Sunday 9 November 2014

6 Tumbuhan Yang Baik Dalam Menapis Udara Dalam Rumah

Kita sering menghabiskan masa harian ketika berada di pejabat dan di rumah. Kadang kala kita tidak gemar menhabiskan masa di luar kerana keadaan kualiti udara yang tercemar nak nak lagi masa time jerebu nie. Boleh buat batuk dan sesak nafas. Macam2 kita, ngo, kerajaan bekerjasama memastikan kualiti udara di jaga.

Tapi kita kena ingat kualiti udara di rumah juga perlu berada dalam keadaan baik. Pengudaraan yang tidak baik boleh menyebabkan kita sakit dan mudah jatuh sakit. Jadi kita cuba untuk menjaga kebersihan di rumah agar ahli keluarga kita sentiasa dalam keadaan yang bersih dan terjaga. Tapi kadang kala kita dah bersihkan rumah macamana pun.. tapi udara dalam rumah mudah berhabuk. Semuanya dari luar rumah yang mudah masuk ke dalam rumah. Tu yang menyebabkan putaran udara dalam rumah menjadi tidak sihat.

Jadi apa yang kita nak buat supaya udara dalam rumah juga boleh kita bersihkan. Jom kita kembali kepada alam semula jadi. Pokok memainkan peranan dalam menukarkan karbon dioksida kepada oksigen. Pokok adalah tunggak utama dalam membersihkan udara kita. Jika kita mesra pada alam, alam akan membantu kehidupan kita.

Disini saya senaraikan 6 jenis tumbuhan yang sangat sesuai untuk kita letakkan di dalam rumah. Pokok ini sangat sesuai digunakan untuk menapis udara di dalam rumah


6 Pokok Yang Terbaik 
Untuk Membersihkan Udara Dalam Rumah 


1. Peace Lily 
Menurut NASA tanaman ini membuang ketiga-tiga jenis VOC umum - formaldehid, benzena dan trichloroethylene. Bahan-bahan tercemar ni boleh di dapati dalam cat , produk penjagaan diri atau apa2 pembersihan yang berasaskan kimia. Pokok ini mudah dirawat dan x perlukan cahaya matahari yang direct. Bunga Putih dia tu sangat wangi. saya sukakan bau bunga tu dan bunga tu tahan lama 

Jika nak benih bunga nie boleh layari web nie 




2. Lady Palm 
Ini adalah salah satu tumbuhan yang terbaik untuk meningkatkan udara di dalam ruang . Ia menghilangkan sebahagian besar bahan pencemar seperti: formaldehid, xilena, toluena dan ammonia.
Ia hidup subur di tempat yang cerah dan ia tak perlukan air yang banyak . Ia hanya akan berkembang kepada kira-kira 6 kaki tingginya. Ia mudah di jaga dan pertumbuhannya agak lambat jadi sesuailah kalau tanam dalam rumah jika beli masih kecil lagi

Jika sapa nak tanam, anak pokok yang dijual dalam polibag tu jer harganya mencecah RM 75- RM 120+++ . Jadi kalau anda tgk gambar di bawah nie, anda kira sendiri harganya..huhuhuhu

3. Bamboo Palm 
Yang nie pula banyak kita nampak tanam kat taman-taman. Harganya x semahal Lady palm. Ianya popular sebab mudah nak rawat. Ia perlukan banyak air jika cuaca tengah panas. Seperti yang dibuktikan oleh NASA Bamboo Palm ini  menghilangkan formaldehid dan benzene.


  


4. Snake Plant 
Jangan keliru yer antara snake plant dan snake grass. 2 jenis tumbuhan yang berlainan yer. Pokok ini melawan racun seperti oksida nitrogen dan formaldehid. Pokok ini lain dari pokok yang lain. Pokok nie mengeluarkan oksigen pada waktu malam dan bukannya waktu siang macam pokok2 yang lain. Jadi baguslah kalau letak di dalam bilik sebab dia boleh tingkatkan oksigen ketika waktu malam . Ia x perlukan air dan cahaya yang banyak 


5. Spider Plant 
Tanaman nie biasa kita nampak org tanam sebagai hiasan di rumah. Ada yang digantung dan ada yang tanam kat pasu atau kat tanah macam tu jer. Ia amat berkesan untuk memerangi pencemaran formaldehid dan benzene. Pokok ini x perlukan penyelenggaraan yang banyak dan tahan lama. 





6. Aloe Vera 

Banyak kebaikan aloe vera nie . Ia dapat menenangkan sunburn, sengatan dan luka. Ia juga boleh memantau kualiti udara dalam rumah dengan memerangi formaldehid dan benzena. Ia mudah tumbuh dan perlukan banyak sinar matahari. Ia juga mengeluarkan oksigen waktu malam tau. Anda tahu tak aloe vera ni pernah digunakan sebagai inti bersama salad lain dalam tortila dan sangat digemari ramai. 



Apa itu formaldehid, xilena, toluena , ammonia, trichloroethylene, oksida nitrogen, benzena yang saya asyik ulang-ulang kat atas tu. Dan mengapa saya kata ia bahaya? 

Formaldehid adalah bahan kimia  yang beracun . Ia menjadikan bahan kimia lain lebih ‘lembut’ dan kurang kuat berbanding biasa. Juga sebagai bahan pengawet agar kualiti dan jangka hayat  seperti daging ikan dan produk makanan laut dapat bertahan dengan lebih lama.Contohnya, formaldehid digunakan di dalam syampu bayi untuk mengurangkan kekuatan sodium laurel sulfate agar ia boleh digunakan kepada bayi. Malangnya, formaldehid boleh menyebabkan kanser dan kerengsaan kulit serta ruam kepada kanak-kanak yang berkulit sensitif.

Xilena sebatian organik berbentuk cecair, tidak berwarna, dan larut dlm alkohol dan eter tetapi tidak larut dlm air, biasanya digunakan sbg pelarut, bahan api pesawat terbang dan bahan perantara dlm penyediaan sebatian organik lain. Banyak digunakan dalam cat dan bahan pembersih.

Toluena adalah zat berbentuk cair, jernih, tidak berwarna, dengan bau yang khas. Ianya biasa digunakan dalam dalam produk penyegar udara dan pelarut contohnya deodarant dan tinner. Sekiranya berterusan terdedah kepada toluena boleh menyebabkan kerosakan pada sistem saraf pusat

Ammonia adalah gas beracun jika ia melepasi had kepekatan tertentu. Bagi pekerja yang terdedah kepada Ammonia, pendedahan yang dibenarkan mestilah di bawah 25 ppm. Ammonia cair menyebabkan kulit melepuh seperti luka terbakar dan juga dapat menyebabkan iritasi pada kulit, mata dan saluran pernafasan. Malah boleh menyebabkan mual, muntah, dan pengsn . Penggunaan ammonia dalam waktu yang lama dapat menyebabkan penyakit kanser. 

Trichloroethylene adalah toksid yang boleh menggangu fungsi jantung. Jika di ambil secara berlebihan , bahan larutan itu akan menyebabkan denyutan jantung tidak stabil, manakala peredaran darah tidak teratur yang akhirnya boleh menyebabkan kematian. Mudah di dapati di dalam gam dan bahan pelarut. 

Benzena Benzena adalah senyawa kimia organik kadang dikenal sebagai bensol. Dgunakan untuk membuat stirena, yang digunakan untuk membuat plastik dan polimer, dan dalam proses pembuatan nilon. Keracunan akibat benzene dapat menyebabkan penderita mengalami leukemia

Oksida nitrogen .Nitrogen tidak berbau dan tidak berwarna. Udara mengandung 78 % Nitrogen. Nitrogen tidak beracun. Nitrogen tidak mudah terbakar dan tidak memperbesar pembakaran . Bila nitrogen menggantikan oksigen di udara dapat menyebabkan sesak napas : udara yang mengandung oksigen kurang dari 16% sangat berbahaya.Nitrogen cair banyak digunakan sebagai sumber pendingin dan dengan demikian mempunyai peranan dalam akumulator pendingin. 



Oleh itu kita semua digalakkan menggunakan hasil alam semulajadi semaksimum mungkin. Kurangkan dan elakkan penggunaan bahan harian malah makanan yang mengandungi bahan kimia dan pengawet. Bersama-sama kita sihat untuk kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat. 

Jika anda inginkan produk semulajadi untuk kegunaan harian anda boleh gunakan produk Shaklee. Bukan hanya vitamin tetapi produk harian juga kosmetik, anda boleh dapatkan di Shaklee. 

Kempen Drug Free - Katakan Tidak!
Ingin mencuba produk Shaklee bolehlah hubungi saya seperti berikut. Atau ingin bersama menambah pendapatan dengan saya dan mendapat potongan harga bagi produk Shaklee, jom hubungi saya.  


SMS / WASSUP : 0173586889
*Penghantaran percuma ke rumah di kawasan Puchong, Bukit Aman dan Pantai Dalam.
(*Pada waktu tertentu sahaja) 


Produk Shaklee bukan berfungsi untuk merawat atau mengubati TETAPI produk Shaklee berfungsi untuk mengatasi masalah


No comments:

Post a Comment