Wednesday 11 March 2015

Insurans Diri Dengan 3 Qul

Selalunya kita akan mengamalkan bacaan 3 Qul , kadang kala ada yang mengamalkan membaca 4 Qul dalam kehidupan harian. Jika tak membaca surah-surah ini akan merasa kelainan dan keganjilan. Tahu tak kita bahawa surah ini banyak kelebihannya.  Saya sebenarnya tertarik dengan ayat sesorang nie

" INSURANS DIRI SENDIRI - Free of charge" 

Ramai antara kita mengambil polisi insurans harta benda dan insurans diri dan anak-anak. Ada yang berlumba-lumba mengambil premium yang paling mahal untuk keselesaan diri. Haa baguslah macam tu memikirkan masa hadapan. berfikiran jauh ke hadapan. Dan alangkah eloknya jika kita mengambil polisi insurans yang free ini juga. Iaitu mengamalkan bacaan 3 Qul dalam kehidupan kita . Seronok tak kalau dapat polisi insurans yang free  dan boleh dapat pada waktu akhirat.. alangkah bahagianya, Sana sini kita amik polisi insurans. Bagusnya dan bahagianya hidup..kan..kan..kan 

Sabda RASULULLAH s.aw “Tiada daya upaya dan kekuatan hanya pertolongan dariNya.
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).











Waktu yang disarankan Nabi SAW untuk mengamalkan 3 Qul (Al-Muawwizat) ini ialah:
1) Baca setiap kali lepas solat (1 kali)

Uqbah bin ‘Amir membawakan hadis dari Rasulullah shalallahu’ alaihi wasallam, bahawa Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam berkata: “Bacalah Al-Muawwizat pada setiap kali selepas solat.” (HR. Abu Dawud no. 1523, disahihkan oleh Asy Syaikh Al Albani dalam Ash Shahihah no. 1514)

2) Baca setiap pagi dan petang (3 kali)

Pada waktu pagi dan petang, kita dianjurkan membaca ‘Surah Al-Muawwizat’ sebanyak tiga kali. Keutamaan yang diperolehi adalah, akan dijaga dari segala sesuatu (segala keburukan). “Al-Muawwizat juga dijadikan wirid / zikir di waktu pagi dan petang. Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali diwaktu pagi dan petang, nescaya Allah SWT akan mencukupinya dari segala sesuatu.” (HR. Abu Dawud no. 4419, An Naasaa’i no. 5333, dan At Tirmidzi no. 3399)

3) Baca setiap kali sebelum tidur (3 kali)

“Demikian juga disunahkan membaca Al-Muawwizat sebelum tidur. Caranya, membaca ketiga Surah ini lalu meniupkan pada kedua-dua telapak tangannya, kemudian diusapkan ke kepala, wajah dan seterusnya ke seluruh anggota badan, sebanyak tiga kali.” (HR. Al-Bukhari 4630)

Diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa Rasulullah SAW pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas, Ditiupkan pada kedua-dua tapak tangan kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala Baginda.

Katanya: “Nabi SAW ketika berada di tempat tidur di setiap malam, Baginda mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surah Al-Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah Al-Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surah An-Naas). Kemudian Baginda mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.” (HR. Bukhari no. 5017)

4) Baca ketika merukyah orang sakit.
Daripada Aisyah radiallahu ‘anhaa; “Bahawasanya Rasulullah sallaLlahu-’ alaihi-wa-sallam apabila sakit baginda membaca sendiri Al-Muawwizat (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas), kemudian meniup padanya. Dan apabila rasa sakitnya bertambah aku yang membacanya kemudian aku usapkan ke tangannya mengharap keberkahan dari surah-surah tersebut.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

1 comment:

  1. Casino Games and Services – DrMCD
    We provide a wide variety 안성 출장샵 of casino 평택 출장마사지 games 사천 출장마사지 for you to enjoy at your own risk! With 전라남도 출장마사지 our mobile casino, you can also easily download the newest casino games to 청주 출장샵

    ReplyDelete