Wednesday 26 November 2014

Resepi Sarapan Pagi Yang Mudah - Egg Muffin


Resepi nie saya dapat dari post kawan saya di facebook. Bila kita hari-hari memasak, kadang kala kita sampai dah kehabisan idea apa lagi yang nak dimasak dan dah bosan dengan apa yang dimasak hari-hari. Lebih lagi ketika memikirkan resepi untuk sarapan pagi. Asyik2 nasi lemak, roti canai, bihun, mee. Paling malas..sediakan roti jer tuk anak-anak untuk sarapan pagi.

Anak dan suami saya jenis yang x boleh tertinggal sarapan pagi. Mesti dan wajib ada. Lama-lama saya pun terikut sama perlu untuk sarapan pagi. Jadi kenalah saya varietykan resepi-resepi saya untuk sarapan pagi.

Saya tertarik dengan resepi ini sebabnya, saya boleh buat kerja lain atau mandi dulu sementara kuih nie masak. Siap-siapkan sahaja bahan2 nya. masukkan dalam pan.Masuk pula dalam oven, gie mandi ke, sidai baju ke, kemas umah ke. Lepas 20 minit, sarapan dah siap..suka..suka...

Kalau anak gie sekolah. pun sementara tunggu dorang bersiap pun kuih nie dah boleh siap..huhuhu..berbaloi..dan pantas

Cara-cara nak buatnya 




Yang saya suka sebab ia pantas, mesra masa dan boleh suka ati jer letak apa ajer yang ada dalam peti ais..huhuhuh

Bahan-bahan :
- Bawang besar yang dah dihiris 
- Tomato yang dah dihiris/dicincang 
- Daun bawang atau daun sup jika suka 
- Cili merah ke, cili ijau ke, cili api ke ..tak mau bubuh pun ok 
- Ketumbar (rasanya saya suka kalau bubuh lada itam )
- cheese dale yang dah dikoyak tu..bubuh jer..x mau bubuh pun ok 
- 6 biji telur yang dipukul dicampur dengan 2 sudu besar susu , garam sikit dan lada itam jika suka 

Anda juga boleh campurkan dengan apa2 sahaja bahan lain seperti :
- daging cincang ke, hotdog yang dihiris, ikan bilis ke, burger yang korang dah cincang ke, udang ke,    tauhu ke, macaroni yang dah direbus ke , nasi ke , roti ke atau nak letak macam2 sayur pun ok 

Pilihan : - Nak campur semua bahan tu dalam semua cup pun boleh. atau 1 cup 1 flavor pun boleh. Semuanya anda yang pilih 


Cara masak :
- Panaskan oven 200c
- lenserkan tin muffin anda dengan minyak atau marjerin 
- letakkan bahan2 anda dalam tin muffin dan kemudian tuangkan telur yang dipukul tadi 
- letakkan tin muffin di ruang tengah oven dan bakar dalam 20-25 minit atau muffin anda     
  keperangan 
- Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk kemudian baru dikeluarkan dari tin muffin anda 
- Anda boleh makan lepas tu 

Mudah tak, senang tak, kalau yang belum kawin nak cuba masak nie bagi kat bakal suami ke, bakal isteri ke, bakal pak n mak mertua ke pun boleh..terserlah kehebatan anda buat muffin . heheeee . 

Lagi satu menu nie pun saya rasa anda boleh suruh anak2 anda masak sama2.. Kan ke budak2 suka mengacau kat dapur. Haa nielah resepi yang senang nak suh dorang buat. Lepas tu biarkan sahaja mereka yang pilih nak letakkan bahan apa dalam pan mereka...Mereka seronak, anda seronok, dapur x bersepah, anda pun boleh buat kerja lain sementara ia masak. 

Selamat mencuba dan menjamu selera ....


No comments:

Post a Comment