Monday, 6 October 2014

Cabaran 7 Hari Entry : 3 Fakta Menarik Tentang Saya Yang Low Profile

Saya telah di tag oleh Mama Ida untuk join cabaran blog dan memasuki kelas membuat blog yang mana saya rasa sungguh bertuah sekali.. huhuhuh. Bayangkan saya adalah seorang yang low profile, kalau jalan dimana-mana orang x sedar kewujudan saya. Tapi bila join cabaran blog bersama ahli ahli Shaklee yang lain saya merasakan diri saya ini diterima ramai dan saya punyai kawan. Dan yang pentingnya saya dapat masuk kelas free cara belajar membuat blog. Seronoknya masuk kelas.

Cabaran pertama adalah saya perlu menerangkan 3 fakta menarik tentang saya. Yang menarik sahaja tau bukan yang membosankan..hehehhe.

Fakta 1 
Saya tidak pernah keluar dari kepompong Klang Valley.
Ibu saya dibesarkan di Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Ayah saya ketika muda telah berpindah ke Pantai Dalam. Nenak, pakcik, makcik, nenek sedara, makcik sepupu, pakcik sepupu, sepupu dan 2 pupu semuanya dibesarkan di Pantai Dalam. 

Tetapi ketika bersekolah saya tidak dihantar di sekitar Pantai Dalam. Tetapi dihantar ke Sekolah Methodist Girl School yang terletak di Brickfields dan di Belakang Masjid Negara. Bukan saya sahaja bersekolah di sana , malah ibu dan makcik dan sepupu dan adik perempuan juga sekolah di sana. Yang peliknya, rezeki sambung belajar juga dapat di Universiti Malaya yang berdekatan dengan Pantai Dalam. 

Dan yang menarik sekali, apabila berkahwin, saya menetap di Bukit Aman berdekatan dengan Methodist Girl School. Mungkin nanti anak- anak saya juga akan bersekolah di sekolah yang sama .. huhuhuhu...3 generasi di tempat yang sama. 

Kini emak saya duduk di Puchong Perdana dan tempat kerja saya juga disana. Jadi hidup saya telah Allah tentukan tinggal di kampung halaman dan mendapat rezeki kerja berdekatan dengan rumah emak. Hidup saya sentiasa dikelilingi saudara mara. Bos di tempat kerja saya juga adalah pakcik saya.. huhuhu.. Menarikkan .

Dan dijadikan cerita lagi, Walaupun ibu mertua saya berasal dari Bagan Dato tetapi masih menginap dan menuntut ilmu agama di TTDI. Kadang kala ibu mertua akan duduk bersama saya dan berselang seli giliran di rumah kakak-kakak ipar saya yang juga berada di sekitar Klang Valley.

Allah Maha mengetahui, mungkin rezeki saya berlegar-legar dikampung saya sahaja iaitu Pantai Dalam. Kalau orang tua-tua kata nie mesti tanam uri dibawah rumah..Ya emak saya memang tanam uri di bawah rumah..huhuhu. Kadang kala jealous juga dengan orang lain yang dapat pergi luar dari kepompong mereka.Mungkin Allah telah menetapkan perkara terbaik bagi saya adalah bersama keluarga..


Fakta 2 
Saya suka benda-benda yang berseni 
Saya sememangnya sangat suka melibatkan diri secara senyap senyap mengenai kegiatan seni. Cabang seni terlalu banyak sehingga saya jadi tamak. Semua benda saya nak buat sendiri. Semua benda saya ingin mencuba sehingga menyusahkan saya. Mana tak saya apabila keinginan meluap luap..saya akan membuat sesuatu kerja itu sehingga separuh jalan. Bila sedang seronok membuat suatu perkara, terlihat perkara lain terus ingin cuba buat perkara lain. Kalau boleh semua benda saya nak kaup dan buat walaupun kerja sebelumnya saya belum siap..huhuhu. 

Mengapa saya katakan saya suka melibatkan diri secara senyap-senyap..sebab saya nie low profile..pemalu..tidak reti untuk bersosial dengan org ramai (dengan saudara mara saya jenis periang). Mungkin juga sebab faktor keluarga yang tidak berada. Jadi saya kurang bersosial kerana sifat rendah diri kerana kekurangan wang. Sehinggalah suatu hari cikgu muzik sekolah rendah saya sedar akan kemampuan saya dan mula melibatkan diri saya dalam aktiviti pancaragam sekolah dan tarian sekolah. Maka bermula dari situlah saya mula terlibat dalam macam-macam perkara seni ketika di zaman sekolah yang tidak memerlukan pengeluaran wang. hehehe... Beli uniform pun kena duitkan..heheh. Aktiviti seni yang saya cebur disekolah seperti memasak, mengubah, menjahit, melukis, menulis puisi, menulis novel, tarian, lakonan,. Dan apabila saya menceburkan diri dalam seni saya merasakan diri saya mendapat kepuasan yang tahap maksimum sehingga saya gembira yang tak terhingga.

Ketika zaman sekolah saya telah menolong ibu saya melukis dan mewarna batik untuk kraftangan malaysia. Agak lama juga saya menolong ibu saya. Walaupun penat dan masih bersekolah tetapi saya gembira kerana membuat sesuatu perkara yang saya suka walaupun x diberi upah..hahahahah. Betullah kata orang apabila kita membuat sesuatu yang kita suka, kita akan puas dan tidak pernah kesal akan penat.

Masa berjalan dan berlalu, diri dikurung oleh tanggungjawab yang macam-macam, masa juga sering mencemburui. Kadang kala kita lupa ingin melakukan perkara yang kita minat sehingga kita rasa diri sungguh tertekan. Sejak tahun lepas tekanan yang saya hadapi dapat saya kurangkan apabila saya tiba-tiba ingin menari di dapur ketika masak..hahahah. Dan kini saya sungguh gembira walaupun serba kekurangan kerna saya telah menggembirakan hati saya dengan melakukan perkara seni ketika dalam tekanan.


Fakta 3 
Tahi lalat dibahu vs anak sulong 
Saya digelar sebagai anak emak, jangan sampaikan rahsia pada saya nanti mesti saya sampaikan pada emak saya.. hehehe. sebab itu adik beradik amat anti dan berahsia dengan saya kerana saya sangatlah 'anak emak'. Walaupun saya anak emak tapi saya bukanlah anak yang bermanja-manja gitu dan very keperempuan. Oh tidak. Saya telah dilatih dari kecil untuk memegang tanggungjawab yang besar, Sebagai anak sulong, urusan adik adik dari sekolah sampai hal remeh temeh saya yang uruskan sehingga mereka sudah besar. Baik dari ambil report card, baik dari menjaga emak dalam pantang, baik menguruskan mereka yang berada di hospital, baik menguruskan musuh2 adik malah urusan universiti sekali pun saya uruskan. Cuma apabila saya dah berkahwin saya kurang memikul tanggungjawab itu lagi memandangkan adik2 saya yang lain mula bekerja dan pandai berdikari. 

Tahi lalat di bahu menandakan anda akan memikul tanggungjawab. Itu kata orang tua-tua. Yes , itu sememangnya benar bagi saya. Bayangkan ketika saya ingin kahwin, makcik, pakcik saya sudah risaukan keluarga saya. Kata mereka "habislah bagaimana nie, Mau patah kaki, sapa yang nak uruskan keluarga bila si Wani nie dah berkahwin" . Dan kini apabila saya sudah berkahwin dan punyai anak, Tidak saya sangkakan rupa-rupanya saya adalah role model bagi sepupu dan dua pupu saya. Kerna mereka kagum dengan kekuatan dan ketabahan saya sebagai seorang anak, isteri, kakak dan saudara sehingga saya dilabelkan sebagai " Wanita Besi". 

Menangis saya ketika itu, Kerana bagi saya tiada perkara yang lebih bernilai daripada ucapan penghargaan mereka pada saya. Rupa-rupanya pengorbanan saya dalam menjalankan tanggungjawab dalam keluarga telah memberi semangat pada keluarga saya yang lain. Walaupun kewujudan saya dalam masyarakat tidak disedari rupa-rupanya dalam keluarga, saya berada di hati mereka semua. 
Sebenarnya saya adalah orang yang tidak akan berkata TIDAK pada keluarga. Hidup saya hanya untuk menjalankan tanggungjawab pada keluarga.

No comments:

Post a Comment