Tuesday 14 October 2014

Cabaran 7 Hari Entry : Homemade Resepi

Sudah lama tetangguh entri hari ke 5 bg cabaran 7 hari entry. Sungguh x amanat saya. Apa kan daya masalah byk pula melanda. Tapi sy cuba selesaikan juga sebab byk ilmu blog boleh sy dapat dlm group blog ni. Jadi rugi pula jika kena kick dr group sbb xbuat task. Hari ke 5 bertajuk homemade resepi. Sepatotnya kena buat step by step homemade resepi kan? Tp dah urgent kenalah pinjam gambar dari encik google.

 Saya ni pula masak bukan jenis yg suka dan pandai menyukat nyukat. Tau main lempar2 jer. Main agak2 je. Dan sy xsesuai jd pengajar masakan ni.hehe.  kalo nak tgk mcmana sy masak duduk kat sebelah sy dan sendirilah tulis berapa byk bhan dan stepnya. Kalo pakai resepi kat intenet pula sy mesti x reti buat sbb ada sukat menyukat. Sy suka melihat sendiri mcmana keadaan sebenar proses masakan tu sendiri. Barulah puas dan terus melekat kat kepala sy.hehe.

Ok. Untuk entry kali ni. Sy akan cuba bg resepi plg mudah. Sukatan agak2 je ni. Resepinya ialah KERABU MANGGA VERSI CIK WANI. Gambar ehsan dr encik google.

Kerabu mangga. 

Ramuannya 

3 biji mangga epal yg di cincang isinya 
1 batang bunga kantan
2 batang serai
1 biji bwang besar
4 biji cili padi
2 sudu besar udang kering
1 sudu teh gula 
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar kacang tumbuk

Cara2 menyediakan

Hiris bwang, bunga kantan, serai, cili padi. Udang kering dikisar halus secara kering. Gaulkan semua bhan dgn isi mangga yg dicincang. Tambahkan garam dan gula. Peramkan dalam peti sejuk dlm 10 minit. Gaulkan bersama kacang tumbtk

Sesuah dimakan bersama nasi atau dimakam begitu sahaja.







2 comments: