Wednesday, 11 March 2015

Insurans Diri Dengan 3 Qul

Selalunya kita akan mengamalkan bacaan 3 Qul , kadang kala ada yang mengamalkan membaca 4 Qul dalam kehidupan harian. Jika tak membaca surah-surah ini akan merasa kelainan dan keganjilan. Tahu tak kita bahawa surah ini banyak kelebihannya.  Saya sebenarnya tertarik dengan ayat sesorang nie

" INSURANS DIRI SENDIRI - Free of charge" 

Ramai antara kita mengambil polisi insurans harta benda dan insurans diri dan anak-anak. Ada yang berlumba-lumba mengambil premium yang paling mahal untuk keselesaan diri. Haa baguslah macam tu memikirkan masa hadapan. berfikiran jauh ke hadapan. Dan alangkah eloknya jika kita mengambil polisi insurans yang free ini juga. Iaitu mengamalkan bacaan 3 Qul dalam kehidupan kita . Seronok tak kalau dapat polisi insurans yang free  dan boleh dapat pada waktu akhirat.. alangkah bahagianya, Sana sini kita amik polisi insurans. Bagusnya dan bahagianya hidup..kan..kan..kan 

Sabda RASULULLAH s.aw “Tiada daya upaya dan kekuatan hanya pertolongan dariNya.
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).











Waktu yang disarankan Nabi SAW untuk mengamalkan 3 Qul (Al-Muawwizat) ini ialah:
1) Baca setiap kali lepas solat (1 kali)

Uqbah bin ‘Amir membawakan hadis dari Rasulullah shalallahu’ alaihi wasallam, bahawa Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam berkata: “Bacalah Al-Muawwizat pada setiap kali selepas solat.” (HR. Abu Dawud no. 1523, disahihkan oleh Asy Syaikh Al Albani dalam Ash Shahihah no. 1514)

2) Baca setiap pagi dan petang (3 kali)

Pada waktu pagi dan petang, kita dianjurkan membaca ‘Surah Al-Muawwizat’ sebanyak tiga kali. Keutamaan yang diperolehi adalah, akan dijaga dari segala sesuatu (segala keburukan). “Al-Muawwizat juga dijadikan wirid / zikir di waktu pagi dan petang. Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali diwaktu pagi dan petang, nescaya Allah SWT akan mencukupinya dari segala sesuatu.” (HR. Abu Dawud no. 4419, An Naasaa’i no. 5333, dan At Tirmidzi no. 3399)

3) Baca setiap kali sebelum tidur (3 kali)

“Demikian juga disunahkan membaca Al-Muawwizat sebelum tidur. Caranya, membaca ketiga Surah ini lalu meniupkan pada kedua-dua telapak tangannya, kemudian diusapkan ke kepala, wajah dan seterusnya ke seluruh anggota badan, sebanyak tiga kali.” (HR. Al-Bukhari 4630)

Diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa Rasulullah SAW pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas, Ditiupkan pada kedua-dua tapak tangan kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala Baginda.

Katanya: “Nabi SAW ketika berada di tempat tidur di setiap malam, Baginda mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surah Al-Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah Al-Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surah An-Naas). Kemudian Baginda mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.” (HR. Bukhari no. 5017)

4) Baca ketika merukyah orang sakit.
Daripada Aisyah radiallahu ‘anhaa; “Bahawasanya Rasulullah sallaLlahu-’ alaihi-wa-sallam apabila sakit baginda membaca sendiri Al-Muawwizat (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas), kemudian meniup padanya. Dan apabila rasa sakitnya bertambah aku yang membacanya kemudian aku usapkan ke tangannya mengharap keberkahan dari surah-surah tersebut.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Monday, 9 March 2015

Menggaru Kerana Keputihan

Ada orang sepanjang masa menggaru sebab gatal. Kadang kala dah hilang segan dan malunya kerana dah terlalu gatal. Nak pula lepas ke tandas membuang air kecil lagi menggaru jer di celah kangkang. Bila waktu haid lagi dasyat menggaru . Kadang kala sampai terluka kerana tidak tahan dengan kegatalan. Keputihan membuatkan korang terlalu gatal dan kadang kala sampai terluka dan kadang kala sampai basah seluar dalam korang. 


Kalau dulu orang-orang tua nie biasanya mereka menasihati kita makan manjakani. Sekarang nie mana ada orang yang kenal manjakani. Sapa yang nak rebus manjakani. Siapa yang mampu nak makan manjakani yang pahit tu..ohh tidak.. tak sedap. 

Tapi macamana nak hilangkan kegatalan kerana keputihan nie. Pergi jumpa doktor. Doktor bagi antibiotik. Telan jer . Beres kerja. Tapi bila antibiotik dah habis. Garu balik lagi sekali. Amik lagi antibiotik. Sudahnya bila terlalu makan antibiotik secara berlebihan untuk jangka masa yang panjang boleh buat bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan ini boleh membuatkan bakteria dan kulat tumbuh.hohoho...korang nak ke bahagian bawah korang nie penuh ngan kulat. 

Ada juga dari korang yang sapu bedak bila dah gatal tu . Kadang-kala ada juga yang sapu macam2 tepung atau apa-apa semburan lah sebab tak tahan gatal. Kalau korang buat macam tu lagi teruklah kerengsangan yang terjadi kat bahagian bawah korang 

Alah...semua orang perempuan kena keputihan..Semua pun ada yang menggaru .. Iyer ke ? Anda pasti ke ? Memang semua perempuan kena keputihan cuma serius atau tak, banyak atau sikit, berbau atau tak. Kalau keputihan tak berada dalam keadaan normal. Korang boleh dan mungkin akan
  • sukar hamil 
  • melahirkan anak pramatang 
  • menyebabkan kemandulan 
  • kehamilan luar rahim 
  • mendapat kanser rahim 
Jangan risau keputihan boleh dirawat. Tak payah lagi rebus, blend, tapis dan minum air yang pahit. Sekarang dah moden ok. Orang sekarang dah buat penyelidikan berjuta-juta nak bagi kesenangan kat korang. Pakai ramuan semuanya dari tumbuhan. Hanya bagi korang telan jer. Tak payah lagi lepas nie nak menggaru . Dah x payah nak malu lagi kat suami, kat orang ramai pasal asyik menggaru dan berbau hanyir bila dekat ngan korang. Lepas makan. telan jer pil nie . Senang kan. Lepas beberapa hari mesti korang dah nampak perubahannya . 



Harganya pun x mahal. RM 53.75 jer pun untuk 330 biji. Bukan takat korang jer yang boleh makan. Nak bagi suami korang makan pun ok. Yang rasa-rasa nak kawin x lama lagi tu. Nak hilangkan keputihan dan nak rapat dan rapatkan lagi keintiman korang. Korang amiklah nie. Telan jer lepas makan. Senangkan . Yang dah bersalin pun kalau nak tambahkan susu dan nak rapatkan bahagian bawah korang pun amiklah alfalfa nie yer. Bonus tau. Bukan tuk keputihan jer nie. Macam-macam alfalfa nie boleh membantu sebab dia detox badan kita. Kalau x caya cuba tengok testimoni kat bawah nie.  
 





Masih x caya ke . Masih meragui keberkesanan alfalfa nie ke. Masih takut nak guna alfalfa nie ke. Tak per. Saya tunjukkan pada korang kebaikan alfalfa nie. Bukan hanya untuk keputihan tapi tersimpan pelbagai lagi kebaikan di dalam alfalfa nie tau. Dah berpuluh tahun kajian dibuat dan berpuluh tahun lagi orang dah makan alfalfa nie tau. 



Order sekarang. Jika korang dah mencubanya korang pasti berpuas hati. Dan tidak mustahil korang akan membelinya lagi selepas itu sebab korang dapat merasakan perubahan yang ketara pada badan korang . 

Tapi perlu untuk saya ingatkan disini. Bahawa alfalfa mempunyai estrogen yang amat sesuai untuk penggunaan kaum wanita tapi mereka yang mempunyai masalah tersebut adalah dilarang menggunakan alfalfa yer 
  • wanita yang mempunyai masalah fibroid tidak boleh mengambil mana-mana suppliment yang mempunyai estrogen 
  • wanita hamil  kerana alfalfa boleh mencetuskan kedatangan haid dan menyebabkan keguguran 
  • pesakit SLE/lupus kerana alfalfa mengandungi sejenis asid amino L-canavanine yang boleh menyebabkan keradangan 
  • pesakit anemia kerana alfalfa akan memusnahkan sel darah merah 
  • tidak disarankan pada wanita yang mengambil pil perancang keluarga 

Set Budget  
Alfalfa complex (s) - 330 tablet - Harga runcit RM 53.75
Alfalfa complex (L) - 700 tablet - Harga runcit RM 97.50



Set pelengkap 
Garlic - 60 tablet - Harga runcit RM 47.00
GLA complex - 60 tablet - Harga runcit RM 91.00
Alfalfa complex (s) - 330 tablet - Harga runcit RM 53.75
atau Alfalfa complex (L) - 700 tablet - Harga runcit RM 97.50




Set keputihan - Hamil 
Vitamin C - 180 tablet - Harga runcit RM 92.00
Garlic - 60 tablet - Harga runcit RM 47.00

 

Kempen Drug Free - Katakan Tidak!
Ingin mencuba produk Shaklee bolehlah hubungi saya seperti berikut. Saya akan memberi khidmat konsultasi secara percuma jer. Atau ingin bersama menambah pendapatan dengan saya dan mendapat potongan harga bagi produk Shaklee, jom hubungi saya.  


SMS / WASSUP : 0173586889
*Penghantaran percuma ke rumah di kawasan Puchong, Brickfields, Bukit Aman dan Pantai Dalam.
(*Pada waktu tertentu sahaja) 


Produk Shaklee bukan berfungsi untuk merawat atau mengubati TETAPI produk Shaklee berfungsi untuk mengatasi masalah



Sunday, 8 March 2015

Persediaan Berbelanja Sebelum GST

Sudahkah anda berbelanja? Sudahkah anda membuat senarai pembelian penting sebelum dikenakan GST? Sudahkah anda perolehi maklumat GST? Sudahkah anda ketahui barangan yang akan dikenakan GST? Soalan penting dari saya sudahkah saya dan juga anda membuat persedian berbelanja sebelum pelaksanaan GST April ini ? 

Kalau nak cerita pasal GST, saya rasa panjang lebar. Semua pun boleh dapat maklumat mengenai GST dimana-mana sekarang nie. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh masuk ke Laman Web Kastam . Tapi apa yang saya nak tekankan disini korang semua dah buat persediaan ke untuk GST nie. Perlu ke buat persediaan? Apa yang diperlukan? Mungkin ada antara kita nie beranggapan ada GST duit belanja akan lebih.. Yer itu memang betoi. Tapi apa persediaan kita? Sebenarnya adalah lebih elok kita bersedia 3 bulan sebelum GST. For surelah nanti masa GST 3 bulan pertama mesti kelam kabut. Sebab ramai yang x bersedia.


Apa yang kita perlu bersedia ? 

Hah nie adalah apa yang saya fikirkan dan apa yang saya buat dan apa yang saya sediakan untuk perbelanjaan keluarga saya. Maklumlah duit gaji cukup-cukup makan. Jadi saya harus bersedia menguruskan perbelanjaan saya agar x terbabas. Nak pula duduk di KL kan. Tapi saya rasa duduk kampung pun sekarang belanjanya tinggi.. huhuhu .

1. Senaraikan barang-barang makanan, kesihatan, suppliment, ubat-ubatan, pembelajaran, hobi atau sukaneka. Apa-apa sahaja barangan yang korang selalu beli setiap bulan. Macam saya, saya ada resit perbelanjaan setiap bulan. Saya biasa akan listkan perbelanjaan wajib, perbelanjaan suka-suka, perbelanjaan mengejut. 

2. Masukkan purata harga bagi setiap barangan tersebut. Masukkan juga harga 6% GST. Selain untuk memastikan perubahan harga barangan yang korang selalu beli, korang juga boleh budget lebihan 6% jumlah yang korang kena spare nanti bulan April. Dan juga korang boleh highlightkan dan tulis besar-besar barangan yang x akan dikenakan GST. Supaya nanti taklah korang kena tipu.

3. Senaraikan perbelanjaan mengikut bulan. Nie maksudnya macam perbelanjaan Raya Puasa ke, Deepavali ke, Chrismas ke atau apa-apa majlis perkahwinan yang akan berlangsung. Nie nak kontrol budgetlah. Macam aku, aku dah listkan baju raya warna apa, berapa pasang, adik kawin nanti warna apa, sepupu kawin warna apa, atau ada ke persediaan awal kena buat. Jadi aku beli siap-siap sebelum bulan April nie.Supaya nanti x kenalah 6%. Yerlah. kalau dah beli baju anak beranak RM700. Tambah 6% RM42.00 .... RM 42 tu lepaslah kasut kalau nak beli. Jadi baik aku beli siap2 dulu baju raya, baju nak gie kenduri kawin. Dibuatnya korangnya budget baju raya RM2000. fuyohh 6% GST RM120.00 tau .

4. Sebelum GST terlaksana, pastikan korang memenuhkan rak makanan korang. Sebab apa? Golongan mak-mak macam aku nie fobia sikit, last minit kan mesti nak beli dan borong makanan banyak2 sebabnya nak save budget. Last minit nie mulalah nanti korang akan perasan. barang nie x ada, barang nie limited, barang nie disorokkan, barang nie tetiba mahal sebab permintaan tinggi. Golongan penjual nie pun pandai . Limitkan barang sebab esok esok harga dah kena naik. Walaupun kerajaan kata barang makanan x kena GST. Tapi manalah kita tahu peniaga nie kan. Bersedialah sebelum terjadi. Ubat-ubatan ke suppliment ke jangan lupa buat stok juga yer

5. Sapa-sapa yang nak berniaga kuih ke time hari raya nanti, pastikan time nie oven korang berfungsi, alat-alat korang yang mahal-mahal tu berfungsi. Kalau x berfungsi korang beli sekarang. Jangan nak tunggu last minit nanti baru nak beli. Bila dah beli time GST, mulalah nanti mulut muncung sebab harga dah naik. Mulalah buat kuih ala kadar sebab memikirkan hal tu dan mengomel harga oven dah mahal.. Kesian kami yang makan kuih raya nie.. hehehehe. Tapi rasanya korang semua buat kuih dengan penuh kasih sayangkan.. kan..kan.kan . Nie contoh jer tau aku bagi oven, Yang rasa nak beli tv ke, lactop ke, hp ke, atau apa2 lah gadjet tu fikir fikirkanlah yer. Kalau nak amik yang bayar ansuran tu amiklah time belum kena GST. hehehe

6. Beli Fail dan simpan dan guna. Untuk apa.. 1. untuk masukkan resit perbelanjaan korang yang dikenakan cukai GST. 1 lagi untuk senaraikan resit yang korang dah claim kat kastam. Pastikan mulut anda dan attitude anda untuk meminta resit di kaunter-kaunter pembayaran dipraktiskan mulai sekarang.



Itu sahaja persediaan saya buat masa sekarang nie sebelum menghadapi pelaksanaan GST. Harap-harap dapatlah membantu yang lain yer . Kalau korang semua ada idea lagi macamana nak bersedia menghadapi GST nie marilah kita kongsi ramai-ramai yer.

Lagi satu pesanan saya, jom tambah pendapatan, berusaha menambah pendapatan kerana perbelanjaan anda akan meningkat lagi selepas nie. Berusahalah kita ke arah yang lebih baik.







Promosi Bulan March 2015



Dapatkan Promosi Bulan March yang menarik dan sangat dinanti nantikan oleh ramai orang. Bulan nie jer yang terakhir promosi dan jualan tanpa ada caj tambahan. Bulan depan dah start GST. Rugi kalau anda x beli dalam bulan terakhir nie. Simpan dan buat stok dirumah sebelum startnya GST. 6% tau caj tambahan yang akan dikenakan. Jadi pastikan bulan ini anda

  • buat stok lebih dirumah 
  • order sebelum kehabisan stok
  • rebut diskaun dan percuma selagi masih ada . 
ESP - Hot seller 
- Beli 6 percuma 1 tin. Jimat RM 150.00
- Jika beli 6 percuma yuran keahlian berharga RM 65
- Dapat rebet duit cash masuk ke akaun anda dalam RM 30+ 
- Harga jualan 1 tin RM 150.00

Vita-Lea Children  - multivitamin khas buat kanak-kanak 
- Beli 3 percuma 1 . Jimat RM 111.00

Zinc Complex - pengganti ikan haruan 
- Beli 3 percuma 1. Jimat 33.75

Sekiranya anda semua mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin berkongsi maklumat bersama saya, bolehlah hubungi saya yer

Kempen Drug Free - Katakan Tidak!
Ingin mencuba produk Shaklee bolehlah hubungi saya seperti berikut. Atau ingin bersama menambah pendapatan dengan saya dan mendapat potongan harga bagi produk Shaklee, jom hubungi saya.  


SMS / WASSUP : 0173586889
*Penghantaran percuma ke rumah di kawasan Puchong, Brickfields, Bukit Aman dan Pantai Dalam.
(*Pada waktu tertentu sahaja) 


Produk Shaklee bukan berfungsi untuk merawat atau mengubati TETAPI produk Shaklee berfungsi untuk mengatasi masalah




Tuesday, 24 February 2015

Atasi Anak Demam Tanpa Ubat

Anak demam, badan menjadi panas, anak x bermaya, makan x mau, minum x mau, susu pun x mau, Ibu-ibu mesti dah susah hatikan kalau anak dah demam. Siapa yang ada anak lebih dari 1 dan umur dekat2 mesti lagi risau sebab bila sorang dah demam mesti akan berjangkit pada anak yang lagi satu. Sorang sorang akan demam. Paling risau demam panas dan x mau surut-surut. Pergi klinik, doktor bagi ubat demam dan antibiotik. Kalau selsema atau batok, doktor akan bagi ubat batok dan selsema.



Saya dulu pun macam tu, bila dah risau suhu anak terlalu tinggi pakai cool fever pun x ada effect mulalah dah jadi panik terus jer ke klinik. Bila doktor dah bagi ubat, terus makan sampai habis ubat terus baik. Ada juga jadi sampai dah habis ubat pun x baik2 lagi. Pergi pula ke klinik lain, teruskan makan ubat tu. Bila x reda juga mulalah bawa ke hospital. Dan x dinafikan ada juga mak ayah yang bila bagi ubat kat anak, anak dah mula baik, terus x kasi ubat dah walaupun ubat itu perlu dihabiskan.

Beberapa minggu nie saya kerap terbaca artikel, Biarkan anak pulih dari demam dengan sendiri tanpa ubat nak nak antibiotik. Ibubapa kena kawal suhu anak jer supaya turun. Saya rasa ramai antara ibubapa yang x berani nak buat macam tu takut apa2 akan jadi pada anak sekiranya x dapatkan rawatan. Walaupun ubat tu boleh jer dapatkan kat farmasi.. heheheh

Ini adalah pengalaman saya yang kalau anak saya demam orang akan tercengang bila saya ambil ubat di kaunter farmasi hospital. Banyak giler. Saya yang tengok ubat pun jadi takut dan sedih bila anak saya kena bergantung dengan ubat. Tiap-tiap bulan pasti akan ke klinik atau ke hospital. Sekarang kan kalau lebih 3 hari demam kena amik darah dan kena tahan..huhuhu


Bermulalah episod bulan lepas..
Anak pertama saya demam. Langsung x mau makan, seteguk air x mau. Tidur pun meracau racau , menangis jer ..badan sangat panas. Suhu 40.2 darjah celcius. Saya tetap ke klinik dahulu.. Just bagi doktor check. Macam biasa doktor akan bagi ubat demam, selsema dan antibiotik. Balik rumah saya langsung x usik ubat demam tu. Saya yakin dan saya tekad x mau dah bagi anak saya bergantung dengan ubat. Biar dia lawan sakit dia sendiri. Saya dah banyak baca artikel mengenai demam bagi budak-budak. Walaupun banyak pendapat yang bercanggah saya tetap TEKAD no more ubat. Sampai suami saya marah lah . Bebelan suami saya pun saya ignore.

Saya cuba jadi doktor sendiri. Check suhu anak setiap 2 jam, check tangan, kaki dan mulut kalau ada bintik2. Check ragam dia membuang air kecil dan besar. Kemudia saya perhatikan anak tekak bengkak mulut banyak ulser.. Means anak saya panas di dalam.


Apa yang saya buat 

1. Kejut anak bangun pukul 6.15 ke 6.30 pagi dan terus mandi pagi dengan air paip. Bukan air suam. Mulakan jirus kaki kemudian lutut, punggung, dada, bahu banyak2 kali. Sabunkan badan. Jirus semula. Kemudia basuh kepala. Jirus air dengan banyak di kepala. Syampoo kepala dan urut2 kepala dengan lembut dan jirus kepala semua dengan air banyak. Lap badan dan kepala ala kadar sehingga x terlalu kering


2. Pakaikan baju yang longgar dan serap peluh juga selesa. Saya juga pakaikan stokin pada anak saya selepas mandi .


3. Bagi minum air milo ke, susu ke atau air kosong, kalau air zam zam lagi bagus. Jika x mahu, saya bagi anak saya minum 100 plus dengan buang gasnya terlebih dahulu.1 hari 1 botol besar. Walaupun anak minum 1 teguk sikit jer. Ulang minum dengan letak dalam bekas air yang dia suka di sebelah tempat dia baring dan berehat. Pastikan anak minum setiap 5 minit. Kalau dia terkencing2 lagi bagus tu maknanya panas dia akan keluar melalui kencing


4. Saya jerlum kepala dia dengan air asam jawa. Buat air asam jawa pekat pekat. Bukan cair yer. Sapu setiap kulit kepala dengan air asam jawa. Belakang telinga pun saya sapu. Sampai basah lecun kepala dia. Cek 1 jam selepas tu. Jika kepalanya kering sapukan lagi sehingga basah.. Jika basah biarkan sahaja.. sapu jika rambut anak mulai kering . Kalau time nie hingus dia keluar . tu bagus sebab hingus keluar dan x terkumpul dalam badan dan jadi kahak.


5. Saya tampal cool fever di belakang / leher belakang dan bukan di dahi. Sebab saya ada baca bahayanya menampal cool fever di dahi

 

6. Saya bagi anak saya makan vitamin c. Kalau vitamin c yang kanak-kanak saya bagi 2 biji. Jika habis saya bagi yang dewasa punya 1 biji. Yang x demam pun saya bagi makan vitamin c supaya demam x berjangkit. kalau berjangkit pun sekejap jer. Lagi satu saya tambah minyak ikan. Supaya mereka bertenaga


7. Perhatikan tahap aktif anak. Jika dia dah nampak bertenaga, bagi anak makan. Roti ke, bubur ke, sup ke. Jgn bagi makan nasi lemak atau nasi goreng plak. Susah nak telan kalau time demam nie.


8. Biarkan anak tido lebih kerap. Jangan buka kipas high speed dan anak tido bawah kipas atau buka aircon sampai suhu 16. Buka kipas pada kelajuan ala2 jer..x terlalu laju atau x terlalu slow. Aircon pun janganlah sejuk sgt.


9. Jangan mandikan anak waktu tengahari atau matahari tengah tegak . Mandikan semula dalam pukul 2 petang ke atas atau pun sebelum pukul 11 pagi. Sebelum menjelang petang tu..Check juga suhu, kekeringan air asam jawa di kepala dan pastikan anak minum air selalu. Jika masih juga panas, basahkan tuala lap-lapkan badan bermula dari kaki. Kemudian letak tuala basah di kedua-dua ketiak anak. Basahkan semula tuala setiap 10 minit.


10. Macam dah petang pukul 4 atau 5 tu , Saya cuba bagi anak makan ais krim vanilla 1 sudu. Kalau dia suka saya tambah lagi. Sebenarnya saya bagi makan ais krim sebab nak bagi tekak dia x sakit. Bila x sakit senang nak suruh anak2 minum air lebih kerap.



Dan berulanglah proses tu sampai malam. Yang penting sentiasa catit suhu anak dan sentiasa jerlum kepala, basahkan tuala di ketiak dan kerap mandi. Cuma dah malam tu saya x akan mandikan selepas pukul 7 malam. Saya kalau nak mandikan pun pukul 1 pagi ke atas.. Itu pun kalau terlalu panas. Nak mandikan pun jgn pakai air terlalu sejuk macam air kolah..

Hasilnya... tanpa penggunaan ubat parasetamol dan antibiotik anak saya demam 2 hari setengah jer.. Alhamdullillah. Dah berselera makan dan banyak juga minum nyer.. Vitamin c dan minyak ikan pun saya teruskan juga kasi.

" Akhirnya saya berjaya menjaga anak saya tanpa ubat."
" Saya sangat bangga anak saya pulih dengan sendiri. "

Tapi sekiranya ibubapa semua mendapati suhu anak dah lebih 42 darjah better bawa ke hospitallah. Takut apa2 hal terjadi. Takut juga kena sawan nanti 

Kekuatan fizikal dan mental ibubapa kena 3 kali ganda dari biasa bila anak demam, Beri lebih perhatian pada anak dan sentiasa check suhu anak. Jangan nak mengelat sebab penat. Anak adalah tanggungjawab dan amanah kita. Penat memang penat tapi penat akan hilang bila tengok anak sihat .

Pesanan : Saya gantikan syampoo kepala dengan Basic H. Sebab nak bagi kepala anak lebih sejuk . 5 titik basic H dengan 1/2 gayung air. Kalau ada lebih tu saya akan letak dalam botol spray. dan spray pada kulit kepala anak sampai basah jika x gunakan air asam jawa. Sebab Air asam jawa buat rambut anak dan sarung bantal jadi kotor..payah sikit nak membersihkannya berbanding dgn Basic H hehehehe

                      


Badan akan menghasilkan lebih sel darah putih jika anak demam untuk melawan bendasing di dalam badan. Apa yang penting kita kena kuatkan antibody anak kita untuk menyerang penyakit .

Saya dah berjaya dalam 1 langkah  #DrugFree kepada anak2 saya.
Saya akan memaksimumkan sepenuhnya peluang untuk #DrugFree dalam kehidupan keluarga saya 
Ini adalah #ShakleeEffect Saya


Saksikan bagaimana ibu- ibu ini gembira bila anak mereka tidak lagi sakit dan kurus.



Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Friday, 20 February 2015

Shaklee Effect Pada Pengguna


Asyik sebut pasal Shaklee jer. Asyik jual Shaklee je. Begitu gah orang semua menjual Shaklee. Betul ke Shaklee nie elok. Betul ke Shaklee ini memberi effect. Effect tak baik ke atau effect baik. Kalau kita tengok testimoni pengguna Shaklee dalam banyak2 blog pengedar Shaklee, kebanyakkan bagi testimoni secara sms atau dalam post.

Sekarang saya nak tunjukkan pada anda semua apa yang produk Shaklee dah buat pada mereka sebagai pengguna. Video untuk anda tonton. Kita lihat apa kata mereka ..


Shaklee Effect - Gastrik 


Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.


Shaklee Effect - Sembelit Dalam Pantang 


Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah? from iReach HD on Vimeo.



Shaklee Effect - Tenaga 



Minah Ni Cepat Penat & Pancit Kalau Balik Travel. Nasib Baik... from iReach HD on Vimeo.



Shaklee Effect - Chicken Pox


Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula from iReach HD on Vimeo.



Shaklee Effect - Anak Pra Matang


Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.


Shaklee Effect - Rambut Gugur 


Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini... from iReach HD on Vimeo.



Shaklee Effect - Darah Tinggi 

Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.


Shaklee Effect - Anak Kurus dan Selalu Sakit 

Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Ada banyak lg video yg akan saya kongsikan pd anda. Begitu banyak kesan Shaklee yang telah memberi kesan pada kehidupan mereka.

Mungkin anda juga akan menjadi seperti mereka di atas.Kongsikan pada kami apa kesan Shaklee pada anda. Jom kita berubag

Monday, 9 February 2015

5 Tips Elak Bilik Hotel Berhantu

Artikel nie aku amik dari http://www.jomjalan.com.my/ Sekali sekala kita dengarlah citer seram sikit yer ..maklumlah nak bercuti panjang nanti kan..hehehhe

Hampir semua hotel di Malaysia berhantu. Tetapi beberapa cara mengurangkan peluang anda berjumpa dengan makhluk ini. Bukan apa. Seperti anda, makhluk ini juga perlu katil untuk berbaring, cermin untuk bersolek dan sambungan internet untuk emel. Kalau dulu mereka cuma mengetuk bilik, kini mereka sudah pandai mendail telefon anda pada waktu malam. (aku rasa sungguh lawak ayat nie ) 

Apabila anda datang ke bilik mereka dengan 3 anak yang asyik bergaduh, anda yang sebenarnya mengganggu mereka. 

Gunakan 5 tip hotel di bawah untuk mengurangkan peluang diganggu di hotel sewaktu cuti sekolah bersama anak-anak.

1. Elak Resort Terpencil


Gambar di atas ialah gambar yang diletak dalam iklan. 
Gambar di bawah ialah keadaan sebenar.
Kredit: Azhafizah

Banyak resort di Malaysia yang letaknya tersorok nun jauh di ceruk kampung. ContohnyaResort Tok Senik, Langkawi. juga hotel yang nun jauh di atas bukit seperti First World Hotel di Genting.
Resort terpencil di yang selalu terjadi kes chalet misteri kerap terbakar. juga tapak markas tentera Jepun pada zaman perang dunia. (Cuma pernah di ganggu Penthouse di Langkawi yang x terceruk pun,  betoi2 kat Kuah..huhuhu.sekali jer menginap di sana)

Mengapa anda pilih tempat sebegini? Mengapa pula pilih untuk bercuti di kawasan peranginan yang berhantu seperti Genting?Hotel First World, Genting memang dikatakan berhantu sehingga ia diletak dalam senarai 15 hotel paling berhantu di dunia oleh Yahoo Travel. Lebih 6,000 bilik di sini. Dengan bilik sebanyak ini, dan dengan tetamu yang ramai, anda pastikah yang suara orang bergaduh dari bilik sebelah anda itu suara manusia? Dan bolehkah anda pastikan wanita tua menyapu koridor yang menyapa anda itu bukan hantu ? (Memang seram tapi rasanya x pernah pula kena ganggu..hheh)

Amber Court, Apartmen Ria dan penginapan lain di Genting juga terkenal dengan entiti yang suka mengacau. Bukan apa. Tempat itu tidak baik dan selalu diguna untuk benda tidak baik.( yang nie memang x pernah menginap pun) 


2. Jaga-jaga dengan Hotel Bersejarah

Hotel bersejarah adalah hotel yang lebih tua dari moyang anda. Contohnya hotel Cheong Fatt Tze dan E&O di Pulau Pinang serta hotel Majestic di Kuala Lumpur. (selama nie sekolah dekat sana dan balik umah kat sana x pernah lagilah pulak nampak yang pelik pelik)

Hotel-hotel ini diminati kerana taraf 5 bintang dan gaya kolonialnya. Tapi, usia yang panjang juga menyebabkan bilik-bilik hotel ini menyimpan pelbagai peristiwa dan rahsia — tak kiralah bersejarah atau tragis.


Hotel Majestic Kuala Lumpur kini adalah hotel 5 bintang ternama di Kuala Lumpur.

Hotel Majestic contohnya telah ditutup pada tahun 1984 sebelum dinaiktaraf dan dibuka semula selepas tiada penghuni selama 28 tahun.

Sewaktu Jepun kalah perang dunia, tentera Jepun yang membunuh diri dengan menusuk pedang mereka ke badan sendiri di hotel ini. juga orang-orang Inggeris yang sangat suka tinggal di sini sehingga mereka meninggal dunia di dalam bilik di hotel.

Sewaktu ia ditutup, kakitangan KTM dikatakan sering melihat kelibat lelaki berpakaian Jepun memandang jauh ke arah jalan melalui tingkap salah satu bilik di situ. (baru tahu citer pasai apa lama terbiar..ohhh)


3. Jika Bilik Penuh, Cari Saja Hotel Lain

Peluang anda bertemu si penunggu cukup tinggi jika anda datang ke satu resort dengan tergesa-gesa, tanpa tempahan, pada waktu malam — dan kemudian marah-marah bila diberitahu tiada lagi bilik kosong.

Kerana tidak tahan dengan perangai anda, akhirnya, selepas beberapa minit mengetuk keyboard komputer, staff hotel itu berkata pada anda, “Jika encik tidak kisah, kami satu bilik untuk encik.”

Tahniah! Anda baru saja menempah tiket vip untuk berjumpa hantu di bilik nanti.

Di dalam hampir semua hotel, bilik yang ditutup untuk tempahan. Kadangkala, bukan satu atau dua bilik. Tapi satu tingkat ditutup untuk tetamu. Bilik-bilik ini selalunya tempat kes ngeri, tempat kerap dijumpai makhluk halus atau tempat di letaknya patung2 keagamaan orang Cina yang di simpan untuk membuang sial atau makhluk halus di hotel.

Jika penyambut tetamu katakan pada anda yang bilik sudah tiada, mengapa pula selepas beberapa minit mengetuk keyboard, dia akhirnya terjumpa dengan bilik kosong?

Anda susahkan dia. Kini giliran anda pula untuk susahkan. (hahahahhaa.ada logik ada logik..pernah juga minta bilik otel kat melaka tengah malam. alhamdullillah x ada jadi apa2)


4. Bilik Pelik? Minta Yang Lain



Jangan kompromi dengan bilik yang kelihatan terusik

Tanda awal yang bilik anda dihuni makhluk lain ialah bila anda masuk, bilik anda berbau pelik, berselerak, atau sejuk dari biasa.

juga yang tidak berselerak. Cuma bila anda pertama kali masuk, anda lihat lantai basah seperti orang yang baru keluar dari bilik air. (memang selalu jer gini lantai basah setengah tempat)

Mungkin bahagian housekeeping kekurangan staff hari itu. Tapi amat jarang bilik diberi tanpa diperiksa dahulu.

Jika anda masuk dan bilik anda berselerak teruk — contohnya selimut di lantai, pintu almari ternganga, atau daun-daun kering berterabur di bilik, jangan tunggu lagi.

Walaupun apa alasan yang diberi pihak hotel, minta bilik lain. Bukan apa, tetamu tak diundang mungkin muncul pada malamnya. (belum lagi jumpa bilik macam nie.. harap2 taklah) 


5. Adab Bila Senja

Sebelum senja, ajak anak masuk. Jangan lagi biar mereka mandi-manda dan menjerit-jerit di kolam renang.

Bila tiba senja, tutup saja langsir tingkap dan balkoni. Terutama jika balkoni bilik anda menghadap laut atau pokok-pokok kelapa yang menjulang tinggi.

Memanglah angin laut waktu senja sejuk dan mengasyikkan. Tetapi banyak kes makhluk yang mengacau terbang masuk melalui balkoni.

Ini kisah seorang tetamu sebuah hotel tepi laut seperti yang diceritakan dalam thread mengenai hotel berhantu di forum Cari.

Our room facing the sea. balcony. Memalam nak tido, aku ni tah aper je gi bukak sliding door. Biar open. Angin masuk best je.

Tengah aku best renung2 laut try nak tgk lautan waktu malam (walhal mmg gelap takkan nampak), tetiber kain sangkut kat muka aku. Aku ok lagi. Aku tolak tepi coz for sure langsir — coz aku diri dekat ngan langsir. Pastu kain serkup muka aku lagi. Aku tolak lagi until aku sedar. Kain tu kain putih. Then aku dah gigil. Aku undur aku pusing je — perempuan diri depan aku tapi tak show muka. Cuma rambut panjang sampai lantai — ketawa. Terus pengsan. Sedar2 kwn aku dah balik. Aku diam je. Esok pagi terus checkout. Tak sanggup aku.” 

(nota: Petikan telah di edit tatabahasanya)
(yang nie aku sokong 500% .. kalau korang x caya korang buatlah ..hahahah)



Apapun, kami harap anda kini lebih bijak memilih bilik. Jika anda ternampak kertas di kaunter -in yang tertulis “Jangan jual bilik-bilik di bawah, melainkan jika pelanggan mendesak”, kini anda tahu mengapa.

Anda tips lain? Atau pengalaman di kacau hantu di hotel ? Jom share!

Nie jawapan dari aku : 
Memang kebanyakkan hotel atau apartments ke memula masuk memang slow motion jer sikit aku .. takut ternampak benda yang bukan2..biasalah bukan tempat kita kadang2 memang x biasa jadi rasa sikit janggal. Apa pun berhati2 dan beradaplah di tempat orang walaupun anda bayar sewa Hotel itu.