Tuesday 21 January 2014

BERTUKAR ARAH KE SHAKLEE

Saya nak ceritakan macamana saya boleh terjebak masuk dalam dunia Shaklee. Saya nie baru jer mendaftar dalam Shaklee pada 15 Jan 2014. Seorang yang bkerja dalam dunia mekanikal yang majoritinya lelaki membuatkan saya seorang yang x reti duduk diam. Saya jenis x suka duduk dan buat2 ayu..Ada jer tgn dan kaki dan mulut nie bergerak. Hampir 11 tahun saya bekerja di syarikat yang menguruskan Kolam Renang.

Setelah beranak dua selang setahun saya mula rasa perubahan drastik pada badan saya. Saya bukannya jenis berduit nak pergi spa dan sapu macam2 lotion dan beli suppliment ke atau jenis makan ubat2 traditional. Saya rasakan badan saya semakin tak bertenaga macam dulu, x setangkas macam dulu. Nak buat kerja apa nak duduk atas kerusi. Lama-lama badan semakin memboyak. Baju dah x muat. Nak timbang berat dah semakin malu. Bila dengan anak-anak menangis tiba tiba sebab x larat melayan kerenah anak yang meningkat besar. Dalam erti kata lain terlalu penat. Keluar kerja gelap, balik kerja gelap, pastu masak, pastu urus anak, mandi lewat malam. OHHH tidak saya x mampu berterusan macam nie sampai bila-bila. Badan saya perlu rehat. Saya x amanah. Saya rosakkan badan saya. Saya careless.Apa saya nak buat. Takan sampai tua saya nak buat rutin yang sama.

Nak berniaga, nak jual apa. Modal banyak mana nak cari duit. Nak jual Kat sapa. Saya pemalu ..malunyer nak jual jual barang nie ...Ohh Tuhan apa yang patut aku buat. Aku x larat lagi nie, berterusan macam nie.. Aku juga nak duduk rehat.. Ya Allah bantulah aku .. Tetiba otak saya kata berniaga...berniaga...berniaga. Yelah berniaga tapi nak berniaga apa..Kang rugi macamana.Duit bukan senang nak cari. Bukan org senang pun. Tetiba teringat anak buah saya umur baru muda lepasan U. Dah buat business sendiri .. Main lantak kau lah..aku nak jual..ada aku kesah.. semua org dia layan supaya beli produk dia..Semakin hari semakin aktif dan aktif dan aktif sampai supplier pun x boleh nak bekalkan bahan mentah untuk dia.. Ganaz juga anak buah saya nie. Jadi saya dapat inspirasi berniaga melalui dia..Kemudian saya teringat biras saya jual Shaklee baru sebulan dah dapat bonus.. Macam best jer... SO atas kekuasan Allah , atas ketentuan Allah , saya google Shaklee. Dalam banyak-banyak list dalam google tu saya boleh terklik web nie  http://tipsihatselalu.blogspot.com/ . Bila baca jer..terus saya wassup owner blog tu kata nak daftar. Entah mana datang orang nie, entah siapa ..tetiba jer terbuka hati nak contact owner tu.. Dan akhirnya Ida Fadliza owner blog tu pun daftarkanlah saya dan bayak bagi tips, panduan, dorongan kat saya.. Rupa rupanya dia dah setahun dalam Shaklee tapi dah jadi master dalam Shaklee. Banyak downline bawah dia rupanya. Ya Allah mudah nyer saya mendapat ilmu dari orang yang banyak ilmu. Dah seminggu saya berdaftar dan banyak ilmu yang saya pelajari dari segi bisness, blog dan rohani. Skg saya menunggu produk untuk diri saya plak. Saya sendiri akan guna produk nie dan bagi testimonia dari diri saya sendiri . Setelah membaca buku nutrisi yang tebal yang amat dari Shaklee ..kini saya paham produk mana yang bersesuaian dengan diri saya.
Kalau org tanya saya set Shaklee mana elok dimakan. Sya jawab semuanya elok dan bagus dimakan sebab semuanya adalah untuk keperluan badan kita.

Jadi kalau anda tidak mahu diri anda tua dan sakit sebelum waktunya ..mulalah guna produk Shaklee kerana ia mempunyai nutrisi yang sihat untuk tubuh badan kita. Makanan yang kita makan hari-hari belum tentu cukup zat yang diperlukan untuk badan kita. Dan kemungkinan makanan kita tu banyak bahan pengawetnya . Jadi untuk sihat , gunalah Shaklee. Hanya telan pil sahaja anda dah menambah zat yang terkurang itu...

Jadi untuk dapatkan supplement utuk diri anda dan keluarga 
Hubungi saya untuk BEST PRICE, Free Delivery, Free consultant di 
017-3586889 sms/wassup
gedungsinarsihat@gmail.com



Sunday 19 January 2014


Keistimewaan Shaklee


Falsafah Produk ShakleeSelama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.
Misi kami di Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Kami membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang kami keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.
Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. 

SENTIASA SELAMAT
Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat 
Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.
Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.
Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:
Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

SENTIASA BERKESAN
Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif
Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di Shaklee, kami mempunyai bukti. Anda akan temuinya di dalam lebih 100 kertas kajian saintifik, 90 darinya telah diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi produk-produk Shaklee. Anda boleh temuinya melalui lebih 300 juta USD pelaburan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Anda juga boleh temuinya melalui ’Landmark Study 2007’ yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley School Public Health menunjukkan mereka yang mengambil produk tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain.
Dan kami membuktikannya melalui 54 pingat emas yang dimenangi oleh Shaklee setanding dengan kehebatan atlet-atlet terbaik dunia. Dan lagi, bukti yang benar-benar menyakinkan antara semua ini adalah di dalam berjuta-juta orang yang mempunyai kehidupan yang sihat, di antaranya adalah disebabkan mereka menjadi produktif disebabkan oleh Shaklee. Sebelum sebarang produk Shaklee menjadi milik anda, kami telah bekerja keras untuk memastikan ianya terbukti dan apa yang kami katakan adalah benar.
Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Hebat
  • $300 juta USD telah dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
  • Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4
    Ekpedisi Artik Antarabangsa
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
  • Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli
    Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf
    LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil
    produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.

SENTIASA MESRA ALAM
Kami Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar
Dr. Forrest Shaklee: Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi®. Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh abad yang lepas dan kami masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain. Kami adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Ibu Pejabat Korporat kami telah memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya. Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28 kali!
Bermula dari Penjelajah Jacques Cousteau dan seterusnya Dr.Wangari Maathai iaitu pemenang Nobel Peace pada tahun 2004, Shaklee meneruskan perjuangannya dengan bekerjasama bersama mereka yang menyayangi bumi bagi menghasilkan satu perubahan. Dalam tahun lepas sahaja, kami telah mengitarsemula lebih 1,000,000 paun kadbod, menyingkirkan lebih 10,200,000 paun sisa pembungkusan dan menyingkirkan lebih 23,000,000 paun gas rumah hijau. Ini menunjukkan bagaimana kami benar-benar bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi.
Kami Menjadi Peneraju dan Teladan dalam Memulihara Alam Sekitar
  • Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
  • Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
  • Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:
    • Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
    • Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
    • Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau
  • Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
    • 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
    • 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
    • 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
    • 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
    • 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan
      daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California
 ** maklumat didapati terus dari http://www.shaklee.com.my