Thursday, 9 October 2014

Cabaran 7 Hari Entry : Vitamin Shaklee Yang Pertama Kali Saya Makan


Cabaran Hari ke 4 -  Vitamin Shaklee Yang Pertama Kali Saya Makan ialah 



Lecithin dan Alfafa 


 

Kenapa saya mula makan Lecithin dan Alfafa?
Sebab saya nak kuruskan badan. Apabila saya baca kebaikan lecithin dan alfafa terus saya order dan beli dan makan sebab saya takut lemak yang tidak baik membeku dalam salur darah saya dan x dapat dibuangkan. Saya x mau kena sakit jantung..Sebab saya kurang eksesais ..Parking kereta pun terus masuk pejabat dan rumah. Senaman terakhir ketika zaman sekolah menengah dahulu. Lepas tu hanya senaman ketika di supermarket sahaja. Itu pun sebab ada air corn. Cuba panas-panas pergi shopping taubat x mau..buat penat berpeluh jer...huhuhuh. Lagi pula harganya pun tidak membebankan saya yang mula-mula nak berjinak makan suppliment.

Lecithin harganya : RM 52.50
Alfafa (s) : RM 53.75 

Tapi memandangkan saya telah menjadi ahli maka kedua-dua suppliment tu saya dapat diskaun sehingga 20% . Berbaloikan dapat pemotongan harga untuk kegunaan sendiri.


Perasaan saya ketika mula hendak makan Lecithin dan Alfafa 
Memandangkan baru pertama kali nak makan..belek dulu botolnya. baca dahulu arahan dan kandungannya. Lepas saya dah faham..saya pun mula buka botol Lecithin..Ohhhh.begini rupanya.
Ok saya ambil 3 tablet dan telan.Ermmm nasib baik senang telan x sangkut kat tekak.. Takut juga kapsulnya mudah sangkut..heheheh

Kemudian saya buka botol Alfafa .uikssss..ada kapas-kapas..kenapa dan mengapa? Takperlah buang sahaja kapas-kapasnya...Uiksss bau alfafa buat saya nak muntah. Alamak kenapa warna hijau dan baunya pula memualkan. Kemudian saya teringat bahawa alfafa adalah ekstrak dari tumbuhan alfafa.. Jadi saya kuatkan diri dan cakap dengan sendiri 


" benda dan makanan yang elok selalunya tidak disukai..hahahahahaha" 


Kesan sampingan yang saya dapat lepas makan Lecithin dan Alfafa 
Saya kurang minum air selama ini. Lepas mengambil Lecithin dan Alfafa saya kena minum air dengan banyak iaitu 3 litter 1 hari seperti yang disarankan. Saya pun mendisplinkan diri mengambil air dengan secukupkan. 

Pada permulaan hari dalam  mengambil air yang mencukupi, saya berulang alik ke tandas setiap 10 minit sehinggakan saya rasa x mau pakai seluar dalam dah lagi dan x larat nak berulang alik lagi ke tandas heheheheh. Tapi saya gagahkan juga. Saya nak seluruh toksik dalam badan saya ini disingkirkan .

Setelah seminggu lebih saya mengambil Lecithin dan Alfafa, saya mula mendapat ruam di seluruh muka. Bukan dibadan tapi dimuka dan leher..Sangat sangat banyak..Tiap-tiap kali saya menggaru muka saya. Jumpa org tahan tangan jer dari mengaru...Dah sampai naik luka2 dah muka dan leher asyik mengaru jer . Saya cuba ambil losyen sapu kat muka..baru rasa lega sebab sejuk tapi pedih pedih jugalah sebab dah lukakan muka dan leher..

Bila dibaca rupernya tu semua healing crisis. Nak menunggu healing crisis nie habis memang mencabar kesabaran. Mana taknya effectnya kat muka..huhuhu. Tapi terpaksalah juga sabar dan tenang. Tulah sapa suruh dulu makan benda yang bukan bukan..kan dah banyak toksik dalam badan

Akhirnya muka saya kembali normal lepas saya teruskan juga makan Alfafa..Saya rasa lega sangat. Ruam mula hilang ..Alhamdullillah.  

Nak tahu apa kelebihan Lecithin 







Nak tahu apa kelebihan Alfafa






Dah tahukan kebaikan Lecithin dan Alfafa. Jadi kalau anda semua nak mencuba boleh hubungi saya. Sebenarnya pembuangan toksik penting untuk diri kita sebab makanan kita banyak yang mempunyai kandungan kimia dan pengawet. Itu belum cerita lagi dengan penggunaan kosmetik dan ubat ubatan sintetik yang kita ambil.. Sedap dan cepat memang seronok tapi tubuh dalaman kita terkumpulnya banyak toksik sehingga menyebabkan organ kita terbeban dan menjadi rosak. Sebab itu kebanyakkan orang sekarang muda-muda dah macam-macam sakit mengalahkan orang tua-tua. Sebab cara kehidupan kita yang ingin cepat dan mudah dan tidak mesra alam.. huhuhu.. Peringatan untuk saya juga.


Ingin mendapatkan sebarang penjelasan bolehlah hubungi saya seperti berikut. 

SMS / WASSUP : 0173586889
*Penghantaran percuma ke rumah di kawasan Puchong, Bukit Aman dan Pantai Dalam.
(*Pada waktu tertentu sahaja) 
Penghantaran secara pos di seluruh Malaysia 

Produk Shaklee bukan berfungsi untuk merawat atau mengubati TETAPI produk Shaklee berfungsi untuk mengatasi masalah

2 comments:

  1. jemput singgah blog sy k http://anieadinievitaminstore.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer..insyaallah saya singgah nanti. terima kasih datang ke blog saya yer

      Delete