Friday, 10 October 2014

Pedih Hulu Hati Tidak Bermaksud Gastrik

Setiap individu akan mendapat tanda-tanda gastrik yang berbeza. Tetapi kebanyakkan daripada kita akan merasa pedih di ulu hati, rasa loya dan muntah, sejuk tetapi berpeluh serta sakit dada. Kebanyakkan tanda-tanda di atas lebih di rujuk sebagai sakit Gastrik. Gastrik boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira umur. Kekerapan mendapat sakit Gastrik kadang kala membebankan. Tetapi tahukah anda sebenarnya sakit pedih di ulu hati, rasa loya dan muntah, sejuk tetapi berpeluh serta sakit dada sebenarnya juga adalah simptom serangan jantung selain gastrik.

Menurut kajian 

43% wanita yang mengalami serangan jantung tidak menunjukkan sebarang gejala yang khas seperti serangan jantung pada kaum lelaki.

95% wanita yang diserang penyakit jantung mengalami simptom yang belum pernah mereka hadapi sebulan atau lebih pada waktu serangan jantung berlaku 

Wanita lebih mudah mendapat kematian kardiac serta merta berbanding lelaki 

Lebih dari separuh wanita yang mengalami serangan jantung sukar untuk sembuh seperti sedia kala 

Kebanyakan wanita yang diserang penyakit jantung tidak sedar bahawa mereka sedang mengalami sakit jantung 


Sebelum penyakit ini benar-benar menyerang kita sebagai wanita mahupun lelaki, adalah disarankan untuk mengamalkan kehidupan sihat dan mengubah pola makanan. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Kos bagi rawatan sakit jantung juga adalah terlalu mahal. Jadi jom kita sama-sama berusaha untuk mengubah kehidupan kita menjadi lebih baik dan sihat. 


Di sini saya senaraikan simptom-simptom yang biasa berlaku SEBELUM serangan sakit jantung menyerang anda bagi kaum Wanita

Sebuah kajian menyatakan, 43 peratus wanita yang mengalami serangan jantung tidak menunjukkan gejala yang khas. Serangan jantung yang mirip sakit gastrik, kemungkinan yang diserang adalah jantung bahagian bawah ( inferior ). Bahagian ini relatif lebih dekat dibanding jantung bahagian posterior . - See more at: http://kekalsehat.blogspot.com/2013/09/ciri-ciri-serangan-jantung-pada-wanita.html#sthash.N4qO9bp8.dpuf
Sebuah kajian menyatakan, 43 peratus wanita yang mengalami serangan jantung tidak menunjukkan gejala yang khas. Serangan jantung yang mirip sakit gastrik, kemungkinan yang diserang adalah jantung bahagian bawah ( inferior ). Bahagian ini relatif lebih dekat dibanding jantung bahagian posterior . - See more at: http://kekalsehat.blogspot.com/2013/09/ciri-ciri-serangan-jantung-pada-wanita.html#sthash.N4qO9bp8.dpuf
Sebuah kajian menyatakan, 43 peratus wanita yang mengalami serangan jantung tidak menunjukkan gejala yang khas. Serangan jantung yang mirip sakit gastrik, kemungkinan yang diserang adalah jantung bahagian bawah ( inferior ). Bahagian ini relatif lebih dekat dibanding jantung bahagian posterior . - See more at: http://kekalsehat.blogspot.com/2013/09/ciri-ciri-serangan-jantung-pada-wanita.html#sthash.N4qO9bp8.dpuf
Sebuah kajian menyatakan, 43 peratus wanita yang mengalami serangan jantung tidak menunjukkan gejala yang khas. Serangan jantung yang mirip sakit gastrik, kemungkinan yang diserang adalah jantung bahagian bawah ( inferior ). Bahagian ini relatif lebih dekat dibanding jantung bahagian posterior . - See more at: http://kekalsehat.blogspot.com/2013/09/ciri-ciri-serangan-jantung-pada-wanita.html#sthash.N4qO9bp8.dpuf
Sebuah kajian menyatakan, 43 peratus wanita yang mengalami serangan jantung tidak menunjukkan gejala yang khas. Serangan jantung yang mirip sakit gastrik, kemungkinan yang diserang adalah jantung bahagian bawah ( inferior ). Bahagian ini relatif lebih dekat dibanding jantung bahagian posterior . - See more at: http://kekalsehat.blogspot.com/2013/09/ciri-ciri-serangan-jantung-pada-wanita.html#sthash.N4qO9bp8.dpuf
 1. Keletihan yang amat sangat 
Jika anda sering letih walaupun tidak melakukan kerja-kerja berat, adalah lebih baik merujuk kepada doktor. Rasa penat ini juga sering berlaku pada waktu bangun pagi. Keletihan melampau ini akan berlaku sebelum 1 atau 2 atau 3 bulan sebelum serangan jantung berlaku

2. Sakit pada dada 
Ini merupakan tanda-tanda umum bagi gejala serangan awal sakit jantung. Wanita lebih kerap mengalami sakit jantung di dada. Situasi ini boleh menyebabkan hilangnya dera rasa serta kelemahan tubuh badan 

3. Insomnia / Sukar tidur
Wanita akan mengalami masalah sukar tidur yang tidak diketahui puncanya dan perkara ini akan berlaku sebulan sebelum serangan jantung berlaku


4.Kerisauan/ Berdebar dan stress
Masalah stress adalah punca serangan jantung. Jika anda tiba-tiba merasakan kerisauan yang melampau, menjadi stress, kesedihan dan keliru yang lebih daripada biasa, ini merupakan tanda serangan jantung akan berlaku

5. Kesukaran bernafas
Ciri-ciri sakit jantung juga adalah sukarnya bernafas. Ini meyebabkan denyutan jantung menjadi tidak teratur.40 peratus wanita mengalami tanda ini

6. Gangguan pencernaan
Sakit perut, kekejangan testinal, loya, dan gangguan penghadaman adalah antara petanda yang dialami mangsa serangan jantung di kalangan wanita.Hal ini bergantung pada faktor risiko yang dimiliki wanita.
Wanita yang mempunyai faktor risiko seperti keluarga, usia, obesiti, merokok, stress, hypertensi, kelebihan kolestrol di nasihatkan supaya lebih berhati-hati dengan gangguan pencernaan seperti ini 

7. Sakit kepala / migrain 
Mereka yang mempunyai masalah jantung akan mengalami sakit kepala ketika terkena sinaran matahari. Mereka yang kerap mengalami migrain 2 kali dalam sebulan adalah dinasihatkan supaya berhati-hati kerana ianya mungkin tanda-tanda akan mengalami serangan jantung

Wanita yang mempunyai faktor risiko seperti keluarga, usia, obesiti, hipertensi, kelebihan koleserol, diabetes, stres, dan merokok. Wanita dengan faktor risiko tersebut, perlu lebih berhati-hati dengan gangguan pencernaan yang dialami. - See more at: http://kekalsehat.blogspot.com/2013/09/ciri-ciri-serangan-jantung-pada-wanita.html#sthash.N4qO9bp8.dpuf
8. Sakit Dagu, Leher, Bahu dan Pinggul 
Wanita akan berasa sakit di bahagian dagu dan di bawah leher, dan kadang-kadang sakit di bahagian bawah telinga. Selalunya sakit ini mungkin akan dirasai di bahagian bahu dan lengan sebelah kiri. Mungkin jugak sakit belakang dan kejang otot di bahagian leher dan belakang.



Dengan ini amatlah dinasihatkan kepada wanita-wanita untuk menjaga kesihatan jantung dengan mengamalkan senaman harian, lebih makan buah buahan, tidak merokok dan mengambil alkohol.


Bagi mereka yang inginkan suppliment tambahan bagi kesihatan jantung Shaklee ada menyediakan beberapa alternatif untuk anda. Ini kerana apabila umur meningkat naik, kekuatan dan kesihatan jantung tidak akan kuat seperti sebelumnya.Sebab itu kita memerlukan suppliment untuk meningkatkan kesihatan jantung.

Antara yang dicadangkan ialah


Phytocol - ST 
Berfungsi untuk menurunkan tahap kolestrol secara semulajadi

CO -Q Health 
Menguatkan dan menyokong penghasilan tenaga pada jantung dengan mengekalkan paras Co-Q








































ngin mendapatkan sebarang penjelasan bolehlah hubungi saya seperti berikut. 

SMS / WASSUP : 0173586889
*Penghantaran percuma ke rumah di kawasan Puchong, Bukit Aman dan Pantai Dalam.
(*Pada waktu tertentu sahaja) 
Penghantaran secara pos di seluruh Malaysia 
Produk Shaklee bukan berfungsi untuk merawat atau mengubati TETAPI produk Shaklee berfungsi untuk mengatasi masalah






Thursday, 9 October 2014

Cabaran 7 Hari Entry : Vitamin Shaklee Yang Pertama Kali Saya Makan


Cabaran Hari ke 4 -  Vitamin Shaklee Yang Pertama Kali Saya Makan ialah 



Lecithin dan Alfafa 


 

Kenapa saya mula makan Lecithin dan Alfafa?
Sebab saya nak kuruskan badan. Apabila saya baca kebaikan lecithin dan alfafa terus saya order dan beli dan makan sebab saya takut lemak yang tidak baik membeku dalam salur darah saya dan x dapat dibuangkan. Saya x mau kena sakit jantung..Sebab saya kurang eksesais ..Parking kereta pun terus masuk pejabat dan rumah. Senaman terakhir ketika zaman sekolah menengah dahulu. Lepas tu hanya senaman ketika di supermarket sahaja. Itu pun sebab ada air corn. Cuba panas-panas pergi shopping taubat x mau..buat penat berpeluh jer...huhuhuh. Lagi pula harganya pun tidak membebankan saya yang mula-mula nak berjinak makan suppliment.

Lecithin harganya : RM 52.50
Alfafa (s) : RM 53.75 

Tapi memandangkan saya telah menjadi ahli maka kedua-dua suppliment tu saya dapat diskaun sehingga 20% . Berbaloikan dapat pemotongan harga untuk kegunaan sendiri.


Perasaan saya ketika mula hendak makan Lecithin dan Alfafa 
Memandangkan baru pertama kali nak makan..belek dulu botolnya. baca dahulu arahan dan kandungannya. Lepas saya dah faham..saya pun mula buka botol Lecithin..Ohhhh.begini rupanya.
Ok saya ambil 3 tablet dan telan.Ermmm nasib baik senang telan x sangkut kat tekak.. Takut juga kapsulnya mudah sangkut..heheheh

Kemudian saya buka botol Alfafa .uikssss..ada kapas-kapas..kenapa dan mengapa? Takperlah buang sahaja kapas-kapasnya...Uiksss bau alfafa buat saya nak muntah. Alamak kenapa warna hijau dan baunya pula memualkan. Kemudian saya teringat bahawa alfafa adalah ekstrak dari tumbuhan alfafa.. Jadi saya kuatkan diri dan cakap dengan sendiri 


" benda dan makanan yang elok selalunya tidak disukai..hahahahahaha" 


Kesan sampingan yang saya dapat lepas makan Lecithin dan Alfafa 
Saya kurang minum air selama ini. Lepas mengambil Lecithin dan Alfafa saya kena minum air dengan banyak iaitu 3 litter 1 hari seperti yang disarankan. Saya pun mendisplinkan diri mengambil air dengan secukupkan. 

Pada permulaan hari dalam  mengambil air yang mencukupi, saya berulang alik ke tandas setiap 10 minit sehinggakan saya rasa x mau pakai seluar dalam dah lagi dan x larat nak berulang alik lagi ke tandas heheheheh. Tapi saya gagahkan juga. Saya nak seluruh toksik dalam badan saya ini disingkirkan .

Setelah seminggu lebih saya mengambil Lecithin dan Alfafa, saya mula mendapat ruam di seluruh muka. Bukan dibadan tapi dimuka dan leher..Sangat sangat banyak..Tiap-tiap kali saya menggaru muka saya. Jumpa org tahan tangan jer dari mengaru...Dah sampai naik luka2 dah muka dan leher asyik mengaru jer . Saya cuba ambil losyen sapu kat muka..baru rasa lega sebab sejuk tapi pedih pedih jugalah sebab dah lukakan muka dan leher..

Bila dibaca rupernya tu semua healing crisis. Nak menunggu healing crisis nie habis memang mencabar kesabaran. Mana taknya effectnya kat muka..huhuhu. Tapi terpaksalah juga sabar dan tenang. Tulah sapa suruh dulu makan benda yang bukan bukan..kan dah banyak toksik dalam badan

Akhirnya muka saya kembali normal lepas saya teruskan juga makan Alfafa..Saya rasa lega sangat. Ruam mula hilang ..Alhamdullillah.  

Nak tahu apa kelebihan Lecithin 







Nak tahu apa kelebihan Alfafa






Dah tahukan kebaikan Lecithin dan Alfafa. Jadi kalau anda semua nak mencuba boleh hubungi saya. Sebenarnya pembuangan toksik penting untuk diri kita sebab makanan kita banyak yang mempunyai kandungan kimia dan pengawet. Itu belum cerita lagi dengan penggunaan kosmetik dan ubat ubatan sintetik yang kita ambil.. Sedap dan cepat memang seronok tapi tubuh dalaman kita terkumpulnya banyak toksik sehingga menyebabkan organ kita terbeban dan menjadi rosak. Sebab itu kebanyakkan orang sekarang muda-muda dah macam-macam sakit mengalahkan orang tua-tua. Sebab cara kehidupan kita yang ingin cepat dan mudah dan tidak mesra alam.. huhuhu.. Peringatan untuk saya juga.


Ingin mendapatkan sebarang penjelasan bolehlah hubungi saya seperti berikut. 

SMS / WASSUP : 0173586889
*Penghantaran percuma ke rumah di kawasan Puchong, Bukit Aman dan Pantai Dalam.
(*Pada waktu tertentu sahaja) 
Penghantaran secara pos di seluruh Malaysia 

Produk Shaklee bukan berfungsi untuk merawat atau mengubati TETAPI produk Shaklee berfungsi untuk mengatasi masalah

Tuesday, 7 October 2014

Cabaran 7 hari Entry : Apa Yang Ada Dalam Handbag Saya

Cabaran Hari ke 3 - Apa yang ada dalam handbag saya ? 

Hhuhuhu.. malu nak membongkar rahsia. Nasib baik masa nie dalam handbag banyak benda dah buang . Kalau tidak macam-macam benda ada. Sampah sarap pun jgn cakaplah berlambak.. hahahah.

Pada masa handbag ini diterjah, barang-barang yang dijumpai dalam beg nie 



Minyak angin aromateraphy Fresh care - nie pasal saya selalu sakit kaki, banyak angin..huhu..minyak nie plak panas..sesuai untuk sakit urat ..dan baunya wangi..jadi x malulah kalau nak pakai kat opis..hehehe

Vicks - wajib bawa untuk anak nak sapu kat dada bila anak x berapa nak sihat atau sejuk

Lecithin - sebab nak bakar lemak.heheheh. kalau tidak banyak botol lain yang bawa

Beg duit - napa ada 2 sebab 1 beg untuk perbelanjaan makan minum lagi satu plak untuk perbelanjaan dapur atau kecemasan..

Panadol - incase kalau sakit kepala. Maklumlah cuaca dalam opis dan luar opis nie x menentu

Benang - entah kenapa ada pun x tahu..lupa dah...hahahah..sebab nak jahit butang seluar anak yang selalu tanggal 

Penyepit dan getah rambut - anak perempuan punya. Spare sebab nak bagi dia lawa 

Lipstik dan lipbalm - sentiasa bawa tapi jarang pakai 

Bedak compact - malas nak pakai..bawa jer..

Brooch - kadang-kala tudung serabai, ataupun brooch patah ataupun brooch hilang..so adalah back up

Jam - dah habis batery. sebab tu masuk dalam beg jer..bila nak tukar batery dah 

Telefon - telefon saya guna nak amik gambar, tel ni ialah telefon anak. beg ibu kan ke beg doremon 

Kunci kereta  - nie kalau ilang ibu yang nangis. Sebab semua kunci pun ada dalam satu gugus nie 

Jam frozen - anak punya dan disimpan dalam beg ibu..apa nak buat ..

Duit Syiling - nie kemalasan nak simpan dalam beg terus terabur jer dalam handbag. bila dah musim kemas handbag semua duit syiling masuk tabung 

Pendrive - nie macam-macam ada..citer frozenlah, kartonlah, citer seramlah, fail kerja lah..

Sekian, itulah sahaja barang yang dijumpai ..Nasib baik x disuruh bukak dalam beg duit..wawawawawa. Lagi banyak sampah yang x dikehendaki.



Cabaran 7 Hari Entry : Percutian Idaman Saya

Kini dah masuk hari kedua cabaran entry. Tajuk untuk cabaran hari kedua ialah " Percutian Idaman Saya". Mana saya nak pergi yer... hehe. Sebenarnya saya sering berdoa dan berniat di dalam hati yang saya nak pergi menunaikan Umrah. Tiap kali dapat duit lebih saya akan pikir, ini duit untuk ke pergi Umrah. Tapi duit sentiasa tidak cukup... Mungkin rezeki menyimpan duit dan rezeki menunaikan Umrah belum lagi Allah makbulkan. Tapi saya bertekad nak sangat pergi menunaikan Umrah bersama suami sebelum kami berdua menutup mata. Bagi saya jika saya dapat menunaikan Umrah itu adalah perkara teristimewa bagi saya.

Tiap kali sembahyang, membentang sejadah, saya sering berfikir alangkah bagusnya sejadah ini dan saya bersembahyang di Masjidil Haram. Banyak yang ingin saya ceritakan dan sampaikan kepada Allah jika saya dapat menjejakkan kaki di sana. Sememangnya kita sentiasa meminta pada Allah. Tetapi berada di Tanah Suci Mekah feel dia mungkin berbeza sebab kita rasa kita dekat sgt dengan Allah. 

Kadang kala saya sampai berfikir "kalaulah bos aku nie boleh sponsor setiap staf dia menunaikan Umrah ikut giliran kan bagus". huhuhuhu.. Pakej menunaikan Umrah yang ditaja oleh Shaklee adalah idaman saya. Tetapi saya tidak tahu sejauh mana kemampuan saya untuk merebut pakej tersebut. Harap harap doa saya dimakbulkan Allah. Bagi mereka yang telah menunaikan Umrah dan menjadi tetamu Allah bagi saya mereka adalah orang yang sangat bertuah. 




Lepas dah pergi menunaikan Umrah,  tempat ke 2 yang saya ingin pergi ialah New Zealand... Eiiiiii seronoknya...rasa macam udara kat sana segar bugar... pokok2 dia pun rasa macam lawa... cuaca dia pun rasa macam sejuk sejuk tapi x berapa sejuk..hehehhe apa punya bahasa daaa.. 

Ditambah lagi dengan cerita Hobit, cerita Harry Potter .. memang nak rasa feel duduk kat umah orang New Zealand. Kampung tapi x berapa nak kampung...hehhehehe










Monday, 6 October 2014

Cabaran 7 Hari Entry : 3 Fakta Menarik Tentang Saya Yang Low Profile

Saya telah di tag oleh Mama Ida untuk join cabaran blog dan memasuki kelas membuat blog yang mana saya rasa sungguh bertuah sekali.. huhuhuh. Bayangkan saya adalah seorang yang low profile, kalau jalan dimana-mana orang x sedar kewujudan saya. Tapi bila join cabaran blog bersama ahli ahli Shaklee yang lain saya merasakan diri saya ini diterima ramai dan saya punyai kawan. Dan yang pentingnya saya dapat masuk kelas free cara belajar membuat blog. Seronoknya masuk kelas.

Cabaran pertama adalah saya perlu menerangkan 3 fakta menarik tentang saya. Yang menarik sahaja tau bukan yang membosankan..hehehhe.

Fakta 1 
Saya tidak pernah keluar dari kepompong Klang Valley.
Ibu saya dibesarkan di Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Ayah saya ketika muda telah berpindah ke Pantai Dalam. Nenak, pakcik, makcik, nenek sedara, makcik sepupu, pakcik sepupu, sepupu dan 2 pupu semuanya dibesarkan di Pantai Dalam. 

Tetapi ketika bersekolah saya tidak dihantar di sekitar Pantai Dalam. Tetapi dihantar ke Sekolah Methodist Girl School yang terletak di Brickfields dan di Belakang Masjid Negara. Bukan saya sahaja bersekolah di sana , malah ibu dan makcik dan sepupu dan adik perempuan juga sekolah di sana. Yang peliknya, rezeki sambung belajar juga dapat di Universiti Malaya yang berdekatan dengan Pantai Dalam. 

Dan yang menarik sekali, apabila berkahwin, saya menetap di Bukit Aman berdekatan dengan Methodist Girl School. Mungkin nanti anak- anak saya juga akan bersekolah di sekolah yang sama .. huhuhuhu...3 generasi di tempat yang sama. 

Kini emak saya duduk di Puchong Perdana dan tempat kerja saya juga disana. Jadi hidup saya telah Allah tentukan tinggal di kampung halaman dan mendapat rezeki kerja berdekatan dengan rumah emak. Hidup saya sentiasa dikelilingi saudara mara. Bos di tempat kerja saya juga adalah pakcik saya.. huhuhu.. Menarikkan .

Dan dijadikan cerita lagi, Walaupun ibu mertua saya berasal dari Bagan Dato tetapi masih menginap dan menuntut ilmu agama di TTDI. Kadang kala ibu mertua akan duduk bersama saya dan berselang seli giliran di rumah kakak-kakak ipar saya yang juga berada di sekitar Klang Valley.

Allah Maha mengetahui, mungkin rezeki saya berlegar-legar dikampung saya sahaja iaitu Pantai Dalam. Kalau orang tua-tua kata nie mesti tanam uri dibawah rumah..Ya emak saya memang tanam uri di bawah rumah..huhuhu. Kadang kala jealous juga dengan orang lain yang dapat pergi luar dari kepompong mereka.Mungkin Allah telah menetapkan perkara terbaik bagi saya adalah bersama keluarga..


Fakta 2 
Saya suka benda-benda yang berseni 
Saya sememangnya sangat suka melibatkan diri secara senyap senyap mengenai kegiatan seni. Cabang seni terlalu banyak sehingga saya jadi tamak. Semua benda saya nak buat sendiri. Semua benda saya ingin mencuba sehingga menyusahkan saya. Mana tak saya apabila keinginan meluap luap..saya akan membuat sesuatu kerja itu sehingga separuh jalan. Bila sedang seronok membuat suatu perkara, terlihat perkara lain terus ingin cuba buat perkara lain. Kalau boleh semua benda saya nak kaup dan buat walaupun kerja sebelumnya saya belum siap..huhuhu. 

Mengapa saya katakan saya suka melibatkan diri secara senyap-senyap..sebab saya nie low profile..pemalu..tidak reti untuk bersosial dengan org ramai (dengan saudara mara saya jenis periang). Mungkin juga sebab faktor keluarga yang tidak berada. Jadi saya kurang bersosial kerana sifat rendah diri kerana kekurangan wang. Sehinggalah suatu hari cikgu muzik sekolah rendah saya sedar akan kemampuan saya dan mula melibatkan diri saya dalam aktiviti pancaragam sekolah dan tarian sekolah. Maka bermula dari situlah saya mula terlibat dalam macam-macam perkara seni ketika di zaman sekolah yang tidak memerlukan pengeluaran wang. hehehe... Beli uniform pun kena duitkan..heheh. Aktiviti seni yang saya cebur disekolah seperti memasak, mengubah, menjahit, melukis, menulis puisi, menulis novel, tarian, lakonan,. Dan apabila saya menceburkan diri dalam seni saya merasakan diri saya mendapat kepuasan yang tahap maksimum sehingga saya gembira yang tak terhingga.

Ketika zaman sekolah saya telah menolong ibu saya melukis dan mewarna batik untuk kraftangan malaysia. Agak lama juga saya menolong ibu saya. Walaupun penat dan masih bersekolah tetapi saya gembira kerana membuat sesuatu perkara yang saya suka walaupun x diberi upah..hahahahah. Betullah kata orang apabila kita membuat sesuatu yang kita suka, kita akan puas dan tidak pernah kesal akan penat.

Masa berjalan dan berlalu, diri dikurung oleh tanggungjawab yang macam-macam, masa juga sering mencemburui. Kadang kala kita lupa ingin melakukan perkara yang kita minat sehingga kita rasa diri sungguh tertekan. Sejak tahun lepas tekanan yang saya hadapi dapat saya kurangkan apabila saya tiba-tiba ingin menari di dapur ketika masak..hahahah. Dan kini saya sungguh gembira walaupun serba kekurangan kerna saya telah menggembirakan hati saya dengan melakukan perkara seni ketika dalam tekanan.


Fakta 3 
Tahi lalat dibahu vs anak sulong 
Saya digelar sebagai anak emak, jangan sampaikan rahsia pada saya nanti mesti saya sampaikan pada emak saya.. hehehe. sebab itu adik beradik amat anti dan berahsia dengan saya kerana saya sangatlah 'anak emak'. Walaupun saya anak emak tapi saya bukanlah anak yang bermanja-manja gitu dan very keperempuan. Oh tidak. Saya telah dilatih dari kecil untuk memegang tanggungjawab yang besar, Sebagai anak sulong, urusan adik adik dari sekolah sampai hal remeh temeh saya yang uruskan sehingga mereka sudah besar. Baik dari ambil report card, baik dari menjaga emak dalam pantang, baik menguruskan mereka yang berada di hospital, baik menguruskan musuh2 adik malah urusan universiti sekali pun saya uruskan. Cuma apabila saya dah berkahwin saya kurang memikul tanggungjawab itu lagi memandangkan adik2 saya yang lain mula bekerja dan pandai berdikari. 

Tahi lalat di bahu menandakan anda akan memikul tanggungjawab. Itu kata orang tua-tua. Yes , itu sememangnya benar bagi saya. Bayangkan ketika saya ingin kahwin, makcik, pakcik saya sudah risaukan keluarga saya. Kata mereka "habislah bagaimana nie, Mau patah kaki, sapa yang nak uruskan keluarga bila si Wani nie dah berkahwin" . Dan kini apabila saya sudah berkahwin dan punyai anak, Tidak saya sangkakan rupa-rupanya saya adalah role model bagi sepupu dan dua pupu saya. Kerna mereka kagum dengan kekuatan dan ketabahan saya sebagai seorang anak, isteri, kakak dan saudara sehingga saya dilabelkan sebagai " Wanita Besi". 

Menangis saya ketika itu, Kerana bagi saya tiada perkara yang lebih bernilai daripada ucapan penghargaan mereka pada saya. Rupa-rupanya pengorbanan saya dalam menjalankan tanggungjawab dalam keluarga telah memberi semangat pada keluarga saya yang lain. Walaupun kewujudan saya dalam masyarakat tidak disedari rupa-rupanya dalam keluarga, saya berada di hati mereka semua. 
Sebenarnya saya adalah orang yang tidak akan berkata TIDAK pada keluarga. Hidup saya hanya untuk menjalankan tanggungjawab pada keluarga.

Wednesday, 1 October 2014

Panduan Memilih MLM - Mengapa Shaklee boleh menambah pendapatan?

Terdapat beberapa orang sering bertanya mengapa perlu saya memilih Shaklee sebagai salah satu punca pendapatan sampingan saya. Banyak lagi produk lain yang mendapat nama. Ya, memang benar tapi mengapa SAYA memilih Shaklee dan mengapa anda juga harus memilih Shaklee sebagai perniagaan MLM anda?

Saya ada terbaca satu coretan yang ditulis oleh: Sham Yang. Panduan Syarikat MLM Yang Terbaik.
http://sites.google.com/site/usanapot/Panduan-Syarikat-MLM-Terbaik


  • Anda ingin menambah pendapatan? 
  • Anda dibebani hutang? 
  • Anda minat berniaga? 
  • Anda ingin mengubah hidup anda ? 
  • Tapi tidak tahu mana nak dituju? 
  • Apa perlu dibuat?
  • Berniaga melalui MLM? 
  • Tapi produk apa yang perlu dibawa? 
  • Berapa kos yang diperlukan untuk berniaga? 
  • Tidak punyai modal?
Saya rasa semua perkara di atas bermain dalam fikiran anda. Jadi saya senaraikan coretan Sham Yang ini untuk anda menilai produk MLM mana yang bagus untuk anda perkenalkan. Dan setiap perkara ini saya akan memberi jawapan mengenai Shaklee sebagai produk yang bagus untuk diusahakan bagi menambah pendapatan anda.

Berikut adalah Panduan Memilih MLM 


1. Syarikat mempunyai barisan produk-produk yang mempunyai ciri-ciri "Killer products" seperti di bawah :

1Halal - Produk yang halal sudah pasti produk yang diperbuat dari sumber-sumber yang baik. Bila halal sudah pasti baik dan suci, tetapi sebaliknya jika baik tak semestinya halal. Mencari yang halal dituntut dalam Islam. Produk yang halal mempunyai pasaran yang lebih luas di seluruh dunia

    


2. Unik - Produk-produk mestilah tidak berlambak dipasaran dan boleh didapati dengan mudah dan terlalu murah. Sekiranya terlalu murah dan mudah didapati,  anda sudah tentu sukar menjalankan bisnes. Saingan terlalu banyak dan ganas.


3.Berkesan - Produk yang digunakan mestilah berkesan dan mendatangkan faedah besar kepada penggunanya. Jika boleh cari produk yang amat berkesan sehinggakan pesaing jauh tertinggal di 
belakang.
.

4. Berlandaskan Fakta-Fakta Sains - Pilih produk-produk yang telah dibuktikan secara saintifik berkesan. Elakkan dari produk yang tidak diketahui asal usul bahan asasnya, terutama apabila produk tersebut amat berkesan, ajaib dan menakjubkan seperti silap mata. Jika syarikat merahsiakan sumber bahan, kemungkinan besar bahan tersebut mengandungi bahan-bahan terlarang seperti dadah dan peransang.



5. Mendapat Pengiktirafan Badan-Badan Dunia - Apabila badan-badan pensijilan dunia mengiktiraf produk tersebut bermakna produk tersebut telah melalui proses ujian oleh pihak ketiga yang berwibawa  dan berkecuali. Ia juga bermakna produk tersebut mempunyai kualiti, berkesan dan selamat digunakan.



6. Mendapat Sambutan Ramai Pengguna - Apabila terlalu ramai pengguna memilih satu produk untuk jangkamasa yang lama, ini bererti produk tersebut sememangnya selamat, berkualiti, harganya berpatutan dan berfaedah. Berilah keutamaan kepada produk yang mendapat sambutan ramai.

7. Sudah Lama Berada Di Pasaran - Kebiasaannya produk yang telah lama berada dipasaran adalah selamat digunakan dan mendapat sambutan. Jika tidak sudah pasti syarikat bagi produk tersebut sudah lama lingkup.



8. Produk Berkualiti - Produk berkualiti tidak semestinya mahal namun produk berkualiti sentiasa mendapat sambutan ramai tanpa mengira harga. Yang pastinya produk berkualiti ialah produk yang telah mendapat banyak sijil-sijil pengiktirafan tempatan dan antarabangsadisamping mendapat liputan yang meluas dari berbagai jenis media.




2. Syarikat menggunakan sistem pembayaran komisyen yang menguntungkan pengedar pengedarnya.
3. Syarikat menggunakan sistem online yang boleh dipantau oleh pengedar-pengedarnya 24 jam sehari.
4. Syarikat sudah lama wujud dan mempunyai bukti kekukuhannya.

 
5. Syarikat mempunyai integriti dan disenangi oleh pengedar-pengedarnya.
 

 6. Syarikat mendapat banyak pengiktirafan tempatan dan antarabangsa.


7. Produk-produk dari syarikat senang diperolehi dengan kos yang berpatutan.

    
8. Syarikat telah terbukti mampu mengeluarkan ramai jutawan.

9. Cari syarikat yang telah terbukti lama berjaya di luar negara dan baru memasuki Malaysia.

10. Cari syarikat yang terlibat dalam industri bernilai berbillion malah bertrillian ringgit.
 

11. Cari syarikat yang tidak memerlukan pelaburan yang tinggi.

12. Cari syarikat yang memberi jaminan pulangan wang.
13. Cari syarikat yang tidak memerlukan anda menyimpan stok.
14. Mulakan busines MLM anda dengan mencuba produk terlebih dahulu.
 
15. Mulakan busines MLM anda dengan cubaan menjual sebelum menjadi ahli.

Untuk mengetahui lebih mengenai Shaklee, anda boleh menonton link tersebut

Shaklee Acterra Business Environmental Award Winner




Anda ingin mengubah nasib anda dan ingin menjadi keluarga Shaklee.
 Ingin mendapatkan sebarang penjelasan bolehlah hubungi saya seperti berikut. 

SMS / WASSUP : 0173586889