Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Wednesday, 3 August 2016

Terima Kasih Masih Setia

Agak lama juga blog ini tidak di up to date . Berbulan bulan sudah ..heheheheh. Tapi masih ada juga yang sudi menjenguk dan memberi pendapat dan komen serta menjadi rujukan untuk mendapatkan suppliment untuk diri mereka.

Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang masih setia dengan GedungSinarSihat dan mereka yang sudi singgah ke blog saya yang x seberapa ini . Insyaallah saya akan terus up to date blog dan memberikan beberapa tips yang berguna untuk anda semua 

 


Thursday, 30 October 2014

Falsafah Duit Ketika Ini . Mati Pun Perlukan Duit

DUIT tak boleh bawa mati TAPI tak ada duit rasa nak mati 

DUIT  tak boleh beli kasih sayang TAPI kasih sayang boleh hilang bila tak ada duit 

DUIT tak boleh beli tidur TAPI  tak ada duit tidur pun tak lena 

DUIT tak boleh beli kesihatan TAPI untuk sihat perlukan duit 

DUIT tak boleh beli kebijaksanaan TAPI untuk dapatkan ilmu perlukan duit 

Orang bodoh nampak cerdik bila ada DUIT TAPI  orang cerdik nampak bodoh bila tak ada duit 

DUIT bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit 


Adalah penting untuk kita mencari duit supaya kita boleh hidup, beramal, berilmu, dan sihat dan bergembira. Tetapi jangan sesekali menjadi hamba duit. Jangan sesekali mengutuk orang orang yang gigih mencari duit kerana duit juga boleh membantu dirinya untuk memperoleh pahala. Jangan sesekali mengutuk orang yang tidak memperoleh duit kerana duit anda mungkin akan beralih kepada mereka pula.

Sebenarnya saya terpanggil untuk memberitahu bahawa pentingnya duit apabila saya menyaksikan satu peristiwa kematian seorang hamba Allah yang dilenggahkan urusan pengebumian kerana keluarga itu tidak mempunyai duit. Allahuakbar. Ketika itu saya rasa terpukul bagaimana sekiranya jenazah itu adalah diri saya dan keluarga saya ketika itu tiada duit untuk menguruskan jenazah saya. Kerana urusan jenazah juga memerlukan duit. Jadi saya merasakan perlunya diri saya keluar dari zon selesa mencari duit lebih agar tiada ahli keluarga atau kenalan2 saya merasa atau mengalami peristiwa yang menakutkan seperti di atas. Ya sememangnya kita ada khairat kematian.Tapi kebiasaannya duit itu sering diberi selepas selesai urusan pengebumian. Duit untuk menguruskan jenazah juga bukan sedikit dan ianya agak besar jumlahnya kini.

Jadi marilah kita bersama-sama mencari rezeki dan duit yang lebih agar hidup kita menjadi aman dan berkat dan dapat memperoleh pahala yang lagi banyak seperti mana banyaknya duit yang kita ada. Amin

Di sini saya nak share salah satu cerita / video seorang yang telah membuat duit dan nampak peluang yang ada untuk membuat duit walaupun pada mulanya tidak sangka akan membuat duit untuk diri nya.

Nama orang di dalam video ini ialah Dilla Jalil . Anak, Kakak, dan Isteri yang cukup gigih. Anda nak tahu kisah disebalik kejayaan Dilla Jalil. Tunggu Nanti saya akan jemput dia sebagai tetamu dalam blog saya. Sementara tu anda boleh tonton video dibawah.




Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.




Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh Perak

Jika anda nak jadi seperti Dilla Jallil dan beberapa orang lagi yang hebat seperti ini

Lyna Noh - pengiktirafan di USA ..ok 



atau seperti ini  Shareeza 



korang semua bolehlah contact saya yer . Tel boleh sms boleh wasuup bleh ke no 017-3586889. Saya akan cuba bantu anda .