Sunday 30 November 2014

Tips Dapat Kalogen Dari Dapur Anda

Semalam saya menonton citer di NTV7 pasal BODY SOS. Ingatkan apalah body sos. Rupanyer cerita dia sungguh bagus menerangkan mengenai masalah tubuh badan. Walaupun dalam bahasa cina tetapi ada subtitle. Semalam pendedahan yang dibuat adalah mengenai veterbrata. Atau boleh juga saya katakan tulang belakang. Rancangan ini mendedahkan masalah dan cara mengatasi masalah tubuh badan kita.

Ayat yang menarik minat saya apabila doktor itu menyatakan jika tulang hidung kita senget maknanya tulang belakang kita juga senget. Dan yang menariknya tetamu perempuan yang paling cantik dan kurus rupannya dia salah sorang yang dikenalpasti oleh doktor jemputan, mengalami masalah tulang belakang . Sungguh tidak percaya. Perempuan yang cantik kecik molek ada masalah tulang belakang yang x disedari.

Bila di cerita dan bercerita rupanya dengan keadaan dia yang kecik molek tu agak payah dia hendak membawa kereta jadi posisi tubuh dia yang agak ke depan dan lehernya ditinggikan ketika bawa kereta adalah penyebab tulang belakangnya menjadi senget. huhuhuh.

Doktor jemputan tu saya lupa namanya menasihatkan mereka yang mempunyai masalah tulang belakang untuk mengambil makanan yang tinggi oksida, omega 3 dan kalogen. Makanan ini jika di ambil boleh membantu mengatasi masalah rawan pada sendi dan tulang belakang. Maklumlah ketika umur meningkat mudah untuk kita sakit sendi dan kekurangan kalogen. Jadi kenal pastilah makanan yang tinggi zat khasiatnya untuk tulang belakang kita.

Jadi di sini saya senaraikan makanan yang membantu dalam penghasilan kalogen. Makan tau jgn x makan. Selain untuk tulang belakang ianya juga untuk keanjalan kulit kita juga. Nak cantik tak...Nak tak 

Makanan Yang Bantu Penghasilan Kalogen 

 

Sayuran dan Buah-buahan Berwarna Merah

Delima, tomato, tembikai, cili benggala merah, strowberi, epal merah .Sayur dan buah-buahan berwarna merah melindungi kulit daripada bahaya cahaya matahari. Tomato, cili benggala merah  mengandungi anti oksidan lycopene. Lycopene bertindak sebagai pelindung semuladijadi cahaya matahari, mengelakkan kulit daripada rosak dan menambahkan tahap kolagen.
 

Sayuran Berdaun Hijau

Sayuran hijau kaya vitamin C, seperti kangkung, bayam, kailan, bendi  menggalakkan kitaran penghasilan kolagen. Vitamin C menstabilkan enzim daripada memusnahkan kolagen. Ia juga mengelakkan radikal bebas yang melemahkan kolagen. Timun pula tinggi kandungan sulfur yang penting untuk penghasilan kolagen.
 

Sayuran/buah Berwarna Oren

Kandungan vitamin A dalam sayuran berwarna oren seperti lobak merah dan keledek oren, menyimpan dan menghasilkan semula kolagen yang musnah.
 

Minyak zaitun (extra virgin olive oil)

Kandungan lemak tak tepu dalam minyak zaitun berfungsi sebagai antiperadangan dan menjaga keanjalan kulit (terutamanya kulit kering).
 

Bawang bombay

Kandungan flavonoid dan diallyl sulfide dalam bawang bombay berfungsi sebagai antioksidan pelindung DNA, antiperadangan dan alergi.
 

Ikan

Kandungan protein organik dan omega 3 dalam ikan menguatkan struktur otot yang berfungsi menjaga keanjalan kulit. Omega 3 juga berfungsi 'menenangkan' kulit yang meradang.
 

Bawang Putih

Bawang putih adalah sumber yang baik untuk sulfur yang diperlukan untuk pembentukan kolagen dalam badan. Ia juga mengandungi lipoic acid dan taurine yang tinggi, untuk membina semula serat kolagen yang telah musnah.
 

Buah-buahan Citrus

Buah-buahan citrus seperti limau, oren, lemon dan limau gedang kaya dengan vitamin C yang membantu pembentukan kolagen dan mempercepatkan kadar penghasilan kolagen.


Thursday 27 November 2014

Kuasa Air - Kesan Negatif Kepada Tubuh Badan

Kak ipar saya mengenalkan saya dengan sebuah buku Power of Water  yang ditulis oleh Masaru Emato. Saya cuba google buku tu dan alangkah terperanjatnya saya yang penulis nie dah menulis 10 buah buku hanya mengenai air. Saya rasa dia memang seorang yang sangat kerja kuat dan banyak buat research. Betapa kentalnya dia berusaha mendedahkan kuasa air kepada umum agar kita semua nie menghargai air.

Lepas baca buku nie saya rasa saya mula menghargai air sebagai terapi, dan kuasa positif yang harus saya alirkan dan kekuasaan Allah. Ruginya kita sebagai umat Islam x alert benda nie.

Mengapa saya katakan buku ini bagus. Saya bagi preview sikit yer. Buku ini bagus sebab apabila kita memikir, berkata, bertindak, visualize secara automatiknya molekul air akan berubah. Bayangkan 70% dalam badan kita adalah air. Kalau kita melakukan semua di atas dengan aliran negatif, molekul air juga akan berubah dan seterusnya akan merosakkan sistem tubuh badan kita dan kita mudah mendapat penyakit .

Hah amik ko....siapa suruh minum air x baca bismillahirrahmanirrahim...tu maknanya nak suruh molekul air berubah baik dan masuk dalam badan kita secara baik. Mengecas aliran positif lah senang kata. Dahlah sepanjang hari kita asyik marah, pikir bukan-bukan, stress..jadi air dalam badan semuanya dah jadi negatif. Sebab tu kita nak neutralkan balik air dalam badan kita ialah dengan meminum dan menambahkan air dalam badan dengan kehadiran air yang mempunyai aliran positif. (ni hanya satu contoh dengan minum air sahaja. ada banyak lagi contoh yer)


Front Cover          

        Front Cover


Jadi kat sini saya hanya nak senaraikan dahulu
kesan-kesan negatif kepada tubuh badan jika kita melakukan perkara negatif yer.

Marah 
Marah selama 5 minit akan menyebabkan sistem imun tubuh kita menjadi lemah selama 6 jam

Dendam dan Menyimpan Kepahitan
Menyebabkan imun tubuh kita mati. Dari situlah bermula segala penyakit seperti stress, kolestrol, hipertension, serangan jantung, rhematik, arthtritis, stroke

Stress
Jika kita sering membiarkan diri kita stress, maka kita sering mengalami gangguan pencernaan

Khuatir 
Jika kita sering khuatir, maka kita mudah mendapat penyakit Nyeri Bahu (radang pada bahu)

Mudah Tersinggung 
Maka kita akan cenderung terkena penyakit insomnia (susah tidur)

Kebingungan 
Jika kita sering kebingungan maka kita akan terkena gangguan tulang belakang bahagian bawah

Takut 
Jika kita sering membiarkan diri kita merasa takut yang berlebihan, maka kita akan mudah terkena penyakit ginjal

Negatif Thingking (Memikirkan perkara negatif)
Jika kita suka bernegatif thingking maka kita akan mudah terkena Dyspepsia (penyakit pencernaan)

Emosi dan Marah 
Jika kita mudah emosi dan cenderung marah, maka kita terdedah terhadap penyakit Hepatitis

Sombong 
Jika kita sering sombong , maka kita akan berpotensi mengalami penurunan kekebalan tubuh

Menganggap mudah 
Jika kita sering menganggap mudah semua persoalan, maka hal ini boleh mengakibatkan penyakit Diabetis

Kesepian
Jika kita sering merasa kesepian, maka kita boleh terkena penyakit Demensia Senelis (berkurangnya memori dan kawalan fungsi tubuh)

Bersedih dan Rendah Diri 
Jika kita sering bersedih dan merasa selalu rendah diri maka kita boleh terkena penyakit Leukemia (kanser darah putih)

Adalah normal kita sebagai manusia mengalami semua perkara di atas dan tidak normal pula jika kita langsung x pernah merasai perkara di atas. Tetapi kita kena ingat supaya tidak bertindak secara berlebihan dan berpanjangan. Itu yang boleh menyebabkan kerosakan dan mendatangkan penyakit kepada kita. Jika kita mengalami semua perkara negatif di atas, berbaliklah semula kepada perkara positif, carilah unsur2 yang boleh meneutralkan semula aliran negatif itu semua. Kepada yang beragama Islam kembalilah kepada Allah untuk menenangkan hati anda dengan berwudhu, berzikir, membaca alquran dan solat.

Janganlah ditinggalkan solat kerana solat itu akan mempengaruhi jiwa dan kesihatan kita. Tahukah anda dengan membaca al-quran dengan tajwid yang betul setiap masa boleh memecahkan sel kanser di dalam tubuh badan kita .. Percayalah kita telah diberi al-quran sebagai panduan. terpulang kepada kita sahaja untuk menggunakan alquran dengan sebaik mungkin dalam kehidupan kita. Wallahualam . Yang jahat itu datang dari saya yang baik itu dari Allah.

Jiwa yang bersih akan memberi kehidupan yang sihat !




Wednesday 26 November 2014

Kesan Sampingan Minyak Ikan yang Anda Kena Tahu

Banyak kelebihan minyak ikan ini dan ia boleh dikatakan selamat bagi kebanyakkan orang termasuklah wanita hamil dan menyusukan bayi jika di ambil dengan sukatan dan kadar yang betul.

Tetapi jika diambil dalam sukatan dan dos yang tinggi (overdose) ini yang perlu dibimbangkan . Kesannya ialah boleh meningkatkan peluang pendarahan kerana minyak ikan menghalang darah membeku.

Disarankan kepada wanita hamil yang sudah menjangkau minggu ke 30 untuk berhenti menggambil makanan tambahan minyak ikan kerana boleh meningkatkan peluang pendarahan berlaku. Juga kepada mereka yang bersalin secara pembedahan tidak digalakkan dan elakkan mengambil minyak ikan sebagai makanan tambahan ketika dalam pantang.

Pengambilan dos tinggi minyak ikan juga mungkin mengurangkan aktiviti sistem imun, mengurangkan keupayaan badan untuk melawan jangkitan. Ini khas bagi mereka yang mengambil ubat-ubatan yang mengurangkan aktiviti sistem imum mereka. Contohnya seperti mereka yang baru buat pemindahan organ


Kesan Sampingan Minyak Ikan 
  • sendawa
  • nafas berbau
  • pedih ulu hati 
  • loya
  • najis longgar 
  • ruam 
  • hidung berdarah
Kesan sampingan ini boleh dikurangkan jika anda mengambil minyak ikan dengan makanan atau membekukan minyak ikan ini (letak di dalam peti ais). Jgn nak gatal2 makan minyak ikan tanpa mengambil makanan 

Memakan terlalu banyak minyak ikan (overdose) dan dari pelbagai sumber mungkin TIDAK selamat. Pastikan anda tahu dan mengetahui kandungan makanan tambahan minyak ikan yang anda beli dan makan seperti yang disarankan.

Sebenarnya sesetengah ikan (terutamanya ikan yu, ikan kembung raja, dan salmon) boleh tercemar dengan merkuri atau lain-lain bahan kimia industri , tetapi makanan tambahan minyak ikan biasanya tidak mengandungi bahan pencemar ini.




Langkah berjaga-jaga & Amaran khas:

Penyakit hati
Minyak ikan mungkin meningkatkan risiko pendarahan pada orang yang  mempunyai penyakit hati

Alahan ikan atau makanan laut 
Ada orang yang alah kepada makanan laut seperti ikan mungkin juga alah kepada makanan tambahan minyak ikan. Tetapi x ada maklumat yang boleh dipercayai menunjukkan bagaimana orang ramai yang ada alahan makanan laut  mempunyai reaksi alahan kepada minyak ikan. Jadi bagi mereka yang alah ikan kalau boleh berhati2 menggunakan minyak ikan

Gangguan bipolar
Gangguan bipolar ialah gangguan pada perasaan seseorang akibat masalah di otak, perpindahan (swing) mood, pikiran, dan perubahan perilaku. Jadi mereka yang yang ada masalah ini dan mengambil minyak ikan mungkin akan meningkatkan lagi gejala ini.

Kemurungan / tekanan perasaan 
Mengambil minyak ikan mungkin meningkatkan beberapa gejala keadaan ini.

Diabetes
Jangan mengambil minyak ikan terlampau tinggi sehingga overdose . Ini mungkin membuatkan kawalan gula dalam darah jadi lebih sukar

Tekanan darah tinggi
Minyak ikan boleh menurunkan tekanan darah dan juga boleh menyebabkan tekanan darah menurun terlalu rendah kepada mereka yang sedang dirawat dengan ubat yang menurunkan tekanan darah darah. Jika anda sedang makan ubat menurunkan tekanan darah jgn makan bersama dengan minyak ikan

HIV / AIDS atau tindak balas sistem imun diturunkan
Pengambilan dos yang lebih tinggi bagi minyak ikan dapat mengurangkan tindak balas sistem imun badan. Ini boleh menjadi masalah bagi orang-orang yang sistem kekebalan tubuh sudah lemah.

Defibrilator yang diimplan (peranti pembedahan diletakkan untuk mengelakkan denyutan jantung tidak teratur)
Ada, tetapi tidak semua, kajian menunjukkan bahawa minyak ikan mungkin meningkatkan risiko degupan jantung yang tidak teratur pada pesakit dengan defibrilator yang diimplan.

Keluarga Poliposis Adenomatus 
Gen keluarga yang mempunyai poliposis adenomatus. Ada beberapa kebimbangan bahawa minyak ikan mungkin meningkatkan lagi risiko mendapat kanser pada orang dengan keadaan ini.


Jadi pastikan anda tahu tahap kesihatan anda berada pada tahap mana dan maklumkan secara tepat dan terperinci kepada pengedar Shaklee anda supaya mereka boleh konsult anda dengan baik tanpa tertinggal apa2. Mereka pasti dan berusaha untuk memberi yang terbaik buat anda


Selamat menjalani kehidupan yang sihat !



Resepi Sarapan Pagi Yang Mudah - Egg Muffin


Resepi nie saya dapat dari post kawan saya di facebook. Bila kita hari-hari memasak, kadang kala kita sampai dah kehabisan idea apa lagi yang nak dimasak dan dah bosan dengan apa yang dimasak hari-hari. Lebih lagi ketika memikirkan resepi untuk sarapan pagi. Asyik2 nasi lemak, roti canai, bihun, mee. Paling malas..sediakan roti jer tuk anak-anak untuk sarapan pagi.

Anak dan suami saya jenis yang x boleh tertinggal sarapan pagi. Mesti dan wajib ada. Lama-lama saya pun terikut sama perlu untuk sarapan pagi. Jadi kenalah saya varietykan resepi-resepi saya untuk sarapan pagi.

Saya tertarik dengan resepi ini sebabnya, saya boleh buat kerja lain atau mandi dulu sementara kuih nie masak. Siap-siapkan sahaja bahan2 nya. masukkan dalam pan.Masuk pula dalam oven, gie mandi ke, sidai baju ke, kemas umah ke. Lepas 20 minit, sarapan dah siap..suka..suka...

Kalau anak gie sekolah. pun sementara tunggu dorang bersiap pun kuih nie dah boleh siap..huhuhu..berbaloi..dan pantas

Cara-cara nak buatnya 




Yang saya suka sebab ia pantas, mesra masa dan boleh suka ati jer letak apa ajer yang ada dalam peti ais..huhuhuh

Bahan-bahan :
- Bawang besar yang dah dihiris 
- Tomato yang dah dihiris/dicincang 
- Daun bawang atau daun sup jika suka 
- Cili merah ke, cili ijau ke, cili api ke ..tak mau bubuh pun ok 
- Ketumbar (rasanya saya suka kalau bubuh lada itam )
- cheese dale yang dah dikoyak tu..bubuh jer..x mau bubuh pun ok 
- 6 biji telur yang dipukul dicampur dengan 2 sudu besar susu , garam sikit dan lada itam jika suka 

Anda juga boleh campurkan dengan apa2 sahaja bahan lain seperti :
- daging cincang ke, hotdog yang dihiris, ikan bilis ke, burger yang korang dah cincang ke, udang ke,    tauhu ke, macaroni yang dah direbus ke , nasi ke , roti ke atau nak letak macam2 sayur pun ok 

Pilihan : - Nak campur semua bahan tu dalam semua cup pun boleh. atau 1 cup 1 flavor pun boleh. Semuanya anda yang pilih 


Cara masak :
- Panaskan oven 200c
- lenserkan tin muffin anda dengan minyak atau marjerin 
- letakkan bahan2 anda dalam tin muffin dan kemudian tuangkan telur yang dipukul tadi 
- letakkan tin muffin di ruang tengah oven dan bakar dalam 20-25 minit atau muffin anda     
  keperangan 
- Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk kemudian baru dikeluarkan dari tin muffin anda 
- Anda boleh makan lepas tu 

Mudah tak, senang tak, kalau yang belum kawin nak cuba masak nie bagi kat bakal suami ke, bakal isteri ke, bakal pak n mak mertua ke pun boleh..terserlah kehebatan anda buat muffin . heheeee . 

Lagi satu menu nie pun saya rasa anda boleh suruh anak2 anda masak sama2.. Kan ke budak2 suka mengacau kat dapur. Haa nielah resepi yang senang nak suh dorang buat. Lepas tu biarkan sahaja mereka yang pilih nak letakkan bahan apa dalam pan mereka...Mereka seronak, anda seronok, dapur x bersepah, anda pun boleh buat kerja lain sementara ia masak. 

Selamat mencuba dan menjamu selera ....


Tuesday 25 November 2014

Rahsia Hilangkan Semut Dalam Rumah Tanpa Perlu Bunuh

Saya rasa mesti ramai antara kita nie ada masalah semut dalam rumah. Walau macamana lap, mop dan bersihkan pun ada jer semut berjalan. Pantang leka sikit..letak bahan2 nak masak pun cepat jer semut datang. Apatah lagi kalau ada air tertumpah sikit..iksss..payah..payah..Sana sini semut ada dalam rumah. Luar rumah ada semut api. Dalam rumah ada semut itam. Kat pokok pun ada semut. Aduh

Bila ada anak kecik lagi susah hati, takut semut masuk telinga, gigit anak sampai berbekas2 muka, kaki, tangan anak, kesian tgk. Nak pula jenis anak saya yang kena gigit semut jer pun dah luka dan berdarah pastu tinggal parut itam...cian anak saya . 

Rumah saya nie pula rumah kuaters lama. Rumah nie majoritinya kayu.Kayu plak jenis kayu lama. Org kata kalau kayu lama akan ada Semut Mayat..huhuhu.firstime dengar. Semut nie pula halus sgt dan sangat bau busyuk..uwekkkk. Semut nie pula suka sgt hurung ayam atau ikan goreng. Tutup ngan tudung saji pun masuk. Tutup ngan tupperware pun kadang kala boleh masuk. Iyerlah semut nie kecik sgt . sikit renggang pun dia boleh masuk.

Penat oiiii, kalau umah banyak semut. Semut liar x per lagi tapi nampak buruk pula ada semut. Macam x bersih pula umah kita. 

Kita diingatkan agar jgn bunuh semut. Jadi janganlah di spray dengan Sheidtox semut2 tu (betol ke eja tu..hehhe).Spray pun bukannya dia hilang. Datang juga semut2 tu. Jadi kita gunakanlah alternatif lain yang lebih semulajadi. Agar semua semut tu  keluar dari rumah dan kita pun selamat. 

Tips nie saya dapat dari blog http://oursimplegarden.blogspot.com/

Caranya : Taburkan serbuk kunyit pada laluan mereka yang menuju kedalam atau arah kedalam rumah, blok laluan mereka dengan meletakkan serbuk kunyit sepanjang jalan yang membolehkan mereka masuk atau lalu didalam rumah




Apa resultnya berjaya atau tak :

Memang berjaya jika letak kat tepi dinding tapi dinding saya jadi buruk . Nak pula dinding tu lembap abis dinding dan tikar getah..huhuhu...Tapi payah sebab kadang2 tepi dinding ada barang.susah nak alih. Kalau rumah anda hanya 1 tempat jer bersemut mungkin boleh lakukan tips nie. memang berjaya . Tapi umah saya 1 rumah bersemut..huhuhu.

Orang tua tua kata kalau umah banyak semut tu rezeki. Banyak rezeki masuk . Tapi kalau dah banyak sgt susah pula hidup saya.semuanya bersemut. Dalam tong beras pun boleh masuk semut. Pernah juga buat dengan bercakap dengan semut minta keluar rumah. x menjadi pun.. Buat deq jer semut tu...huhuh. Jadi apa saya buat. mop dengan fabuloso sudah, dengan detol sudah. buh garam sudah, boh kunyit sudah, bubuh daun limau purut sudah. Akhirnya saya pilih untuk guna Shaklee Basic H.

Mengapa saya guna Basic H ?

Sebenarnya saya beli Basic H nie sebab nak cuci punting susu anak yang berkeladak putih-putih tu dan lagi satu nak padam contengan contengan hasil karya anak kat dinding..huhuhu. Tapi memandangkan anak saya dah berhenti menyusu, saya terpikir apa nak buat dengan Basic H nie. Banyak lagi ni. Saya dimaklumkan Basic H nie sesuai untuk kerja mencuci. Jadi saya pun tambahkan Basic H ni dalam spray tuk kerja2 mengelap cermin, almari dan juga untuk mop lantai. Memandangkan botolnya kecik. Sayang pula nak tuang banyak2. Saya gunakanlah sikit sahaja .

Memula gunakan Basic H nie sebab utama nya nak habiskan Basic H ni. Tak ada pun niat nak test mengetest. Setelah berberapa hari macam tu. Saya macam pelik pula. Mana pergi semut-semut nie. Elok pula lauk saya dah x ada semut. Air tertumpah pun lambat lap pun semut x ada. Celah-celah kayu lama nie pun x nampak dah semut2 keluar dari lubang2 kayu nie. uikssssss. macam pelik. Macamana boleh x ada. Mati ke ? Atau pun dah lari ? (Masa semut ada sibuk nak bagi hilang, semut dah x ada sibuk nak cari..hohohoho). 

Barulah saya perasan rupernya selama ini habis satu umah saya lap dan spray dengan gunakan Basic H . hehehehe. Kalau tahu boleh ilang semut awal2 saya dah snap gambar bagi bukti..kan..kan. Dan akhirnya saya sungguh happy tiada lagi semut itam, semut mayat  di rumah saya lagi..haaaa lega sgt sgt.

  • Lauk pun dah x membazir dah. Kalau dulu kena buang lauk jer sebab banyak semut 
  • x penat dah asyik nak halau semut 
  • x perlu risau lambat lap air yang tertumpah 
  • x risau lagi anak kena gigit semut 
  • masak pun jadi cepat sebab semut dah x datang 
  • tiada penggunaan spray nyamuk untuk halau semut 
  • semuanya pencuci semulajadi 


Antara kelebihan-kelebihan lain Basic H

  • Basic H tidak mengandungi asid, alkali, alcohol, minyak tanah atau pelarut, juga tiada bau kuat atau bau pencuci.
  • Basic H tidak mencemar, tidak toksik, tidak merengsa, tidak magnetik dan tidak mudah meruap.
  • Basic H juga tiada fosfat.
  • Basic H mempunyai factor ph 6.5 iaitu bersesuaian dengan kulit manusia.
  • Basic H merupakan pembersih yg mempunyai sifat serba boleh yg luar biasa. Pengganti kepada sabun dan bahan pencuci.
  • Basic H tidak menghalang tindakan bakteria dalam penakung najis atau tangki septik.
Kalau anda rasa nak gunakan ia sebagai penghalau semut. Anda silap sebenarnya ia bukan hanya leh halau semut. Rupa-rupanya Basic H nie banyak betoi kegunaannya. 1 botol macam2 boleh buat.

Antara kegunaan Basic H 

• Mencuci dan membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia.
• Mencuci dan membersih ikan, ayam, daging, makanan laut daripada bahan awet.
• Mencuci dan membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet.
• Mencuci dan membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak).
• Mencuci dan membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari
• Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak
• Mencuci dan membersih lantai serta alat permainan.
• Menanggalkan gula-gula getah pada baju dan etc.
• Mengasah pisau.
• Membersih dakwat pen pada tangan, baju .
• Menghapuskan kutu di atas kepala.
• Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas.
• Menghindarkan dan membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dan etc.
• Demam panas (sebelum berjumpa doktor).
• Sakit gigi.
• Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit).
• Ulser dan mulut berbau.
• Penyubur tanaman dan penggembur tanah.
• Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan


Kalau anda rasa nak cuba Basic H nie anda bolehlah tel saya . Kita share sama2. Tgk apa lagi yang kita boleh buat dengan Basic H nie. Harga untuk 1 botol nie pun RM 47.00. Tapi rasanya dah berbulan saya pakai .x juga sampai setengah lagi..hehehehe. Lagi pun saya x pakai kerap sgt pun. Macam x perlu jer nak kerap2 pakai. Pakai pun hanya beberapa drop. 


Kempen Drug Free - Katakan Tidak!
Ingin mencuba produk Shaklee bolehlah hubungi saya seperti berikut. Atau ingin bersama menambah pendapatan dengan saya dan mendapat potongan harga bagi produk Shaklee, jom hubungi saya.  


SMS / WASSUP : 0173586889
*Penghantaran percuma ke rumah di kawasan Puchong, Bukit Aman dan Pantai Dalam.
(*Pada waktu tertentu sahaja) 


Produk Shaklee bukan berfungsi untuk merawat atau mengubati TETAPI produk Shaklee berfungsi untuk mengatasi masalah

Thursday 20 November 2014

Jom Minum Sambil Berdiri

Kebiasaannya kita akan minum sambil duduk. Bahaya jika minum dan makan sambil berdiri. Rasullah juga melarang kita makan dan minum sambil berdiri. Tapi mengapa saya menyuruh anda minum sambil berdiri. Masa kecik2 pun kita selalu kena marah jika minum sambil berdiri. Jadi kenapa lagi masih nak berdiri. 

Saya menggalakkan anda untuk minum Air Zam Zam secara berdiri seperti mana yang Rasullullah lakukan ketika minum air zam-zam. Hanya ketika meminum air zam-zam sahaja anda disunatkan minum sambil berdiri. Air selain air zam-zam jangan nak berangan minum ketika berdiri yer. Agak-agak kalau nak cepat sakit dan memudaratkan diri minum dan makanlah sambil berdiri yer. 

Kenapa Air Zam-Zam dan Bukan Air Lain 

Air zam-zam nie mengandungi fluorida yang memiliki daya efektif membunuh kuman serta mengandung kalsium dan garam magnesium yang tinggi berbanding air biasa. Nak kuat minumlah selalu air zam-zam yer.


Dari segi saintifik air zam-zam bersifat alkali, jadi air zam-zam dapat meneutralkan asid hidroklorik yang dihasil di dalam perut dan mengurangi pedih ulu hati.

Jadi inilah sebab rasulullah minum air zam-zam sambil berdiri supaya air tersebut cepat dapat meneutralkan asid yang dihasilkan dalam perut. 

Selain itu, air zam-zam juga mengandungi iodin, sulfat dan nitrat. Kandungan makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan potassium menyebabkan air zam-zam bersifat nutritif berbanding sumber lain, sebab tu air zam-zam dapat menyegarkan para jemaah haji yang meminumnya dan memberi ketahanan antibodi kepada orang yang meminumnya.

Agak-agak mereka yang selalu kena pedih ulu hati dan gastrik tu , cubalah untuk minum air zam-zam setiap hari sebagai alternatif. Daripada asyik hisap dan makan ubat gastrik yang berangin tapi semakin sakit perut..huhuhuhu


Ini adalah perbandingan unsur kimia dalam Air Zam-Zam dan Air Mineral 

Antara air ZAM ZAM ( Mg/l ) ,
.......................................... dan air MINERAL
* Klorida (cl) 159,75 , ........................................................ Mineral : 30
* Sulfat (SO24) 140 , ......................................................... Mineral : 27
* Nitrat (NO3) - ,.............................................................. Mineral : 15
* Nitrit (NO2) 0,045 ,......................................................... Mineral : -
* Bikarbonat (HCO3) 398,22,................................................ Mineral : 32
* Flour (F) - ,................................................................... Mineral : 0,7
* Besi (Fe) tak terdeteksi .................................................. Mineral : 0
* Mangan (Mn) 0,014......................................................... Mineral : -
* Natrium (Na) 318,0 ,.......................................................  Mineral : 20
* Kalium (Ca) 182,2 ..........................................................  Mineral : 3
* Zat Padat Terlarut (TDS) 858 ,........................................... Mineral : 170
* Magnesium (Mg) 6,86...................................................... Mineral : 5
* Zat Organik 2,79-..........................................................  Mineral : -
* Jumlah Mikro Organisme (TPK) 38 kolom/ml -........................  Mineral : -
* PH 7,3.......................................................................   Mineral : 7,2


Air mineral yang sejuk dan menyegarkan tu pun x leh nak tandingi unsur-unsur yang terdapat dalam air zam-zam apatah lagi air lain. Nak nak air minuman kita yang kadangkala warna kuning dan kadangkala ada bau klorin... 


Jadi bagi mereka yang nak minum air zam-zam tu , sila minum seperti ini yer.

Cara minum Air Zam-Zam 
  • Minum sambil berdiri 
  • Minum menghadap qiblat 
  • Jangan minum sekali teguk jer 
Semoga kita semua beroleh manfaat yang baik dan dibersihkan hati dengan minum air Zam-Zam. Insyaallah 



Kempen Drug Free - Katakan Tidak!

Wednesday 19 November 2014

GLA Complex - Apa yang anda hendak tahu

Pelbagai persoalan diajukan oleh orang ramai dan juga pengguna Shaklee mengenai GLA Complex. Banyak persoalan yang diketengahkan. Jangan panik, kerana bila anda panik anda akan memberi maklumat yang salah kepada pengedar Shaklee anda dan seterusnya pengedar Shaklee anda juga jadi panik sebab bercelaru maklumat yang diterima.

Jadi di sini saya cuba sampaikan maklumat ringkas dan jawapan ringkas untuk rujukan bersama.

1. Apa beza GLA Complex Shaklee dengan EPO 

GLA Shaklee diperbuat daripada ekstrak Minyak Borage. Kelikatan minyak GLA yang terkandung dalam GLA Complex Shaklee adalah 2 x lebih tinggi iaitu GLA Complex Shaklee adalah 300mg berbanding 100mg EPO

2.  Kitaran Haid saya tidak teratur. Boleh ke GLA membuat kitaran haid menjadi teratur.

Boleh dan Insyaallah sebab GLA dirumus khas untuk membantu mereka yang mengalami masalah haid yang tidak teratur

3. Kitaran haid saya teratur, Boleh ke saya mengambil GLA 

Boleh. Jika anda bercadang ingin mengandung sila rujuk cara pengambilan GLA. Jika anda tidak bercadang ingin mengandung, GLA digalakkan bagi mengelakkan sakit senggugut dan mengurangkan kebergantungan kepada pengambilan ubat tahan sakit yang akhirnya membawa kemudaratan dikemudian hari. Pengambilan supplemen jauh lebih baik kerana ia bersifat mencegah dari awal.

4.  Boleh ke orang lelaki makan GLA Complex

 Boleh. Tak de masalah .GLA Complex juga baik untuk menjaga kesihatan kelenjar prostat dan memelihara keseimbangan hormos testosteron


5. Saya masih bersekolah.Boleh tak saya makan GLA Complex Shaklee

Boleh. Tiada Had umur.

6. Berapa lama saya boleh hamil kalau makan GLA Complex Shaklee ni
Saya tak boleh bagi spesifik time. Yang saya boleh nasihatkan makan mesti konsisten. Ketahui waktu subur. Masa untuk bersama pasangan.Pemakanan seharian. Kesihatan Benih. Dapatkan pandangan pakar dan guna GLA Complex sebagai supplemen tambahan sebagai perangsang kepada produktiviti tubuh badan


Saya berharap soalan dan jawapan di atas sedikit sebanyak dapat dapat membantu anda semua yer. Skg saya akan terangkan mengenai GLA Shaklee untuk anda lebih mengetahui mengenainya. 

Atasi period tidak teratur, tingkatkan kesuburan


Antara kelebihan GLA Complex:
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan simptom PMS
  • Membantu mengatasi masalah menopouse
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit cantik, sihat dan berseri
  • Membantu menangani ekzema
  • Membantu melegakan simptom artritis reumatoid
  • Menguatkan sistem imun badan
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood clot yang mengakibatkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Membantu fungsi saraf

Antara testimoni dari pengguna GLA Shaklee





Kempen Drug Free - Katakan Tidak!
Ingin mencuba produk Shaklee bolehlah hubungi saya seperti berikut. Atau ingin bersama menambah pendapatan dengan saya dan mendapat potongan harga bagi produk Shaklee, jom hubungi saya.  


SMS / WASSUP : 0173586889
*Penghantaran percuma ke rumah di kawasan Puchong, Bukit Aman dan Pantai Dalam.
(*Pada waktu tertentu sahaja) 


Produk Shaklee bukan berfungsi untuk merawat atau mengubati TETAPI produk Shaklee berfungsi untuk mengatasi masalah


Tuesday 18 November 2014

Hamil Dengan GLA Shaklee

Saya akan menerangkan cara makan vitamin GLA Shaklee. Pengguna GLA Shaklee ini ada 2 kategori. Satu adalah untuk hamil dan meningkatkan kesuburan manakala yang satu lagi untuk menstabilkan hormon . Di sini saya akan cuba untuk menerangkan penggambilan GLA untuk hamil. 



Penggambilan GLA Untuk Hamil 
Untuk menggambil GLA sebagi set kesuburan dan untuk hamil kena juga tahu samada period anda teratur ataupun tidak yer. Jika tidak teratur ada caranya. Jika teratur lain pula caranya. Pastikan anda mencatatkan tarikh period anda dalam tempoh 6 bulan. 

Period Yang Teratur 
1. Catatkan tempoh kitaran period anda . (Samada 28 hari @ 30 Hari @ 35 hari)
2. Sekiranya kitaran period anda 28 hari /2 = 14 hari 
      • Ambil 1 biji GLA lepas makan tengahari dan 1 biji GLA selepas makan malam
      • Makan pada hari pertama period sehingga hari ke 14 
      • Selepas hari ke 14 - Berhenti makan GLA sehinggalah haid seterusnya. 
      • Jika haid datang lambat , anda kena cek samaada hamil atau tidak. 
      • Jika di sahkan hamil maka BERHENTI makan GLA 
Pesanan : GLA larut minyak. Jadi kenalah makan makanan yang ada minyak sedikit yer. Jgn minum air milo ke, soya bean ke dah dikatakan dah makan tengahari atau dinner. 


Period Tidak Teratur 
Terdapat beberapa cara yang berbeza. Semuanya bergantung kepada diri sendiri. Setiap orang tidak sama penerimaan tubuh badannya. Saya akan senaraikan beberapa cara yang anda boleh ikut mengikut kesesuaian diri yer 

Kaedah Pertama 
      • Makan GLA pada hari pertama period 
      • Ambil 1 biji GLA lepas makan tengahari dan 1 biji GLA selepas makan malam
      • Jika datang period pada bulan berikutnya, berhenti makan dalam tempoh period itu 
      • Habis period sambung makan GLA 1 biji selepas lunch 
      • Jika tidak datang period juga untuk bulan seterusnya, sila cek samada hamil.
      • Jika tidak hamil ulang lagi seperti di atas 

Kaedah Kedua 

      • Makan GLA 1 biji selepas makan setiap 8 jam setiap hari sehingga period menjadi teratur (makan juga walaupun ketika period)
      • Jika period sudah teratur . Ulangi langkah pemakanan bagi period yang teratur seperti di atas. 


Apa yang saya senaraikan ini adalah bagi mereka yang tidak mempunyai masalah keguguran sebelum ini yer. Semua diatas adalah basic sahaja dan ia bergantung kepada tahap kesihatan setiap individu. Adalah dinasihatkan supaya merujuk kepada doktor untuk mengetahui tahap kesuburan diri dan pasangan. Jika tiada masalah anda bolehlah mencuba suppliment yang disediakan. Pastikan anda menerangkan kepada SID Shaklee masalah anda dengan details supaya meraka boleh membantu dan memberi set kesuburan yang bersesuaian dengan anda 



Kempen Drug Free - Katakan Tidak!
Ingin mencuba produk Shaklee bolehlah hubungi saya seperti berikut. Atau ingin bersama menambah pendapatan dengan saya dan mendapat potongan harga bagi produk Shaklee, jom hubungi saya.  


SMS / WASSUP : 0173586889
*Penghantaran percuma ke rumah di kawasan Puchong, Bukit Aman dan Pantai Dalam.
(*Pada waktu tertentu sahaja) 


Produk Shaklee bukan berfungsi untuk merawat atau mengubati TETAPI produk Shaklee berfungsi untuk mengatasi masalah


Friday 14 November 2014

Kesegaran di awal pagi

Hari ni bangun pg terbatok batok sy. Lepas tu pergi ke balkoni. Lihat langit wah sungguh lapang, jerebu x ada, bangunan yg xpernah tgk pun dah bleh nampak. Nyamannya rasa. Sungguh terasa kesegaran di awal pg. Dah lama x rasa  sesegar begini.

Matahari x kelihatan lg. Saya amik kesempatan ini menyedut udara segar sedalam dalamnya. Lagi nak batok.lg sy tarik nafas dan tahan nafas. Akhirnya batok sy pun stop. Nyaman dan segar sy rasa. Suasana pun senyap je. Sungguh tenang melihat keindahan alam. Hanya dgr suara burung2 sahaja. Indah dan segar ciptaan Allah. Bagaimana di syurga nanti..



Tapi gambar di atas sy amik lepas matahari dah terbit. Dan lepas anak2 sy dah bgun dan terus sorang2 nangis panggil ibu ibu. Mana ibu.  Keindahan yg berbeza di dalam rumah dan diluar rumah. Di tambah pula anak2 jiran dah mula menanggis. Motor2 dah mula kedengaran enjin pres dan memecut. Itu maknanya tugas sebagai ibu dan isteri dah bermula.

Terima kasih ya Allah beriku kesempatan dan ketenangan melihat keindahan alam walaupun sekejap






Thursday 13 November 2014

Dajjal - Doa Pelindung Fitnah Dajjal

Salam Jumaat pada semua. Memandangkan hari saya tulis entry nie hari Jumaat, penghulu segala hari. Jadi saya nak ingatkan diri saya dan juga semua umat Islam untuk membaca
Surah Al-Kahfi. Ayat yang dapat melindung kita dari fitnah Dajjal.
Kita nie umat akhir zaman tipu daya syaitan pun susah nak bedung apalagi dengan dugaan fitnah Dajjal. 

Saya memang x pernah mengamalkan Surah al-Kahfi ini dan x tahu pula perlu dibaca pada Hari Jumaat sehinggakan saya terbaca di FB. Selama ini hanya membaca Surah Yassin sahaja. Pertama kali membaca surah Al-Kahfi ini saya rasa kecewa kenapalah dari zaman kecik dulu saya x menghafal surah ini. Dah berumur macam nie baru nak menghafal dan baru tahu akan keistimewaan surah Al-Kahfi ini.

Kita diingatkan untuk membaca surah Al-Kahfi setiap hari Jumaat untuk mengelak dan terlindung daripada Fitnah Dajjal .

Kenapa kita perlu takut dengan Dajjal ? 

Nabi telah bersabda yang mafhumnya , 
“Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tidak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal” (Misykat, hal. 472). HR Muslim . 

Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: 
Dajjal ialah orang yang buta sebelah matanya iaitu sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: 
Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.


Jika Nabi telah mengingatkan kita agar berhati2 dengan fitnah Dajjal maka kita seharusnya mengingati dan mengambil berat akan hal nie. Buatlah persiapan agar diri kita dan seluruh keluarga kita terlindung daripada fitnah Dajjal ini 


Ini adalah 10 ayat terawal Surat Al-Kahfi 






Ini adalah 10 ayat terakhir Surat Al-Kahfi



Nabi saw bersabda 
”Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal”. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)

Hadits dari Abu Darda R.A dari Nabi berkata: 
“Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.” (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi) 

Pada lafaz Tirmidzi: 
“Barangsiapa menghafal tiga ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”


Dari Imam Ahmad dari Abu Darda R.A bahwa Nabi SAW berkata : 
“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”

Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam hari Jumaat sebagaimana pendapat Imam Syafi’i (Lihat Al-Adzkar oleh Imam Nawawi).






Sunday 9 November 2014

6 Tumbuhan Yang Baik Dalam Menapis Udara Dalam Rumah

Kita sering menghabiskan masa harian ketika berada di pejabat dan di rumah. Kadang kala kita tidak gemar menhabiskan masa di luar kerana keadaan kualiti udara yang tercemar nak nak lagi masa time jerebu nie. Boleh buat batuk dan sesak nafas. Macam2 kita, ngo, kerajaan bekerjasama memastikan kualiti udara di jaga.

Tapi kita kena ingat kualiti udara di rumah juga perlu berada dalam keadaan baik. Pengudaraan yang tidak baik boleh menyebabkan kita sakit dan mudah jatuh sakit. Jadi kita cuba untuk menjaga kebersihan di rumah agar ahli keluarga kita sentiasa dalam keadaan yang bersih dan terjaga. Tapi kadang kala kita dah bersihkan rumah macamana pun.. tapi udara dalam rumah mudah berhabuk. Semuanya dari luar rumah yang mudah masuk ke dalam rumah. Tu yang menyebabkan putaran udara dalam rumah menjadi tidak sihat.

Jadi apa yang kita nak buat supaya udara dalam rumah juga boleh kita bersihkan. Jom kita kembali kepada alam semula jadi. Pokok memainkan peranan dalam menukarkan karbon dioksida kepada oksigen. Pokok adalah tunggak utama dalam membersihkan udara kita. Jika kita mesra pada alam, alam akan membantu kehidupan kita.

Disini saya senaraikan 6 jenis tumbuhan yang sangat sesuai untuk kita letakkan di dalam rumah. Pokok ini sangat sesuai digunakan untuk menapis udara di dalam rumah


6 Pokok Yang Terbaik 
Untuk Membersihkan Udara Dalam Rumah 


1. Peace Lily 
Menurut NASA tanaman ini membuang ketiga-tiga jenis VOC umum - formaldehid, benzena dan trichloroethylene. Bahan-bahan tercemar ni boleh di dapati dalam cat , produk penjagaan diri atau apa2 pembersihan yang berasaskan kimia. Pokok ini mudah dirawat dan x perlukan cahaya matahari yang direct. Bunga Putih dia tu sangat wangi. saya sukakan bau bunga tu dan bunga tu tahan lama 

Jika nak benih bunga nie boleh layari web nie 




2. Lady Palm 
Ini adalah salah satu tumbuhan yang terbaik untuk meningkatkan udara di dalam ruang . Ia menghilangkan sebahagian besar bahan pencemar seperti: formaldehid, xilena, toluena dan ammonia.
Ia hidup subur di tempat yang cerah dan ia tak perlukan air yang banyak . Ia hanya akan berkembang kepada kira-kira 6 kaki tingginya. Ia mudah di jaga dan pertumbuhannya agak lambat jadi sesuailah kalau tanam dalam rumah jika beli masih kecil lagi

Jika sapa nak tanam, anak pokok yang dijual dalam polibag tu jer harganya mencecah RM 75- RM 120+++ . Jadi kalau anda tgk gambar di bawah nie, anda kira sendiri harganya..huhuhuhu

3. Bamboo Palm 
Yang nie pula banyak kita nampak tanam kat taman-taman. Harganya x semahal Lady palm. Ianya popular sebab mudah nak rawat. Ia perlukan banyak air jika cuaca tengah panas. Seperti yang dibuktikan oleh NASA Bamboo Palm ini  menghilangkan formaldehid dan benzene.


  


4. Snake Plant 
Jangan keliru yer antara snake plant dan snake grass. 2 jenis tumbuhan yang berlainan yer. Pokok ini melawan racun seperti oksida nitrogen dan formaldehid. Pokok ini lain dari pokok yang lain. Pokok nie mengeluarkan oksigen pada waktu malam dan bukannya waktu siang macam pokok2 yang lain. Jadi baguslah kalau letak di dalam bilik sebab dia boleh tingkatkan oksigen ketika waktu malam . Ia x perlukan air dan cahaya yang banyak 


5. Spider Plant 
Tanaman nie biasa kita nampak org tanam sebagai hiasan di rumah. Ada yang digantung dan ada yang tanam kat pasu atau kat tanah macam tu jer. Ia amat berkesan untuk memerangi pencemaran formaldehid dan benzene. Pokok ini x perlukan penyelenggaraan yang banyak dan tahan lama. 





6. Aloe Vera 

Banyak kebaikan aloe vera nie . Ia dapat menenangkan sunburn, sengatan dan luka. Ia juga boleh memantau kualiti udara dalam rumah dengan memerangi formaldehid dan benzena. Ia mudah tumbuh dan perlukan banyak sinar matahari. Ia juga mengeluarkan oksigen waktu malam tau. Anda tahu tak aloe vera ni pernah digunakan sebagai inti bersama salad lain dalam tortila dan sangat digemari ramai. 



Apa itu formaldehid, xilena, toluena , ammonia, trichloroethylene, oksida nitrogen, benzena yang saya asyik ulang-ulang kat atas tu. Dan mengapa saya kata ia bahaya? 

Formaldehid adalah bahan kimia  yang beracun . Ia menjadikan bahan kimia lain lebih ‘lembut’ dan kurang kuat berbanding biasa. Juga sebagai bahan pengawet agar kualiti dan jangka hayat  seperti daging ikan dan produk makanan laut dapat bertahan dengan lebih lama.Contohnya, formaldehid digunakan di dalam syampu bayi untuk mengurangkan kekuatan sodium laurel sulfate agar ia boleh digunakan kepada bayi. Malangnya, formaldehid boleh menyebabkan kanser dan kerengsaan kulit serta ruam kepada kanak-kanak yang berkulit sensitif.

Xilena sebatian organik berbentuk cecair, tidak berwarna, dan larut dlm alkohol dan eter tetapi tidak larut dlm air, biasanya digunakan sbg pelarut, bahan api pesawat terbang dan bahan perantara dlm penyediaan sebatian organik lain. Banyak digunakan dalam cat dan bahan pembersih.

Toluena adalah zat berbentuk cair, jernih, tidak berwarna, dengan bau yang khas. Ianya biasa digunakan dalam dalam produk penyegar udara dan pelarut contohnya deodarant dan tinner. Sekiranya berterusan terdedah kepada toluena boleh menyebabkan kerosakan pada sistem saraf pusat

Ammonia adalah gas beracun jika ia melepasi had kepekatan tertentu. Bagi pekerja yang terdedah kepada Ammonia, pendedahan yang dibenarkan mestilah di bawah 25 ppm. Ammonia cair menyebabkan kulit melepuh seperti luka terbakar dan juga dapat menyebabkan iritasi pada kulit, mata dan saluran pernafasan. Malah boleh menyebabkan mual, muntah, dan pengsn . Penggunaan ammonia dalam waktu yang lama dapat menyebabkan penyakit kanser. 

Trichloroethylene adalah toksid yang boleh menggangu fungsi jantung. Jika di ambil secara berlebihan , bahan larutan itu akan menyebabkan denyutan jantung tidak stabil, manakala peredaran darah tidak teratur yang akhirnya boleh menyebabkan kematian. Mudah di dapati di dalam gam dan bahan pelarut. 

Benzena Benzena adalah senyawa kimia organik kadang dikenal sebagai bensol. Dgunakan untuk membuat stirena, yang digunakan untuk membuat plastik dan polimer, dan dalam proses pembuatan nilon. Keracunan akibat benzene dapat menyebabkan penderita mengalami leukemia

Oksida nitrogen .Nitrogen tidak berbau dan tidak berwarna. Udara mengandung 78 % Nitrogen. Nitrogen tidak beracun. Nitrogen tidak mudah terbakar dan tidak memperbesar pembakaran . Bila nitrogen menggantikan oksigen di udara dapat menyebabkan sesak napas : udara yang mengandung oksigen kurang dari 16% sangat berbahaya.Nitrogen cair banyak digunakan sebagai sumber pendingin dan dengan demikian mempunyai peranan dalam akumulator pendingin. 



Oleh itu kita semua digalakkan menggunakan hasil alam semulajadi semaksimum mungkin. Kurangkan dan elakkan penggunaan bahan harian malah makanan yang mengandungi bahan kimia dan pengawet. Bersama-sama kita sihat untuk kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat. 

Jika anda inginkan produk semulajadi untuk kegunaan harian anda boleh gunakan produk Shaklee. Bukan hanya vitamin tetapi produk harian juga kosmetik, anda boleh dapatkan di Shaklee. 

Kempen Drug Free - Katakan Tidak!
Ingin mencuba produk Shaklee bolehlah hubungi saya seperti berikut. Atau ingin bersama menambah pendapatan dengan saya dan mendapat potongan harga bagi produk Shaklee, jom hubungi saya.  


SMS / WASSUP : 0173586889
*Penghantaran percuma ke rumah di kawasan Puchong, Bukit Aman dan Pantai Dalam.
(*Pada waktu tertentu sahaja) 


Produk Shaklee bukan berfungsi untuk merawat atau mengubati TETAPI produk Shaklee berfungsi untuk mengatasi masalah