Showing posts with label Zinc. Show all posts
Showing posts with label Zinc. Show all posts

Wednesday, 18 March 2015

Rambut Gugur Teruk Selepas Bersalin dan Hampir Botak

Rambut gugur teruk selepas bersalin. Pernah tak ibu-ibu mengalaminya. Saya juga antara ibu-ibu yang mengalami masalah rambut gugur selepas bersalin. Bukan sikit, banyak tau rambut gugur. X payah pakai sikat. Usap rambut kat kepala pun boleh segengam rambut gugur. Usap lagi gugur. Usap lagi gugur. Boleh botak rasanya kalau saya x berhenti mengusap rambut waktu tu.


Mungkin kawasan rambut gugur adalah berlainan mengikut individu. Tapi masalah rambut gugur boleh dikatakan hampir kebanyakkan ibu mengalaminya lepas bersalin. 

Kata orang tua. Kalau anak main buih2 dimulut lagi banyaklah gugur rambut korang. Tak tahulah betol atau tak. Tapi tiap kali anak saya main buih di mulut, saya akan susah hati.huhuhu. Walaupun perkara tu x pasti betoi atau tak tapi memang ia menyeramkan saya. Sebabnya saya takut botak 



Nak tahu macamana keseriusan rambut gugur yang saya alami waktu lepas bersalin . Saya rasa saya dah macam ayah saya. Dahi dah semakin melebar dan luas. Rambut depan dah bentuk M . Dah macam kepala orang lelaki yang botak separuh..Mujur rambut lain panjang boleh cover-cover. Tapi kalau ikat rambut terang terangan dah nampak kebotakan kat depan.





Hah macam nielah lebih kurang. Kalau selak sebelah rambut, Nampaklah dahi dah luas sebab dah bersambung dengan sebelah kepala. Bahagian belakang saya x tahu lah botaknya macamana. Sebab takut nak belek kat cermin






Saudara kita nie pun mengalami masalah rambut gugur sampai hampir botak . Tonton video nie untuk tahu apa jadi dengan dia sekarang


Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini... from iReach HD on Vimeo.


Kenapa Rambut Gugur Selepas Bersalin 
  • masa waktu kehamilan rambut tumbuh banyak jadi rambut lebih tebal dan sihat dan cantik sebab hormon meningkat dengan banyak 
  • lepas bersalin hormon kembali normal. Maka gugurlah rambut-rambut korang.
  • kalau ada keturunan yang ada masalah botak. Lagi banyaklah rambut korang yang berguguran
  • tambah pula jika korang stress, lagi banyak rambut yang gugur 
  • normal jika rambut gugur selepas bersalin

Cara Untuk Kurangkan Rambut Gugur 

1. Potong rambut pendek sebab rambut panjang lebih mudah gugur

2. Ambil makanan yang sihat dan kaya dengan protein .

3. Makan makanan yang kaya zat besi . Tapi nak serap zat besi dengan lebih baik kena ambil juga makanan yang kaya Vit C tau


 4. Jangan sikat rambut ketika rambut basah dan sikat dengan mengunakan sikat yang lembut atau bergigi besar.  


5. Elak membuat rawatan rambut macam mewarna ke, kerinting ke sebab ada banyak bahan kimia 




Petua Untuk Mengelak Rambut Gugur 

Petua 1: Ambil perahan air limau nipis dan sapu rata di kulit kepala. Amalkannya untuk selama 2 minggu. Lepas tu ambil santan untuk suburkan rambut . Lumurkan keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Jangan cepat-cepat hendak membasuh rambut korang. Perapkan rambut dengan tuala untuk ½ jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Amalkannya selama 2 bulan.

Petua 2: Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama 1 jam. Lakukan 2 kali seminggu. Korang akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Petua 3: Setiap kali korang makan buah tembikai, jangan buang kulitnya. Ambil bahagian kulit tembikai dan gosok kulit kepala . Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu barulah korang cuci rambut sebersih-bersihnya. Jika korang ingin biarkan semalaman pun tak mengapa. Gunakan “shower cap” atau balut dengan kain supaya ia tak meleleh ke bantal tidur korang. Korang hanya perlu amalkan petua ini sekali dalam seminggu.

Petua 4 : Telan 1 biji Zinc Shaklee 1 hari 1 kali sahaja. Harga RM 33.75. Ada 120 biji. Tahan 4 bulan..

BONUS   
  • menyembuhkan luka dalaman 
  • mengurangkan masalah jeragat 
  • mengurangkan masalah jerawat batu 
  • membantu pengeluaran insulin 
  • membantu pengucupan uterus 

BONUS pada suami korang jika nak kongsi makan 





Semoga maklumat yang saya berikan nie, dapatlah membantu korang semua yang ada masalah rambut gugur selepas bersalin. Kalau rasa nak dapatkan nasihat atau nak kongsi masalah atau nak dapatkan tips pemakanan yang lagi sihat bagi masalah keguguran rambut boleh jer hubungi saya. Saya sedia membantu .



Kempen Drug Free - Katakan Tidak!
Ingin mencuba produk Shaklee bolehlah hubungi saya seperti berikut. Saya akan memberi khidmat konsultasi secara percuma jer. Atau ingin bersama menambah pendapatan dengan saya dan mendapat potongan harga bagi produk Shaklee, jom hubungi saya.  

SMS / WASSUP : 0173586889
*Penghantaran percuma ke rumah di kawasan Puchong, Brickfields, Bukit Aman dan Pantai Dalam.
(*Pada waktu tertentu sahaja) 


Produk Shaklee bukan berfungsi untuk merawat atau mengubati TETAPI produk Shaklee berfungsi untuk mengatasi masalah

Sunday, 21 September 2014

Fakta Kuku, Penyakit Kuku, Cara menjaga Kuku . Semuanya dalam 1






Kuku mempunyai fungsi mereka sendiri dan boleh digunakan sebagai panduan bagi mengenal pasti penyakit-penyakit tertentu. Kuku sendiri juga boleh terdedah kepada penyakit.Apakah kuku?

































































Plat kuku adalah bahagian sebenar kuku yang kita lihat. Ia terdiri daripada lapisan keratin lutsinar berlamina. Plat kuku ini tumbuh dari pangkal kuku. Apabila sel baru tumbuh, sel tua ditolak keluar ke hujung jari dalam bentuk lapisan keratin yang keras dan padat. Kuku tumbuh dengan kadar kira-kira 3mm sebulan. Ini adalah dua hingga empat kali ganda kadar pertumbuhan kuku kaki.
Dasar kuku adalah lapisan kulit untuk yang menampung plat kuku. Warna sebenar kuku adalah mengikut warna dasar kuku yang kaya dengan kapilari dan kelenjar. Oleh itu, warna kuku anda boleh mencerminkan tahap kesihatan anda.
Kutikel terletak di hujung proksimal kuku. Ia sebenarnya adalah lapisan kulit mati yang hampir tidak kelihatan yang terlipat di atas bagi melindungi plat kuku yang baru tumbuh.
Apakah fungsi kuku anda?
  • Melindungi
    • Ia melindungi kepingan terakhir tulang pada jari tangan atau jari kaki. Ia melindungi hujung jari dan tisu lembut di sekeliling jari.
  • Memudahkan fungsi jari
    • Fungsi hujung jari adalah untuk menyentuh dan memilih benda kecil. Kuku memudahkan pergerakan halus dengan memberikan tekanan pada pulpa jari sekaligus meningkatkan sensitiviti.
  • Kosmetik / fesyen
    • Remaja suka untuk mengenakan pengilat kuku, inai atau aksesori kuku untuk membuat mereka kelihatan lebih cantik.
  • Sebagai alat
    • Alat untuk menggaru. Ia juga penting untuk menarik keluar serpihan dengan menggunakan kuku dan hujung jari
 10 fakta Tentang Kuku 
 
1.   Kuku Anda tumbuh sekitar 3-5 mm sebulan. Ada beberapa hal yang dapat menyebabkan kuku Anda memerlukan waktu lebih lama untuk tumbuh panjang, termasuk kurangnya vitamin dan penyakit tertentu. Jika anda kehilangan kuku Anda, ia memerlukan waktu sekitar 3-5 bulan agar kuku tersebut tumbuh kembali sepenuhnya.

2.   Rambut dan kuku terbuat dari protein yang sama. Keduanya terbuat dari keratin, namun terbentuk di jalan yang berbeza.

3.   Kuku lelaki lebih cepat panjang dibanding kuku wanita. Itulah faktanya Namun anehnya, kuku perempuan cenderung lebih cepat panjang dibanding laki-laki ketika hamil.

4.   Kutikel menjaga kuman dari tubuh. Meskipun beberapa orang merasa mereka tidak menarik, sangat penting untuk tidak mencabut atau membiarkan manicurist anda memotongnya sampai habis.

5.   Genetik menentukan seberapa keras kuku anda. Di antara kita dilahirkan dengan kuku yang tebal dan yang lain memiliki kuku yang rapuh.

6.   Kuku anda tidak memerlukan oksigen. Ketika ada yang mengatakan kalau kuku anda perlu bernafas, mereka salah. Kuku merupakan sel mati dan tidak memerlukan oksigen. Namun, kutikel dan daging di bawah kuku anda itu hidup dan membutuhkan oksigen untuk bertahan hidup.

7.   Musim dan cuaca mempengaruhi tumbuhnya kuku. Kuku anda itu mirip seperti manusia. Kuku hanya keluar ketika cuaca panas dan cerah dan menjadi panjang . Pada cuaca dingin, kuku anda akan tumbuh dengan lambat.

8.   Kebiasaan menggigit kuku disebut onychophagia. Kita harus tahu kebiasaan buruk ini memiliki nama yang sama tidak menariknya. Kebiasaan menggigit kuku sering dikaitkan dengan stres dan kegugupan.

9.   Memotong kuku itu penting. Ketika kuku tumbuh panjang, kotoran dan bakteri dapat tersangkut disana. Ketika kotoran tertimbun di bawah kuku untuk waktu yang lama, hal tersebut dapat berbahaya dan tidaksihat . Pastikan kuku anda pendek untuk menghindari masalah yang berkaitan dengan kebersihan.

10.   Kuku dapat menunjukkan kesihatan dan kesejahteraan anda. Ada banyak tanda-tanda yang pada kuku anda yang menentukan kerosakan kesihatan
Beberapa yang paling umum adalah kuku berwarna pucat pertanda anemia, atau garis-garis vertikal gelap yang merupakan tanda-tanda melanoma. Jika kuku anda berwarna biru, itu menandakan tubuh anda kekurangan oksigen.


Bagaimana menjaga kuku?
Untuk memastikan kuku sihat, anda mesti tahu ciri-ciri kuku yang sihat.
Ciri-ciri kuku yang sihat :
  • Bersih
  • Mempunyai permukaan licin tanpa rabung atau alur
  • Mempunyai warna yang seragam. Ia harus bebas daripada tompokan atau berubah warna atau menjadi pudar
  • Walau bagaimanapun, apabila individu semakin berumur, rabung/alur boleh terbentuk
  • Pastikan kuku anda pendek
    • Potong kuku kaki anda lurus. Jangan cungkil bahagian tepi kuku bagi mengelakkan cagu dan jangkitan penyakit
    • Kuku panjang cenderung untuk terbelah dan mudah patah dan boleh menyebabkan kecederaan kepada diri sendiri.
    • Tidak terlalu pendek kerana ia boleh melukakan jari dan mendedahkan jari kepada jangkitan.
  • Pastikan kuku dan jari anda lembap
    • Gunakan pelembap beberapa kali sehari
  • Mengenakan pengilat kuku
    • Pengilat kuku boleh mengekalkan kelembapan dalam kuku. Walau bagaimanapun ia mungkin tidak sesuai bagi sesetengah individu, terutama orang Islam kerana perlu berwuduk sekurang-kurangnya 5 kali sehari.
  • Elakkan menggunakan penanggal pengilat kuku terlalu kerap
    • Hadkan penggunaan, maksimum sekali seminggu.
  • Jangan membuang kutikel anda
    • Membuang kutikel boleh mendedahkan kuku anda kepada jangkitan.


    fingernails - crystalspins
Penyakit Kuku 

Kuku juga terdedah kepada penyakit. Anda perlu mengenali beberapa keadaan yang biasa berlaku untuk membantu anda mendapatkan rawatan.
  • Jangkitan bakteria
    • Jangkitan lipatan kuku. Biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria. Namun, kulat adalah punca jangkitan yang diketahui.
  • Jangkitan kulat
    • Jangkitan kulat adalah keadaan yang sering berlaku. Kuku boleh dijangkiti kulat yis atau kurap. Kuku boleh menebal dan cacat kerana mungkin plat kuku terpisah dari dasar kuku. Walau bagaimanapun, ia boleh dirawat.
  • Cagu
    • Cagu adalah suatu keadaan apabila kuku tumbuh dalam dasar kuku, menyakitkan dan mendapat jangkitan. Ini berkaitan dengan cara memotong kuku yang salah atau berlebihan berat badan (obes). Ia kerap berlaku pada kaki yang besar.
Menggigit kuku
Sesetengah orang suka menggigit kuku. Ia bukan tabiat yang baik. Menggigit kuku dianggap satu penyakit yang dipanggil gangguan tingkah laku impulsif (impulse control disorder), iaitu masalah mengawal tabiat menggigit kuku jari. Ia juga sering dikaitkan dengan kecelaruan tingkah laku atau emosi yang lain. Ia biasanya berlaku semasa zaman kanak-kanak dan remaja.
Menggigit kuku boleh menyebabkan kulit pada kutikel koyak dan boleh menyebabkan jangkitan kuman. Masalah gigi atau kecederaan gusi juga boleh berlaku. Apabila kuku yang digigit ditelan, kuman yang terselit di bawah permukaan kuku dipindahkan ke dalam perut. Cacing jarum (pinworms) dan bakteria di bahagian dubur boleh dipindahkan kepada perut dan menyebabkan sakit perut. Rasa pahit pengilat kuku boleh mengurangkan tabiat menggigit kuku. Beberapa teknik terapi tingkah laku boleh digunakan untuk merawat tabiat ini.
Adakah menggunakan pengilat kuku selamat?
Isu-isu berkaitan penggunaan pengilat kuku.
  • Bahan kimia berbahaya yang terdapat di dalamnya.
    • Ia mengandungi bahan kimia yang dipanggil dibutil phthalate (DBP). DBP adalah bahan bergetah yang mengganggu fungsi endokrin dan menyebabkan kecacatan janin. Toulene dan formaldehid adalah karsinogen yang terkandung dalam penggilat kuku. Ciri-ciri pengilat kuku yang selamat - tidak berbau, tidak mengandungi bahan kimia di atas atau ethylacetate, N Butil asetat dan aseton.
  • Kesan penanggal pengilat kuku
    • Ia mengandungi aseton yang akan menyebabkan kulit kering. Aseton juga mudah terbakar. Sesetengah individu sensitif dengannya.
Anda perlu berhati-hati memilih pengilat kuku dan penanggal pengilat kuku. Anda akan mendapati diri anda terdedah kepada bahan kimia berbahaya dan berisiko mendapat alahan. Sebaik-baiknya fikir dahulu sama ada anda benar-benar perlu menggunakan pengilat kuku.


Rupa Kuku Tanda Kesihatan Anda 

Rupa bentuk dan keadaan yang mungkin berlaku :
Kuku putih - Kegagalan buah pinggang.
Kuku kekuningan - Ini biasanya berkaitan dengan penyakit pernafasan seperti bronkitis kronik. Kuku kelihatan menebal dan pertumbuhan adalah perlahan lalu menyebabkan kuku berubah menjadi warna kuning.
Lekuk melintang atas kuku – Lekukan melintang ini dipanggil garis Beau. Lekukan ini berkembang di bawah kutikel apabila pertumbuhan kuku diganggu oleh kecederaan atau penyakit yang teruk.
Kuku berbintik - Kuku mempunyai lekukan-lekukan kecil di atasnya. Berkaitan dengan keadaan kulit yang dipanggil psoriasis dan beberapa keadaan autoimun.

Kuku bergulung - Berpunca daripada jangkitan kulat.
Clubbing nail - Keadaan hujung jari membengkak dan kuku berlekuk sekelilingnya. Berkaitan dengan penyakit jantung, paru-paru, usus, atau penyakit hati. Dalam keadaan tertentu bagi penyakit jantung, warna clubbing nail boleh menjadi biru (cyanosed).
Spoon nail - Kuku nipis dan melengkung keluar. Berkaitan dengan anemia (kurang zat besi).
Secara ringkasnya, sila pastikan kuku anda bersih dan jika anda mempunyai sebarang keraguan mengenai kuku anda, sila berjumpa doktor.

Tips Mencantikkan Kuku

  1. Jangan terlalu kerap mandi air panas atau ke sauna kerana ini akan memburukkan keadaan kuku anda.
  2. Tabiat menggigit kuku harus ditinggalkan kerana ia akan membuat kuku cepat pecah dan bakteria pada kuku itu dengan mudahnya berpindah ke mulut anda.
  3. Potong kuku dengan kerap dan secara teratur kerana ia boleh membantu menjamin kesuburan kuku. Sekiranya kuku dibiarkan panjang, ia akan mudah patah dan cepat rapuh.
  4. Kuku anda juga perlukan pelembap untuk terus bersinar. Sekiranya anda malas untuk membeli pelembap khas untuk kuku, pastikan setiap kali anda menyapu losen pada badan, sapukan sekali pada kuku terutamanya sebelum tidur.
  5. Jangan lupa mengenakan sarung tangan ketika melakukan kerja rumah seperti membasuh pinggan mangkuk atau mencuci bilik air kerana sesetengah bahan pencuci boleh merosakkan kuku.
  6. Pemakanan juga harus dijaga. Makan makanan yang kaya dengan Vitamin B seperti kacang, kuning telur, pisang, tempe dan hati. Makanan yang kaya dengan biotin juga bagus untuk mengelakkan kuku daripada terbelah.
  7. Sekiranya anda suka mewarnakan kuku, pastikan anda memilih pewarna yang tinggi kualitinya kerana kandungan pewarna kuku yang berkualiti mempunyai formula yang bertindak untuk memelihara kuku.
  8. Jangan selalu menggunakan aseton untuk membersihkan pewarna kuku kerana ia boleh menjadikan kuku anda kering.
  9. Sekiranya kuku anda kotor dan kehitam-hitaman, gosokkan ia dengan cuka dan bersihkan dengan air suam.
  10. Untuk mengilatkan kuku, gunakan bawang putih yang telah dipotong dua. Gosokkannya pada kuku sehingga mendapat hasil yang anda inginkan.
  11. Amalkan pengambilan vitamin seperti vitamin A, B, C, D dan E kerana ia baik untuk kuku.
  12. Pengambilan kalsium dan zink dapat mempercepatkan pertumbuhan kuku dan menjadikan kuku kuat. Elakan Pengambilan gula dan alkohol yang berlebihan kerana dapat merosakkan kuku.


Anda boleh mengamalkan atau mengambil suppliment tersebut untuk menjaga kesihatan kuku. Antaranya pilihan suppliment Shaklee yang bagus untuk kesihatan kuku ialah:

1. Zinc Complex
  •     1 hari 1 tablet sahaja SEBELUM sarapan 
  •     JANGAN makan dan minum zinc bersama kalsium kerana penyerapan zinc akan terhalang dan akan dibuang 

 zinc complex shaklee  


2. Omega Guard 
  • Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari  ketumpatan minyak hati ikan. 
  • 3 tablet sehari selepas makan 
     

3. B-Complex 
  • Setiap tablet mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh. 
  • Disarankan diambil ketika waktu pagi selepas sarapan 
  • 1 tablet, 1 kali sehari sahaja 
  • Elakkan diambil bersama makanan berminyak/berlemak 
 

4. Ostematrix 
  • Mengandungi Vitamin D3, Calsium, Magnesium, Zinc, Copper, Manganese dan Boron.
  • 2 kali sehari, 2 tablet selepas makan
  • Elok diambil bersama produk tenusu
 
Ingin mendapatkan sebarang penjelasan bolehlah hubungi saya seperti berikut. 

SMS / WASSUP : 0173586889
*Penghantaran percuma ke rumah di kawasan Puchong, Bukit Aman dan Pantai Dalam.
(*Pada waktu tertentu sahaja) 
Penghantaran secara pos di seluruh Malaysia 
Produk Shaklee bukan berfungsi untuk merawat atau mengubati TETAPI produk Shaklee berfungsi untuk mengatasi masalah