Showing posts with label Demam. Show all posts
Showing posts with label Demam. Show all posts

Tuesday, 24 February 2015

Atasi Anak Demam Tanpa Ubat

Anak demam, badan menjadi panas, anak x bermaya, makan x mau, minum x mau, susu pun x mau, Ibu-ibu mesti dah susah hatikan kalau anak dah demam. Siapa yang ada anak lebih dari 1 dan umur dekat2 mesti lagi risau sebab bila sorang dah demam mesti akan berjangkit pada anak yang lagi satu. Sorang sorang akan demam. Paling risau demam panas dan x mau surut-surut. Pergi klinik, doktor bagi ubat demam dan antibiotik. Kalau selsema atau batok, doktor akan bagi ubat batok dan selsema.



Saya dulu pun macam tu, bila dah risau suhu anak terlalu tinggi pakai cool fever pun x ada effect mulalah dah jadi panik terus jer ke klinik. Bila doktor dah bagi ubat, terus makan sampai habis ubat terus baik. Ada juga jadi sampai dah habis ubat pun x baik2 lagi. Pergi pula ke klinik lain, teruskan makan ubat tu. Bila x reda juga mulalah bawa ke hospital. Dan x dinafikan ada juga mak ayah yang bila bagi ubat kat anak, anak dah mula baik, terus x kasi ubat dah walaupun ubat itu perlu dihabiskan.

Beberapa minggu nie saya kerap terbaca artikel, Biarkan anak pulih dari demam dengan sendiri tanpa ubat nak nak antibiotik. Ibubapa kena kawal suhu anak jer supaya turun. Saya rasa ramai antara ibubapa yang x berani nak buat macam tu takut apa2 akan jadi pada anak sekiranya x dapatkan rawatan. Walaupun ubat tu boleh jer dapatkan kat farmasi.. heheheh

Ini adalah pengalaman saya yang kalau anak saya demam orang akan tercengang bila saya ambil ubat di kaunter farmasi hospital. Banyak giler. Saya yang tengok ubat pun jadi takut dan sedih bila anak saya kena bergantung dengan ubat. Tiap-tiap bulan pasti akan ke klinik atau ke hospital. Sekarang kan kalau lebih 3 hari demam kena amik darah dan kena tahan..huhuhu


Bermulalah episod bulan lepas..
Anak pertama saya demam. Langsung x mau makan, seteguk air x mau. Tidur pun meracau racau , menangis jer ..badan sangat panas. Suhu 40.2 darjah celcius. Saya tetap ke klinik dahulu.. Just bagi doktor check. Macam biasa doktor akan bagi ubat demam, selsema dan antibiotik. Balik rumah saya langsung x usik ubat demam tu. Saya yakin dan saya tekad x mau dah bagi anak saya bergantung dengan ubat. Biar dia lawan sakit dia sendiri. Saya dah banyak baca artikel mengenai demam bagi budak-budak. Walaupun banyak pendapat yang bercanggah saya tetap TEKAD no more ubat. Sampai suami saya marah lah . Bebelan suami saya pun saya ignore.

Saya cuba jadi doktor sendiri. Check suhu anak setiap 2 jam, check tangan, kaki dan mulut kalau ada bintik2. Check ragam dia membuang air kecil dan besar. Kemudia saya perhatikan anak tekak bengkak mulut banyak ulser.. Means anak saya panas di dalam.


Apa yang saya buat 

1. Kejut anak bangun pukul 6.15 ke 6.30 pagi dan terus mandi pagi dengan air paip. Bukan air suam. Mulakan jirus kaki kemudian lutut, punggung, dada, bahu banyak2 kali. Sabunkan badan. Jirus semula. Kemudia basuh kepala. Jirus air dengan banyak di kepala. Syampoo kepala dan urut2 kepala dengan lembut dan jirus kepala semua dengan air banyak. Lap badan dan kepala ala kadar sehingga x terlalu kering


2. Pakaikan baju yang longgar dan serap peluh juga selesa. Saya juga pakaikan stokin pada anak saya selepas mandi .


3. Bagi minum air milo ke, susu ke atau air kosong, kalau air zam zam lagi bagus. Jika x mahu, saya bagi anak saya minum 100 plus dengan buang gasnya terlebih dahulu.1 hari 1 botol besar. Walaupun anak minum 1 teguk sikit jer. Ulang minum dengan letak dalam bekas air yang dia suka di sebelah tempat dia baring dan berehat. Pastikan anak minum setiap 5 minit. Kalau dia terkencing2 lagi bagus tu maknanya panas dia akan keluar melalui kencing


4. Saya jerlum kepala dia dengan air asam jawa. Buat air asam jawa pekat pekat. Bukan cair yer. Sapu setiap kulit kepala dengan air asam jawa. Belakang telinga pun saya sapu. Sampai basah lecun kepala dia. Cek 1 jam selepas tu. Jika kepalanya kering sapukan lagi sehingga basah.. Jika basah biarkan sahaja.. sapu jika rambut anak mulai kering . Kalau time nie hingus dia keluar . tu bagus sebab hingus keluar dan x terkumpul dalam badan dan jadi kahak.


5. Saya tampal cool fever di belakang / leher belakang dan bukan di dahi. Sebab saya ada baca bahayanya menampal cool fever di dahi

 

6. Saya bagi anak saya makan vitamin c. Kalau vitamin c yang kanak-kanak saya bagi 2 biji. Jika habis saya bagi yang dewasa punya 1 biji. Yang x demam pun saya bagi makan vitamin c supaya demam x berjangkit. kalau berjangkit pun sekejap jer. Lagi satu saya tambah minyak ikan. Supaya mereka bertenaga


7. Perhatikan tahap aktif anak. Jika dia dah nampak bertenaga, bagi anak makan. Roti ke, bubur ke, sup ke. Jgn bagi makan nasi lemak atau nasi goreng plak. Susah nak telan kalau time demam nie.


8. Biarkan anak tido lebih kerap. Jangan buka kipas high speed dan anak tido bawah kipas atau buka aircon sampai suhu 16. Buka kipas pada kelajuan ala2 jer..x terlalu laju atau x terlalu slow. Aircon pun janganlah sejuk sgt.


9. Jangan mandikan anak waktu tengahari atau matahari tengah tegak . Mandikan semula dalam pukul 2 petang ke atas atau pun sebelum pukul 11 pagi. Sebelum menjelang petang tu..Check juga suhu, kekeringan air asam jawa di kepala dan pastikan anak minum air selalu. Jika masih juga panas, basahkan tuala lap-lapkan badan bermula dari kaki. Kemudian letak tuala basah di kedua-dua ketiak anak. Basahkan semula tuala setiap 10 minit.


10. Macam dah petang pukul 4 atau 5 tu , Saya cuba bagi anak makan ais krim vanilla 1 sudu. Kalau dia suka saya tambah lagi. Sebenarnya saya bagi makan ais krim sebab nak bagi tekak dia x sakit. Bila x sakit senang nak suruh anak2 minum air lebih kerap.



Dan berulanglah proses tu sampai malam. Yang penting sentiasa catit suhu anak dan sentiasa jerlum kepala, basahkan tuala di ketiak dan kerap mandi. Cuma dah malam tu saya x akan mandikan selepas pukul 7 malam. Saya kalau nak mandikan pun pukul 1 pagi ke atas.. Itu pun kalau terlalu panas. Nak mandikan pun jgn pakai air terlalu sejuk macam air kolah..

Hasilnya... tanpa penggunaan ubat parasetamol dan antibiotik anak saya demam 2 hari setengah jer.. Alhamdullillah. Dah berselera makan dan banyak juga minum nyer.. Vitamin c dan minyak ikan pun saya teruskan juga kasi.

" Akhirnya saya berjaya menjaga anak saya tanpa ubat."
" Saya sangat bangga anak saya pulih dengan sendiri. "

Tapi sekiranya ibubapa semua mendapati suhu anak dah lebih 42 darjah better bawa ke hospitallah. Takut apa2 hal terjadi. Takut juga kena sawan nanti 

Kekuatan fizikal dan mental ibubapa kena 3 kali ganda dari biasa bila anak demam, Beri lebih perhatian pada anak dan sentiasa check suhu anak. Jangan nak mengelat sebab penat. Anak adalah tanggungjawab dan amanah kita. Penat memang penat tapi penat akan hilang bila tengok anak sihat .

Pesanan : Saya gantikan syampoo kepala dengan Basic H. Sebab nak bagi kepala anak lebih sejuk . 5 titik basic H dengan 1/2 gayung air. Kalau ada lebih tu saya akan letak dalam botol spray. dan spray pada kulit kepala anak sampai basah jika x gunakan air asam jawa. Sebab Air asam jawa buat rambut anak dan sarung bantal jadi kotor..payah sikit nak membersihkannya berbanding dgn Basic H hehehehe

                      


Badan akan menghasilkan lebih sel darah putih jika anak demam untuk melawan bendasing di dalam badan. Apa yang penting kita kena kuatkan antibody anak kita untuk menyerang penyakit .

Saya dah berjaya dalam 1 langkah  #DrugFree kepada anak2 saya.
Saya akan memaksimumkan sepenuhnya peluang untuk #DrugFree dalam kehidupan keluarga saya 
Ini adalah #ShakleeEffect Saya


Saksikan bagaimana ibu- ibu ini gembira bila anak mereka tidak lagi sakit dan kurus.



Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Monday, 21 April 2014

Anak tekak bengkak kerana demam. Apa nak buat ?

Demam akibat tonsil bengkak

Apabila cuaca mula tak menentu, kita dan anak mulalah sentisa bergilir gilir demam, selsema dan batuk. Kebiasaannya apabila demam kita akan cek anak tekak, tengok samada bengkak, merah atau tak. Bila anak tekak mula merah, dah set di dalam kepala kita jangkitan virus sedang melanda. Kesian bila tengok anak-anak kecil demam, nak makan susah, menangis, merengek, tidur x lena, susu pun x mau sebabnya kerana anak tekak dah mula bengkak.

Apabila tekak membengkak, kita akan diingatkan untuk 
  • jgn makan pedas
  • jgn makan / minum ais
Sebabnya makanan nie akan membuat badan kita panas. Apabila kepanasan dalam badan bertambah ia boleh menyebabkan anak tekak menjadi lagi merah dan bengkak dan susah untuk kita telan makanan.

Apabila tanya doktor, apa nak bg anak makan yer sebab semua benda dia x mau makan. Saya dah risau nie doktor.

Doktor akan memberi ubat demam dan antibiotik sambil berkata bg anak makan aiskrim vanilla dan minum air banyak-banyak 

Makan AISKRIM..banyak banyak ke..hari-hari makan aiskrim ke..setiap waktu makan aiskrim ke..kalau macam tu kandungan gula dah tinggi . Lainlah pula jadinya.

Jadi untuk mengelak anak makan aiskrim vanila dengan banyak apabila demam, kita sebagai ibubapa boleh mencari alternatif lain untuk menggantikan aiskrim vanilla kepada sesuatu yang berkhasiat . Apa kah itu ...





Cara makan untuk kanak-kanak 
  1. Campurkan dalam minuman susu anak anda (1scoop meal shakes dan kurangkan 1 scoop susu formula)
  2. Campurkan dalam minuman berjus atau minuman kesukaan kanak-kanak (1 sudu besar meal shakes)

Diingatkan : agar tidak mencampurkan meal shakes dengan                  
                     * Air panas                   
                     * Air berkarbonate / bergas                   
                     * Air yang mengandungi kafein seperti teh dan kopi 





Siapa yang sesuai untuk mengambil MEAL SHAKE SHAKLEE? 


  • Anak-anak yang kurang berselera untuk makan 
  • Anak-anak yang tidak suka makan vitamin dalam bentuk pil 
  • Anak- anak yang cerewet dengan makanan 
  • Yang mempunyai masalah sembelit 
  • Yang mempunyai masalah asma (utk kanak-kanak, mestilah berusia setahun ke atas)
  • Yang mempunyai masalah kesihatan ( demam panas, selsema, batuk-batuk)





SMS / WASSUP : 0173586889


Penghantaran percuma ke rumah di kawasan Puchong, Bukit Aman dan Pantai Dalam 
Penghantaran secara pos di seluruh Malaysia