Wednesday 19 February 2014

Kebaikan Herba-Lax

Kami di salah satu group Shaklee telah menerima cabaran dari Mama kami Ida Ifaz untuk menjadi seorang yang sentiasa mengupdate blog dan memberi lebih banyak info kesihatan kepada pengguna Shaklee dan masyarakat khususnya. Nak tahu kenapa saya iya-iya nak sahut cabaran tu. Sebab hadiah dia lumayan. 2 botol HerbaLax yang beharga RM 104.00. Lagi satu ada 13 orang yang akan bertanding.. Sapa yang x mau menyahut cabaran. Rugi..rugi. 

Contest update blog Februari
========================


3 orang yg update blog paling banyak akan dapat 2 herblax FREE seorang. Start 14 Februari. Hari ni.
Minima update adalah 5 entry, tarikh tutup 20hb Februari 2014 jam 11.59mlm.♡♥♡♥ — with Mudarrisah AmatulLah and 12 others.



Jadi saya listkan pada anda semua apa kelebihan Herba Lax nie yang sibuk2 kami semua nak rebutkan. Herb Lax atau lebih dikenali sebagai detox. Apa itu detox? Nak tahu? 






Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.

Mari kita mengenali Herb Lax dengan lebih dekat. Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi iaitu alfalfa leaves, senna leaves, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed, culver’s root.

Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Ia tergolong dalam kategori julab yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi meyingkirkan toksin dari usus.

Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis.Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar.

Kebaikan Herb Lax

  • pembersihan najis yang tersekat
  • meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • membantu masalah sembelit
  • tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
  • mengempiskan perut
  • ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebaai minuman teh herba.

Siapakah yang perlu amalkan Herb Lax ? 

  • pengamal tegar ubat tahan sakit.
  • mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit 
  • mereka yang banyak jerawat
  • pesakit gout
  • mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak2 dengan suplemen

Selepas badan dah buat proses detoksifikasi, usus akan menjadi lebih bersih dan sihat. Penyerapan suplemen akan lebih cepat dan berkesan. 

Almaklumlah perut adalah rumah penyakit. Usus pula bolehlah dianggap sebagai bilik dalam rumah penyakit ini. Bila usus sihat, penyakit tak dapatlah nak berumahtangga di sini.Yang tinggal hanyalah rumah yang bersih dan pengambilan suplemen pasti mengindahkan lagi rumah kita ini.



Jadi perlu dan ingin membersihkan usus anda yang tidak dibersihkan dengan betul selama ini. Cepat-cepat telefon saya untuk dapatkan harga yang mampu milik dan untuk sebarang pertanyaan lanjut

SMS / WASSUP : 0173586889


Penghantaran percuma ke rumah di kawasan Puchong, Bukit Aman dan Pantai Dalam 
Penghantaran secara pos di seluruh Malaysia 

Resepi Sihat : Ikan Pais

Nak menurunkan kalori anda. Makan dengan sedap dan sihat. 
Jom kita kongsi resepi sihat kali ini 


Nama Menu         : Ikan Pais 
Cara penyediaan   : Membakar 


Bahan-Bahannya :-

3 ekor ikan kembong (saiz sederhana)(disiang & cuci bersih)
2 helai daun kunyit (dimayang / dihiris halus)
2 cawan kelapa parut
1 biji bawang besar
6 biji cili padi
2 biji cili merah
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit segar (x ada gaul jer ngan serbuk kunyit)
1 batang serai (dihiris)
1 sudu besar air asam jawa/ 1keping asam keping 
(* saya suka gantikan dengan belimbing buluh)

Beberapa helai daun pisang
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:-

  • Kisarkan sehingga halus bawang besar, bawang merah, bawang putih, cili merah, cili padi.
  • Dalam satu mangkuk, campurkan kelapa parut, bahan kisar, daun kunyit, serai dan sedikit garam. Gaul sebati kesemua bahan
  • Kemudian tambahkan asam keping/belimbing buluh/air asam jawa. Gaul semuanya hingga sebati. Rasa dan jika kurang garam tambahkan.
  • Ikan yang telah dicuci bersih, digaulkan dengan sedikit garam dan kunyit. Kemudian disusunkan diatas daun pisang.
  • Bahan kelapa parut yang telah siap dilumurkan diatas ikan dan balut rapi daun pisang. 
  • Panaskan kuali leper dan bakar.  Terbalikkan ikan setiap 5-6 minit untuk pastikan ikan masak dengan sempurna.
  • Setelah siap hidangkan bersama nasi panas.

Dari Mata Anda Kenal Penyakit

Tahukah anda ?
Mata boleh memberi tafsiran bahawa kita sedang mengalami sakit. Bila kita lihat diri dicermin selalu juga kita melihat mata kita yang kadang kala bersinar, kadang kala nampak kusam, kadang kala nampak garisan merah dan kadang kala merah betul disekitar kawasan mata putihblog. Kenapalah mata kita x cantik macam model Inner shine tu kan..heheheh. Jom saya kongsikan bersama anda artikel berkaitan penyakit mata dan tanda-tandanya. 
mata 300x185 Penyakit Mata dan Tanda tandanya
PENYAKIT & TANDANYA
1. Mata Menjadi Merah         
    Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita         sedang dalam proses pembuangan toksin.

2. Mata Menjadi Kabur
    Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

3Keluar Tahi Mata Terlampau Banyak
    Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan         
    mengandungi asid berlebihan.

4Keluar Air Mata
    Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.

5. Ketegangan Mata dan Kelopak
    Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


6. Garisan Kuning 

   Ia berkaitan dengan masalah lebihan asid dalam darah. Badan selalu rasa panas. Kaki mulai   rasa bisa-bisa. Perut selalu rasa kurang selesa terutama selepas sarapan pagi. Jika         
  dibiarkan berlarutan akan menghadapi masalah gout.

7. Warna Gelap atau kelam pada anak mata 
 Jika anak mata kelihatan gelap atau pun nampak kelam sahaja. Ini menandakan ia tinggal  dikawasan yang tinggi kadar pencemarannya. Atau pun terlalu lama mengamalkan ubat-ubat    yang berunsurkan dadah.


Cantik tak mata saya .Kalau kita lihat bayi punya sinaran mata yang sangat memukau. Betulkan ?




Monday 17 February 2014

Terapi Air Putih


Ramai orang beranggapan dengan meminum air bergas, air berkafein, air ais dengan banyak sudah cukup untuk memberi keperluan air di dalam badan. Kandungan air memang mencukupi tetapi jumlah kandungan gula juga meningkat. Secara otomatiknya tubuh badan kita bukannya semakin sihat dan baik tetapi dibebani dengan kandungan nutrien yang tidak sihat.

Tahukah anda khasiat Air Putih? 

  1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur – Dapat membersihkan organ-organ dalaman.
  2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan -Dapat membantu fungsi seluruh pencernaan dan ginjal.
  3. Minum segelas air sebelum mandi -Dapat menurunkan tekanan darah.
  4. Minum segelas air sebelum tidur -Dapat mencegah stroke dan serangan jantung. 

Kelebihan Minum Air putih ketika perut kosong 


Tabiat minum air kosong ketika perut kosong adalah salah satu tabiat yang sangat baik. Rasulullah SAW juga sering mengamalkan minum air kosong selepas bangun sahaja dari tidur setiap pagi. Ia juga baik untuk penyakit  antaranya penyakit sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan berlebihan, asma bronkitis, TB, meningitis, buah pinggang dan air kencing, muntah-muntah, gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, rahim, kanser dan gangguan haid, hidung telinga dan penyakit tekak

Kaedah-kaedahnya :
1. Sebaik sahaja anda bangun pada waktu pagi sebelum memberus gigi, minum 4 kali 160ml gelas air
2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit

3. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.

4. Selepas 15 minit sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum apa-apa selama 2 jam

5. Sesungguhnya orang-orang yang sudah tua atau sakit dan tidak mampu minum 4 gelas air pada awal boleh bermula dengan mengambil sedikit air dan secara beransur-ansur meningkat kepada 4 gelas setiap hari.

6. Kaedah rawatan ini akan menyembuhkan penyakit yang tersenarai diatas dan di samping itu anda boleh menikmati kehidupan yang lebih sihat.


Senarai berikut memberikan bilangan hari rawatan yang diperlukan untuk menyembuhkan  mengawal / mengurangkan penyakit utama:
1. Tekanan Darah Tinggi (30 hari)
2. Gastrik (10 hari)
3. Diabetes (30 hari)
4. Sembelit (10 hari)
5. Kanser (180 hari)
6. TB (90 hari)
Kaedah rawatan ini tidak mempunyai kesan sampingan, namun pada permulaan rawatan anda mungkin perlu kerap kencing beberapa kali. Adalah lebih baik jika kita teruskan kaedah ini sebagai rutin dalam aktiviti harian kehidupan kita. Kita tidak akan hilang apa-apa, segala-galanya untuk mendapat tahap kesihatan yang maksimum .




Bolehkah Minum Air Sambil Berdiri?



 Rasulullah SAW menegah kita minum berdiri. Di antara sebab di larang minum air berdiri ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani “Sesungguhnya makan dan minum duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas; dimana makanan dan minuman lalu di dinding perut dengan tenang.
Adapun minum air berdiri menyebab cecair akan jatuh ke dasar perut dgn keras dan akan melanggar lapisan perut.Kalau perkara ini selalu berlaku dan lama masa berlalu akan menyebabkan perut akan longgar dan jatuh sehingga menyebabkan susah nak hadam. Begitu juga dengan makanan.”
Selain itu, ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yang kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Apabila kita minum air sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.

Rahsia CoQ Health Shaklee

Anda penat, mudah letih, mudah semput, sakit dada, krem otot dada. Jalan sikit sahaja mula lemah dan mula cari tempat duduk. Itu adalah petanda bahawa jantung dan organ penting anda mulai lemah. 

Ya, di dalam badan kita sememangnya ada CoQ tetapi tahukah anda kandungan coQ di dalam badan akan berkurang sekiranya anda merokok, tidak bersenam, usia menjangkau 30an-50an , mempunyai sejarah keluarga yang ada sakit jantung. 

Kurang..kurang...dan semakin kurang. Jika kurang mengapa? Ada masalah ke. Yer jika kandungan CoQ kurang di dalam badan, organ utama /penting akan mulai lemah. Jika organ utama mulai lemah, sel akan jadi lemah, otot akan lemah. Organ utama yang paling penting yang paling sangatlah kita takut kalau jadi lemah ialah JANTUNG. Bayangkan apa akan jadi jika jantung kita lemah.. Anda sanggup ke menahan kesakitan bila jantung mula lemah. 

Oleh itu kita digalakkan menggambil suppliment tambahan untuk coQ10 kerana apabila usia meningkat, 25% kandungan coQ akan berkurang dan penyerapan nutrien tidak dapat berjalan kerana tenaga dalam sel mula berkurang. Dengan mengambil suppliment CoQ Health Shaklee, boleh mencegah beberapa perkara berikut.




  1. Kesihatan Jantung-Mengurangkan kekerapan "angina episode" dan menguatkan jantung 
  2. Kanser -Merawat kanser payudara dan kesihatan sokongan kepada pesakit yang menerima kemoterapi
  3. Penyakit Gusi
  4. Kesihatan Mental - Kajian tambahan menunjukkan Pesakit Parkinson boleh mendapat manfaat tambahan daripada CoQ10
  5. Rawatan Obesiti- Mengurangkan berat badan
  6. Kesuburan - Meningkatkan jumlah sperma dan membantu kesuburan lelaki
  7. Mengurangkan simptom-simptom masalah jantung seperti sesak nafas, sukar tidur, dan bengkak. Jadi CoQ10 penting untuk meningkatkan tenaga di dalam otot jantung, juga meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.
  8. Penting untuk kesihatan ginjal
  9. Mengatasi masalah kekurangan tenaga 
  10. Membantu merawat migrain.
  11. Co-Q10 boleh meningkatkan insulin - baik untuk pesakit kencing manis
  12. Co-Q10 boleh melindungi daripada kesan-kesan sampingan dari ubat-ubatan seperti beta-blockers dan beberapa antipsikotik. Pengambilan ubat-ubatan yang kerap boleh mengganggu sintesis koenzim Q10 dalam tubuh contohnya seperti pil perancang.

Cubalah CoQ Health Shaklee pada 3 hari pertama dan anda akan merasa perbezaan yang sungguh ketara.


Sila hubungi saya sekiranya anda inginkan suppliment tambahan dan maklumat lanjut. 

SMS / WASSUP : 0173586889


Penghantaran percuma ke rumah di kawasan Puchong, Bukit Aman dan Pantai Dalam 
Penghantaran secara pos di seluruh Malaysia 


Sunday 16 February 2014

Khasiat Madu Untuk Kesihatan

Tujuan blog ini adalah untuk menyampaikan dan berkongsi maklumat mengenai kesihatan. Membentuk masyarakat supaya mempunyai ilmu dan mengamalkan pemakanan yang sihat. Sebagai seorang Islam kita telah didedahkan di dalam Al-Quran mengenai Kelebihan dan Kehebatan Madu. Tetapi segelintir umat Islam leka dan sambil lalu sahaja dalam menitik beratkan penggunaan madu dalam kehidupan harian

“Dan dari Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah; buatlah sarang dibukit-bukit, di pepohonan kayu, dan di tempat (berhampiran) yang dibina manusia..“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang berfikir,” – Surah An-Nahlu, ayat 68 dan 69.

Dan antara sabda Rasulullah SAW :
  • “Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit.
  • “Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu.
  • “Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada.
  • “Allah SWT telah meletakkan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi,”.
Tahukah anda ? 

Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima. Seperti mana kandungan-kandungan yang dihasilkan lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen, propolis terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti. Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan secara sintetik oleh makmal. Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia. Madu hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri


Membezakan madu asli dan madu palsu (info dari http://www.khasiat-madu.com
Madu asli tidak mengeras di dalam peti sejuk. 
Madu yang mengeras apabila disejukkan
    • bukanlah 
    semestinya palsu, tetapi ini menunjukkan kandungan air yang tinggi dan kurang berkualiti. Madu asli juga kadang-kala mempunyai kandungan air disebabkan keadaan cuaca dan proses pembungkusan.
  • Madu asli tidak akan dihurungi semut. Pelik, tetapi benar! Madu adalah satu-satunya makanan manis yang tidak disukai oleh semut. Hanya madu palsu yang mengandungi gula pemanis akan dimakan semut.
  • Madu asli akan mengumpal di dalam air. Sesudu madu asli yang dituangkan di dalam air (tanpa dikacau) akan mengumpal dan jatuh di dasar air. Madu palsu akan bercampur dengan air (sebanyak mana bergantung kepada kandungan air di dalamnya).
  • Madu asli tidak putus bila ditarik. Madu asli yang ditarik tinggi hanya akan membentuk alur yang halus apabila mengalir turun dan tidak putus. Madu palsu (atau madu asli yang mempunyai kandungan air yang tinggi) akan putus-putus pengalirannya.
  • Madu putih selalunya palsu. Madu putih yang selalunya dikatakan royal jelly oleh penjual jalanan biasanya adalah palsu. Pertama, royal jelly biasanya hanya diperoleh dalam kuantiti yang sangat sedikit dan jarang memenuhi satu botol (seperti botol-botol yang dijual di jalanan). Bayangkan, produk yang mengandungi royal jelly beberapa gram sudah mencecah ratusan ringgit. Kedua, royal jelly perlu sentiasa disejukkan kerana khasiatnya sensitif kepada suhu. Oleh itu, royal jelly tidak sesuai dijual di jalanan.
  • Madu asli mempunyai sijil ketulenan. Ini mungkin bukan cara yang terbaik untuk mengenalpasti ketulenan madu, tetapi jika anda biasa membeli madu di pasar raya, pilihlah madu yang mempunyai sijil seperti Kosher, Organik, UMR® (untuk madu manuka sahaja) dan Halal.
  • Madu asli akan menyebabkan kuning telur masak dengan sendirinya. Cara ini seumpama lagenda kerana tidak ramai yang berjaya menggunakannya, walaupun dengan madu asli. Ini kerana hanya madu yang benar-benar segar mengandungi enzim-enzim aktif yang ‘memasak’ kuning telur. Sekiranya anda mendapat madu yang boleh ‘memasak’ kuning telur, madu tersebut adalah benar-benar berkualiti dan segar!
  • Madu asli mempunyai komposisi gula tertentu. Cara yang paling tepat untuk membezakan madu asli dan palsu adalah dengan menjalankan ujian makmal. Madu asli dan tulen mempunyai nisbah komposisi glukosa dan fruktosa antara 0.30 – 1.35 sahaja. Madu palsu sukar untuk menyamai nisbah ini.
Cara menggunakan Madu 
Batuk                                           madu + limau nipis (diperah)
Menguatkan minda                       madu + kismis 
Menguatkan tulang                       madu + susu 
Menyembuhkan luka/melecur       sapukan madu pada luka 
Lelah dan sesak nafas                   madu + lobak putih (diparut dan diperah)
Pembersih muka                           madu + limau nipis (diperah) + putih telur 
Pelembap muka                            madu + kobis 
Melansingkan badan                     madu + pati kunyit (minum seminggu sekali)
Tenaga batin                                 madu  + 3 biji lada hitam + 1 ulas bawang + kuning telur 
Wanita mengandung                     1 sudu teh madu 2 kali sehari 

Jadi kurangkan mengambil minuman bergas atau berkafien tinggi yang boleh membahayakan kesihatan manusia. Mari kita sama-sama merujuk kepada fitrah Islam sebagai cara hidup seharian kita 

Tips : Jangan mengambil madu menggunakan sudu besi kerana dipercayai akan mengurangkan khasiatnya. Gunakan sudu plastik

Kenapa Berat Tidak Turun?

Anda telah menggunakan pelbagai produk pelansingan tapi masih tidak turun berat badan. Jadi tension. Rasa terbuang duit. Rasa tertipu lagi. Rasa putus asa.Dah kawal makan pun x juga turun.

"Ahhh geramnya. Dah cuba macama-macam. Tak turun-turun lagi. Apa nak buat nie. Dah minum air banyak tak turun juga. Dah makan macama-macam. Dah diet. Dah puasa. Geramnya "

Anda terlupa 1 perkara penting !! Pengiraan kalori yang patut anda ambil dalam 1 hari. 

Bayangkan anda adalah kereta yang terlebih muatan (terlebih berat). Kereta akan menggunakan minyak yang banyak untuk bergerak. Lagi berat lagi banyak minyak digunakan. Jadi kurangkan berat kereta (kalori anda) supaya minyak (suppliment) yang digunakankan juga kurang.

Macamana nak kira kalori. (Info dari http://cekodok.com/calorie-school/)

1. BASAL METABOLICRATE (BMR)

    Lelaki :               BMR = 66 + (13.7 x berat dalam kg) + (5 x tinggi dalam cm) - (6.8 x umur anda)
    Perempuan:        BMR = 655 + (9.6 x berat dalam kg) + (1.8 x tinggi dalam cm) - (4.7 x umur anda)

2. DAILY CALORIE REQUIREMENT (DCR)
    Pengiraan aktiviti harian 
    
    Tidak aktif        = BMR x 1.2 ( sedikit atau tiada senaman, kerja di meja pejabat)
    Ringan aktif       = BMR x 1.375 (senaman ringan / sukan 1-3 hari / minggu) 
    Sederhana aktif = BMR x 1.55 (senaman sederhana / sukan 3-5 hari / minggu) 
    Sangat aktif       = BMR x 1.725 (senaman keras / sukan 6-7 hari / minggu) 
    Terlalu aktif       = BMR x 1.9 (senaman keras harian / sukan & kerja fizikal atau 2x latihan harian) 

Contoh pengiraan : Perempuan / Umur 30 tahun / Tinggi 160cm /  Berat 56 kg  / Kerja Pejabat 
BMR = 655 + (9.6 x 56) + (1.8 x 160) - (4.7 x 30)
          = 655 + 537.60 + 288 - 141
          = 1,339.60 (kalori yang diperlukan dalam sehari)

DCR = 1339.6 x 1.2
         = 1,607.52 (kalori yang sepatutnya anda perlukan dalam sehari)

Jadi setelah tahu berapa kalori yang patut ambil, apa nak buat 
1. Buat jadual pemakanan. 
    Senaraikan makanan yang anda ambil ketika sarapan, tengahari, malam atau kudapan/snek 
    ringan. Dan kira kalorinya.
2. Tentukan makanan harian anda 
    Hari Isnin nak makan apa, Selasa, Rabu, Khamis dan seterusnya 
   
  • Kita lihat senario 1 .
  • Suami bersarapan pancake dengan mentega dan syrup. Anak bersarapan donat . Anda mengambil secawan quaker oat bersama sejumlah kekacang, sepotong pisang, dan satu gelas besar jus kiwi. 
  • Jawapannya : 
  • Ya, anda mungkin menang dari segi nutrien makanan yang diambil, tetapi dari segi kalori, andalah di tempat yang tercorot sekali. Makanan yang anda ambil memang kedengaran seperti yang paling berkhasiat, tetapi ia boleh menyumbang sebanyak 700 kalori. Jika kalori harian anda ialah 1,607.52 maka baki kalori yang anda boleh gunakan untuk makan tengahari dan malam hanya 907.52 sahaja.

Berikut saya tunjukkan di salah satu Hospital memaparkan kandungan kalori bagi makanan yang disediakan. Pastikan anda mencatat setiap kandungan kalori yang anda makan agar anda lebih peka untuk menurunkan berat badan.




Jika anda ingin menurunkan 1 pound (0.453 kg) maka anda perlu membakar 3,500 kalori .

Suplemen dapat membantu dalam proses kurangkan berat badan sekiranya anda mengawal kalori anda. 
  • Jangan tidak makan .Ini akan membuatkan metabolisme anda rendah dan lambat turun berat badan dan anda akan letih 
  • Makan makanan kesukaan anda dalam kandungan  / kuantiti kecil 
  • Cukup tidur dalam 8 jam 
  • Cukup pengambilan air dalam 3 litter
  • Amalkan senaman setiap hari walaupun senaman ringan
Fungsi Utama Lecithin Shaklee - adalah untuk membakar lemak manakala fungsi Alfafa Complex adalah untuk menyingkirkan lemak . Jika anda memerlukan suppliment untuk proses pembakaran dan pembuangan lemak. Sila hubungi saya untuk mendapatkan suppliment anda. Saya juga akan memberikan anda tips untuk pemakanan untuk menurunkan berat badan. 

SMS / WASSUP : 0173586889

Penghantaran percuma ke rumah di kawasan Puchong, Bukit Aman dan Pantai Dalam 
Penghantaran secara pos di seluruh Malaysia