Wednesday 17 September 2014

9 Cara nak Kawal Anak-Anak yang Obesiti

Tak terlintas di fikiran saya akan memperolehi anak yang obesiti. Dulu saya melahirkan 2 orang anak semuanya kecil-kecil 2.6kg yang pertama dan 2.4kg yang kedua. Terasa keciwa yang amat sebab anak-anak orang lain semuanya gebu-gebu dan montel-montel. Tapi anak saya kecik jer. Di tambah pula ketika anak membesar, anak memilih makanan dan susah makan seperti anak-anak lain . Sehingga orang membuat perbandingan anak-anak saya dan anak-anak orang lain. Kerana terasa tercabar, seperti saya tidak tahu menjaga makan minum anak, maka saya bagi anak-anak saya makan dengan bermacam-macam benda dan tambah dan tambah . Saya gembira bila melihat anak-anak berselera makan. Seperti satu kebanggaan.

Kemudian, hari berganti hari, bulan berganti bulan dan berganti tahun kini anak-anak saya dikategorikan sebagai Obesiti. Sampai kalau mereka demam pun saya takut nak bawa jumpa doktor kerana mereka Obesiti dan bebelan doktor akan menjadi sangat sedap didengar.

Dan saya mula sedar atas kesilapan saya.

Anak yang berumur 3 dan 4 tahun hampir mencecah 40 kg yang di kategorikan sebagai Obesiti Sarapan pagi akan mengambil sehingga 2 atau 3 bungkus bihun atau nasi lemak, Tengahari akan makan nasi sehingga 3 kali tambah. Makanan tambahan jangan katalah ..Mengunyah jer..

Akibatnya anak saya mudah mengah dan gemuk dan menjadi Obesiti. Mungkin nampak comei jika masih kecil tapi buruk rupanya jika bila membesar. Kesihatan juga tidak baik jika terlalu gemuk dan seterusnya menjadi Obesiti.

Jadi sebagai ibu yang telah berasa bersalah sangat-sangat, saya kini dalam waktu untuk menghadkan/ mengawal dan menurunkan berat anak-anak saya agar tidak lagi digelar sebagai Obesiti..

Langkah-langkah yang saya ambil buat masa ini untuk  
Mengawal Anak-Anak Saya Yang Obesiti ialah :


  • kerap bagi anak-anak saya makan buah sebagai junk food. Walaupun si kakak tidak suka sangat buah tapi saya cuba beli bermacam-macam buah agar dapat tahu buah mana yang disukainya
  • buat kek yang dihiasi dengan macam2 buah dan berkaler-kaler atau minuman yang ada macam-macam buah 
   
   
  • variasikan breakfast anak-anak. Ini kerana anak-anak saya kuat makan ketika waktu pagi. Walaupun hari-hari dia nak bihun goreng saya akan cuba elakkan 
  • beri dan dedahkan anak-anak saya pengetahuan pengurusan wang. Supaya mereka tidak mengorder sahaja makanan malah akan berjimat membeli jika melihat wang tinggal sedikit 

  • Saya akan beri anak-anak Omega Guard dengan pecahkan Omega Guard dalam makanan mereka tanpa mereka ketahui. Sebab budak-budak x suka ubat (supaya anak saya x mengah dan terbakar lemak dan menjadi aktif serta memberi kecerdasan otak)


     

  • Saya campurkan mealshakes ke dalam bancuhan susu, atau milo mereka (jarak makan mereka akan lebih lama berbanding dahulu dan dari makan 3 pinggan hanya jadi 2  atau 1 pinggan sahaja. Saya betul-betul sukakannya)
  • Sebagai ibu saya lebih banyak memasak makanan yang berkhasiat untuk anak . Pastikan setiap hari cukup kandungan sayur sayuran dan protein serta vitamin untuk anak-anak
 
  • Kerap suruh anak menari, berlari dan bersenam...hehehhe..yang nie sungguh kelakar. aktiviti riadah yang sangat bagus 
 
  • Saya juga kerap bagi anak makan madu...kadang kala 1 sudu.. kadang kala 2 sudu .. sebab saya dapati anak yang Obesiti ini mudah mengah dan mendapat asma. 



 



Alhamdullillah, pengawalan makanan berada dalam keadaan positif dan saya akan berusaha untuk kesihatan anak-anak saya agar tidak lagi menjadi Obesiti. Untuk menurunkan berat badan bukan mudah dan memerlukan jangka masa panjang. Kini saya bangga anak mulai kurang sedikit portion makanannya. 

No comments:

Post a Comment