Monday, 13 October 2014

Pengalaman Bermalam di Wad Kanak-Kanak

Anak sulong saya kini ditahan di wad kanak kanak kerana muntah tak berhenti selama 3 hari. Kemungkinan denggi. Kemungkinan keracunan makanan. Kemungkinan obesiti. Kemungkinan jangkitan virus atau bakteria. Perlu dimonitor buat masa ini. Yang saya tahu saya nak anak saya sihat dan dapat blik rumah.

Saya seorang yg sukar utk tido jika beralih tempat. Mulalah sakit kepala sbb stress. X selesa dgn keadaan di hospital walaupun ada katil dan air cond.hehehe. Hari pertama bermalam di wad kanak2 mcm mcm penyakit kanak2 sy jumpa. Ramai juga kanak2 yg sakit. Ramai juga kanak2 dr luar negeri kena transfer ke hospital ni. Sampai penuh wad jadinya. Dan yg jadi kelakarnya. Tiap kali ada kanak2 yg masuk wad. Doktor pelatih rasanya akan tanya soalan yg sama ajer susunan ayatnya..hehe. kesian doktor dok ulang tanya benda sama je. Baik pakai tape je kan. Penat nak ulang.hehe.

Sedang sy menulis post ni ada patient bru masuk. Rupanya every 2 minggu dia akan masuk wad. Sungguh tabah mak ayah dia. Dan sungguh tabah doktor dan nurse terima kes tengah malam.

Sy dapati mereka yg duduk di hospital menjaga org yg sakit  samada parent, nurse or doktor juga memerlukan tenaga  dan kesihatan yg kuat selain pesakit itu sendiri.

Banyak lg saya nak taip tp dah sakit kepala sbb dah almost 24 hours sy x tido. Jadi sy rasa saya akan sambung lg nanti.

Doakan lah pesakit2 muda yg berada di hospital ini. Semoga mereka sihat membesar. Amin

4 comments:

  1. Terima kasih sebab faham penatnya doktor yang kerja dalam wad. Biasanya untuk pesakit kanak2, banyak benda nak kena tanya memang ada template dia sendiri sebab tu doktor pelatih tu duk ulang tanya yang sama je .. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama.sy rasa org yg selalu marah2 doktor lambat tu kena ikot doktor 1 hari.br tahu mcmana kan.hehe

      Delete
  2. Betul tu, tapi bergantung pada seseorang juga, buat kerja cepat atau lambat

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin jugalah. apa pun saya berharap doktor di Malaysia akan menjadi lebih cekap dan berdedikasi dari doktor dinegara lain. Practise make prefer.. go go doctor.

      Delete