Sunday 8 March 2015

Persediaan Berbelanja Sebelum GST

Sudahkah anda berbelanja? Sudahkah anda membuat senarai pembelian penting sebelum dikenakan GST? Sudahkah anda perolehi maklumat GST? Sudahkah anda ketahui barangan yang akan dikenakan GST? Soalan penting dari saya sudahkah saya dan juga anda membuat persedian berbelanja sebelum pelaksanaan GST April ini ? 

Kalau nak cerita pasal GST, saya rasa panjang lebar. Semua pun boleh dapat maklumat mengenai GST dimana-mana sekarang nie. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh masuk ke Laman Web Kastam . Tapi apa yang saya nak tekankan disini korang semua dah buat persediaan ke untuk GST nie. Perlu ke buat persediaan? Apa yang diperlukan? Mungkin ada antara kita nie beranggapan ada GST duit belanja akan lebih.. Yer itu memang betoi. Tapi apa persediaan kita? Sebenarnya adalah lebih elok kita bersedia 3 bulan sebelum GST. For surelah nanti masa GST 3 bulan pertama mesti kelam kabut. Sebab ramai yang x bersedia.


Apa yang kita perlu bersedia ? 

Hah nie adalah apa yang saya fikirkan dan apa yang saya buat dan apa yang saya sediakan untuk perbelanjaan keluarga saya. Maklumlah duit gaji cukup-cukup makan. Jadi saya harus bersedia menguruskan perbelanjaan saya agar x terbabas. Nak pula duduk di KL kan. Tapi saya rasa duduk kampung pun sekarang belanjanya tinggi.. huhuhu .

1. Senaraikan barang-barang makanan, kesihatan, suppliment, ubat-ubatan, pembelajaran, hobi atau sukaneka. Apa-apa sahaja barangan yang korang selalu beli setiap bulan. Macam saya, saya ada resit perbelanjaan setiap bulan. Saya biasa akan listkan perbelanjaan wajib, perbelanjaan suka-suka, perbelanjaan mengejut. 

2. Masukkan purata harga bagi setiap barangan tersebut. Masukkan juga harga 6% GST. Selain untuk memastikan perubahan harga barangan yang korang selalu beli, korang juga boleh budget lebihan 6% jumlah yang korang kena spare nanti bulan April. Dan juga korang boleh highlightkan dan tulis besar-besar barangan yang x akan dikenakan GST. Supaya nanti taklah korang kena tipu.

3. Senaraikan perbelanjaan mengikut bulan. Nie maksudnya macam perbelanjaan Raya Puasa ke, Deepavali ke, Chrismas ke atau apa-apa majlis perkahwinan yang akan berlangsung. Nie nak kontrol budgetlah. Macam aku, aku dah listkan baju raya warna apa, berapa pasang, adik kawin nanti warna apa, sepupu kawin warna apa, atau ada ke persediaan awal kena buat. Jadi aku beli siap-siap sebelum bulan April nie.Supaya nanti x kenalah 6%. Yerlah. kalau dah beli baju anak beranak RM700. Tambah 6% RM42.00 .... RM 42 tu lepaslah kasut kalau nak beli. Jadi baik aku beli siap2 dulu baju raya, baju nak gie kenduri kawin. Dibuatnya korangnya budget baju raya RM2000. fuyohh 6% GST RM120.00 tau .

4. Sebelum GST terlaksana, pastikan korang memenuhkan rak makanan korang. Sebab apa? Golongan mak-mak macam aku nie fobia sikit, last minit kan mesti nak beli dan borong makanan banyak2 sebabnya nak save budget. Last minit nie mulalah nanti korang akan perasan. barang nie x ada, barang nie limited, barang nie disorokkan, barang nie tetiba mahal sebab permintaan tinggi. Golongan penjual nie pun pandai . Limitkan barang sebab esok esok harga dah kena naik. Walaupun kerajaan kata barang makanan x kena GST. Tapi manalah kita tahu peniaga nie kan. Bersedialah sebelum terjadi. Ubat-ubatan ke suppliment ke jangan lupa buat stok juga yer

5. Sapa-sapa yang nak berniaga kuih ke time hari raya nanti, pastikan time nie oven korang berfungsi, alat-alat korang yang mahal-mahal tu berfungsi. Kalau x berfungsi korang beli sekarang. Jangan nak tunggu last minit nanti baru nak beli. Bila dah beli time GST, mulalah nanti mulut muncung sebab harga dah naik. Mulalah buat kuih ala kadar sebab memikirkan hal tu dan mengomel harga oven dah mahal.. Kesian kami yang makan kuih raya nie.. hehehehe. Tapi rasanya korang semua buat kuih dengan penuh kasih sayangkan.. kan..kan.kan . Nie contoh jer tau aku bagi oven, Yang rasa nak beli tv ke, lactop ke, hp ke, atau apa2 lah gadjet tu fikir fikirkanlah yer. Kalau nak amik yang bayar ansuran tu amiklah time belum kena GST. hehehe

6. Beli Fail dan simpan dan guna. Untuk apa.. 1. untuk masukkan resit perbelanjaan korang yang dikenakan cukai GST. 1 lagi untuk senaraikan resit yang korang dah claim kat kastam. Pastikan mulut anda dan attitude anda untuk meminta resit di kaunter-kaunter pembayaran dipraktiskan mulai sekarang.



Itu sahaja persediaan saya buat masa sekarang nie sebelum menghadapi pelaksanaan GST. Harap-harap dapatlah membantu yang lain yer . Kalau korang semua ada idea lagi macamana nak bersedia menghadapi GST nie marilah kita kongsi ramai-ramai yer.

Lagi satu pesanan saya, jom tambah pendapatan, berusaha menambah pendapatan kerana perbelanjaan anda akan meningkat lagi selepas nie. Berusahalah kita ke arah yang lebih baik.







2 comments:

  1. Terima kasih kerana berkongsi. Memang nk kena bersedia dah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama... semua orang memang dah kena bersedia dah nie.. heheheh

      Delete