Menu yg menjadi sebutan ramai dari zaman saya kecil. Yang pasti akan sold out. Yang pasti ramai akan datang. Yang dah merasa pasti akan menelan air liur semula. Ya sudah mempunyai pelanggan tetap yg setia zaman berzaman.
Banyak menu yg sedap tapi sy akan senaraikan menu yg hot sahaja. Antara menu yg sangat kebabom ialah
Sambal udang
Menyediakan sambal yg pekat dan hitam seperti zaman dahulu. Dengan udang XXXL yg sangat fresh baru di tangkap oleh nelayan bersampan. Biasa dimakan bersama nasi lemak atau nasi jagung atau nasi putih atau dgn nasi impit
Nasi impit
Nasi impit buatan sendiri yg sangat lembut dan dipotong agak lain dari yg lain. Datang dgn kuah masak lodeh yg berwarna merah keorenan kaya dgn udang kering dan bermacam sayur sayuran serta tempe dan tauhu. Sgt digemari oleh kanak2 dan warga emas. Selalu menjadi santapan sarapan bg kenduri kahwin
Nasi lemak kukus
Menu yg sukar untuk ditolak. Menggunakan santan dari kelapa sendiri. Terasa kelemakan. Xperlu mkn dgn sambal. Mkn begitu shj pun dah menjilat jari.
Sambal sotong
Pasti x ketinggalan mengambil sambal sotong kering yg pekat dan itam. Pilihan yg sangat sukar antara udang mahupun sotong. Sekali mkn pasti ingin bertambah. Malah ada datang hanya ingin mkn sambal sotong. Kadang kala di gelar makcik sambal sotong
Mee kari
Ada yg menyatakan mee kari nyonya. Ada pula menyatakan asam laksa. Walau apa pun panggilan yg diberi. Ia telah menjadi menu wajib dan makanan wajib bg pelanggan setia. Mee kari yg pekat dan sangat kaya dgn bunga kantan dan pelbagai tauhu dan fish ball dan fish cake dan kentang dan ayam
Restoren kegemaran kami sekeluarga ini menyediakan semua hidangan ini secara PERCUMA. Bertempat di Puchong Perdana. Ya itulah dia restoren ibu sy. Restoran di hati kami dan ramai org. Sentiasa menjamu pelbagai org. Gemar memasak utk tetamunya. Dalam byk2 masakan hanya masakan ibu sya yg menjadi pujaan hati kami. kalau x percaya tanya org Puchong Perdana. Siapakah mak intan umah ujung ? Jika xtahu sebut sahaja mak intan dgn menu di atas.. saya pasti ramai yg kenal.huhuhu. I love my mum
No comments:
Post a Comment