Showing posts with label Resepi Sihat. Show all posts
Showing posts with label Resepi Sihat. Show all posts

Wednesday, 26 November 2014

Resepi Sarapan Pagi Yang Mudah - Egg Muffin


Resepi nie saya dapat dari post kawan saya di facebook. Bila kita hari-hari memasak, kadang kala kita sampai dah kehabisan idea apa lagi yang nak dimasak dan dah bosan dengan apa yang dimasak hari-hari. Lebih lagi ketika memikirkan resepi untuk sarapan pagi. Asyik2 nasi lemak, roti canai, bihun, mee. Paling malas..sediakan roti jer tuk anak-anak untuk sarapan pagi.

Anak dan suami saya jenis yang x boleh tertinggal sarapan pagi. Mesti dan wajib ada. Lama-lama saya pun terikut sama perlu untuk sarapan pagi. Jadi kenalah saya varietykan resepi-resepi saya untuk sarapan pagi.

Saya tertarik dengan resepi ini sebabnya, saya boleh buat kerja lain atau mandi dulu sementara kuih nie masak. Siap-siapkan sahaja bahan2 nya. masukkan dalam pan.Masuk pula dalam oven, gie mandi ke, sidai baju ke, kemas umah ke. Lepas 20 minit, sarapan dah siap..suka..suka...

Kalau anak gie sekolah. pun sementara tunggu dorang bersiap pun kuih nie dah boleh siap..huhuhu..berbaloi..dan pantas

Cara-cara nak buatnya 




Yang saya suka sebab ia pantas, mesra masa dan boleh suka ati jer letak apa ajer yang ada dalam peti ais..huhuhuh

Bahan-bahan :
- Bawang besar yang dah dihiris 
- Tomato yang dah dihiris/dicincang 
- Daun bawang atau daun sup jika suka 
- Cili merah ke, cili ijau ke, cili api ke ..tak mau bubuh pun ok 
- Ketumbar (rasanya saya suka kalau bubuh lada itam )
- cheese dale yang dah dikoyak tu..bubuh jer..x mau bubuh pun ok 
- 6 biji telur yang dipukul dicampur dengan 2 sudu besar susu , garam sikit dan lada itam jika suka 

Anda juga boleh campurkan dengan apa2 sahaja bahan lain seperti :
- daging cincang ke, hotdog yang dihiris, ikan bilis ke, burger yang korang dah cincang ke, udang ke,    tauhu ke, macaroni yang dah direbus ke , nasi ke , roti ke atau nak letak macam2 sayur pun ok 

Pilihan : - Nak campur semua bahan tu dalam semua cup pun boleh. atau 1 cup 1 flavor pun boleh. Semuanya anda yang pilih 


Cara masak :
- Panaskan oven 200c
- lenserkan tin muffin anda dengan minyak atau marjerin 
- letakkan bahan2 anda dalam tin muffin dan kemudian tuangkan telur yang dipukul tadi 
- letakkan tin muffin di ruang tengah oven dan bakar dalam 20-25 minit atau muffin anda     
  keperangan 
- Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk kemudian baru dikeluarkan dari tin muffin anda 
- Anda boleh makan lepas tu 

Mudah tak, senang tak, kalau yang belum kawin nak cuba masak nie bagi kat bakal suami ke, bakal isteri ke, bakal pak n mak mertua ke pun boleh..terserlah kehebatan anda buat muffin . heheeee . 

Lagi satu menu nie pun saya rasa anda boleh suruh anak2 anda masak sama2.. Kan ke budak2 suka mengacau kat dapur. Haa nielah resepi yang senang nak suh dorang buat. Lepas tu biarkan sahaja mereka yang pilih nak letakkan bahan apa dalam pan mereka...Mereka seronak, anda seronok, dapur x bersepah, anda pun boleh buat kerja lain sementara ia masak. 

Selamat mencuba dan menjamu selera ....


Thursday, 6 November 2014

Kek Tanpa Bakar Atau Kukus. Senangnya !

Hahhh.. Sapa -sapa di sini yang nak buat kek, teringin buat kek tapi x suka dengan senarai bahan kek yang banyak, x suka dengan bahan2 dia yang melecehkan, tiada oven, malas nak buka oven, tiada kukus dan senang citer malas segala2nya tapi masih nak buat kek .

Saya ada penyelesaiannya. 

Kek yang dibuat tanpa perlu bakar atau tanpa perlu kukus.

Tak percaya? Anda masih boleh menghasilkan kek. Percayalah pada saya..

        •  yang sedap
        • mengikut citarasa anda
        • design  dan hiasan anda sendiri 
        • sangat sihat 
Jom saya ajar cara membuat kek yang paling senang dan ringkas, suruh budak tadika buat pun mesti dorang suka dan lagi mungkin hebat decorationnya dari anda dan juga saya  .. hehehehehhe

Saya kenalkan kepada anda semua, kek terhebat di waktu ini. Ssesuai dengan kehidupan moden zaman sekarang, 'Pantas, Mudah, Cantik, Homemade'... inilah dia saya kongsikan kepada anda semua 


" Kek Tembikai"  

Manis diluar manis juga di dalam 


Cara-cara membuatnya , Jom saya bantu anda membuatnya yer ...

Bahan-bahan : 
1 biji tembikai merah/kuning/ susu (nak x ada biji pun boleh) 
Whipped cream instant beli jer kat kedai
Kacang/almond/ kuaci / chocolate rise
Buah-buahan sebagai hiasan . x mau buah pakai jer choco jelly ke, kit kat ke, nips ke, m&m ke apa pun boleh

Cara -cara nak buat: 

  1. Potong tembikai kepada 2 bahagian . 
  2. 1 bahagian yang telah dipotong itu diambil untuk kita buat kek . dan dipotong dibahagian bawah supaya tembikai itu boleh duduk dan x tergolek 
  3. Potong kulit2 di sekeliling tembikai 
  4. Ambil whipped cream, sapukan ke seluruh tembikai tersebut. Jangan risau kalau anda sapu x licin. Itulah namanya homemade ..heheh
  5. Hias kek dibahagian tepi  dan di atas kek mengikut citarasa anda 
  6. Masukkan dalam peti ais sementara waktu supaya bila anda makan kek. kek anda sejuk dan menyegarkan 
Tips : kalau rasa nak buat kek 2 tingkat tu ..hiaskan lagi sebelah tembikai yang diketepikan tadi dan dikecikkan sikit saiz potongannya 

Senang tak? senangkan . Susah ke? x susahlah , Simple jer kan sekarang kalau kita nak buat kek. Makan banyak pun x per sebab kita dah buat kek yang sihat .Jom buat homemade kek ...


Tuesday, 14 October 2014

Cabaran 7 Hari Entry : Homemade Resepi

Sudah lama tetangguh entri hari ke 5 bg cabaran 7 hari entry. Sungguh x amanat saya. Apa kan daya masalah byk pula melanda. Tapi sy cuba selesaikan juga sebab byk ilmu blog boleh sy dapat dlm group blog ni. Jadi rugi pula jika kena kick dr group sbb xbuat task. Hari ke 5 bertajuk homemade resepi. Sepatotnya kena buat step by step homemade resepi kan? Tp dah urgent kenalah pinjam gambar dari encik google.

 Saya ni pula masak bukan jenis yg suka dan pandai menyukat nyukat. Tau main lempar2 jer. Main agak2 je. Dan sy xsesuai jd pengajar masakan ni.hehe.  kalo nak tgk mcmana sy masak duduk kat sebelah sy dan sendirilah tulis berapa byk bhan dan stepnya. Kalo pakai resepi kat intenet pula sy mesti x reti buat sbb ada sukat menyukat. Sy suka melihat sendiri mcmana keadaan sebenar proses masakan tu sendiri. Barulah puas dan terus melekat kat kepala sy.hehe.

Ok. Untuk entry kali ni. Sy akan cuba bg resepi plg mudah. Sukatan agak2 je ni. Resepinya ialah KERABU MANGGA VERSI CIK WANI. Gambar ehsan dr encik google.

Kerabu mangga. 

Ramuannya 

3 biji mangga epal yg di cincang isinya 
1 batang bunga kantan
2 batang serai
1 biji bwang besar
4 biji cili padi
2 sudu besar udang kering
1 sudu teh gula 
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar kacang tumbuk

Cara2 menyediakan

Hiris bwang, bunga kantan, serai, cili padi. Udang kering dikisar halus secara kering. Gaulkan semua bhan dgn isi mangga yg dicincang. Tambahkan garam dan gula. Peramkan dalam peti sejuk dlm 10 minit. Gaulkan bersama kacang tumbtk

Sesuah dimakan bersama nasi atau dimakam begitu sahaja.







Sunday, 4 May 2014

Elok Ke Mealshakes Shaklee




Mealshakes nie :-

  • Indeks glisemiknya rendah. Jadi tak buat orang Obestiti
  • Sangat sesuai untuk penghidap kencing manis dan darah tinggi
  • Rendah lemak
  • Tiada pengawet, perasa, dan perwarna tambahan
  • Rendah kolestrol
  • Rendah sodium
  • Kaya dengan antioksida - melawan jangkitan penyakit
  • Lengkap dengan asid amino - mencantikkan kulit
  • Hidangan mampu milik 
  • Lazat dan sarapan segera yang berkhasiat 

Cara bancuhan amat mudah 

Dewasa 
2 sudu besar Mealshakes Shaklee dicampur bersama-sama dengan minuman lain. Contoh seperti milo 

Kanak-Kanak 
1 sudu  Mealshakes Shaklee dicampur bersama-sama dengan minuman lain

** yang penting jangan bancuh dengan air panas. Nanti nutrien akan hilang. Pastikan dibancuh dengan air suam atau air sejuk

BOSAN dengan cara bancuhan mealshake yang biasa . 

INGIN cuba resepi baru mealshakes yang menyelerakan 


Resepi 1 - Smoothies
1 cawan susu segar 
3 biji strawberry @ 1 biji pisang @ 1/2 biji mangga @ 2 sudu milo
2 sudu mealshakes 
1 cawan ketulan ais 

Cara-cara : campurkan semua bahan dan blendkan/ kisarkan semuanya. Walah..... jadilah smoothies yang sungguh berkhasiat dan sedap 

Resepi 2 - Meal Shakes Snow Powder 
2 skop aiskrim 
Chocolate/Strawberry/ Caramel Syrup 
Choc rise 
Almond Flakes
1/2 susu kecil Maeal Shakes di tabur atas ais krim 

Resepi 3 - Oat Mealshakes 
4 sudu besar Oat 
2 sudu besar Mealshakes 
1 sudu besar susu pekat 
secubit garam 

Cara -cara : Bancuhkan oat susu pekat bersama air panas sehingga setengah cawan. taburkan garam sedikit dan kacau. Setelah kembang campurkan air mineral/ air kosong sehingga penuh 1 cawan dan masukkan mealshakes dan kacau

Resepi 4 - Aiskrim Mealshakes 
(yang nie memang kesukaan anak-anak saya ala-ala aiskrim paddle pop)

1/2 tin susu pekat
3 cwn susu segar
1 sudu besar mealshakes
2 sudu kecil ovellate
2 sudu kecil vanilla (essen vanilla)
Sedikit pewarna biru, merah, hijau n kuning (leh tuka kaler ikut suka korg)

Cara-cara :
1) Bahan a,b,c,d, e blend or mixer 20 minit. Pastikan adunan menjadi kembang dan gebu..
2) Asingkan ke dalam 4 bekas dan masukkan pewarna..
3) Tuang ke dalam bekas aiskrim selapis demi selapis hingga habis..
4) Simpan dalam peti sejuk beku.... Dah bolehlah makan bila aiskrim dah beku 


Nak tahu apa kata orang ramai mengenai mealshakes Shaklee 




Nak dapatkan Mealshakes PERCUMA
Boleh..dapatkan mealshake 6 unit jadi anda layak untuk mendapat 1 unit mealshakes secara percuma .

ATAU 

+ pembelian Omega guard . 

Jadi anda berpeluang mendapat keahlian Shaklee secara percuma 

Sah sehingga May 2014



Ingin mendapatkan sebarang penjelasan bolehlah hubungi saya seperti berikut. Produk Shaklee bukan berfungsi untuk merawat atau mengubati TETAPI produk Shaklee berfungsi untuk mengatasi masalah

SMS / WASSUP : 0173586889


Penghantaran percuma ke rumah di kawasan Puchong, Bukit Aman dan Pantai Dalam 
Penghantaran secara pos di seluruh Malaysia 

Wednesday, 19 February 2014

Resepi Sihat : Ikan Pais

Nak menurunkan kalori anda. Makan dengan sedap dan sihat. 
Jom kita kongsi resepi sihat kali ini 


Nama Menu         : Ikan Pais 
Cara penyediaan   : Membakar 


Bahan-Bahannya :-

3 ekor ikan kembong (saiz sederhana)(disiang & cuci bersih)
2 helai daun kunyit (dimayang / dihiris halus)
2 cawan kelapa parut
1 biji bawang besar
6 biji cili padi
2 biji cili merah
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit segar (x ada gaul jer ngan serbuk kunyit)
1 batang serai (dihiris)
1 sudu besar air asam jawa/ 1keping asam keping 
(* saya suka gantikan dengan belimbing buluh)

Beberapa helai daun pisang
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:-

  • Kisarkan sehingga halus bawang besar, bawang merah, bawang putih, cili merah, cili padi.
  • Dalam satu mangkuk, campurkan kelapa parut, bahan kisar, daun kunyit, serai dan sedikit garam. Gaul sebati kesemua bahan
  • Kemudian tambahkan asam keping/belimbing buluh/air asam jawa. Gaul semuanya hingga sebati. Rasa dan jika kurang garam tambahkan.
  • Ikan yang telah dicuci bersih, digaulkan dengan sedikit garam dan kunyit. Kemudian disusunkan diatas daun pisang.
  • Bahan kelapa parut yang telah siap dilumurkan diatas ikan dan balut rapi daun pisang. 
  • Panaskan kuali leper dan bakar.  Terbalikkan ikan setiap 5-6 minit untuk pastikan ikan masak dengan sempurna.
  • Setelah siap hidangkan bersama nasi panas.