Thursday, 6 November 2014

Kek Tanpa Bakar Atau Kukus. Senangnya !

Hahhh.. Sapa -sapa di sini yang nak buat kek, teringin buat kek tapi x suka dengan senarai bahan kek yang banyak, x suka dengan bahan2 dia yang melecehkan, tiada oven, malas nak buka oven, tiada kukus dan senang citer malas segala2nya tapi masih nak buat kek .

Saya ada penyelesaiannya. 

Kek yang dibuat tanpa perlu bakar atau tanpa perlu kukus.

Tak percaya? Anda masih boleh menghasilkan kek. Percayalah pada saya..

        •  yang sedap
        • mengikut citarasa anda
        • design  dan hiasan anda sendiri 
        • sangat sihat 
Jom saya ajar cara membuat kek yang paling senang dan ringkas, suruh budak tadika buat pun mesti dorang suka dan lagi mungkin hebat decorationnya dari anda dan juga saya  .. hehehehehhe

Saya kenalkan kepada anda semua, kek terhebat di waktu ini. Ssesuai dengan kehidupan moden zaman sekarang, 'Pantas, Mudah, Cantik, Homemade'... inilah dia saya kongsikan kepada anda semua 


" Kek Tembikai"  

Manis diluar manis juga di dalam 


Cara-cara membuatnya , Jom saya bantu anda membuatnya yer ...

Bahan-bahan : 
1 biji tembikai merah/kuning/ susu (nak x ada biji pun boleh) 
Whipped cream instant beli jer kat kedai
Kacang/almond/ kuaci / chocolate rise
Buah-buahan sebagai hiasan . x mau buah pakai jer choco jelly ke, kit kat ke, nips ke, m&m ke apa pun boleh

Cara -cara nak buat: 

  1. Potong tembikai kepada 2 bahagian . 
  2. 1 bahagian yang telah dipotong itu diambil untuk kita buat kek . dan dipotong dibahagian bawah supaya tembikai itu boleh duduk dan x tergolek 
  3. Potong kulit2 di sekeliling tembikai 
  4. Ambil whipped cream, sapukan ke seluruh tembikai tersebut. Jangan risau kalau anda sapu x licin. Itulah namanya homemade ..heheh
  5. Hias kek dibahagian tepi  dan di atas kek mengikut citarasa anda 
  6. Masukkan dalam peti ais sementara waktu supaya bila anda makan kek. kek anda sejuk dan menyegarkan 
Tips : kalau rasa nak buat kek 2 tingkat tu ..hiaskan lagi sebelah tembikai yang diketepikan tadi dan dikecikkan sikit saiz potongannya 

Senang tak? senangkan . Susah ke? x susahlah , Simple jer kan sekarang kalau kita nak buat kek. Makan banyak pun x per sebab kita dah buat kek yang sihat .Jom buat homemade kek ...


Wednesday, 5 November 2014

Tips-Tips Mengenai Tayar Kereta Yang Penting

Selalu saya bercerita mengenai kesihatan tubuh badan dan cara nak menjadi sihat . Tapi kali nie berlainan pula. Saya nak citer mengenai Tayar Kereta. Saya pasti ramai antara kita khususnya wanita hanya tahu pergi ke kedai tayar kereta dan sebut mahu tukar tayar. Jenis memilih tayar kita kurang arif. Apa yang kita pentingkan ada diskaun dan murah ..heheheh. Tu saya tujukan buat saya lah tu. Tapi x tahulah kalau anda lebih arif dan handal memilih tayar kereta bagi saya anda sangat hebat. Khususnya wanitalah yer. 

Kalau lelaki bagi saya anda mesti selalu dapat info pasal tayar kereta nie. Mana yang elok, mana yang murah, mana yang berkualiti. Topik perbualan yang selalu jer anda sembangkan dan ianya bukan menjadi satu topik bagi wanita untuk berbicara mengenainya. 

Jadi hari nie saya nak berkongsi ilmu mengenai Tayar Kereta pada anda semua. Ilmu yang saya dapat daripada blog ini http://hujanpaneh.blogspot.com/ . Yang saya rasa sangat bagus untuk diketahui oleh semua pemandu kenderaan. Antara point yang akan saya dedahkan ialah 

"Tips-tips memilih tayar kereta yang baik dan cara penjagaannya" 


1. Faham Code Sidewall Tayar 

Penting untuk mengetahui tayar mana yang sesuai untuk kenderaan anda 
Jika kereta anda berenjin 1.3
  • gunakan sport rim bersaiz 14" (35 sentimeter)
  • jika anda menggunakan sport rim saiz 15" kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat , memendekkan jangka hayat peralatan penyerap hentak (absorber) dan meningkatkan penggunaan minyak petrol. 
Jom kita lihat contoh code sidewall tayar 


Kod tayar adalah P205/65 R16 95 V
205 - kelebaran tayar 205mm 
65   - 65% ketebalan tayar daripada 205mm
R    - binaan radikal 
16   - kegunaan rim 16" 
95   - berat yang mampu ditanggung tayar 95 kg  
V     - Kelajuan maksimum tayar mampu meluncur 240km/j

Penting : Pastikan tayar anda ada tanda MS atau E. Jangan beli tayar yang mempunyai tanda yang bertulis DOT. Ni simbol kualiti yer...





2) Tarikh Tayar Dikilangkan 


Mengikut piawaian antarabangsa tayar hanya bertahan selama 2 tahun selepas di kilangkan 
Jom kita guna contoh gambar di atas 1604
  • 16  bermaksud minggu ke 16 . Dalam 1 tahun ada 48 minggu. Jadi minggu 16 adalah bulan FEBRUARI  
  • 04 bermaksud tahun 2004 
  • Maka tarikh tayar dikilangkan ialah Februari 2004
  • Tarikh exired 2 tahun dari tarikh di atas iaitu Februari 2006
  • Jika tayar itu mencatatkan tempoh 52 minggu jangan beli
Latihan untuk anda : Catatkan tempoh expired tayar yang anda sedang gunakan sekarang. Sekiranya tempoh lupus tayar anda telah habis tempoh walaupun bunganya masih banyak wajar ditukar kerana getah tayar telah keras. 


3) Jenama Tayar Yang Paling Bagus 




Tayar yang paling bagus adalah tayar yang made in Japan kerana tayarnya lebih lembut. Contohnya seperti tayar jenama Michelin, Yokohama, Falken. Tayar ni lebih lembut sebab dibuat ikut iklim sederhana yang kurang panas bukan ikut cuaca Malaysia yang panas terik. Jadi jika tayar nie digunakankan kat Malaysia Jangkahayat akan pendek, bunga cepat habis.

Jika untuk penggunaan biasa guna jenama Dunlop, Silverstone dan Goodyear pun dah ok. Continental, Bridgestone, Toyo, Michelin pun bagus dan baik tapi harga sedikit mahal. Elakkan beli jenama Sime Tyre. 

Faktor tayar bising atau senyap, bunga haus adalah bergantung kepada cara anda memandu dan juga jenis kereta. Kebisingan tayar adalah bergantung pada bunga tayar. 
  • Kalo lebih senyap tayar maknanya ia x sesuai untuk permukaan yang basah 
  • Kalo lebih bising tayar maknanya ia lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah 
Tips macamana nak tahu tayar bising atau senyap : nie tips dari saya.cuba dengar bunyi tayar masa parking dalam shopping mall. kalau masa kita belok atau putar tayar kereta masa nak ejas parking kalau bising tu tayar kita banyak bungalah tu. Kalau perlahan jer..hah tu senyaplah tayar kita atau pun bunga dah haus. Kalau macam tu kenalah hati2 masa hujan 


4) Jenis Bunga Tayar 

Tayar jenis Silverstone Powerblitz, Goodyear Eagle GA dan Sime Tyre Astar merupakan jenama tayar yang biasa digunakan oleh kenderaan kecil. Ia agak berpatutan dan bunganya kelihatan bersegi empat. Sesuai untuk pemandu biasa yang tidak memandu laju atau terlalu ekstrim. Jenis tayar ni keras juga membuatkan tayar ini boleh tahan agak lama.




Tayar yang tak boleh pandu laju ketika hujan adalah tayar jenis semi slick seperti Yokohama Advan Neova, Bridgestone Potenza G3, Falken Azenis, Pirelli P7, Michelin Pilot Sport, dan Toyo T1R. 

Jika tak kisah pasal keselesaan dan perlukan tayar yang mampu meneruskan perjalanan dengan lancar ketika hujan, tayar seperti Silverstone FTZ Evol 8, Goodyear Eagle F1, Kumho Escta 712 dan Yokohama Prada.



Jika anda memandu kereta sedan yang agak berat dan sering memandu jauh dan mementingkan keselesaan, tayar yang lebih baik adalah Bridgestone Turanza, Bridgestone My01, Bridgestone Potenza, Goodyear NCT3, Goodyear NCT5, Silverstone Kruizer 1, Michelin Pilot, Yokohama A-Drive, Michelin Energy, Yokohama C-drive dan Falken Ziex 326.


5) Buat Alignment Dan Rotation Tayar




Jaga aligment setiap 3/6 bulan rotate tu tayar. Caranya (untuk 4 tayar yang sama saiz) : 

  • Tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang 
  • Tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang 
Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar. Caranya:
  •  masukan tayar ganti ke kanan belakang
  • belakang kanan ke depan kanan
  • depan kanan ke belakang kiri
  • depan kiri ke dalam boot ganti
  • belakang kiri ke depan kiri
Semua rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta. Lakukan setiap 3 bulan alignment dan balancing untuk keselamatan anda. Walaupun alignment lari sedikit saja, boleh jejaskan pengunaan petrol juga, kita membazir dan merosakkan alam sekitar kita dengan banyak tayar yang dibuang dan juga petrol. 


6) Tayar Botak Dan Tayar Cepat Haus




Tahap kehausan tayar boleh dilihat dengan mata kasar. Bunga tayar yang semakin licin menunjukkan penggunaan perjalanan yang tinggi. Begitupun, kehausan tayar boleh terjadi atas sebab-sebab lain seperti penyerap hentak yang rosak, penjajaran yang salah, permukaan jalan raya tidak elok dan corak pemanduan yang kasar.Kerap membrek secara kuat dan pemanduan yang agresif boleh menyebabkan tayar haus secara tidak sekata. 

Tayar yang botak secara sekata pula adalah normal. Ia bergantung kepada jenis pacuan kenderaan. Kereta pacuan hadapan akan mengalami kehausan tayar hadapan dalam kadar lebih cepat. Dalam industri, tiada ketetapan yang khusus tentang kaedah rotasi tayar.

Ada yang mencadangkan perbatuan 10,000 kilometer (km), malah ada yang mencecah 20,000 kilometer. Rotasi tayar perlu dibuat dengan betul. Tayar hadapan kanan perlu ditukar dengan tayar belakang kiri dan begitulah sebaliknya.





7) Berapa Tekanan Angin Tayar Yang Sepatutnya?



  • Jangan lupa periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya dua kali sebulan. 
  • Tekanan tayar boleh dilihat pada pelekat yang lazimnya diletakkan di bahagian pintu pemandu sebagai rujukan
  • Jangan pam tayar lebih tinggi daripada had yang disyorkan. 
  • Jangan pula biarkan tekanan angin tayar berada di bawah paras yang dicadangkan. 
  • Sentiasa pastikan angin tayar betul. 
  • Periksa sendiri Pressure setiap 2 minggu.. WAJIB.... kalau ada pressure gauge sendiri lebih baik.. (beli yg bentuk mcm pen tu murah jer..)presure tester menunjukkan sampai aras "3" tekanan angin tayar dikira mencukupi ,
Tekanan angin tayar untuk kerete 1.3 cc & 1.5 cc 
- tekanan angin dalam lingkungan 190 kpa hingga 230 kpa. Contohnya kalau rim 15' tayar 55 siri. 
- Standard Gen.2 r Waja.  Tayar depan letak 210/30.Tayar belakang 190/29. 
- Kalo kereta kancil rasanya around 180-200 kpa.
- Yang pasti kebanyakkan orang pump tayar kereta dengan tekanan 210 kpa

8) Tukar Tayar Sama Brand



Harus di ingat setiap jenis tayar di buat dgn charector nyer sendiri dan corak bunganya pun tak sama. Jadi, kalau nak tukar pilih tayar pilih  yg sama brand atau pun tukar kesemua tayar 


9) FAKTA PENTING TAYAR YG DIGUNAKAN
  • Jangan gunakan tayar yang telah tamat tempoh. Semak catatan produksi tayar.
  • Jangan pakai tayar korek. Tahap kakisan tayar ini telah melebihi had rekaan pengeluar.
  • Jangan gunakan tayar berlainan model pada setiap sisi.
  • Pastikan ukuran tayar tidak melebihi had pengeluar.
  • Roda yang terlalu besar menyebabkan keupayaan berhenti menjadi rendah.
  • Rim yang rosak pada bahagian sisinya boleh menyebabkan kebocoran angin secara perlahan. Bukan disebabkan tayar terkena objek tajam.
  • Jangan memandu laju ketika hujan dengan tayar yang sudah haus. Ia boleh menyebabkan berlakunya aquaplaning, situasi apabila lapisan air di atas jalan raya lebih 'tebal' berbanding bunga tayar.Ia akan membuatkan tayar 'terapung', hilang cengkaman serta kenderaan tidak dapat dikawal oleh pemandu.
Jadi anda semua dah tahu mengenai tayarkan. Saya pun banyak buat silap dalam memilih tayar selama ni. Saya berharap lepas nie lebih ramai pengguna kenderaan mempunyai ilmu tentang penjagaan tayar kereta khususnya Wanita. Sama-sama kita menjaga keselamatan diri dan org lain yer.


#berkongsiilmu 
# khidmatmasyarakat 

Tuesday, 4 November 2014

Rahsia Rawat Sakit Tumit

Pernah tak anda merasa sakit tumit ketika bangun pagi. Bila bangun sahaja dari katil, tumit rasa sakit sangat, nak pijak lantai pun sakit. Menucuk-nucuk sakitnya, kadangkala nyilu, kadang kala sakit dalam tumit, kadang kala pula nampak bengkak kat pergelangan kaki. Bila dah berjalan lama sikit baru sakit tumit tu hilang.

Bila kita gie shopping, berjalan lama sikit jer , mulalah sakit tumit dan mulalah time tu nak cari tempat duduk. Kat celah mana pun x kesahlah janji dapat duduk sebab dah sakit tumit. kalau tak duduk dan terus berjalan, sakit tumit tu terus buat kita sakit betis kadang kala sampai peha dan juga dah jadi sakit sampai kat punggung. Mulalah kita urut2 tapak kaki, betis dan dan peha.. tang punggung tu memang malulah nak urut orang ramai kan. 

Kalau anda pernah sakit macam tu, saya juga pernah sakit macam tu. Kadang kala terpikir, tua sangat ke aku nie sampai dah x larat jalan, sakit sakit dah semua kaki nie..Dah gemuk sangat ke aku nie, kaki x bleh nak tampung. Kadang kala masa berjalan dah naik malu sbb jalan dah x macam org normal.

Haa..kerana sakit tumit nielah macam2 benda kita buat semua jadi dah x normal. Perasaan pun down. 

Sakit tumit ini ada banyak jenis tapi kebiasaannya , ramai antara kita sakit tumit yang di panggil plantar fascitis. Keradangan pada tisu tapak kaki.




Kalau kita gie klinik biasanya doktor akan tanya macam-macam, uric asid lah, check tulang kecil kat kakilah pastu nanti doktor akan inject. Kalau dah inject tu memang dah x sakitlah kan dalam tempoh tertentu. Tapi sampai bilalah nak kena inject jer. 

Ada juga takut dan x mau gie klinik... Asyik sapu tumit kaki dengan minyak panas , dengan ais, berurut malah ada yang hentak2 kaki sebab nak bagi tumit tu ok balik.. Kalau saya pula kompem sapu minyak panas atau pergi telaga air panas rendam kaki dalam kolam yang paling panas...huhuhuhu..sampai merahlah kaki. 

Doktor biasanya akan meminta kita kawal diet pemakanan kita, Kurangkan mengambil makanan yang boleh buat uric asid jadi banyak. Sebab uric asid nie kalau banyak sangat kita yang dah sakit tumit nie akan jadi bertambah sakit dan seterusnya uric asid tu kumpul pula kat lutut, Sakit lutut lah pulak. Dah lagi teruk nak berjalan, nak bersila, nak duduk bawah, nak sembahyang.

Apa makanan yang menyebabkan uric asid jadi banyak. Kebanyakkan kita menyatakan seafood, cengkerang2, kekacang . Mulalah kita pantang makanan2 tu semua walaupun bila tengok udang , sotong macam sedap jer.. nampak pula ikan bakar cicah ngan air asam sedap jer...Nampak pula ketam masak sweet sour , udang masak butter, sotong goreng tepung kat restoren, Mahunyer nak kontrol makan. Takkan punyerlah ..hahahah


Nasihat Jika Sakit Tumit 

Disini saya senaraikan langkah-langkah dan perkara yang biasa doktor suruh kita buat sekiranya sakit tumit 
  • Rehatkan kaki dan kurangkan aktiviti 
  • Buat regangan kaki atau tapak kaki sekurang kurangnya 3 kali sehari.
  • Pakai kasut yang berspan. Elak pakai kasut yang longgar dan tapak nipis 
  • Mengawal diet pemakanan yang lebih berkhasiat 

Senaman untuk Sakit Tumit 

Ini pula antara senaman yang disarankan untuk kita lakukan bagi masalah sakit tumit. 



  1. Letakkan tangan di dinding di hadapan sambil meletakkan satu kaki di hadapan yang lain.
  2. Alihkan berat badan anda ke kaki hadapan dan bengkok pada lutut, pastikan kaki belakang lurus dan kedua-dua tumit di atas lantai.
  3. Menggunakan sokongan pada dinding, alihkan berat badan ke depan dan rasa regangan sepanjang betis.
  4. Tahan regangan ini pada setiap kaki tidak kurang daripada 30 saat. Ulangi 5 kali pada setiap kaki.
  5. Kembali ke kedudukan semula dan ulangi dengan kaki yang sebelah lagi.

  1. Berdiri di atas tangga.
  2. Secara beransur-ansur turunkan tumit ke bawah sehingga anda rasa regangan yang selesa pada betis anda.
  3. Tahan regangan tidak kurang daripada 30 saat.
  4. Ulangi latihan ini 5 hingga 10 kali dengan regangan yang sedikit dan sederhana dan tanpa sakit.

1. Ambil tin minuman yang kosong dan letakkan di bawah kaki
2. Tekan kaki dan gelek-gelekkan tin di tapak kaki anda 


Plantar fascia tissue-specific stretching exercise
  1. Duduk di atas kerusi dan silangkan kaki atas lutut anda yang lain.
  2. Bengkokkan pangkal jari anda dan tarik ia ke arah badan anda sehingga anda rasa regangan yang selesa.
  3. Tahan regangan tidak kurang daripada 30 saat.
  4. Ulangi latihan ini 5 hingga 10 kali dengan regangan yang sedikit dan sederhana dan tanpa sakit.
Tempoh penyembuhan sakit tumit nie mengambil masa yang panjang. Itu pun bergantung kepada tahap kita menjaga dan merawatnya.

Bagi mereka yang inginkan sakit tumit ini kurang dan hilang dan tidak mahu kena inject dan tidak mahu makan painkiller khususnya bagi sakit plantar fascitis. Saya sarankan anda semua cuba makan Omegaguard Shaklee

Minyak ikan yang mempunyai rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak. Selain dapat mengurangkan asid uric anda , melancarkan peredaran saluran darah dan membakar lemak anda sekali gus 

Mengapa pula saya sarankan makan Omegaguard Shaklee dan bukan jenama minyak ikan lain. Kan sama jer semua minyak ikan . Haa lihat jadual dibawah dan anda akan tahu perbezaan setiap produk. Yang mana tulen dan yang mana x berapa nak tulen.



Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure , dibuat dengan begitu sempurnapenyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omegaguard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik. 


Testimoni dari saya untuk sakit tumit dan sakit kaki : 

Saya sekarang nie dah jadi pengguna tegar Omega guard. Tiada lagi sakit tumit kaki, dah x malu nak datang rumah orang dan bersila dibawah dan x ada lagi tiba2 kaki x boleh nak lurus bila bersimpuh di bawah , tiada lagi rasa ketat di kepala lutut. Selain tu juga saya gunakan Omega guard nie sebab nak bakar lemak.. Takut kolestrol tinggi..huhuhu..Mana taknya suka sangat makan masak lemak cili padi dan makanan bergoreng. Keluarga saya pula adalah peminat tegar makanan laut jadi takut juga kena gout. Jadi mencegah adalah lebih baik dari mengubati.

Kempen Drug Free - Katakan Tidak!
Ingin mencuba produk Shaklee bolehlah hubungi saya seperti berikut. Atau ingin bersama menambah pendapatan dengan saya dan mendapat potongan harga bagi produk Shaklee, jom hubungi saya.  


SMS / WASSUP : 0173586889
*Penghantaran percuma ke rumah di kawasan Puchong, Bukit Aman dan Pantai Dalam.
(*Pada waktu tertentu sahaja) 


Produk Shaklee bukan berfungsi untuk merawat atau mengubati TETAPI produk Shaklee berfungsi untuk mengatasi masalah

Saturday, 1 November 2014

Promosi Omegaguard November 2014

Wah bestnya. Suppliment yg menjadi kesukaan sy telah kembali membuat promosi. Promosi Shaklee utk bulan November 2014 ialah Omegaguard. Minyak ikan yg terbaik di antara semua produk. Jom kita ramai2 dapatkan suppliment terbaik ini. Dari kanak-kanak sehingga warga emas boleh menggunakannya.

BELI 6 PERCUMA 1 OMEGAGUARD KINI DIPASARAN. 
Sah dari 1 Nov 2014 - 30 Nov 2014

This Month's Promo!!

Promosi berganda BELI 2 OMEGAGUARD ANDA LAYAK MENDAPAT 5% DISKAUN 
Dari 1 Nov 2014 - 30 Nov 2014
November 2014 Double Promo!

Thursday, 30 October 2014

Falsafah Duit Ketika Ini . Mati Pun Perlukan Duit

DUIT tak boleh bawa mati TAPI tak ada duit rasa nak mati 

DUIT  tak boleh beli kasih sayang TAPI kasih sayang boleh hilang bila tak ada duit 

DUIT tak boleh beli tidur TAPI  tak ada duit tidur pun tak lena 

DUIT tak boleh beli kesihatan TAPI untuk sihat perlukan duit 

DUIT tak boleh beli kebijaksanaan TAPI untuk dapatkan ilmu perlukan duit 

Orang bodoh nampak cerdik bila ada DUIT TAPI  orang cerdik nampak bodoh bila tak ada duit 

DUIT bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit 


Adalah penting untuk kita mencari duit supaya kita boleh hidup, beramal, berilmu, dan sihat dan bergembira. Tetapi jangan sesekali menjadi hamba duit. Jangan sesekali mengutuk orang orang yang gigih mencari duit kerana duit juga boleh membantu dirinya untuk memperoleh pahala. Jangan sesekali mengutuk orang yang tidak memperoleh duit kerana duit anda mungkin akan beralih kepada mereka pula.

Sebenarnya saya terpanggil untuk memberitahu bahawa pentingnya duit apabila saya menyaksikan satu peristiwa kematian seorang hamba Allah yang dilenggahkan urusan pengebumian kerana keluarga itu tidak mempunyai duit. Allahuakbar. Ketika itu saya rasa terpukul bagaimana sekiranya jenazah itu adalah diri saya dan keluarga saya ketika itu tiada duit untuk menguruskan jenazah saya. Kerana urusan jenazah juga memerlukan duit. Jadi saya merasakan perlunya diri saya keluar dari zon selesa mencari duit lebih agar tiada ahli keluarga atau kenalan2 saya merasa atau mengalami peristiwa yang menakutkan seperti di atas. Ya sememangnya kita ada khairat kematian.Tapi kebiasaannya duit itu sering diberi selepas selesai urusan pengebumian. Duit untuk menguruskan jenazah juga bukan sedikit dan ianya agak besar jumlahnya kini.

Jadi marilah kita bersama-sama mencari rezeki dan duit yang lebih agar hidup kita menjadi aman dan berkat dan dapat memperoleh pahala yang lagi banyak seperti mana banyaknya duit yang kita ada. Amin

Di sini saya nak share salah satu cerita / video seorang yang telah membuat duit dan nampak peluang yang ada untuk membuat duit walaupun pada mulanya tidak sangka akan membuat duit untuk diri nya.

Nama orang di dalam video ini ialah Dilla Jalil . Anak, Kakak, dan Isteri yang cukup gigih. Anda nak tahu kisah disebalik kejayaan Dilla Jalil. Tunggu Nanti saya akan jemput dia sebagai tetamu dalam blog saya. Sementara tu anda boleh tonton video dibawah.




Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.




Pengedar Sah Shaklee Di Ipoh Perak

Jika anda nak jadi seperti Dilla Jallil dan beberapa orang lagi yang hebat seperti ini

Lyna Noh - pengiktirafan di USA ..ok 



atau seperti ini  Shareeza 



korang semua bolehlah contact saya yer . Tel boleh sms boleh wasuup bleh ke no 017-3586889. Saya akan cuba bantu anda .



Tambah Pendapatan Setiap Tengah Bulan

Jika anda menginginkan pendapatan anda bertambah dan diperolehi pada setiap pertengahan bulan, anda boleh mendapatkan pendapatan sampingan bersama Shaklee. Bukan sahaja pendapatan terdapat faedah-faedah lain yang akan anda perolehi dengan kami di Shaklee.

Bagaimana Ia Berfungsi 

Di Shaklee, kami memberi anda peluang untuk mewujudkan gaya hidup yang benar-benar bermanfaat dari segi kewangan dan kesihatan. Perhatikan bagaimana ia memberikan perjalanan dan inspirasi yang memberikan hasil bermanfaat kepada ramai orang yang seterusnya bergelar jutawan:


[SHAKLEE MALAYSIA] Success Biz Leader Forum



Montage Jutawan Shaklee Appreciation Hi Tea 2013 Official FHD


The Shaklee Opportunity


Bayangkan dan lihatlah...

Jika anda boleh mengambil masa untuk bermimpi, dan membayangkan kehidupan yang ideal untuk diri anda, apakah perkara yang paling penting kepada anda jika anda adalah seorang Jutawan ?

MEMBANTU ORANG LAIN 
mencapai impian mereka dan menjalani kehidupan yang lebih baik

FLEKSIBILITI 
untuk bekerja di mana-mana anda suka dalam hidup anda yang sangat sibuk

HIDUP DIRANCANG OLEH ANDA SENDIRI
memberi tumpuan kepada minat anda dan membuat masa depan yang anda mahu

HADIAH 
mendapat pelbagai manfaat termasuk diskaun produk, faedah kewangan, perjalanan, bonus, dan kereta

MASYARAKAT
rakan-rakan yang ramai dan mempunyai kenalan yang ramai yang bekerja dan membantu bersama-sama

Di Shaklee, kami mengikuti semua impian di atas yang anda ingin kecapi. Sebuah kehidupan yang anda bayangkan selama ini dan impikan selama ini boleh menjadi kenyataan dengan Shaklee.

Anda masih ragu-ragu. Perhatikan bagaimana seorang surirumah juga mampu menjana pendapatan tanpa keluar bekerja dan memperoleh pendapatan setiap pertengahan bulan dengan 5 angka . Di Shaklee tidak kira siapa status anda kami akan membantu anda untuk bersedia menjana pendapatan sampingan anda.

 

Cabaran Surirumah 5-Angka Bersama Shaklee - yoursupermomHD



Tips Menjalankan Bisnes Daripada Rumah - yoursupermomHD



Ingin bersama kami untuk menjana pendapatan sampingan anda, bolehlah hubungi saya seperti talian dibawah . 

Bayaran sebanyak RM 75.00 seumur hidup ataupun dengan pembelian produk Shaklee.



Jangan keberatan untuk sms/wassup saya jika anda ingin sebarang maklumat lanjut. Saya sedia membantu. 

SMS / WASSUP : 0173586889



Tuesday, 21 October 2014

Hobi - Jahit Apa tu Kak?

  


Setiap org ada hobi, tapi kadang kala kerana kekangan masa, komitmen yang tinggi, kita lupa yang kita ada hobi ke, apa yang kita suka buat yer? Mungkin hobi kita mula dilupai bila kita selalu melakukan rutin yang sama setiap hari. Bila ditanya mengenai hobi mulalah flash back balik dulu-dulu aku suka itu, suka ini, sekarang dah x buat lagi dah..ermmm.kalaulah boleh buat semula.. Anda pernah merasakannya, saya juga sentiasa merasakannya..hehhehe.

Bila bertanya mengenai hobi. Saya suka banyak benda seperti menjahit, mengemas rumah, mengubah bunga, memasak, menanam pokok bunga, mengecat, membuat perabot pun saya suka..hehehehe. Kalau disuruh bina kapal pun saya nak buat..heheheh. Bila terlalu banyak sangat hobi, sudah x tahu nak mula dari mana. Tai kalau ditanya sekarang, hobi saya ialah menjahit. Jahit ke kak? Jahit apa tu? Pandai ke jahit. Yo..o...o... jer saya . Saya x reti sangatlah menjahit, tapi bolehlah... Jahit baju kurung untuk anak, jahit baju sendiri, jahit langsir, jahit seluar tuk anak-anak.. Untuk diri sendiri bisa ajer saya jahit..Untuk tempahan i dont think so lagi dalam waktu begini, sebabkan saya menjahit ikut suka ati saya jer bila kelapangan.

Kenapa saya hobi saya menjahit 
Sebab saya suka dengan kaler-kaler, suka dengan bunga, suka dengan curly-curly, jadi dengan jahit saya akan seronok sebab bermain dengan kaler, bermain dengan kain, bermain dengan bentuk-bentuk.. Itu yang buat saya rasa seronok. Di tambah pula dengan mesin jahit yang tidak buat perangai, mesin jahit yang boleh menyulam nyulam dan mesin jahit tepi yang senang. wahhhhhhh rasanya inilah duniaku..Bestnya kalau ada work station sendiri untuk menjahit tanpa gangguan lain.. Tak makan pun x per janji dapat menjahit apa yang diidamkan 

  


Cantik tak gambar di atas ..kain dan butang pun dah buat diri saya seronok dah. Apa lagi kalau dapat work station menjahit yang diidamkan macam dibawah nie 



Bila buat entry nie, saya dah gatal tangan nak menjahit dah.. heheeh. sebab tu masa entry apa ada dalam handbag saya , benang dijumpai dalam handbag saya. Buat masa nie saya tengah mengumpul maklumat dan plan apa yang hendak dijahit.. 

Projek jahit saya sekarang 
Sekarang ini saya teringin nak menyahit konsep warna turquoise. Plan nak jahit untuk bilik anak dan kusyen untuk ruang tamu oh yer dan juga dress baru untuk anak. Proses mencari material agak lewat sikit sebabnya kesabaran dalam mencari kain yang diingini adalah tinggi . Perlu masa yang banyak dan ronda sana-sini. Jika ada peluang sahaja baru saya dapat meronda. Bila semua keperluan dah cukup barulah saya start hobi saya dengan menjahit mengikut draf draf dan pola-pola yang saya inginkan. 


ni nak buat langsir macam nie..macam sweet jer...kain pun dah ada nie 

Ni pula nak buat dress tok anak. 

Skg saya selalu menonton youtube cara-cara nak buat smocking macam nie untuk kusyen saya ..macam best jer 




Itulah dia antara hobi saya buat masa sekarang nie. Menjahit dan menjahit. Saya harap anda juga boleh meluangkan sedikit masa untuk melakukan apa yang anda suka. Sebab apabila kita suka kita akan happy. Bila kita happy kita akan sihat.