Sunday 16 February 2014

Khasiat Madu Untuk Kesihatan

Tujuan blog ini adalah untuk menyampaikan dan berkongsi maklumat mengenai kesihatan. Membentuk masyarakat supaya mempunyai ilmu dan mengamalkan pemakanan yang sihat. Sebagai seorang Islam kita telah didedahkan di dalam Al-Quran mengenai Kelebihan dan Kehebatan Madu. Tetapi segelintir umat Islam leka dan sambil lalu sahaja dalam menitik beratkan penggunaan madu dalam kehidupan harian

“Dan dari Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah; buatlah sarang dibukit-bukit, di pepohonan kayu, dan di tempat (berhampiran) yang dibina manusia..“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang berfikir,” – Surah An-Nahlu, ayat 68 dan 69.

Dan antara sabda Rasulullah SAW :
  • “Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit.
  • “Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu.
  • “Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada.
  • “Allah SWT telah meletakkan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi,”.
Tahukah anda ? 

Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima. Seperti mana kandungan-kandungan yang dihasilkan lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen, propolis terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti. Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan secara sintetik oleh makmal. Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia. Madu hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri


Membezakan madu asli dan madu palsu (info dari http://www.khasiat-madu.com
Madu asli tidak mengeras di dalam peti sejuk. 
Madu yang mengeras apabila disejukkan
    • bukanlah 
    semestinya palsu, tetapi ini menunjukkan kandungan air yang tinggi dan kurang berkualiti. Madu asli juga kadang-kala mempunyai kandungan air disebabkan keadaan cuaca dan proses pembungkusan.
  • Madu asli tidak akan dihurungi semut. Pelik, tetapi benar! Madu adalah satu-satunya makanan manis yang tidak disukai oleh semut. Hanya madu palsu yang mengandungi gula pemanis akan dimakan semut.
  • Madu asli akan mengumpal di dalam air. Sesudu madu asli yang dituangkan di dalam air (tanpa dikacau) akan mengumpal dan jatuh di dasar air. Madu palsu akan bercampur dengan air (sebanyak mana bergantung kepada kandungan air di dalamnya).
  • Madu asli tidak putus bila ditarik. Madu asli yang ditarik tinggi hanya akan membentuk alur yang halus apabila mengalir turun dan tidak putus. Madu palsu (atau madu asli yang mempunyai kandungan air yang tinggi) akan putus-putus pengalirannya.
  • Madu putih selalunya palsu. Madu putih yang selalunya dikatakan royal jelly oleh penjual jalanan biasanya adalah palsu. Pertama, royal jelly biasanya hanya diperoleh dalam kuantiti yang sangat sedikit dan jarang memenuhi satu botol (seperti botol-botol yang dijual di jalanan). Bayangkan, produk yang mengandungi royal jelly beberapa gram sudah mencecah ratusan ringgit. Kedua, royal jelly perlu sentiasa disejukkan kerana khasiatnya sensitif kepada suhu. Oleh itu, royal jelly tidak sesuai dijual di jalanan.
  • Madu asli mempunyai sijil ketulenan. Ini mungkin bukan cara yang terbaik untuk mengenalpasti ketulenan madu, tetapi jika anda biasa membeli madu di pasar raya, pilihlah madu yang mempunyai sijil seperti Kosher, Organik, UMR® (untuk madu manuka sahaja) dan Halal.
  • Madu asli akan menyebabkan kuning telur masak dengan sendirinya. Cara ini seumpama lagenda kerana tidak ramai yang berjaya menggunakannya, walaupun dengan madu asli. Ini kerana hanya madu yang benar-benar segar mengandungi enzim-enzim aktif yang ‘memasak’ kuning telur. Sekiranya anda mendapat madu yang boleh ‘memasak’ kuning telur, madu tersebut adalah benar-benar berkualiti dan segar!
  • Madu asli mempunyai komposisi gula tertentu. Cara yang paling tepat untuk membezakan madu asli dan palsu adalah dengan menjalankan ujian makmal. Madu asli dan tulen mempunyai nisbah komposisi glukosa dan fruktosa antara 0.30 – 1.35 sahaja. Madu palsu sukar untuk menyamai nisbah ini.
Cara menggunakan Madu 
Batuk                                           madu + limau nipis (diperah)
Menguatkan minda                       madu + kismis 
Menguatkan tulang                       madu + susu 
Menyembuhkan luka/melecur       sapukan madu pada luka 
Lelah dan sesak nafas                   madu + lobak putih (diparut dan diperah)
Pembersih muka                           madu + limau nipis (diperah) + putih telur 
Pelembap muka                            madu + kobis 
Melansingkan badan                     madu + pati kunyit (minum seminggu sekali)
Tenaga batin                                 madu  + 3 biji lada hitam + 1 ulas bawang + kuning telur 
Wanita mengandung                     1 sudu teh madu 2 kali sehari 

Jadi kurangkan mengambil minuman bergas atau berkafien tinggi yang boleh membahayakan kesihatan manusia. Mari kita sama-sama merujuk kepada fitrah Islam sebagai cara hidup seharian kita 

Tips : Jangan mengambil madu menggunakan sudu besi kerana dipercayai akan mengurangkan khasiatnya. Gunakan sudu plastik

No comments:

Post a Comment