Tuesday 22 April 2014

Cara pemakanan yang tidak betul dalam Shaklee


Membantu merawat Ekzema

Ekzema ketika hamil dan selepas hamil 


     

Ekzema kepada kanak-kanak




Ekzema / Eczema merupakan masalah penyakit kulit yang biasa dialami di kalangan bayi.Sungguhpun keadaan akan bertambah baik apabila bayi mencapai umur 6 tahun, kemungkinan masalah kulit eczema berkekalan sehingga dewasa akan berlaku.Walaupun eczema bukan penyakit berjangkit, ia masih merupakan penyakit yang komplikasi yang sering menyebabkan keresahan dan ketidakselesaan pada pesakit.



KITAR EKZEMA
  

Eczema disifatkan sebagai kecacatan fungsi penghadang kulit yang menyebabkan "allergens" atau alahan mudah meresap ke lapisan kulit dan seterusnya mengakibatkan kehilangan kelembapan kulit yang banyak.

Eczema menyebabkan kegatalan yang amat dan keinginan untuk menggaru. Tahap kegatalan akan meningkat apabila kulit semaking kering. Jika digaru berulangan, lapisan kulit akan terkoyak dan mula meruam. Kitar ini akan berulang dan boleh diringkaskan seperti gambar rajah di bawah



RAWATAN dari rangkaian Shaklee yang boleh membantu.

Meal Shakes Shaklee
Meal Shakes Shaklee berfungsi membaiki kulit yang rosak/cedera akibat Eczema


Alfalfa
Alfalfa sememangnya kita mengetahui adalah Raja bagi segala tumbuhan dan herba. Kaya dengan kandungan klorofil yang dapat membantu masalah penyakit kulit seperti eczema.


  Herbal Blend® Multi-Purpose Cream
Super Moist cream yang mengekalkan kelembapan kulit. Melegakan gatal -gatal  dan pedih-pedih. Diperbuat dengan ekstrak herbal semulajadi sage, rosemary dan horse chesnut yarrow


Vitamin E
Vitamin E terkenal dengan khasiatnya yang bagus untuk kulit. Ianya berfungsi melicinkan kulit dan merawat kulit yang rosak/cedera akibat eczema. Vitamin E juga berfungsi mengelakkan luka dari dijangkiti bakteria. Vitamin E juga membantu memudarkan parut dengan berkesan. Bahkan mencantikkan kulit luar dan dalam!


Omega Guard
Omega Guard membantu masalah Eczema dengan menguatkan membran sel-mencegah keradangan kulit & mengurangkan kegatalan. Ianya juga membantu melembapkan kulit~kulit kering menjadikan ezcema semakin teruk. Membantu melembutkan kulit.


 
ESP - Soy Protein Isolate Powder
Bertindak membina sel yang sihat/membaiki sel yang rosak. Bila eczema melanda, kulit akan menjadi rosak. ESP membantu menghasilkn kulit yg cantik. ESP juga membantu pudarkan parut dengan cepat.



Pilihan Untuk Bayi 




Pilihan Untuk Kanak-Kanak 





Pilihan Untuk Dewasa



Ingin mendapatkan sebarang penjelasan bolehlah hubungi saya seperti berikut. Produk Shaklee bukan berfungsi untuk merawat atau mengubati TETAPI produk Shaklee berfungsi untuk mengatasi masalah

SMS / WASSUP : 0173586889


Penghantaran percuma ke rumah di kawasan Puchong, Bukit Aman dan Pantai Dalam 
Penghantaran secara pos di seluruh Malaysia 





Checklist Sebelum, Ketika dan Selepas Bersalin

Dulu masa mengandung anak pertama ada sales semua nak beli .Sampa terlebih bajet. Langsung x ada panduan. Skg saya senaraikan keperluan untuk pengetahuan semua 

Sebelum Bersalin 
1. Untuk Baby 
  • Baju lengan panjang dan baju lengan pendek dan baju yang nipis-nipis. Beli yang ada butang depan supaya senang dipakaikan (yang comei2 dan lawa beli sikit jer sebab baby cepat besar)
  • Pampers pek kecik jer saiz s. Takut nanti baby x sesuai dengan jenama tu kena tukar2 pula
  • Barut (tali ikat perut). kalau masa scan anak kecik beli yang jenis gam. Kalau besar beli yang bertali
  • Stokin kaki dan tangan 
  • Lampin 6 helai pun dah cukup 
  • Kain selimut dan kain bedung baby 
  • Tilam , bantal, bantal peluk
  • Pelapik getah nak tukar lampin
  • Kelambu
  • Tisu basah untuk lap najis baby..Beli dengan banyak 
  • Cotton bud
  • Minyak baby (ada org guna yuyi, vicks, telon, atau apa2 jerlah)
  • Tuala nak lap susu ketika baby tengah menyusu 
  • Tuala mandi 
  • Botol susu kecik untuk latih anak minum guna botol susu ketika kita dah mula kerja 
  • Pencuci botol susu dan berus botol susu 
  • Susu formula tin kecil takut anak pertama nie, susu susah keluar nanti anak nangis lapar. Ini untuk sementara jer...Pastikan anak sentiasa menyusu badan 
  • Mandian (klau boleh head to toe, dalam pantang leceh nak tukar2 mandian)
  • Losyen, bedak
  • Besen mandi baby dan tempat baring baby semasa mandi 
  • Termos 
  • Breast pump 
2. Untuk Ibu
  • Pad 
  • Stokin tebal sikit 
  • Kain batik and tshirt 
  • Baju sejuk/ baju lengan panjang 
  • Selipar untuk pakai dalam rumah 
  • Tungku batu ke, besi ke, elektrik ke (saya lebih gemar batu, amik jer kat sungai, yang elektrik takut short..heheh..)
  • Bengkung 
  • Bra untuk breast feeding 
  • Jamu untuk set bersalin(ikut pilihan hati)
  • Minyak panas/ balm panas untuk sapu kat kaki lepas mandi
  • Pati ikan haruan
  • Dettol untuk mencuci luka2
  • Cuba cari orang tukang urut untuk lepas bersalin. Booking awal2 atau maklumkan awal2
Barang perlu dibawa ke Hospital untuk bersalin
Dalam beg yang dah disiapkan awal sejak dr umur kandungan 7 bulan ialah 
  • Buku pemeriksaan mengandung 
  • Kad pengenalan
  • Baju baby sekurangnya 2 helai, stokin dan sarung tangan 
  • Selimut untuk bedung baby 
  • Mandian/losyen/bedak baby (pek kecik)
  • Lampin 2 pun ok 
  • Tisu basah nak lap najis
  • Tuala mandi / tuala kecil baby 
  • Pampers saiz s (pek kecik)
  • Pad
  • Kain batik / baju / baju sejuk / tudung - jgn bawa banyak..pakai jer baju kat hospital tu 
  • Stokin /selipar
  • Berus gigi/ubat gigi
  • Biskut pek kecil. Mana tahu bersalin malam nak masuk wad lama menunggu. 
  • Air mineral. Lepas bersalin haus 
Pastikan handphone sentiasa ada kredit ada battery, senang nak hubungi org jika kecemasan nak beranak, berpindah wad, berpindah hospital. Dan minum air selusuh atau minuman yang bertenaga sebelum nak bersalin takut tak ada tenaga nanti. Lebih2 lagi yang nak beranak pukul 4 or 5 or 6 pagi tu..baru bangun tidur ..belum sarapan takut nanti x ada tenaga sebab kalau anak pertama tu lagi lama nak menunggu. Dan juga pastikan org yang bawa kereta tahu dimana Hospital yang nak dituju, bukan kita yang sakit nie nak tunjuk arah kanan or kiri.

Selepas Bersalin
Mandi wiladah atau mandi nifas

1) Mandi wiladah ialah mandi selepas melahirkan anak samaada keluar darah atau pun tidak.
    Niat mandi wiladah : Sahaja aku mandi wajib wiladah kerana Allah Taala

2) Mandi nifas adalah mandi wajib setelah darah nifas kering (habis)tempohnya paling sedikit ialah satu lahzah (setitik) dan paling maksimum 60 hari.
Niat mandi nifas: Sahaja aku mandi wajib nifas kerana Allah Taala

Pastikan anda menjaga jahitan dengan baik agar tidak menjadi parah, berpantang dalam tempoh waktu tertentu, menjaga ibu jari kaki agar tidak terhantuk pada sesuatu yang keras, menjaga emosi dan rohani. 















Petua Awet Muda Guna Bahan Semulajadi

Masih ada di kalangan masyarakat kita yang kelihatan cantik dan berseri tanpa menggunakan sebarang produk kecantikan dipasaran. Mereka lebih gemar menggunakan bahan-bahan semulajadi yang senang dijumpai di sekitar rumah selain ianya murah, selamat dan menjimatkan.. Jadi jika anda nak tahu apakah petuanya ..jom kita lihat. 


MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT

    
Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

MENGHILANGKAN TAHI LALAT

    
Asalammualaikum, Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar , sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. 

BIBIR MERAH SEMULAJADI

    
Petua ini yang memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

MELEBATKAN BULU KENING

     
Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam. 

KULIT MUKA LICIN BERSERI


 Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

MENAIKKAN SERI MUKA


Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wa jah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu

MENGELAK LEBAM DI BAWAH MATA


Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka… pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

MENGHILANGKAN LEBAM BAWAH MATA


Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk..cuba lah.. ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

MELICINKAN WAJAH


Ambil buah tomato makan atau sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.

MEMERAHKAN BIBIR HITAM

Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.

MENGHILANGKAN LEBAM DI BIBIR


Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan sapukan pada bibir anda setiap malam. 

MEMBENTUK, MELEBATKAN BULU KENING


Caranya mudah saja…ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.

NAIK SERI WAJAH

Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan padatiap-tiap pagi insya’Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.

OTAK JADI BIJAK


masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi.I nsyaallah mujarab.

MENCANTIKKAN KULIT MUKA


Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgntuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat danmenegangkan kulit muka yang kendur.

MENYERIKAN WAJAH


Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.

HILANGKAN HITAM DI MUKA DAN JERAWAT


Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang…tapi kena rajin mengamalkannya…Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.

PETUA AWET MUDA


Bangun pagi dari tidur…minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. 

MUKA BERSER


Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

SENTIASA MUDA


Ramai wanita yang ingin nampak muda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, (jangan gosok gigi) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda.