Thursday 27 November 2014

Kuasa Air - Kesan Negatif Kepada Tubuh Badan

Kak ipar saya mengenalkan saya dengan sebuah buku Power of Water  yang ditulis oleh Masaru Emato. Saya cuba google buku tu dan alangkah terperanjatnya saya yang penulis nie dah menulis 10 buah buku hanya mengenai air. Saya rasa dia memang seorang yang sangat kerja kuat dan banyak buat research. Betapa kentalnya dia berusaha mendedahkan kuasa air kepada umum agar kita semua nie menghargai air.

Lepas baca buku nie saya rasa saya mula menghargai air sebagai terapi, dan kuasa positif yang harus saya alirkan dan kekuasaan Allah. Ruginya kita sebagai umat Islam x alert benda nie.

Mengapa saya katakan buku ini bagus. Saya bagi preview sikit yer. Buku ini bagus sebab apabila kita memikir, berkata, bertindak, visualize secara automatiknya molekul air akan berubah. Bayangkan 70% dalam badan kita adalah air. Kalau kita melakukan semua di atas dengan aliran negatif, molekul air juga akan berubah dan seterusnya akan merosakkan sistem tubuh badan kita dan kita mudah mendapat penyakit .

Hah amik ko....siapa suruh minum air x baca bismillahirrahmanirrahim...tu maknanya nak suruh molekul air berubah baik dan masuk dalam badan kita secara baik. Mengecas aliran positif lah senang kata. Dahlah sepanjang hari kita asyik marah, pikir bukan-bukan, stress..jadi air dalam badan semuanya dah jadi negatif. Sebab tu kita nak neutralkan balik air dalam badan kita ialah dengan meminum dan menambahkan air dalam badan dengan kehadiran air yang mempunyai aliran positif. (ni hanya satu contoh dengan minum air sahaja. ada banyak lagi contoh yer)


Front Cover          

        Front Cover


Jadi kat sini saya hanya nak senaraikan dahulu
kesan-kesan negatif kepada tubuh badan jika kita melakukan perkara negatif yer.

Marah 
Marah selama 5 minit akan menyebabkan sistem imun tubuh kita menjadi lemah selama 6 jam

Dendam dan Menyimpan Kepahitan
Menyebabkan imun tubuh kita mati. Dari situlah bermula segala penyakit seperti stress, kolestrol, hipertension, serangan jantung, rhematik, arthtritis, stroke

Stress
Jika kita sering membiarkan diri kita stress, maka kita sering mengalami gangguan pencernaan

Khuatir 
Jika kita sering khuatir, maka kita mudah mendapat penyakit Nyeri Bahu (radang pada bahu)

Mudah Tersinggung 
Maka kita akan cenderung terkena penyakit insomnia (susah tidur)

Kebingungan 
Jika kita sering kebingungan maka kita akan terkena gangguan tulang belakang bahagian bawah

Takut 
Jika kita sering membiarkan diri kita merasa takut yang berlebihan, maka kita akan mudah terkena penyakit ginjal

Negatif Thingking (Memikirkan perkara negatif)
Jika kita suka bernegatif thingking maka kita akan mudah terkena Dyspepsia (penyakit pencernaan)

Emosi dan Marah 
Jika kita mudah emosi dan cenderung marah, maka kita terdedah terhadap penyakit Hepatitis

Sombong 
Jika kita sering sombong , maka kita akan berpotensi mengalami penurunan kekebalan tubuh

Menganggap mudah 
Jika kita sering menganggap mudah semua persoalan, maka hal ini boleh mengakibatkan penyakit Diabetis

Kesepian
Jika kita sering merasa kesepian, maka kita boleh terkena penyakit Demensia Senelis (berkurangnya memori dan kawalan fungsi tubuh)

Bersedih dan Rendah Diri 
Jika kita sering bersedih dan merasa selalu rendah diri maka kita boleh terkena penyakit Leukemia (kanser darah putih)

Adalah normal kita sebagai manusia mengalami semua perkara di atas dan tidak normal pula jika kita langsung x pernah merasai perkara di atas. Tetapi kita kena ingat supaya tidak bertindak secara berlebihan dan berpanjangan. Itu yang boleh menyebabkan kerosakan dan mendatangkan penyakit kepada kita. Jika kita mengalami semua perkara negatif di atas, berbaliklah semula kepada perkara positif, carilah unsur2 yang boleh meneutralkan semula aliran negatif itu semua. Kepada yang beragama Islam kembalilah kepada Allah untuk menenangkan hati anda dengan berwudhu, berzikir, membaca alquran dan solat.

Janganlah ditinggalkan solat kerana solat itu akan mempengaruhi jiwa dan kesihatan kita. Tahukah anda dengan membaca al-quran dengan tajwid yang betul setiap masa boleh memecahkan sel kanser di dalam tubuh badan kita .. Percayalah kita telah diberi al-quran sebagai panduan. terpulang kepada kita sahaja untuk menggunakan alquran dengan sebaik mungkin dalam kehidupan kita. Wallahualam . Yang jahat itu datang dari saya yang baik itu dari Allah.

Jiwa yang bersih akan memberi kehidupan yang sihat !




No comments:

Post a Comment