Tuesday 22 April 2014

Checklist Sebelum, Ketika dan Selepas Bersalin

Dulu masa mengandung anak pertama ada sales semua nak beli .Sampa terlebih bajet. Langsung x ada panduan. Skg saya senaraikan keperluan untuk pengetahuan semua 

Sebelum Bersalin 
1. Untuk Baby 
  • Baju lengan panjang dan baju lengan pendek dan baju yang nipis-nipis. Beli yang ada butang depan supaya senang dipakaikan (yang comei2 dan lawa beli sikit jer sebab baby cepat besar)
  • Pampers pek kecik jer saiz s. Takut nanti baby x sesuai dengan jenama tu kena tukar2 pula
  • Barut (tali ikat perut). kalau masa scan anak kecik beli yang jenis gam. Kalau besar beli yang bertali
  • Stokin kaki dan tangan 
  • Lampin 6 helai pun dah cukup 
  • Kain selimut dan kain bedung baby 
  • Tilam , bantal, bantal peluk
  • Pelapik getah nak tukar lampin
  • Kelambu
  • Tisu basah untuk lap najis baby..Beli dengan banyak 
  • Cotton bud
  • Minyak baby (ada org guna yuyi, vicks, telon, atau apa2 jerlah)
  • Tuala nak lap susu ketika baby tengah menyusu 
  • Tuala mandi 
  • Botol susu kecik untuk latih anak minum guna botol susu ketika kita dah mula kerja 
  • Pencuci botol susu dan berus botol susu 
  • Susu formula tin kecil takut anak pertama nie, susu susah keluar nanti anak nangis lapar. Ini untuk sementara jer...Pastikan anak sentiasa menyusu badan 
  • Mandian (klau boleh head to toe, dalam pantang leceh nak tukar2 mandian)
  • Losyen, bedak
  • Besen mandi baby dan tempat baring baby semasa mandi 
  • Termos 
  • Breast pump 
2. Untuk Ibu
  • Pad 
  • Stokin tebal sikit 
  • Kain batik and tshirt 
  • Baju sejuk/ baju lengan panjang 
  • Selipar untuk pakai dalam rumah 
  • Tungku batu ke, besi ke, elektrik ke (saya lebih gemar batu, amik jer kat sungai, yang elektrik takut short..heheh..)
  • Bengkung 
  • Bra untuk breast feeding 
  • Jamu untuk set bersalin(ikut pilihan hati)
  • Minyak panas/ balm panas untuk sapu kat kaki lepas mandi
  • Pati ikan haruan
  • Dettol untuk mencuci luka2
  • Cuba cari orang tukang urut untuk lepas bersalin. Booking awal2 atau maklumkan awal2
Barang perlu dibawa ke Hospital untuk bersalin
Dalam beg yang dah disiapkan awal sejak dr umur kandungan 7 bulan ialah 
  • Buku pemeriksaan mengandung 
  • Kad pengenalan
  • Baju baby sekurangnya 2 helai, stokin dan sarung tangan 
  • Selimut untuk bedung baby 
  • Mandian/losyen/bedak baby (pek kecik)
  • Lampin 2 pun ok 
  • Tisu basah nak lap najis
  • Tuala mandi / tuala kecil baby 
  • Pampers saiz s (pek kecik)
  • Pad
  • Kain batik / baju / baju sejuk / tudung - jgn bawa banyak..pakai jer baju kat hospital tu 
  • Stokin /selipar
  • Berus gigi/ubat gigi
  • Biskut pek kecil. Mana tahu bersalin malam nak masuk wad lama menunggu. 
  • Air mineral. Lepas bersalin haus 
Pastikan handphone sentiasa ada kredit ada battery, senang nak hubungi org jika kecemasan nak beranak, berpindah wad, berpindah hospital. Dan minum air selusuh atau minuman yang bertenaga sebelum nak bersalin takut tak ada tenaga nanti. Lebih2 lagi yang nak beranak pukul 4 or 5 or 6 pagi tu..baru bangun tidur ..belum sarapan takut nanti x ada tenaga sebab kalau anak pertama tu lagi lama nak menunggu. Dan juga pastikan org yang bawa kereta tahu dimana Hospital yang nak dituju, bukan kita yang sakit nie nak tunjuk arah kanan or kiri.

Selepas Bersalin
Mandi wiladah atau mandi nifas

1) Mandi wiladah ialah mandi selepas melahirkan anak samaada keluar darah atau pun tidak.
    Niat mandi wiladah : Sahaja aku mandi wajib wiladah kerana Allah Taala

2) Mandi nifas adalah mandi wajib setelah darah nifas kering (habis)tempohnya paling sedikit ialah satu lahzah (setitik) dan paling maksimum 60 hari.
Niat mandi nifas: Sahaja aku mandi wajib nifas kerana Allah Taala

Pastikan anda menjaga jahitan dengan baik agar tidak menjadi parah, berpantang dalam tempoh waktu tertentu, menjaga ibu jari kaki agar tidak terhantuk pada sesuatu yang keras, menjaga emosi dan rohani. 















No comments:

Post a Comment