak sampai basah jika x gunakan air asam jawa. Sebab Air asam jawa buat rambut anak dan sarung bantal jadi kotor..payah sikit nak membersihkannya berbanding dgn Basic H hehehehe

                      


Badan akan menghasilkan lebih sel darah putih jika anak demam untuk melawan bendasing di dalam badan. Apa yang penting kita kena kuatkan antibody anak kita untuk menyerang penyakit .

Saya dah berjaya dalam 1 langkah  #DrugFree kepada anak2 saya.
Saya akan memaksimumkan sepenuhnya peluang untuk #DrugFree dalam kehidupan keluarga saya 
Ini adalah #ShakleeEffect Saya


Saksikan bagaimana ibu- ibu ini gembira bila anak mereka tidak lagi sakit dan kurus.



Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Tuesday, 25 November 2014

Rahsia Hilangkan Semut Dalam Rumah Tanpa Perlu Bunuh

Saya rasa mesti ramai antara kita nie ada masalah semut dalam rumah. Walau macamana lap, mop dan bersihkan pun ada jer semut berjalan. Pantang leka sikit..letak bahan2 nak masak pun cepat jer semut datang. Apatah lagi kalau ada air tertumpah sikit..iksss..payah..payah..Sana sini semut ada dalam rumah. Luar rumah ada semut api. Dalam rumah ada semut itam. Kat pokok pun ada semut. Aduh

Bila ada anak kecik lagi susah hati, takut semut masuk telinga, gigit anak sampai berbekas2 muka, kaki, tangan anak, kesian tgk. Nak pula jenis anak saya yang kena gigit semut jer pun dah luka dan berdarah pastu tinggal parut itam...cian anak saya . 

Rumah saya nie pula rumah kuaters lama. Rumah nie majoritinya kayu.Kayu plak jenis kayu lama. Org kata kalau kayu lama akan ada Semut Mayat..huhuhu.firstime dengar. Semut nie pula halus sgt dan sangat bau busyuk..uwekkkk. Semut nie pula suka sgt hurung ayam atau ikan goreng. Tutup ngan tudung saji pun masuk. Tutup ngan tupperware pun kadang kala boleh masuk. Iyerlah semut nie kecik sgt . sikit renggang pun dia boleh masuk.

Penat oiiii, kalau umah banyak semut. Semut liar x per lagi tapi nampak buruk pula ada semut. Macam x bersih pula umah kita. 

Kita diingatkan agar jgn bunuh semut. Jadi janganlah di spray dengan Sheidtox semut2 tu (betol ke eja tu..hehhe).Spray pun bukannya dia hilang. Datang juga semut2 tu. Jadi kita gunakanlah alternatif lain yang lebih semulajadi. Agar semua semut tu  keluar dari rumah dan kita pun selamat. 

Tips nie saya dapat dari blog http://oursimplegarden.blogspot.com/

Caranya : Taburkan serbuk kunyit pada laluan mereka yang menuju kedalam atau arah kedalam rumah, blok laluan mereka dengan meletakkan serbuk kunyit sepanjang jalan yang membolehkan mereka masuk atau lalu didalam rumah




Apa resultnya berjaya atau tak :

Memang berjaya jika letak kat tepi dinding tapi dinding saya jadi buruk . Nak pula dinding tu lembap abis dinding dan tikar getah..huhuhu...Tapi payah sebab kadang2 tepi dinding ada barang.susah nak alih. Kalau rumah anda hanya 1 tempat jer bersemut mungkin boleh lakukan tips nie. memang berjaya . Tapi umah saya 1 rumah bersemut..huhuhu.

Orang tua tua kata kalau umah banyak semut tu rezeki. Banyak rezeki masuk . Tapi kalau dah banyak sgt susah pula hidup saya.semuanya bersemut. Dalam tong beras pun boleh masuk semut. Pernah juga buat dengan bercakap dengan semut minta keluar rumah. x menjadi pun.. Buat deq jer semut tu...huhuh. Jadi apa saya buat. mop dengan fabuloso sudah, dengan detol sudah. buh garam sudah, boh kunyit sudah, bubuh daun limau purut sudah. Akhirnya saya pilih untuk guna Shaklee Basic H.

Mengapa saya guna Basic H ?

Sebenarnya saya beli Basic H nie sebab nak cuci punting susu anak yang berkeladak putih-putih tu dan lagi satu nak padam contengan contengan hasil karya anak kat dinding..huhuhu. Tapi memandangkan anak saya dah berhenti menyusu, saya terpikir apa nak buat dengan Basic H nie. Banyak lagi ni. Saya dimaklumkan Basic H nie sesuai untuk kerja mencuci. Jadi saya pun tambahkan Basic H ni dalam spray tuk kerja2 mengelap cermin, almari dan juga untuk mop lantai. Memandangkan botolnya kecik. Sayang pula nak tuang banyak2. Saya gunakanlah sikit sahaja .

Memula gunakan Basic H nie sebab utama nya nak habiskan Basic H ni. Tak ada pun niat nak test mengetest. Setelah berberapa hari macam tu. Saya macam pelik pula. Mana pergi semut-semut nie. Elok pula lauk saya dah x ada semut. Air tertumpah pun lambat lap pun semut x ada. Celah-celah kayu lama nie pun x nampak dah semut2 keluar dari lubang2 kayu nie. uikssssss. macam pelik. Macamana boleh x ada. Mati ke ? Atau pun dah lari ? (Masa semut ada sibuk nak bagi hilang, semut dah x ada sibuk nak cari..hohohoho). 

Barulah saya perasan rupernya selama ini habis satu umah saya lap dan spray dengan gunakan Basic H . hehehehe. Kalau tahu boleh ilang semut awal2 saya dah snap gambar bagi bukti..kan..kan. Dan akhirnya saya sungguh happy tiada lagi semut itam, semut mayat  di rumah saya lagi..haaaa lega sgt sgt.

  • Lauk pun dah x membazir dah. Kalau dulu kena buang lauk jer sebab banyak semut 
  • x penat dah asyik nak halau semut 
  • x perlu risau lambat lap air yang tertumpah 
  • x risau lagi anak kena gigit semut 
  • masak pun jadi cepat sebab semut dah x datang 
  • tiada penggunaan spray nyamuk untuk halau semut 
  • semuanya pencuci semulajadi 


Antara kelebihan-kelebihan lain Basic H

  • Basic H tidak mengandungi asid, alkali, alcohol, minyak tanah atau pelarut, juga tiada bau kuat atau bau pencuci.
  • Basic H tidak mencemar, tidak toksik, tidak merengsa, tidak magnetik dan tidak mudah meruap.
  • Basic H juga tiada fosfat.
  • Basic H mempunyai factor ph 6.5 iaitu bersesuaian dengan kulit manusia.
  • Basic H merupakan pembersih yg mempunyai sifat serba boleh yg luar biasa. Pengganti kepada sabun dan bahan pencuci.
  • Basic H tidak menghalang tindakan bakteria dalam penakung najis atau tangki septik.
Kalau anda rasa nak gunakan ia sebagai penghalau semut. Anda silap sebenarnya ia bukan hanya leh halau semut. Rupa-rupanya Basic H nie banyak betoi kegunaannya. 1 botol macam2 boleh buat.

Antara kegunaan Basic H 

• Mencuci dan membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia.
• Mencuci dan membersih ikan, ayam, daging, makanan laut daripada bahan awet.
• Mencuci dan membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet.
• Mencuci dan membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak).
• Mencuci dan membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari
• Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak
• Mencuci dan membersih lantai serta alat permainan.
• Menanggalkan gula-gula getah pada baju dan etc.
• Mengasah pisau.
• Membersih dakwat pen pada tangan, baju .
• Menghapuskan kutu di atas kepala.
• Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas.
• Menghindarkan dan membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dan etc.
• Demam panas (sebelum berjumpa doktor).
• Sakit gigi.
• Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit).
• Ulser dan mulut berbau.
• Penyubur tanaman dan penggembur tanah.
• Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan


Kalau anda rasa nak cuba Basic H nie anda bolehlah tel saya . Kita share sama2. Tgk apa lagi yang kita boleh buat dengan Basic H nie. Harga untuk 1 botol nie pun RM 47.00. Tapi rasanya dah berbulan saya pakai .x juga sampai setengah lagi..hehehehe. Lagi pun saya x pakai kerap sgt pun. Macam x perlu jer nak kerap2 pakai. Pakai pun hanya beberapa drop. 


Kempen Drug Free - Katakan Tidak!
Ingin mencuba produk Shaklee bolehlah hubungi saya seperti berikut. Atau ingin bersama menambah pendapatan dengan saya dan mendapat potongan harga bagi produk Shaklee, jom hubungi saya.  


SMS / WASSUP : 0173586889
*Penghantaran percuma ke rumah di kawasan Puchong, Bukit Aman dan Pantai Dalam.
(*Pada waktu tertentu sahaja) 


Produk Shaklee bukan berfungsi untuk merawat atau mengubati TETAPI produk Shaklee berfungsi untuk mengatasi masalah