Thursday 30 October 2014

Falsafah Duit Ketika Ini . Mati Pun Perlukan Duit

DUIT tak boleh bawa mati TAPI tak ada duit rasa nak mati 

DUIT  tak boleh beli kasih sayang TAPI kasih sayang boleh hilang bila tak ada duit 

DUIT tak boleh beli tidur TAPI  tak ada duit tidur pun tak lena 

DUIT tak boleh beli kesihatan TAPI untuk sihat perlukan duit 

DUIT tak boleh beli kebijaksanaan TAPI untuk dapatkan ilmu perlukan duit 

Orang bodoh nampak cerdik bila ada DUIT TAPI  orang cerdik nampak bodoh bila tak ada duit 

DUIT bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit 


Adalah penting untuk kita mencari duit supaya kita boleh hidup, beramal, berilmu, dan sihat dan bergembira. Tetapi jangan sesekali menjadi hamba duit. Jangan sesekali mengutuk orang orang yang gigih mencari duit kerana duit juga boleh membantu dirinya untuk memperoleh pahala. Jangan sesekali mengutuk orang yang tidak memperoleh duit kerana duit anda mungkin akan beralih kepada mereka pula.

Sebenarnya saya terpanggil untuk memberitahu bahawa pentingnya duit apabila saya menyaksikan satu peristiwa kematian seorang hamba Allah yang dilenggahkan urusan pengebumian kerana keluarga itu tidak mempunyai duit. Allahuakbar. Ketika itu saya rasa terpukul bagaimana sekiranya jenazah itu adalah diri saya dan keluarga saya ketika itu tiada duit untuk menguruskan jenazah saya. Kerana urusan jenazah juga memerlukan duit. Jadi saya merasakan perlunya diri saya keluar dari zon selesa mencari duit lebih agar tiada ahli keluarga atau kenalan2 saya merasa atau mengalami peristiwa yang menakutkan seperti di atas. Ya sememangnya kita ada khairat kematian.Tapi kebiasaannya duit itu sering diberi selepas selesai urusan pengebumian. Duit untuk menguruskan jenazah juga bukan sedikit dan ianya agak besar jumlahnya kini.

Jadi marilah kita bersama-sama mencari rezeki dan duit yang lebih agar hidup kita menjadi aman dan berkat dan dapat memperoleh pahala yang lagi banyak seperti mana banyaknya duit yang kita ada. Amin

Di sini saya nak share salah satu cerita / video seorang yang telah membuat duit dan nampak peluang yang ada untuk membuat duit walaupun pada mulanya tidak sangka akan membuat duit untuk diri nya.

Nama orang di dalam video ini ialah Dilla Jalil . Anak, Kakak, dan Isteri yang cukup gigih. Anda nak tahu kisah disebalik kejayaan Dilla Jalil. Tunggu Nanti saya akan jemput dia sebagai tetamu dalam blog saya. Sementara tu anda boleh tonton video dibawah.




Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.




Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh Perak

Jika anda nak jadi seperti Dilla Jallil dan beberapa orang lagi yang hebat seperti ini

Lyna Noh - pengiktirafan di USA ..ok 



atau seperti ini  Shareeza 



korang semua bolehlah contact saya yer . Tel boleh sms boleh wasuup bleh ke no 017-3586889. Saya akan cuba bantu anda .



Tambah Pendapatan Setiap Tengah Bulan

Jika anda menginginkan pendapatan anda bertambah dan diperolehi pada setiap pertengahan bulan, anda boleh mendapatkan pendapatan sampingan bersama Shaklee. Bukan sahaja pendapatan terdapat faedah-faedah lain yang akan anda perolehi dengan kami di Shaklee.

Bagaimana Ia Berfungsi 

Di Shaklee, kami memberi anda peluang untuk mewujudkan gaya hidup yang benar-benar bermanfaat dari segi kewangan dan kesihatan. Perhatikan bagaimana ia memberikan perjalanan dan inspirasi yang memberikan hasil bermanfaat kepada ramai orang yang seterusnya bergelar jutawan:


[SHAKLEE MALAYSIA] Success Biz Leader Forum



Montage Jutawan Shaklee Appreciation Hi Tea 2013 Official FHD


The Shaklee Opportunity


Bayangkan dan lihatlah...

Jika anda boleh mengambil masa untuk bermimpi, dan membayangkan kehidupan yang ideal untuk diri anda, apakah perkara yang paling penting kepada anda jika anda adalah seorang Jutawan ?

MEMBANTU ORANG LAIN 
mencapai impian mereka dan menjalani kehidupan yang lebih baik

FLEKSIBILITI 
untuk bekerja di mana-mana anda suka dalam hidup anda yang sangat sibuk

HIDUP DIRANCANG OLEH ANDA SENDIRI
memberi tumpuan kepada minat anda dan membuat masa depan yang anda mahu

HADIAH 
mendapat pelbagai manfaat termasuk diskaun produk, faedah kewangan, perjalanan, bonus, dan kereta

MASYARAKAT
rakan-rakan yang ramai dan mempunyai kenalan yang ramai yang bekerja dan membantu bersama-sama

Di Shaklee, kami mengikuti semua impian di atas yang anda ingin kecapi. Sebuah kehidupan yang anda bayangkan selama ini dan impikan selama ini boleh menjadi kenyataan dengan Shaklee.

Anda masih ragu-ragu. Perhatikan bagaimana seorang surirumah juga mampu menjana pendapatan tanpa keluar bekerja dan memperoleh pendapatan setiap pertengahan bulan dengan 5 angka . Di Shaklee tidak kira siapa status anda kami akan membantu anda untuk bersedia menjana pendapatan sampingan anda.

 

Cabaran Surirumah 5-Angka Bersama Shaklee - yoursupermomHD



Tips Menjalankan Bisnes Daripada Rumah - yoursupermomHD



Ingin bersama kami untuk menjana pendapatan sampingan anda, bolehlah hubungi saya seperti talian dibawah . 

Bayaran sebanyak RM 75.00 seumur hidup ataupun dengan pembelian produk Shaklee.



Jangan keberatan untuk sms/wassup saya jika anda ingin sebarang maklumat lanjut. Saya sedia membantu. 

SMS / WASSUP : 0173586889



Tuesday 21 October 2014

Hobi - Jahit Apa tu Kak?

  


Setiap org ada hobi, tapi kadang kala kerana kekangan masa, komitmen yang tinggi, kita lupa yang kita ada hobi ke, apa yang kita suka buat yer? Mungkin hobi kita mula dilupai bila kita selalu melakukan rutin yang sama setiap hari. Bila ditanya mengenai hobi mulalah flash back balik dulu-dulu aku suka itu, suka ini, sekarang dah x buat lagi dah..ermmm.kalaulah boleh buat semula.. Anda pernah merasakannya, saya juga sentiasa merasakannya..hehhehe.

Bila bertanya mengenai hobi. Saya suka banyak benda seperti menjahit, mengemas rumah, mengubah bunga, memasak, menanam pokok bunga, mengecat, membuat perabot pun saya suka..hehehehe. Kalau disuruh bina kapal pun saya nak buat..heheheh. Bila terlalu banyak sangat hobi, sudah x tahu nak mula dari mana. Tai kalau ditanya sekarang, hobi saya ialah menjahit. Jahit ke kak? Jahit apa tu? Pandai ke jahit. Yo..o...o... jer saya . Saya x reti sangatlah menjahit, tapi bolehlah... Jahit baju kurung untuk anak, jahit baju sendiri, jahit langsir, jahit seluar tuk anak-anak.. Untuk diri sendiri bisa ajer saya jahit..Untuk tempahan i dont think so lagi dalam waktu begini, sebabkan saya menjahit ikut suka ati saya jer bila kelapangan.

Kenapa saya hobi saya menjahit 
Sebab saya suka dengan kaler-kaler, suka dengan bunga, suka dengan curly-curly, jadi dengan jahit saya akan seronok sebab bermain dengan kaler, bermain dengan kain, bermain dengan bentuk-bentuk.. Itu yang buat saya rasa seronok. Di tambah pula dengan mesin jahit yang tidak buat perangai, mesin jahit yang boleh menyulam nyulam dan mesin jahit tepi yang senang. wahhhhhhh rasanya inilah duniaku..Bestnya kalau ada work station sendiri untuk menjahit tanpa gangguan lain.. Tak makan pun x per janji dapat menjahit apa yang diidamkan 

  


Cantik tak gambar di atas ..kain dan butang pun dah buat diri saya seronok dah. Apa lagi kalau dapat work station menjahit yang diidamkan macam dibawah nie 



Bila buat entry nie, saya dah gatal tangan nak menjahit dah.. heheeh. sebab tu masa entry apa ada dalam handbag saya , benang dijumpai dalam handbag saya. Buat masa nie saya tengah mengumpul maklumat dan plan apa yang hendak dijahit.. 

Projek jahit saya sekarang 
Sekarang ini saya teringin nak menyahit konsep warna turquoise. Plan nak jahit untuk bilik anak dan kusyen untuk ruang tamu oh yer dan juga dress baru untuk anak. Proses mencari material agak lewat sikit sebabnya kesabaran dalam mencari kain yang diingini adalah tinggi . Perlu masa yang banyak dan ronda sana-sini. Jika ada peluang sahaja baru saya dapat meronda. Bila semua keperluan dah cukup barulah saya start hobi saya dengan menjahit mengikut draf draf dan pola-pola yang saya inginkan. 


ni nak buat langsir macam nie..macam sweet jer...kain pun dah ada nie 

Ni pula nak buat dress tok anak. 

Skg saya selalu menonton youtube cara-cara nak buat smocking macam nie untuk kusyen saya ..macam best jer 




Itulah dia antara hobi saya buat masa sekarang nie. Menjahit dan menjahit. Saya harap anda juga boleh meluangkan sedikit masa untuk melakukan apa yang anda suka. Sebab apabila kita suka kita akan happy. Bila kita happy kita akan sihat. 

Monday 20 October 2014

ESP Shaklee Dan Wanita Tidak Dapat DiPisahkan

Energizing Soy Protein Shaklee atau lebih dikenali sebagai ESP merupakan antara produk yang hot dan top dan sangat digemari ramai samada wanita, lelaki, kanak-kanak mahupun warga emas. Tetapi boleh kita katakan produk ESP Shaklee ini mendapat tempat no 1 di kalangan wanita kerana keserasian dan khasiatnya tidak dapat dipisahkan dengan wanita dalam mana2 tempoh waktu pun. Sangat sesuai digunakan sebelum berkahwin, selepas berkahwin, semasa mengandung, selepas bersalin malah ketika diusia lanjut. ESP adalah makanan nutrisi dari protein soya yang berkualiti tinggi. Esp ini boleh dibancuh dengan mana-mana minuman kegemaran anda seperti milo, horlicks, smoothies dan juga boleh dijadikan masker sekiranya anda tidak mahu minum. 


Mengapa kita perlu mengambil ESP yang kaya dengan protein sedangkan hari hari kita mengambil protein dalam makanan kita. Ini kerana protein mudah hilang dan musnah jika terdedah kepada suhu yang tinggi. Sebab itulah kandungan protein yang diperlukan dalam badan mengurang walaupun kita banyak makan makanan yang berprotein. 

" Contoh terdekat ialah bila kita menggoreng ikan.. suhu yang dikenakan untuk menjadikan ikan itu garing adalah tinggi. Ini menyebabkan protein di dalam ikan hilang. Yang tinggal hanyalah kesedapan ikan yang telah siap dimasak dengan kandungan protein yang telah hilang "

Kita juga disarankan untuk mengambil protein kerana tubuh kita memerlukan protein bagi penumbuhan sel-sel yang baru. Senang citer protein merupakan makanan bagi sel. Tanpa nutrisi yang mencukupi sel tidak dapat membesar dan berkembang dengan baik bagi membentuk tisu dan otot dan akan merencatkan pertumbuhan tubuh yang baik dan cergas. Sebab itu kita digalakkan mengambil protein sepanjang masa bagi menghasilkan sel sel yang sihat. 

Saya akan senaraikan mengapa dikatakan ESP dan wanita tidak dapat dipisahkan. Apakah kelebihan ESP bagi wanita. Mengapa setiap wanita perlu mengambil ESP sebagai nutrisi tambahan kepada tubuh sendiri 



ESP sebagai penjagaan muka 
- membantu menghilangkan parut jerawat
- menjadikan kulit halus mulus 
- menghilangkan jeragat 
- menganjalkan kulit dan payudara 
- mengurangkan kedutan
- memberi ton warna kulit yang sekata 


ESP untuk penyusuan bayi 
- melancarkan penyusuan susu ibu 
- meningkatkan penghasilan susu yang banyak 
- memekatkan susu ibu agar bayi mudah kenyang 
- membantu meningkatkan sistem imun bayi dengan penghasilan susu yang banyak 


ESP sebagai protein untuk perkembangan bayi dalam kandungan 
- memberikan sumber protein yang penting untuk perkembangan otak bayi
- membantu dalam pembentukan otot bayi 
- membantu meningkatkan sistem imun badan 


ESP sebagai pemberi tenaga 
- memberi tenaga yang berpanjangan 
- mengurangkan paras kolestrol dalam badan 


ESP kepada ibu hamil 
- memberi tenaga kepada ibu hamil 
- menguatkan imun badan 
- meningkatkan ketumpatan tulang 
- menguatkan otot otot kerana kekurangan pergerakan ketika hamil 
- menyediakan dan melengkapkan badan ibu untuk penyusuan yang lancar lepas bersalin 


ESP baik untuk tubuh badan 
- membantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sperma sihat 
- meningkatkan ketumpatan tulang 
- menghalang pembentukan batu karang 
- mengelakkan kerosakan buah pinggang kerana sumber protein datang dari soya 
- mengandungi protein dan isoflavene yang menghalang sel tidak normal membiak terus dan menjadi kanser 
- meningkatkan aktiviti sel darah putih 
- menggalakkan proses pemulihan sel sel yang rosak 
- mengawal mood swing kepada wanita yang menopouse 
- memperbaiki memori 
- membantu menyembuhkan gastrik



ESP bersama suppliment lain 


ESP dan Vitamin E 
- merendahkan LDL (kolestrol buruk) yang memberi risiko darah tinggi, strok, arteri tersumbat dan sakit jantung 
- menghilangkan parut dengan berkesan 
- mengawal kadar minyak dalam liang kulit 




ESP dan Vitamin C 
- mengurangkan risiko kanser usus 
- memudarkan parut dan penting dalam pembentukan kalogen 
- tona kulit lebih sekata 




ESP dan Ostematrix 
- mengurangkan pembiakan sel kanser 
- meningkatkan ketumpatan tulang  
- mengurangkan jaundis untuk bayi yang minum susu ibu 


Itulah antara beberapa kebaikan dan khasiat ESP yang saya tekankan. Sebenarnya kebaikan dan khasiat dia sungguh banyak. Ramai yang telah mencuba dan hasilnya sungguh menakjubkan. 

Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan sukar memproses protein adalah tidak digalakkan mengambil ESP 





Esp juga boleh diambil bersama-sama suppliment lain bergantung dengan keperluan tubuh anda. Sila hubungi saya jika anda berminat untuk mendapatkannya. Harga bagi 1 canister ESP bernilai RM 150.00 . Jika anda berdaftar sebagai ahli Shaklee anda berhak mendapat potongan harga sehingga 20% dan juga boleh menjana pendapatan jika anda menjual pada rakan.rakan. Bulan Oktober 2014 ini promosi beli 6 can akan mendapat percuma 1 can . Anda boleh merujuk di sini untuk mendapatkan promosi hebat  " Promosi beli 6 percuma 1 "

Ingin bersama menambah pendapatan dengan saya, atau ingin mencuba produk Shaklee bolehlah hubungi saya seperti berikut.


SMS / WASSUP : 0173586889
*Penghantaran percuma ke rumah di kawasan Puchong, Bukit Aman dan Pantai Dalam.
(*Pada waktu tertentu sahaja) 


Produk Shaklee bukan berfungsi untuk merawat atau mengubati TETAPI produk Shaklee berfungsi untuk mengatasi masalah



Thursday 16 October 2014

7 Rutin Harian Yang Beri Masalah Kesihatan

Kadang kala kita tidak sedar perkara kecil dalam rutin harian kita rupanya ada memberi kesan kepada masalah kesihatan. Perkara yg kita anggap remeh dan akan berkata 'takan lah'.  Ya perkara sebegitulah yg akan sy tekankan kepada anda sekarang. Supaya anda lebih alert mengenai rutin harian anda. Jika ada yg tidak melakukannya maka anda berjaya menjaga kesihatan anda dan teruskan menjaga kesihatan dalam aspek yg lebih besar lagi.

Saya akan senarai 7 rutin harian yg kerap kita lakukan yg akan memberi kesan kepada masalah kesihatan



Jangan makan ubat anda dgn minum air sejuk

Jangan makan makanan berat selepas pukul 5 petang

Minum air lebih byk pd waktu siang dan kurang pd waktu malam

Waktu terbaik untuk tido dari pukul 10 malam sehingga 4 pagi

Jangan terus baring selepas makan

Jawab panggilan telefon menggunakan telinga kiri

Jika bateri telefon anda tinggal sedikit dan hampir kosong, jangan jawab panggilan telefon kerana radiasinya lebih 1000 kali ganda












Wednesday 15 October 2014

Pengedar Shaklee dan COD Shaklee di Bukit Aman, Puchong, Pantai Dalam

Cabaran entry ke 7. Saya adalah pengedar sah Shaklee di sekitar Puchong, Bukit Aman dan Pantai Dalam. Saya juga akan menghantar secara COD tanpa caj pengangkutan di seluruh kawasan tersebut. Saya juga akan membantu anda bg menjawab sebarang kemusykilan dan pertanyaan anda mengenai Shaklee, produk Shaklee, set Shaklee, cara pemakanan serta makan Shaklee sambil menjana pendapatan.


Ingin mendapatkan sebarang penjelasan bolehlah hubungi saya seperti berikut.  

SMS / WASSUP : 0173586889
*Penghantaran percuma ke rumah di kawasan Puchong, Bukit Aman dan Pantai Dalam.
(*Pada waktu tertentu sahaja) 


Produk Shaklee bukan berfungsi untuk merawat atau mengubati TETAPI produk Shaklee berfungsi untuk mengatasi masalah

Cabaran 7 Hari Entry : Restoren Kegemaran Saya

Cabaran hari ke 6. Restoren kegemaran sy. Erm yg mana satu ye. Saya rasa mestilah kegemaran 1 keluarga. Yer betol tu. 1 keluarga suka menghabiskan masa di restoren ni. Bukan keluarga sahaja tapi kebanyakan org yg pernah mkn disini pasti akan teringat dan bertanya menu yg sama.

Menu yg menjadi sebutan ramai dari zaman saya kecil. Yang pasti akan sold out. Yang pasti ramai akan datang. Yang dah merasa pasti akan menelan air liur semula. Ya sudah mempunyai pelanggan tetap yg setia zaman berzaman.

Banyak menu yg sedap tapi sy akan senaraikan menu yg hot sahaja. Antara menu yg sangat kebabom ialah

Sambal udang
Menyediakan sambal yg pekat dan hitam seperti zaman dahulu. Dengan udang XXXL yg sangat fresh baru di tangkap oleh nelayan bersampan. Biasa dimakan bersama nasi lemak atau nasi jagung atau nasi putih atau dgn nasi impit

Nasi impit
Nasi impit buatan sendiri yg sangat lembut dan dipotong agak lain dari yg lain. Datang dgn kuah masak lodeh yg berwarna merah keorenan kaya dgn udang kering dan bermacam sayur sayuran serta tempe dan tauhu. Sgt digemari oleh kanak2 dan warga emas. Selalu menjadi santapan  sarapan bg kenduri kahwin

Nasi lemak kukus
Menu yg sukar untuk ditolak. Menggunakan santan dari kelapa sendiri. Terasa kelemakan. Xperlu mkn dgn sambal. Mkn begitu shj pun dah menjilat jari.

Sambal sotong
Pasti x ketinggalan mengambil sambal sotong kering yg pekat dan itam. Pilihan yg sangat sukar antara udang mahupun sotong. Sekali mkn pasti ingin bertambah. Malah ada datang hanya ingin mkn sambal sotong. Kadang kala di gelar makcik sambal sotong

Mee kari
Ada yg menyatakan mee kari nyonya. Ada pula menyatakan asam laksa. Walau apa pun panggilan yg diberi. Ia telah menjadi menu wajib dan makanan wajib bg pelanggan setia. Mee kari yg  pekat dan sangat kaya dgn bunga kantan dan pelbagai tauhu dan fish ball dan fish cake dan kentang dan ayam

Restoren kegemaran kami sekeluarga ini menyediakan semua hidangan ini secara PERCUMA. Bertempat di Puchong Perdana. Ya itulah dia restoren ibu sy. Restoran di hati kami dan ramai org. Sentiasa menjamu pelbagai org. Gemar memasak utk tetamunya. Dalam byk2 masakan hanya masakan ibu sya yg menjadi pujaan hati kami. kalau x percaya tanya org Puchong Perdana. Siapakah mak intan umah ujung ? Jika xtahu sebut sahaja mak intan dgn menu di atas.. saya pasti ramai yg kenal.huhuhu. I love my mum 

Tuesday 14 October 2014

Cabaran 7 Hari Entry : Homemade Resepi

Sudah lama tetangguh entri hari ke 5 bg cabaran 7 hari entry. Sungguh x amanat saya. Apa kan daya masalah byk pula melanda. Tapi sy cuba selesaikan juga sebab byk ilmu blog boleh sy dapat dlm group blog ni. Jadi rugi pula jika kena kick dr group sbb xbuat task. Hari ke 5 bertajuk homemade resepi. Sepatotnya kena buat step by step homemade resepi kan? Tp dah urgent kenalah pinjam gambar dari encik google.

 Saya ni pula masak bukan jenis yg suka dan pandai menyukat nyukat. Tau main lempar2 jer. Main agak2 je. Dan sy xsesuai jd pengajar masakan ni.hehe.  kalo nak tgk mcmana sy masak duduk kat sebelah sy dan sendirilah tulis berapa byk bhan dan stepnya. Kalo pakai resepi kat intenet pula sy mesti x reti buat sbb ada sukat menyukat. Sy suka melihat sendiri mcmana keadaan sebenar proses masakan tu sendiri. Barulah puas dan terus melekat kat kepala sy.hehe.

Ok. Untuk entry kali ni. Sy akan cuba bg resepi plg mudah. Sukatan agak2 je ni. Resepinya ialah KERABU MANGGA VERSI CIK WANI. Gambar ehsan dr encik google.

Kerabu mangga. 

Ramuannya 

3 biji mangga epal yg di cincang isinya 
1 batang bunga kantan
2 batang serai
1 biji bwang besar
4 biji cili padi
2 sudu besar udang kering
1 sudu teh gula 
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar kacang tumbuk

Cara2 menyediakan

Hiris bwang, bunga kantan, serai, cili padi. Udang kering dikisar halus secara kering. Gaulkan semua bhan dgn isi mangga yg dicincang. Tambahkan garam dan gula. Peramkan dalam peti sejuk dlm 10 minit. Gaulkan bersama kacang tumbtk

Sesuah dimakan bersama nasi atau dimakam begitu sahaja.







Monday 13 October 2014

Pengalaman Bermalam di Wad Kanak-Kanak

Anak sulong saya kini ditahan di wad kanak kanak kerana muntah tak berhenti selama 3 hari. Kemungkinan denggi. Kemungkinan keracunan makanan. Kemungkinan obesiti. Kemungkinan jangkitan virus atau bakteria. Perlu dimonitor buat masa ini. Yang saya tahu saya nak anak saya sihat dan dapat blik rumah.

Saya seorang yg sukar utk tido jika beralih tempat. Mulalah sakit kepala sbb stress. X selesa dgn keadaan di hospital walaupun ada katil dan air cond.hehehe. Hari pertama bermalam di wad kanak2 mcm mcm penyakit kanak2 sy jumpa. Ramai juga kanak2 yg sakit. Ramai juga kanak2 dr luar negeri kena transfer ke hospital ni. Sampai penuh wad jadinya. Dan yg jadi kelakarnya. Tiap kali ada kanak2 yg masuk wad. Doktor pelatih rasanya akan tanya soalan yg sama ajer susunan ayatnya..hehe. kesian doktor dok ulang tanya benda sama je. Baik pakai tape je kan. Penat nak ulang.hehe.

Sedang sy menulis post ni ada patient bru masuk. Rupanya every 2 minggu dia akan masuk wad. Sungguh tabah mak ayah dia. Dan sungguh tabah doktor dan nurse terima kes tengah malam.

Sy dapati mereka yg duduk di hospital menjaga org yg sakit  samada parent, nurse or doktor juga memerlukan tenaga  dan kesihatan yg kuat selain pesakit itu sendiri.

Banyak lg saya nak taip tp dah sakit kepala sbb dah almost 24 hours sy x tido. Jadi sy rasa saya akan sambung lg nanti.

Doakan lah pesakit2 muda yg berada di hospital ini. Semoga mereka sihat membesar. Amin

Friday 10 October 2014

Punca Angin Dalam Badan

Angin di dalam badan akan membuatkan diri kita menjadi tidak selesa. Pernah tak terjadinya kentut berpanjangan. Kadangkala sendawa. Biasanya kita kerap melihat org yg lebih berumur mempunyai byk angin di dalam badan. Sebenarnya kini lebih ramai org muda mempunyai masalah angin dalam badan.

Banyak faktor dan punca yg menyebabkan badan kita terkumpulnya angin. Antaranya ialah:

1. Cara kita mengunyah makanan yg menyebabkan udara ditelan dan tkumpulnya angin dalam badan melalui makanan yg tidak di hadam

2. Pemilihan makanan sejuk seperti kubis, brokoli, kekacang

3. Stress juga mengundang kpd punca angin di dalam badan tidak keluar kerana tubuh menjadi tegang ketika stress.

4. Tubuh tidak byk bergerak menjadikan angin mudah terkumpul di dalam badan.

5. Toksik yg byk di dalam bdan juga boleh menyekat angin keluar dari badan

6. Kurangkan minum minuman berkafein dan minuman sejuk.

Kehadiran angin di dalam badan akan menjadikan kita tidak selesa. Lenguh badan. Urat menjadi tersimpul. Oleh itu adalah penting untuk kita mengurangkan dan membuang angin di dalam badan.

Peppermint Ginger Plus boleh mengatasi utk membuang angin di dalam badan. Mempunyai kandungan halia dan pudina dlm setiap tablet yg membolehkan angin di dalam perut dapat disingkirkan.



Ingin mendapatkan sebarang penjelasan bolehlah hubungi saya seperti berikut.  

SMS / WASSUP : 0173586889
*Penghantaran percuma ke rumah di kawasan Puchong, Bukit Aman dan Pantai Dalam.
(*Pada waktu tertentu sahaja) 
Penghantaran secara pos di seluruh Malaysia 
Produk Shaklee bukan berfungsi untuk merawat atau mengubati TETAPI produk Shaklee berfungsi untuk mengatasi masalah