Sunday 8 February 2015

February 2015 - Jalan-Jalan Bercuti ke? Tips tak penat ketika jem

Jom kita tengok kalender Bulan February 2015. Minggu depan dah hari raya cina . Khamis dan Jumaat. Seperti biasa kalau Chinese New Year mesti jem higway utara selatan.. huhuhu. Setiap tahun begitu. Tahun nie Tahun Baru Cina jatuh just nice jer harinya, jadi lagi bertambah jemlah jawabnya . Ramai yang bercuti . Jem ketika nak bercuti dan jem ketika balik bercuti 



Jadi anda semua dah plan ke dimana nak bercuti pada waktu itu untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan berebut homestay dan hotel..heheh. Pernah juga jadi pada kami dalam 5 biji kereta main redah jer jumpa mana-mana motel asalkan boleh rehat. Tapi seronok juga sekali sekala macam tu . x ada planning ..Tapi itu semua dahulu ketika kami bujang trang tang tang. Omak dan abah kami tuf tuf lagi sihat segar bugar. Sekarang dah ada anak kecil, emak dan abah pun dah letih jer..Abaikan jerlah planning gamble macam tu .. Dah x sesuai. 

Tahun Baru Cina kali nie kami nak ke Kedah.. Mai mai ..ke Kedah . Majlis pertunangan adik saya dengan wanita Kedah . Dekat degan kampung abah. Ada juga anak2 dia yang berkenan dengan anak dara di kampung nya iyer.. Memandangkan Tahun Baru Cina nie peak season, jadi kami dah plan dan book awal-awal homestay di sana dan plan perjalanan kami agar x menghadapai kesesakan yang terlampau. Kalau dah konvoi nie macam2 kena pikir dan bersedia. Dari perjalanan 6 jam boleh jadi 8 jam. huhuhu. Yang x sanggup den nak tanggung ialah higway subang airport sampai rawang lagi satu hway kat tapah.. oh no no no ..kompom situ jem . Silap-silap dari rawang sampai ke slim river.  

Seperti biasa saya punya kereta manual, x suka auto. Konon-konon bawa kereta auto macam budakbudak. Skg bila dah berumur nie baru nak kereta auto dah x sanggup kereta manual.. Dah berumur nie dah x ada dah nak racing racing , main main di jalan raya. Semua dah insaf sebab dah ada anak. 

Bila dah bawa kereta tersengguk sengguk kerana jem. 
  • Kaki jadi sakit. 
  • Buku lali jadi sakit.
  • Betis jadi sakit 
  • Lutut jadi sakit 
  • Nak berhenti kencing kat R&R pun susah kena jalan jauh sebab x cukup parking 
  • Nak makan pun susah. Makan banyak nanti nak membuang. Kat mana pula nak membuang sebab jem 
  • Bukan jalan jer jem. Toilet pun boleh jem 
  • Anak muntah sebab pening
  • Air panas nak buat susu pula habis .Mana nak ambil. (nie saya selalu ambil kat Petronas.Free..hehheee)

Masalah-masalah jika jem. Jadi saya nasihatkan anda semua kalo nak jalan jauh di musim cuti gini, kita plan dulu siap siap.


Nie apa yang nenek dan ayah saya selalu pesan ..
  • Bawa air minum setiap sorang 1 botol. Kalau dulu mak siap bawa air milo 1 tarmos 
  • Bawa bekal makanan dan snak yang banyak dan sorok dr anak. Emergency jer boleh makan. Kalau dah banyak tu nanti laju jer makan time jem nanti dah lapar plak 
  • Bawa gula-gula atau penyegar mulut agar pemandu rasa segar sikit dan x mengantuk 
  • Bawa 1 botol air paip jika nanti anak terkencing atau terberak atau tiba2 radiator berasap
  • Bawa tisu basah. Nak lap tangan ke apa-apa ke senang. Pencuci untuk anak yang terkencing pun boleh. (Abah selalu bawa tuala)
  • Bawa plastik tuk buang sampah atau sebagai tadah muntah 
  • Jangan balik kampung / bertolak masa orang sibuk nak balik makan besar 
  • Bertolak lewat malam atau awal pagi 
  • Isi minyak full tank sebelum sampai highway 
  • Standby kipas tangan. Kot kot minyak dah nak habis tapi x jumpa station minyak. aircon kena tutup save minyak..heheh
  • Siapa yang balik lewat malam tu sejuk.Pastikan selimut anak supaya anak x sejuk dan berulang kali nak terkencing 
  • Bawa minyak angin atau balm jika pening kepala atau rasa nak mengantuk.
  • Yang tambahan nie dari sayaMakan CoqHealth atau Omega + Bcompleks supaya anda boleh bawa kereta 12 jam tanpa rasa letih  dan penat ...hohohoho..Ini kesukaan saya. 




Saya boleh tinggal lipstik atau berus gigi tapi tidak CoqHealth saya . Penat weiii kalau jem teruk .. Nak bagi bertenaga dan eksen dengan orang lain saya masih mampu bertahan bawa kereta kenalah amik suppliment yang bagus kan.

“Dengan sebiji kapsul yang diambil sehari selepas makan, ia mampu menyokong penghasilan tenaga bagi jantung, meningkatkan peredaran serta membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah serta juga kaya dengan lain-lain kebaikan.
CoQ10 ini sangat sangat diperlukan untuk membolehkan sel-sel tubuh kita menghasilkan tenaga sendiri, agar sel-sel tubuh kita kekal berfungsi, di mana CoQ10 berperanan sebagai pencetus tenaga."


Haaaaaaa, sebab tu saya suka sangat makan CoQHealth nie kalau travel jauh jauh . X mudah lentoklah orang kata . Enegy Booster tau .. Dan x mudah sakit jantung bila terperanjat tgk aksi aksi di jalan raya .. heheheheh.


Jadi pada semua yang berholiday panjang semoga anda selamat bertolak dan selamat sampai dan bergembira. Dan pada mereka yang menyambut Tahun Baru Cina saya ucapkan selamat tahun baru semoga tahun anda kali ini menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya.



Selingan - Kalau anda rasa nak bertenaga macam cik Puan nie yang selalu travel naik kapal terbang ke sana sini berjam-jam dan x mudah pancit serta x mengelat amik mc keesokkan harinya, Anda tontonlah video nie. 



Atasi Badan Letih Lesu Setiap Kali Travel. Say NO to Panadol or MC Lagi Dah! from iReach HD on Vimeo.

No comments:

Post a Comment