Showing posts with label Tahukah anda. Show all posts
Showing posts with label Tahukah anda. Show all posts

Monday, 21 December 2015

Tips Cari Pakej Umrah dan Agensi Umrah Yang Berbaloi

Bagaimana nak cari Pakej Umrah yang ikut budget kita, yang ok dan harap tiada masalah buat kita? Apa yang saya nak terangkan di sini hanyalah pakej umrah biasa sahaja yer. Sebabnya pakej umrah transit dan ziarah ke negeri lain saya belum ada lagi pengalaman.. huhuhu. Bila kita dihadapkan dengan Pakej Umrah yang banyak, dengan travel agensi yang banyak juga. Bagaimana kita nak memilih yang mana satu? Adakah pilih travel agensi yang dikenali ramai ataupun ambil agensi yang baru nak naik sebagai pemangkin tuk business dorang?

Cheklist yang saya buat hampir naik pening jugalah. 

1. Google senarai travel agensi umrah di Malaysia yang berdaftar. Kalau x pandai dan pening tgk banyak sangat travel agensi tu . Pilih dan senaraikan 10. Kalau panjang sangat , senaraikan 5 yang anda sendiri pilih ikut kata hati...hehehe

2. Emel pada mereka atau telefon travel agensi tersebut untuk hantarkan maklumat pakej yang mereka tawarkan. Biasanya mereka akan tanya pada anda semula." Hajah /Haji nak pergi waktu bila yer". Kalau anda jawab "Entah" maksudnya entah jugalah maklumat yang anda akan dapat.. huhuhu.  
  • Pastikan anda tahu bulan berapa anda nak pergi - Musim sejuk bulan 11 sampai bulan 3. Dan jangan sebut nak pergi time bulan haji pula yer. Umrah tak buka waktu tu. Tengok kalender betoi-betoi
  • Anda nak pergi berapa orang, berdua ke, satu family ke, dengan kawan ke. Skg nie sapa yang tidak kahwin lagi kena bawa mahram. X boleh lagi tumpang mahram yer.  Jadi anda set setkanlah sendiri bilik anda berapa orang nak duduk jika pergi ramai-ramai
  • Ada maklumat ni , senanglah travel agensi tu nak bagi maklumat pada anda  
3. Bila dah dapat maklumat atau flyers dari travel agensi tu . Anda buat crossline. Apa dia crossline. Ni jadual untuk senang anda lihat perbezaan agensi tersebut. Apa yang saya senaraikan dalam jadual tu?  
  • Pesawat - Airasia /Saudi / Mas/ - biasanya yang tiga nie terbang terus tak ada transit. Kalau pesawat lain biasanya ada transit. Kita berhenti di suatu tempat dan naik pesawat lain pula. Kalau Saudi biasanya terus berhenti di Madinah. Kalau pesawat lain berhenti di Jeddah. Bila dah turun Jeddah kita kena naik bas selama 6 jam turun di Madinah atau ke Mekah. Paham tak. Kalau tak paham..bayangkan macam ni **** Lapangan terbang Subang dan KLIA . Mana dekat dengan KL?  Nak turun Subang ke nak turun KLIA.? Hah macam tulah nak turun Jeddah atau nak turun Madinah 
  • Free Gift - Beg percuma, kursus percuma, air zam zam percuma, telekong percuma, kain ihram percuma, Kebiasaannya akan dapat beg , air zam zam dan kursus percuma. Nak yang lebih percuma kena carilah travel agensi yang bagi percuma lebih. Bukan x ada. Ada tau  tapi kena pandai carilah. 
  • Hotel - Minta travel agensi drafkan hotel mana yang dorang akan tawarkan ketika di Madinah dan di Mekah. Kalau di Madinah hotel dekat-dekat cuma di Mekah yang hotelnya agak jauh. Lokasi hotel adalah penting sekiranya anda ada bawa warga tua, atau mudah penat atau sakit lutut atau suka jemaah di Masjid. Tandakan samada hotel tu terletak 700m, 600m, 400m, 100m. Jangan tgk dalam website sahaja. Tanya terang terang pada mereka hotel mana. Kalau dapat nama hotel  lagi bagus. 
  • Pengangkutan ke Lapangan Terbang - tanya samada mereka ada tawarkan bas untuk kita berkumpul ramai-ramai dan naik bas sehingga ke lapangan terbang atau tak.
  • Pengesahan dokumen - jika anda telah berkahwin anda perlu sertakan sekali dengan salinan sijil nikah (isteri) yang telah disahkan oleh 2 pihak iaitu Majlis Agama Islam dan Kementerian Luar Negeri di Wisma Putra, Putrajaya. Pengesahan Majlis Agama Islam, anda perlu buat sendiri tapi pengesahan dari Kementerian Luar Negeri di Wisma Putra, Putrajaya anda perlu pastikan samaada mereka akan uruskan atau anda uruskan sendiri.
  • Bilangan Hari - Dah pilih bulan nak pergikan. Dah tgk tarikh yang travel agensi tawarkan. Haaaaa sekarang catatkan bilangan hari yang mereka offer 
  • Harga - Nie adalah perbezaan yang sering kali orang lihat dan membanding bandingkan tanpa melihat perkara di atas. Jika anda dah dapat maklumat di atas bolehlah anda lihat perbezaan harga. Mana yang untung dan berbaloi.  

# Mengikut apa yang saya dipahamkan dan mendapat info dari seorang lawyer nie.. Pengurusan visa umrah yang dikeluarkan oleh Saudi hanya boleh diuruskan oleh 3 travel agensi sahaja iaitu Tabung Haji, Andalusia dan Rayhar. Agensi lain perlu mendapatkan khidmat dari mana-mana travel agensi ini untuk menguruskan visa pelanggan mereka bermula dari November 2015. Oleh itu charge pengurusan visa akan meningkat sebab mengunakan khidmat pihak ketiga.  Betoi atau tak saya kurang pasti . Yang saya pasti bulan 11 haritu mmg ramai yang terkandas sebab x dapat visa . Kelam kabut sekejaplah. 


Itu sahaja tips permulaan bagi mereka yang ingin menunaikan umrah. Nanti saya sambung lagi tips tips lain untuk anda semua sebagai tetamu Allah. Banyak tips nak bagi nie.

#Pesanan saya
Mengerjakan Haji mempunyai korta  dan lambat sungguh giliran kita. Mulakanlah dengan Umrah dahulu. Sekiranya ajal kita telah tiba sekurang kurangnya kita telah menunaikan haji kecil dan hampir melengkapkan Rukun Islam kita.

Nak mengerjakan umrah secara free dengan jalan jalan lagi di beberapa tempat dengan taraf 5 bintang? Jom join Shaklee. Saya akan terangkan dengan details. Wassup saya yer 017-3586889
 
 

Sunday, 30 November 2014

Tips Dapat Kalogen Dari Dapur Anda

Semalam saya menonton citer di NTV7 pasal BODY SOS. Ingatkan apalah body sos. Rupanyer cerita dia sungguh bagus menerangkan mengenai masalah tubuh badan. Walaupun dalam bahasa cina tetapi ada subtitle. Semalam pendedahan yang dibuat adalah mengenai veterbrata. Atau boleh juga saya katakan tulang belakang. Rancangan ini mendedahkan masalah dan cara mengatasi masalah tubuh badan kita.

Ayat yang menarik minat saya apabila doktor itu menyatakan jika tulang hidung kita senget maknanya tulang belakang kita juga senget. Dan yang menariknya tetamu perempuan yang paling cantik dan kurus rupannya dia salah sorang yang dikenalpasti oleh doktor jemputan, mengalami masalah tulang belakang . Sungguh tidak percaya. Perempuan yang cantik kecik molek ada masalah tulang belakang yang x disedari.

Bila di cerita dan bercerita rupanya dengan keadaan dia yang kecik molek tu agak payah dia hendak membawa kereta jadi posisi tubuh dia yang agak ke depan dan lehernya ditinggikan ketika bawa kereta adalah penyebab tulang belakangnya menjadi senget. huhuhuh.

Doktor jemputan tu saya lupa namanya menasihatkan mereka yang mempunyai masalah tulang belakang untuk mengambil makanan yang tinggi oksida, omega 3 dan kalogen. Makanan ini jika di ambil boleh membantu mengatasi masalah rawan pada sendi dan tulang belakang. Maklumlah ketika umur meningkat mudah untuk kita sakit sendi dan kekurangan kalogen. Jadi kenal pastilah makanan yang tinggi zat khasiatnya untuk tulang belakang kita.

Jadi di sini saya senaraikan makanan yang membantu dalam penghasilan kalogen. Makan tau jgn x makan. Selain untuk tulang belakang ianya juga untuk keanjalan kulit kita juga. Nak cantik tak...Nak tak 

Makanan Yang Bantu Penghasilan Kalogen 

 

Sayuran dan Buah-buahan Berwarna Merah

Delima, tomato, tembikai, cili benggala merah, strowberi, epal merah .Sayur dan buah-buahan berwarna merah melindungi kulit daripada bahaya cahaya matahari. Tomato, cili benggala merah  mengandungi anti oksidan lycopene. Lycopene bertindak sebagai pelindung semuladijadi cahaya matahari, mengelakkan kulit daripada rosak dan menambahkan tahap kolagen.
 

Sayuran Berdaun Hijau

Sayuran hijau kaya vitamin C, seperti kangkung, bayam, kailan, bendi  menggalakkan kitaran penghasilan kolagen. Vitamin C menstabilkan enzim daripada memusnahkan kolagen. Ia juga mengelakkan radikal bebas yang melemahkan kolagen. Timun pula tinggi kandungan sulfur yang penting untuk penghasilan kolagen.
 

Sayuran/buah Berwarna Oren

Kandungan vitamin A dalam sayuran berwarna oren seperti lobak merah dan keledek oren, menyimpan dan menghasilkan semula kolagen yang musnah.
 

Minyak zaitun (extra virgin olive oil)

Kandungan lemak tak tepu dalam minyak zaitun berfungsi sebagai antiperadangan dan menjaga keanjalan kulit (terutamanya kulit kering).
 

Bawang bombay

Kandungan flavonoid dan diallyl sulfide dalam bawang bombay berfungsi sebagai antioksidan pelindung DNA, antiperadangan dan alergi.
 

Ikan

Kandungan protein organik dan omega 3 dalam ikan menguatkan struktur otot yang berfungsi menjaga keanjalan kulit. Omega 3 juga berfungsi 'menenangkan' kulit yang meradang.
 

Bawang Putih

Bawang putih adalah sumber yang baik untuk sulfur yang diperlukan untuk pembentukan kolagen dalam badan. Ia juga mengandungi lipoic acid dan taurine yang tinggi, untuk membina semula serat kolagen yang telah musnah.
 

Buah-buahan Citrus

Buah-buahan citrus seperti limau, oren, lemon dan limau gedang kaya dengan vitamin C yang membantu pembentukan kolagen dan mempercepatkan kadar penghasilan kolagen.


Thursday, 30 October 2014

Falsafah Duit Ketika Ini . Mati Pun Perlukan Duit

DUIT tak boleh bawa mati TAPI tak ada duit rasa nak mati 

DUIT  tak boleh beli kasih sayang TAPI kasih sayang boleh hilang bila tak ada duit 

DUIT tak boleh beli tidur TAPI  tak ada duit tidur pun tak lena 

DUIT tak boleh beli kesihatan TAPI untuk sihat perlukan duit 

DUIT tak boleh beli kebijaksanaan TAPI untuk dapatkan ilmu perlukan duit 

Orang bodoh nampak cerdik bila ada DUIT TAPI  orang cerdik nampak bodoh bila tak ada duit 

DUIT bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit 


Adalah penting untuk kita mencari duit supaya kita boleh hidup, beramal, berilmu, dan sihat dan bergembira. Tetapi jangan sesekali menjadi hamba duit. Jangan sesekali mengutuk orang orang yang gigih mencari duit kerana duit juga boleh membantu dirinya untuk memperoleh pahala. Jangan sesekali mengutuk orang yang tidak memperoleh duit kerana duit anda mungkin akan beralih kepada mereka pula.

Sebenarnya saya terpanggil untuk memberitahu bahawa pentingnya duit apabila saya menyaksikan satu peristiwa kematian seorang hamba Allah yang dilenggahkan urusan pengebumian kerana keluarga itu tidak mempunyai duit. Allahuakbar. Ketika itu saya rasa terpukul bagaimana sekiranya jenazah itu adalah diri saya dan keluarga saya ketika itu tiada duit untuk menguruskan jenazah saya. Kerana urusan jenazah juga memerlukan duit. Jadi saya merasakan perlunya diri saya keluar dari zon selesa mencari duit lebih agar tiada ahli keluarga atau kenalan2 saya merasa atau mengalami peristiwa yang menakutkan seperti di atas. Ya sememangnya kita ada khairat kematian.Tapi kebiasaannya duit itu sering diberi selepas selesai urusan pengebumian. Duit untuk menguruskan jenazah juga bukan sedikit dan ianya agak besar jumlahnya kini.

Jadi marilah kita bersama-sama mencari rezeki dan duit yang lebih agar hidup kita menjadi aman dan berkat dan dapat memperoleh pahala yang lagi banyak seperti mana banyaknya duit yang kita ada. Amin

Di sini saya nak share salah satu cerita / video seorang yang telah membuat duit dan nampak peluang yang ada untuk membuat duit walaupun pada mulanya tidak sangka akan membuat duit untuk diri nya.

Nama orang di dalam video ini ialah Dilla Jalil . Anak, Kakak, dan Isteri yang cukup gigih. Anda nak tahu kisah disebalik kejayaan Dilla Jalil. Tunggu Nanti saya akan jemput dia sebagai tetamu dalam blog saya. Sementara tu anda boleh tonton video dibawah.




Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.




Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh Perak

Jika anda nak jadi seperti Dilla Jallil dan beberapa orang lagi yang hebat seperti ini

Lyna Noh - pengiktirafan di USA ..ok 



atau seperti ini  Shareeza 



korang semua bolehlah contact saya yer . Tel boleh sms boleh wasuup bleh ke no 017-3586889. Saya akan cuba bantu anda .



Thursday, 16 October 2014

7 Rutin Harian Yang Beri Masalah Kesihatan

Kadang kala kita tidak sedar perkara kecil dalam rutin harian kita rupanya ada memberi kesan kepada masalah kesihatan. Perkara yg kita anggap remeh dan akan berkata 'takan lah'.  Ya perkara sebegitulah yg akan sy tekankan kepada anda sekarang. Supaya anda lebih alert mengenai rutin harian anda. Jika ada yg tidak melakukannya maka anda berjaya menjaga kesihatan anda dan teruskan menjaga kesihatan dalam aspek yg lebih besar lagi.

Saya akan senarai 7 rutin harian yg kerap kita lakukan yg akan memberi kesan kepada masalah kesihatan



Jangan makan ubat anda dgn minum air sejuk

Jangan makan makanan berat selepas pukul 5 petang

Minum air lebih byk pd waktu siang dan kurang pd waktu malam

Waktu terbaik untuk tido dari pukul 10 malam sehingga 4 pagi

Jangan terus baring selepas makan

Jawab panggilan telefon menggunakan telinga kiri

Jika bateri telefon anda tinggal sedikit dan hampir kosong, jangan jawab panggilan telefon kerana radiasinya lebih 1000 kali ganda












Tuesday, 22 April 2014

Cara pemakanan yang tidak betul dalam Shaklee


Petua Awet Muda Guna Bahan Semulajadi

Masih ada di kalangan masyarakat kita yang kelihatan cantik dan berseri tanpa menggunakan sebarang produk kecantikan dipasaran. Mereka lebih gemar menggunakan bahan-bahan semulajadi yang senang dijumpai di sekitar rumah selain ianya murah, selamat dan menjimatkan.. Jadi jika anda nak tahu apakah petuanya ..jom kita lihat. 


MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT

    
Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

MENGHILANGKAN TAHI LALAT

    
Asalammualaikum, Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar , sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. 

BIBIR MERAH SEMULAJADI

    
Petua ini yang memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

MELEBATKAN BULU KENING

     
Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam. 

KULIT MUKA LICIN BERSERI


 Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

MENAIKKAN SERI MUKA


Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wa jah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu

MENGELAK LEBAM DI BAWAH MATA


Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka… pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

MENGHILANGKAN LEBAM BAWAH MATA


Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk..cuba lah.. ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

MELICINKAN WAJAH


Ambil buah tomato makan atau sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.

MEMERAHKAN BIBIR HITAM

Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.

MENGHILANGKAN LEBAM DI BIBIR


Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan sapukan pada bibir anda setiap malam. 

MEMBENTUK, MELEBATKAN BULU KENING


Caranya mudah saja…ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.

NAIK SERI WAJAH

Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan padatiap-tiap pagi insya’Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.

OTAK JADI BIJAK


masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi.I nsyaallah mujarab.

MENCANTIKKAN KULIT MUKA


Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgntuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat danmenegangkan kulit muka yang kendur.

MENYERIKAN WAJAH


Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.

HILANGKAN HITAM DI MUKA DAN JERAWAT


Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang…tapi kena rajin mengamalkannya…Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.

PETUA AWET MUDA


Bangun pagi dari tidur…minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. 

MUKA BERSER


Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

SENTIASA MUDA


Ramai wanita yang ingin nampak muda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, (jangan gosok gigi) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda.