Showing posts with label Bersalin. Show all posts
Showing posts with label Bersalin. Show all posts

Tuesday, 16 September 2014

Dengan 1 Cara Dapat Mengatasi Sembelit dan Bengkak Susu Ketika Dalam Pantang

Perkara utama yang sering ditakuti dan sering melanda ibu-ibu dalam pantang terutamanya pada yang beranak sulong ialah

  • Sembelit 
  • Bengkak susu


Perkara tu memang berlaku pada saya. Terutamanya apabila emak saya berpesan ketika membuang air besar dalam pantang tidak boleh teran terlalu kuat dan tidak boleh kangkang terlalu besar... huhuhu... macamana nak buat.

Sudahlah sebelum ini saya memang susah nak membuang air besar sebelum bersalin..ditambah pula dengan kurangnya sukatan air oleh emak dan kurangnya makanan berserat ketika dalam pantang ditambah lagi dengan peringatan yang menakutkan...

Macam-macam perkara menakutkan terbayang dalam fikiran. 

Bukan itu sahaja..kita juga mengalami bengkak susu..kekurangan susu...punting susu luka.. Banyangkan kesakitan yang dirasai. Saya memang menangis bila anak menyusu sebab menahan sakit luka dan  ditambah pula terjadinya bengkak susu... susu banyak tapi x mau keluar sehingga diri menjadi demam dan menyebabkan kelenjar di celah ketiak membengkak.

Dah mencuba bermacam-macam cara traditional..seperti tuam pada payu dara...urut pada payu dara... sikat payu dara tapi masih juga x mau keluar. Kesudahannya demam dan menangis. Emak pula marahkan kita sebab katanya tidak boleh menangis dan demam ketika dalam pantang kerana boleh menyebabkan sakit meroyan...huhuhuhu..

Seksa betul ketika dalam pantang... Itu adalah pengalaman saya. Saya pasti ramai juga ibu-ibu mengalami nasib yang sama seperti saya .

Jadi apa yang saya lakukan untuk mengatasi 2 masalah di atas. 

1. Masalah buang air besar 
- saya ambil ubat julap (tiub) dan sumbat dalam lubang setiap 4 hari agar saya x perlu teran dan agar saya dapat membuang air besar dengan cepat sahaja. Dan perkara nie sebenarnya tidak elok untuk badan kerana kerap mengambil ubat julap. Merosakkan badanlah senang kata 

2. Bengkak Susu   
- saya balut buah dada saya dengan helaian kobis sejuk dari peti ais. dah rupa macam mermaid pakai kelopak rumpai laut..hahahahah. Tapi asyik berulang buat jerlah 

Sungguh naif saya dulu kerana kurangnya ilmu dan tidak mencari ilmu macamana nak mengatasi masalah di atas. 

Ni info saya dapat ketika google 

Punca sembelit selepas bersalin . 
Kemungkinan masalah membuang air besar lebih tinggi jika:
  • anda melalui kelahiran dibantu, seperti forseps atau ventouse;
  • anda pernah melahirkan bayi sebelum ini;
  • anda mengambil pil zat besi atau ubat antidepresi, yang kedua-dua boleh menyebabkan sembelit
  • anda mendapat jahitan.
Info terjadinya bengkak susu 

Bengkak susu terjadi kerana berlaku pengumpulan susu yang banyak akibat peghasilan susu yang banyak disebabkan hormon lacta yang dihasilkan oleh badan.. secara langsungnya, kita kena supply kepada anak . Bila kita kurang supply berlakulah kejadian bengkak susu secara semulajadi. Bengkak susu ini boleh berlaku bila kita tidak setkan waktu penyusuan yang teratur. Bila terlalu banyak susu, baby tidak boleh minum kerana tersumbat, bila tidak tersumbat pula..susu yang dihasilkan tidak mencukupi pula untuk anak kita . 

Jadi saya sarankan anda untuk mengambil pil Ostematrix Shaklee 
  • yang boleh mengatasi masalah sembelit ketika dalam pantang 
  • juga menambah penghasilan susu ibu 
  • dapat membekalkan kandungan kalsium kepada ibu-ibu yang telah kekurangan kalsium ketika mengandung dan bersalin
  • memberi ibu-ibu tenaga kerana keletihan
  • memperbaiki masalah kejang dan kebas 
  • membantu pengecutan otot dan transmisi saraf
Bagusnya jika saya tahu dari dulu adanya Ostematrix Shaklee nie. Tak perlu saya menangis dulu-dulu..wawawawa



1 tablet Ostematrix = 1 gelas susu = 80 biji badam


Cara makan :
4 biji sebelum tidur 
Jangan makan Ostematrix bersama Vita-Lea (kalsium bersama iron)
Sangat bagus dan berlipat ganda kebaikan jika ambil pil Ostematrix bersama susu


Terdapat 120 tablet dalam 1 botol 
Harga cuma RM 61.00. Harga lebih jimat jika anda mendaftar sebagai ahli Shaklee 



Ingin mendapatkan sebarang penjelasan bolehlah hubungi saya seperti berikut. 

SMS / WASSUP : 0173586889
*Penghantaran percuma ke rumah di kawasan Puchong, Bukit Aman dan Pantai Dalam.
(*Pada waktu tertentu sahaja) 
Penghantaran secara pos di seluruh Malaysia 

Produk Shaklee bukan berfungsi untuk merawat atau mengubati TETAPI produk Shaklee berfungsi untuk mengatasi masalah


Tuesday, 22 April 2014

Checklist Sebelum, Ketika dan Selepas Bersalin

Dulu masa mengandung anak pertama ada sales semua nak beli .Sampa terlebih bajet. Langsung x ada panduan. Skg saya senaraikan keperluan untuk pengetahuan semua 

Sebelum Bersalin 
1. Untuk Baby 
  • Baju lengan panjang dan baju lengan pendek dan baju yang nipis-nipis. Beli yang ada butang depan supaya senang dipakaikan (yang comei2 dan lawa beli sikit jer sebab baby cepat besar)
  • Pampers pek kecik jer saiz s. Takut nanti baby x sesuai dengan jenama tu kena tukar2 pula
  • Barut (tali ikat perut). kalau masa scan anak kecik beli yang jenis gam. Kalau besar beli yang bertali
  • Stokin kaki dan tangan 
  • Lampin 6 helai pun dah cukup 
  • Kain selimut dan kain bedung baby 
  • Tilam , bantal, bantal peluk
  • Pelapik getah nak tukar lampin
  • Kelambu
  • Tisu basah untuk lap najis baby..Beli dengan banyak 
  • Cotton bud
  • Minyak baby (ada org guna yuyi, vicks, telon, atau apa2 jerlah)
  • Tuala nak lap susu ketika baby tengah menyusu 
  • Tuala mandi 
  • Botol susu kecik untuk latih anak minum guna botol susu ketika kita dah mula kerja 
  • Pencuci botol susu dan berus botol susu 
  • Susu formula tin kecil takut anak pertama nie, susu susah keluar nanti anak nangis lapar. Ini untuk sementara jer...Pastikan anak sentiasa menyusu badan 
  • Mandian (klau boleh head to toe, dalam pantang leceh nak tukar2 mandian)
  • Losyen, bedak
  • Besen mandi baby dan tempat baring baby semasa mandi 
  • Termos 
  • Breast pump 
2. Untuk Ibu
  • Pad 
  • Stokin tebal sikit 
  • Kain batik and tshirt 
  • Baju sejuk/ baju lengan panjang 
  • Selipar untuk pakai dalam rumah 
  • Tungku batu ke, besi ke, elektrik ke (saya lebih gemar batu, amik jer kat sungai, yang elektrik takut short..heheh..)
  • Bengkung 
  • Bra untuk breast feeding 
  • Jamu untuk set bersalin(ikut pilihan hati)
  • Minyak panas/ balm panas untuk sapu kat kaki lepas mandi
  • Pati ikan haruan
  • Dettol untuk mencuci luka2
  • Cuba cari orang tukang urut untuk lepas bersalin. Booking awal2 atau maklumkan awal2
Barang perlu dibawa ke Hospital untuk bersalin
Dalam beg yang dah disiapkan awal sejak dr umur kandungan 7 bulan ialah 
  • Buku pemeriksaan mengandung 
  • Kad pengenalan
  • Baju baby sekurangnya 2 helai, stokin dan sarung tangan 
  • Selimut untuk bedung baby 
  • Mandian/losyen/bedak baby (pek kecik)
  • Lampin 2 pun ok 
  • Tisu basah nak lap najis
  • Tuala mandi / tuala kecil baby 
  • Pampers saiz s (pek kecik)
  • Pad
  • Kain batik / baju / baju sejuk / tudung - jgn bawa banyak..pakai jer baju kat hospital tu 
  • Stokin /selipar
  • Berus gigi/ubat gigi
  • Biskut pek kecil. Mana tahu bersalin malam nak masuk wad lama menunggu. 
  • Air mineral. Lepas bersalin haus 
Pastikan handphone sentiasa ada kredit ada battery, senang nak hubungi org jika kecemasan nak beranak, berpindah wad, berpindah hospital. Dan minum air selusuh atau minuman yang bertenaga sebelum nak bersalin takut tak ada tenaga nanti. Lebih2 lagi yang nak beranak pukul 4 or 5 or 6 pagi tu..baru bangun tidur ..belum sarapan takut nanti x ada tenaga sebab kalau anak pertama tu lagi lama nak menunggu. Dan juga pastikan org yang bawa kereta tahu dimana Hospital yang nak dituju, bukan kita yang sakit nie nak tunjuk arah kanan or kiri.

Selepas Bersalin
Mandi wiladah atau mandi nifas

1) Mandi wiladah ialah mandi selepas melahirkan anak samaada keluar darah atau pun tidak.
    Niat mandi wiladah : Sahaja aku mandi wajib wiladah kerana Allah Taala

2) Mandi nifas adalah mandi wajib setelah darah nifas kering (habis)tempohnya paling sedikit ialah satu lahzah (setitik) dan paling maksimum 60 hari.
Niat mandi nifas: Sahaja aku mandi wajib nifas kerana Allah Taala

Pastikan anda menjaga jahitan dengan baik agar tidak menjadi parah, berpantang dalam tempoh waktu tertentu, menjaga ibu jari kaki agar tidak terhantuk pada sesuatu yang keras, menjaga emosi dan rohani.